Friday, May 28, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Harimau Malaya dihukum kesilapan sendiri

Posted: 28 May 2021 11:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Skuad kebangsaan menerima satu lagi tamparan menjelang kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bulan depan selepas tewas 2-0 pada aksi persahabatan berdepan Bahrain di Stadium Nasional Bahrain, sebentar tadi.

Bertengkar mengenai parkir sebelum meninggal dunia

Posted: 28 May 2021 08:50 AM PDT

SEREMBAN: Seorang lelaki tempatan ditemui mati selepas terbabit dalam pertengkaran dengan suspek warga asing di hadapan sebuah rumah di Temiang di sini, malam ini.

SELANGKAH sangkal dakwaan CITF

Posted: 28 May 2021 08:10 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penyedia perkhidmatan sistem pengesanan kontak Kerajaan Selangor, Selangkah Ventures Sdn Bhd (SELANGKAH) menafikan dakwaan pihaknya terbabit melakukan tempahan slot vaksin AstraZeneca tanpa pengetahuan penerima vaksin.

Pakej bantuan untuk rakyat, sektor ekonomi akan diumum

Posted: 28 May 2021 05:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengumumkan pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan susulan pelaksanaan 'full lockdown' atau perintah berkurung penuh Fasa Pertama bermula Selasa ini.

Suspek tikam polis wanita Perancis diberkas

Posted: 28 May 2021 07:18 AM PDT

LA CHAPELLE-SUR-ERDRE: Polis Perancis hari ini menahan seorang lelaki yang disyaki mencederakan seorang polis wanita di barat Perancis.

Segera salur bantuan kewangan kepada PKS - SAMENTA

Posted: 28 May 2021 07:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menyalurkan segera bantuan kewangan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berikutan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau 'total lockdown' Fasa Pertama bermula Selasa ini.

8,290 kes baharu COVID-19 hari ini

Posted: 28 May 2021 01:00 AM PDT

PUTRAJAYA: Penularan pandemik COVID-19 terus mencatat angka tertinggi di negara ini dengan 8,290 kes baharu direkodkan hari ini.

Search tidak berdaftar di bawah tanda dagang

Posted: 28 May 2021 07:12 AM PDT

KUALA LUMPUR: Syarikat Home Of Champions (HOC) mendakwa Amy, Nasir Daud dan waris Allahyarham Yazit Ahmad tidak berhak membuat tuntutan ke atas penggunaan jenama kumpulan itu berikutan nama Search tidak berdaftar di bawah tanda dagang atau 'trademark'.

Sekatan pergerakan New Delhi dilonggarkan secara berperingkat

Posted: 28 May 2021 07:09 AM PDT

NEW DELHI: Pihak berkuasa India mengumumkan keputusan mungkin melonggarkan perintah berkurung di New Delhi susulan penurunan kes COVID-19.

Liverpool 'rantai' Konate

Posted: 28 May 2021 07:07 AM PDT

LONDON: Jurgen Klopp menambah pilihan di bahagian pertahanan tengah Liverpool dengan menandatangani pemain RB Leipzig, Ibrahima Konate dengan kontrak "jangka panjang", hari ini.

Hamidin 'rangsang' Harimau Malaya

Posted: 28 May 2021 07:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bukan setakat bertindak selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semata-mata, namun Datuk Hamidin Mohd Amin turut menjadi 'kaunselor' kepada skuad Harimau Malaya yang kini berada di Manama, Bahrain.

Allegri kembali bimbing Juventus

Posted: 28 May 2021 06:49 AM PDT

ROME: Juventus mengumumkan Massimiliano Allegri kembali membimbing The Old Lady sejurus Andrea Pirlo dipecat selepas semusim mengendalikan gergasi Itali itu.

Kerajaan umum 'total lockdown' bermula 1 Jun

Posted: 28 May 2021 05:33 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau 'total lockdown' Fasa Pertama di seluruh negara selama 14 hari, bermula Selasa ini hingga 14 Jun depan.

75 peratus kes baharu COVID-19 UK adalah varian India

Posted: 28 May 2021 06:42 AM PDT

LONDON: Setiausaha Kesihatan Britain, Matt Hancock, semalam berkata hampir separuh dan mungkin tiga perempat daripada kes jangkitan direkodkan di Britain berpunca daripada varian India.

'Ada yang dapat janji temu vaksin tanpa persetujuan'

Posted: 28 May 2021 06:17 AM PDT

KUALA LUMPUR: Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) mendapati ada individu mendapat janji temu bagi vaksin AstraZeneca kerana didaftarkan oleh pihak lain tanpa persetujuan mereka.

Perintah darurat Tokyo dilanjutkan hingga 20 Jun

Posted: 28 May 2021 06:29 AM PDT

TOKYO: Kerajaan Jepun mungkin melanjutkan perintah darurat COVID-19 di Tokyo dan lapan daerah lain untuk tempoh tiga minggu lagi, sehingga 20 Jun depan.

UNI-MLC gesa PKP menyeluruh di seluruh negara

Posted: 27 May 2021 09:46 PM PDT

KUALA LUMPUR: Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) menggesa kerajaan untuk segera melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh di seluruh negara bagi mengekang lonjakan jangkitan dan kematian akibat COVID-19.

Sepak takraw negara berdepan 'jalan mati'

Posted: 28 May 2021 06:05 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) boleh dianggap berdepan 'jalan mati' dalam usaha membangunkan sukan tradisi negara itu selepas disingkirkan sebagai ahli gabungan Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF), minggu lalu.

Kerajaan boleh naikkan paras hutang untuk bantu rakyat

Posted: 28 May 2021 05:42 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan boleh menaikkan paras hutangnya bagi menambah baik kesejahteraan rakyat dan memastikan agenda pemulihan ekonomi negara berada di landasan, namun perbelanjaan perlu berhemat.

Serangan seksual punca Neymar, Nike berpisah

Posted: 28 May 2021 05:17 AM PDT

LONDON: Bintang Paris Saint Germain (PSG), Neymar didakwa cuba melakukan serangan seksual ke atas kakitangan wanita Nike di sebuah hotel sebelum jenama sukan antarabangsa itu menamatkan kontrak antara mereka.

Mahkamah akan buat inkuiri terhadap mangsa rogol ADUN, saksi

Posted: 28 May 2021 05:17 AM PDT

IPOH: Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan pada 23 Jun ini sama ada mangsa dalam kes rogol membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong, dan seorang lagi saksi boleh memberi keterangan secara tertutup atau sebaliknya.

Ambil kira vaksinasi untuk pengasuh TASKA

Posted: 28 May 2021 05:14 AM PDT

SERDANG: Lebih 18,000 pengasuh di 5,326 Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu diberi keutamaan mendapat vaksinasi bagi memastikan persekitaran kanak-kanak terjamin.

Ujian COVID-19 melebihi harga siling perlu bil terperinci

Posted: 28 May 2021 04:08 AM PDT

PUTRAJAYA: Klinik atau pusat perubatan swasta perlu menyediakan bil terperinci bagi penjualan perkhidmatan ujian COVID-19 di premis mereka, jika kos dikenakan melebihi harga siling setiap jenis ujian ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Kerajaan bekal sepenuhnya vaksin untuk Sarawak

Posted: 28 May 2021 04:27 AM PDT

KUCHING: Kerajaan Persekutuan akan membekalkan sepenuhnya 4.4 juta dos vaksin COVID-19 untuk keperluan 2.2 juta rakyat Sarawak.

Dagangan ringgit ditutup lebih tinggi

Posted: 28 May 2021 05:12 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini disokong oleh disokong oleh kenaikan harga minyak, kata penganalisis.

PKPD dua lokaliti di Melaka, Sabah dilanjut

Posted: 28 May 2021 04:49 AM PDT

PUTRAJAYA: Penularan COVID-19 yang masih berlaku di dua lokaliti di Melaka dan Sabah menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang sepatutnya tamat esok, dilanjutkan sehingga 5 Jun ini.

Cabul adik, pekerja kilang didenda RM5,000

Posted: 28 May 2021 05:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja kilang didenda RM5,000 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana mencabul adik perempuannya di sebuah rumah.

Cabutan bertuah bagi galak suntikan vaksin

Posted: 28 May 2021 05:07 AM PDT

HONG KONG: Penduduk kepulauan ini berpeluang memenangi sebuah pangsapuri sekiranya tampil mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Bursa Malaysia meningkat hari keempat berturut-turut

Posted: 28 May 2021 05:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meningkat semula untuk ditutup tinggi bagi hari keempat berturut-turut pada minggu ini, disokong belian saat-saat akhir di kaunter perbankan berkaitan indeks.

PKPD di 21 mukim di daerah Kuala Terengganu

Posted: 28 May 2021 04:33 AM PDT

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan di Terengganu, Pahang, Johor, Selangor dan Sabah, bagi mengawal penularan COVID-19, bermula 30 Mei hingga 12 Jun ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template