Tuesday, May 4, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


SOP sambutan Aidilfitri tahun ini

Posted: 04 May 2021 03:27 AM PDT

KUALA LUMPUR: Aktiviti kunjung-mengunjung sempena sambutan Aidilfitri dibenarkan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Ziarah kubur Aidilfitri di kawasan PKPB, PKPP saja

Posted: 04 May 2021 03:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Aktiviti ziarah kubur sempena sambutan Aidilfitri dibenarkan namun hanya di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

Solat Aidilfitri dibenarkan

Posted: 04 May 2021 02:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan membenarkan solat sunat Aidilfitri diadakan di masjid dan surau dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

6 daerah di Selangor kena PKP

Posted: 04 May 2021 02:34 AM PDT

KUALA LUMPUR: Enam daerah di Selangor diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa Khamis ini (6 Mei) hingga 17 Mei, berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19.

Gelembung Pelancongan Bersasar digantung serta-merta

Posted: 04 May 2021 03:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan menggantung kebenaran rentas negeri melalui Gelembung Pelancongan Bersasar dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ke PKPP bagi tujuan pelancongan menggunakan agensi pelancongan berkuat kuasa serta-merta.

Penalti Bergson julang JDT

Posted: 04 May 2021 09:04 AM PDT

ALOR SETAR: Sepakan penalti Bergson da Silva pada minit akhir perlawanan sudah cukup untuk Johor Darul Ta'zim (JDT) terus selesa di persada liga dengan kemenangan 1-0 ke atas pencabar kejuaraan, Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Darul Aman, sebentar tadi.

TFC mudah benam UiTM

Posted: 04 May 2021 09:17 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) bangkit daripada episod duka minggu lalu selepas berjaya menumpaskan pasukan di tangga tercorot Liga Super, UiTM FC 3-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, sebenar tadi.

KL City lebur rekod tanpa kalah Penang

Posted: 04 May 2021 09:10 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur City FC (KL City) meleburkan rekod tanpa kalah Penang FC dalam sembilan perlawanan selepas menumpaskan Harimau Kumbang 3-1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

53 peniaga dikompaun gagal patuhi skim harga maksimum

Posted: 04 May 2021 08:55 AM PDT

JOHOR BAHRU: Seramai 53 peniaga di negeri ini dikompaun RM7,550 kerana gagal mematuhi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2021 yang diperkenalkan sejak 21 April lalu.

Neelofa, suami beri keterangan selama 4 jam

Posted: 04 May 2021 08:43 AM PDT

NILAI: Selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Nor (Neelofa) dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail memberi keterangan selama empat jam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai sejak jam 2.30 petang tadi.

Kekangan kakitangan sukarkan JAS pantau pencemaran alam

Posted: 04 May 2021 08:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kekangan kakitangan dan teknologi mendorong Jabatan Alam Sekitar (AS) meneroka pendekatan lain lebih efektif dengan menjalankan operasi penguatkuasaan serta pemantauan secara pintar.

Mourinho jurulatih baharu Roma

Posted: 04 May 2021 08:07 AM PDT

ROME: Jose Mourinho dilantik menjadi jurulatih Roma dengan kontrak tiga tahun bermula musim depan, umum kelab Serie A itu hari ini.

Penipuan menerusi 'Love Scam' meningkat

Posted: 04 May 2021 07:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kajian Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati trend kes penipuan cinta atau 'Love Scam' menunjukkan peningkatan dalam tempoh tempoh tiga tahun kebelakangan ini.

Twitter sekat akaun Kangana Ranaut

Posted: 04 May 2021 07:18 AM PDT

MUMBAI: Akaun Twitter milik aktres Bollywood, Kangana Ranaut, hari ini disekat secara kekal kerana melanggar dasar mengenai tingkah laku kebencian dan biadap, kata gergasi media sosial itu.

Masjid, surau di Perak diarah dirikan solat hajat Jumaat ini

Posted: 04 May 2021 06:59 AM PDT

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan semua masjid dan surau di Perak mendirikan solat hajat disertai bacaan doa qunut nazilah selepas mendirikan Solat Jumaat pada minggu ini.

DBKL lapor polis provokasi peniaga tanpa permit

Posted: 04 May 2021 06:42 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuat laporan polis berhubung kes provokasi penjaja tanpa kebenaran terhadap penguatkuasanya dalam kejadian di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), semalam.

Neelofa, suami jumpa polis hari ini

Posted: 04 May 2021 01:32 AM PDT

SEREMBAN: Usahawan dan selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, dipanggil petang ini untuk memberikan keterangan berhubung kes mereka merentas negeri di Pusat Perniagaan Nilai 3, dekat sini.

Tak perlu PKP menyeluruh di KL

Posted: 04 May 2021 06:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di ibu kota tidak akan diadakan secara menyeluruh, sebaliknya boleh dilaksanakan secara bersasar mengikut sistem Hotspots Identification for Dynamic Engangement (HIDE).

Kadar faedah pinjaman dijangka kekal

Posted: 04 May 2021 06:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang akan berlangsung pada Khamis ini.

Selebriti media sosial dikompaun RM1,500

Posted: 04 May 2021 06:21 AM PDT

PUTRAJAYA: Seorang selebriti media sosial (instafamous) dikenakan kompaun RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka dalam video adegan raya membabitkan anggota polis berpakaian seragam yang dimuat naik di laman sosial miliknya, baru-baru ini.

Cabaran Impak Inovasi Khazanah usaha bantu warga emas

Posted: 04 May 2021 06:17 AM PDT

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd kini meninjau cadangan perniagaan berimpak tinggi daripada orang ramai yang menjurus kepada pertumbuhan dan kemajuan perkhidmatan bagi warga emas pada kadar berpatutan.

Veteran tentera mahu tanding PRU15

Posted: 04 May 2021 06:14 AM PDT

PETALING JAYA: Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyuarakan hasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menggunakan platform parti politik sendiri dengan menyasarkan sebanyak kira-kira 50 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Empat PKPD tamat, satu dilanjutkan

Posted: 04 May 2021 06:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Empat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sarawak dan Sabah ditamatkan esok manakala satu kawasan diteruskan sehingga 19 Mei ini.

Beratur panjang demi saringan COVID-19 percuma

Posted: 04 May 2021 05:57 AM PDT

SINGAPURA: Ratusan orang ramai beratur panjang di pusat saringan COVID-19 di empat wilayah selepas ujian percuma ditawarkan.

Kilang kitar semula minyak terpakai dikompaun RM642,000

Posted: 04 May 2021 05:57 AM PDT

BUKIT MERTAJAM: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang mengeluarkan 321 kompaun berjumlah RM642,000 ke atas sebuah kilang kitar semula minyak terpakai, di Bukit Minyak, di sini dan menggantung lesen premis berkenaan kerana didapati melakukan pencemaran parit awam.

JPJ kutip kompaun RM3.1 juta

Posted: 04 May 2021 05:50 AM PDT

PUTRAJAYA: Sejumlah RM3.147 juta kompaun dikutip sepanjang dua minggu tawaran diskaun 70 peratus diberikan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada orang ramai sejak 13 April lalu sehingga Sabtu lalu.

Khairul dalam dilema bawa Jalur Gemilang

Posted: 04 May 2021 05:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Atlet memanah negara, Khairul Anuar Mohamad meminta Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk menilai semula pemilihannya sebagai pembawa Jalur Gemilang kontinjen negara ke Sukan Olimpik Tokyo yang akan bermula 23 Julai hingga 8 Ogos depan.

Mahathir mahu jumpa Khalid di mahkamah

Posted: 04 May 2021 05:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau akan bersemuka dengan Tan Sri Khalid Abu Bakar di mahkamah apabila bekas Ketua Polis Negara itu mendakwa beliau memfitnahnya.

PKP: Penerima vaksin boleh rentas negeri tanpa surat polis

Posted: 04 May 2021 05:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Individu yang ingin merentas negeri bagi tujuan janji temu penerimaan vaksin COVID-19 tidak perlu surat kebenaran polis.

ConocoPhilips sahkan pelantar di Sarawak tenggelam

Posted: 04 May 2021 05:27 AM PDT

KUCHING: ConocoPhilips Sarawak Ltd, syarikat penerokaan minyak dan gas multinasional hari ini mengesahkan pelantar penggerudian yang dicarternya, NAGA 7, ditenggelam pada Isnin di luar pesisir Sarawak, dekat Miri, kira-kira 840 kilometer utara dari sini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template