Thursday, May 6, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Tentera laut China bantu Indonesia keluarkan bangkai kapal selam

Posted: 04 May 2021 04:06 PM PDT

JAKARTA: Kapal tentera laut China tiba di Bali untuk membantu menimbulkan kapal selam Indonesia yang karam bulan lalu, kata angkatan laut Indonesia, semalam.

Serpihan Long March 5B dijangka jatuh di perairan antarabangsa

Posted: 05 May 2021 09:00 PM PDT

BEIJING: Serpihan daripada roket China yang membawa modul pertama stesen angkasa lepas kekal republik itu dijangka jatuh di perairan antarabangsa.

Industri perkayuan masih perlukan pekerja asing

Posted: 06 May 2021 09:15 AM PDT

MELAKA: Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (KPPK) kini sedang berusaha mendapatkan pengecualian daripada kerajaan bagi membawa masuk 20,000 pekerja asing.

Ditegah buat pemeriksaan rambang terhadap warga asing

Posted: 06 May 2021 08:54 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, beliau akan mengeluarkan arahan menegah pegawai atau anggota polis membuat pemeriksaan ke atas warga asing secara rambang.

COVID-19: Jangan tipu, sorok maklumat

Posted: 06 May 2021 08:40 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Jabatan Kesihatan Terengganu meminta rakyat negeri itu tidak menipu dan menyorok maklumat mengenai kesihatan mereka kepada petugas kesihatan.

Pandelela tekad gegar Olimpik Tokyo Julai ini

Posted: 06 May 2021 07:56 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penerjun sensasi negara, Pandelela Rinong tekad untuk kembali berada di pentas podium Sukan Olimpik Tokyo pada Julai ini seperti pernah dicapainya pada temasya sama di Rio 2016 dan London 2012.

Nasib badminton Terbuka Malaysia diketahui dalam 48 jam

Posted: 06 May 2021 08:12 AM PDT

KUALA LUMPUR: Nasib kejohanan badminton Terbuka Malaysia yang dijadual berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 25 hingga 30 Mei ini bakal diketahui dalam tempoh 48 jam, kata Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.

Anggota polis maut tertembak

Posted: 06 May 2021 08:01 AM PDT

KUCHING : Seorang anggota polis ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di rumah sewanya di Lorong Permai Timur 9, Sibu, petang tadi.

FAM minta AFC tentukan nasib Harimau Malaya

Posted: 06 May 2021 07:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyerahkan kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) untuk membuat keputusan terbaik mengenai tindakan Korea Utara yang dilaporkan mahu menarik diri dari kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Konstabel antara ditahan disyaki menyamun

Posted: 06 May 2021 07:51 AM PDT

ISKANDAR PUTERI: Empat lelaki termasuk seorang anggota polis berpangkat konstabel ditahan susulan disyaki menyamun seorang warga Nepal di kawasan Gelang Patah dan Mutiara Rini, di sini, malam tadi.

Tok Mat tak gentar hukuman ASTAF

Posted: 06 May 2021 07:34 AM PDT

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Seri Ahmad Ismail yang digantung daripada sebarang aktiviti sukan sepak takraw selama 15 tahun di peringkat tempatan dan antarabangsa kelmarin, sama sekali tidak gentar.

Impian Noorul selepas terus pimpin YAKEB

Posted: 06 May 2021 07:34 AM PDT

KUALA LUMPUR: Masih ada impian belum tertunai di dalam perancangan Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed yang sekali lagi diberi kepercayaan menggalas tugas Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) bagi penggal 2021-2023.

Sabah tidak benarkan rentas daerah mulai Isnin

Posted: 06 May 2021 07:34 AM PDT

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah memutuskan untuk tidak membenarkan sebarang aktiviti rentas daerah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai Isnin ini hingga 16 Mei kecuali atas urusan kecemasan.

Kematian tragedi tanah runtuh Indonesia meningkat kepada 10

Posted: 06 May 2021 07:20 AM PDT

MEDAN: Kematian berikutan tragedi tanah runtuh dekat projek empangan hidroelektrik di pulau Sumatera, Indonesia meningkat kepada 10 orang.

9 dilantik sebagai ahli Pasukan Petugas Khas FAM

Posted: 06 May 2021 07:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin melantik sembilan individu yang berbeza latar belakang bagi menganggotai Pasukan Petugas Khas Presiden (PTF).

Eky tersisih dari skuad Harimau Malaya

Posted: 06 May 2021 07:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penyerang Selangor FC, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi bersama skuad negara pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jun ini, akibat kecederaan.

ANIH Bhd siap sedia sepanjang perayaan Aidilfitri

Posted: 06 May 2021 07:12 AM PDT

KUANTAN: Syarikat konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), ANIH Berhad sentiasa bersiap sedia menguruskan operasi tol, trafik dan fasiliti walaupun aktiviti rentas negeri tidak dibenarkan sepanjang perayaan Aidilfitri ini.

Tahan mereka yang tidak memakai pelitup muka ikut syarat - Duterte

Posted: 06 May 2021 07:07 AM PDT

MANILA: Polis Filipina diarah menangkap mana-mana individu yang tidak memakai pelitup muka dengan betul, termasuk di bawah paras hidung.

Bakti Farm Holding sasar jualan ayam RM12 juta

Posted: 05 May 2021 10:25 PM PDT

PORT DICKSON: Syarikat penyembelihan dan pemprosesan ayam, Bakti Farm Holding Sdn Bhd menyasarkan jualan bernilai RM12 juta menjelang akhir 2021 meskipun negara sedang mengalami pandemik COVID-19.

Pengambilan vaksin capai ijmak ulama, fardu kifayah

Posted: 06 May 2021 06:49 AM PDT

IPOH: Hukum mengenai keharusan mengambil imunisasi vaksin COVID-19 dianggap mencapai taraf ijmak atau kesepakatan ulama mujtahid sedunia selain pembangunannya turut dianggap sebagai perkara fardu kifayah.

Rizal Rickman dilantik Pengerusi baharu Sime Darby Property

Posted: 06 May 2021 06:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sime Darby Property Bhd melantik Rizal Rickman Ramli sebagai Pengerusi bagi menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang bersara selepas memegang jawatan itu selama tiga tahun.

Tiada maklumat Lapangan Terbang Subang diambil alih: MAHB

Posted: 06 May 2021 06:36 AM PDT

SEPANG: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) belum mendapat maklumat terperinci mengenai cadangan pengambilalihan Lapangan Terbang Subang oleh entiti perniagaan swasta.

Nazir persoal firma sarung tangan tidak dikenakan 'supertax'

Posted: 06 May 2021 06:23 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengerusi Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB), Datuk Seri Nazir Razak hari ini mempersoal mengapa syarikat seperti pengeluar sarung tangan yang terbukti meraih keuntungan besar daripada pandemik COVID-19, sebaliknya tidak dikenakan sebarang cukai tambahan atau 'supertax'.

PKP 3.0 jejas prospek perdagangan negara: Moody's

Posted: 06 May 2021 06:14 AM PDT

KUALA LUMPUR: Prospek perdagangan dan pengeluaran perindustrian ke atas ekonomi Malaysia dijangka cerah, namun pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 mungkin menjejaskan prestasi negara ini untuk mencatatkan pemulihan, menurut Moody's Analytics.

Ringgit kembali ditutup rendah

Posted: 06 May 2021 06:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ringgit merosot daripada kenaikan semalam untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, berikutan peniaga menghindari risiko susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, kata peniaga.

Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi

Posted: 06 May 2021 06:05 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi hariannya hari ini dengan indeks komposit petunjuk pasaran meningkat 0.17 peratus berikutan keyakinan pelabur dirangsangkan oleh keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

46 peratus kes baharu COVID-19 global direkodkan di India

Posted: 06 May 2021 05:58 AM PDT

GENEVA: Kes baharu COVID-19 di India mewakili 46 peratus daripada kes jangkitan yang direkodkan di seluruh dunia minggu lalu.

Lelaki 96 tahun libas jiran dengan parang

Posted: 06 May 2021 05:58 AM PDT

PADAWAN: Perselisihan faham antara jiran hanya kerana kemalangan kecil di depan rumah berakhir dengan insiden tetakan yang menyebabkan seorang cedera parah.

Sejuta lagi dos vaksin tiba bulan ini

Posted: 06 May 2021 03:40 AM PDT

SEREMBAN: Kementerian Kesihatan (KKM) akan menerima satu juta lagi dos vaksin COVID-19 AstraZeneca.

Hamilton buru kemenangan kelima di GP Sepanyol

Posted: 06 May 2021 05:41 AM PDT

BARCELONA: Pelumba Formula Satu (F1) akan kembali berkumpul di Barcelona hujung minggu ini bagi saingan Grand Prix (GP) Sepanyol ketika pasukan Red Bull cuba mengalihkan tumpuan bagi menyekat Mercedes mendahului saingan.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template