BH Online - Terkini |
- Dua beranak maut dalam kemalangan di LPT
- Sarawak United rampas tahkta Liga Perdana
- NS, JDT II terikat tanpa jaringan di Larkin
- Tangan kanak-kanak tersepit mesin tebu
- Badminton Terbuka Malaysia ditunda
- Bonnie menang emas Powerlifting Para Dunia
- Kapal kontena ditahan, berlabuh tanpa kebenaran
- Azizulhasni dedah kesukaran sebagai atlet berprestasi tinggi
- Arul nilai tempoh rehat kem latihan kebangsaan
- Skuad Harimau Malaya lengkap suntikan vaksin Isnin ini
- Hoki Remaja Lelaki Asia di Dhaka ditangguhkan lagi
- Melaka sedia rombak pasukan
- Misi tingkatkan keyakinan rakyat terhadap PDRM
- Scientex beli tanah di Johor RM518.1 juta
- Harga buah tandan segar sawit catat rekod tertinggi
- SOP sukan, rekreasi dilonggarkan
- WCT tiada cadangan beli Lapangan Terbang Subang
- Dua remaja sesak nafas, stor pakaian terbakar
- KPDNHEP tak pernah benarkan jual lebih harga siling
- Israel 'bukan negara, sebaliknya pangkalan pengganas': Khamenei
- COVID-19: Pekerja ladang cetus kluster baharu di Kinabatangan
- UK saran golongan bawah 40 tahun diberi vaksin AstraZeneca
- Rosmah fail permohonan batalkan perbicaraan kes rasuah
- Shahrul, De Paula sah mohon tinggalkan Perak
- Senarai iklan raya mesti tonton 2021
- UiTM, USM, UKM sedia pusat kuarantin pelajar
- Beg tangan, kasut Rosmah hadiah orang kenamaan
- Individu tertua dunia batalkan penyertaan larian obor Olimpik
- Pulau Pinang eksport RM1.16 bilion produk kayu
- Kajian dapati kepercayaan kepada institusi di Malaysia urus COVID-19 meningkat
| Dua beranak maut dalam kemalangan di LPT Posted: 07 May 2021 09:26 AM PDT KUANTAN: Seorang anggota tentera dan anak lelakinya maut selepas kenderaan yang dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux di KM137.5 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala Kuantan di sini, hari ini. |
| Sarawak United rampas tahkta Liga Perdana Posted: 07 May 2021 09:26 AM PDT KUALA TERENGGANU: Sarawak United FC terpaksa bermandi peluh sebelum melakar kemenangan 3-2 menumpaskan Kelantan United FC (KUFC) pada aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, sebentar tadi. |
| NS, JDT II terikat tanpa jaringan di Larkin Posted: 07 May 2021 09:25 AM PDT JOHOR BAHRU: Negeri Sembilan FC (NSFC) gagal mengekalkan kedudukan teratas Liga Perdana apabila terikat 0-0 dengan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) dalam saingan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini, sebentar tadi. |
| Tangan kanak-kanak tersepit mesin tebu Posted: 07 May 2021 08:50 AM PDT JASIN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun terpaksa menahan kesakitan selepas jari sehingga pergelangan tangan kirinya hancur akibat tersepit di mesin pemerah tebu dalam kejadian di Taman Serkam Jaya, di sini, malam tadi. |
| Badminton Terbuka Malaysia ditunda Posted: 07 May 2021 02:38 AM PDT KUALA LUMPUR: Saingan badminton Terbuka Malaysia yang dijadualkan berlangsung di Bukit Jalil, di sini, pada 25 hingga 30 Mei ini ditunda pada satu tarikh yang akan ditentukan kelak, umum penganjur kejohanan itu sebentar tadi. |
| Bonnie menang emas Powerlifting Para Dunia Posted: 07 May 2021 05:26 AM PDT BANGKOK: Atlet negara, Bonnie Bunyau Gustin mengenepikan cabaran pesaingnya untuk merangkul pingat emas kategori lelaki 72kg pada Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para Dunia di sini, sebentar tadi. |
| Kapal kontena ditahan, berlabuh tanpa kebenaran Posted: 07 May 2021 08:32 AM PDT JOHOR BAHRU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor menahan sebuah kapal kontena yang bersauh tanpa kebenaran di perairan Pulau Kukup, Pontian. |
| Azizulhasni dedah kesukaran sebagai atlet berprestasi tinggi Posted: 07 May 2021 08:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Prospek pingat emas negara di Sukan Olimpik Tokyo 2020, Azizulhasni Awang mendedahkan 'kepayahan' menjadi seorang atlet berprestasi tinggi yang baginya memerlukan kekuatan penuh daripada sudut fizikal dan mental. |
| Arul nilai tempoh rehat kem latihan kebangsaan Posted: 07 May 2021 08:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Situasi semasa COVID-19 di Malaysia yang membimbangkan secara tidak langsung memaksa ketua jurulatih skuad hoki senior negara, Arul Selvaraj menilai semula tempoh rehat kem latihan kebangsaan sempena sambutan Aidilfitri. |
| Skuad Harimau Malaya lengkap suntikan vaksin Isnin ini Posted: 07 May 2021 08:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini tidak akan mengubah perancangan atau persiapan pasukan bola sepak kebangsaan bagi menghadapi kelayakan Piala Dunia 2023/Piala Asia 2023 pada bulan depan. |
| Hoki Remaja Lelaki Asia di Dhaka ditangguhkan lagi Posted: 07 May 2021 07:50 AM PDT KUALA LUMPUR: Kejohanan Piala Remaja Lelaki Asia yang dijadual diadakan di Stadium Hoki Nasional Maulana Bhashani di Dhaka, Bangladesh dari 1 hingga 10 Julai, ditangguhkan buat kali ketiga berikutan pandemik COVID-19. |
| Posted: 07 May 2021 07:49 AM PDT MELAKA: Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC) sedia membuat rombakan ke atas pasukan itu bagi memastikan ia kembali pada tahap terbaik sekali gus kekal di pentas Liga Super musim depan. |
| Misi tingkatkan keyakinan rakyat terhadap PDRM Posted: 07 May 2021 07:31 AM PDT KUALA LUMPUR: Memperkasakan integriti pasukan menjadi satu daripada tiga misi utama Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, dalam meningkatkan kembali keyakinan rakyat terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM). |
| Scientex beli tanah di Johor RM518.1 juta Posted: 07 May 2021 07:15 AM PDT KUALA LUMPUR: Pengilang pembungkusan dan pemaju hartanah, Scientex Bhd merancang membangunkan perbandaran ketujuhnya di tanah seluas 388.5 hektar yang dicadangkan untuk diambil alih di Tebrau, Johor Bahru pada harga RM518.1 juta. |
| Harga buah tandan segar sawit catat rekod tertinggi Posted: 07 May 2021 07:22 AM PDT KUALA LUMPUR: Buah tandan segar (BTS) sawit yang lazimnya diniagakan pekebun kecil kelapa sawit merekodkan kenaikan tertinggi dalam sejarah apabila mencecah paras melebihi RM1,000 satu tan. |
| SOP sukan, rekreasi dilonggarkan Posted: 07 May 2021 07:09 AM PDT KUALA LUMPUR: Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN), hari ini mempertimbangkan rayuan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk melihat semula keputusan mengenai prosedur operasi standard (SOP) sektor sukan dan rekreasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 7 hingga 20 Mei ini. |
| WCT tiada cadangan beli Lapangan Terbang Subang Posted: 07 May 2021 07:09 AM PDT KUALA LUMPUR: WCT Holdings Bhd (WCT) mahu menjelaskan bahawa unit milik penuhnya, Subang Skypark Sdn Bhd (SSSB) mencadangkan untuk konsesi semula dan bukan mengambilalih Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (sebelum ini dikenali sebagai Lapangan Terbang Subang) seperti yang dilaporkan oleh beberapa organisasi media. |
| Dua remaja sesak nafas, stor pakaian terbakar Posted: 07 May 2021 07:04 AM PDT #taskid sendstory |
| KPDNHEP tak pernah benarkan jual lebih harga siling Posted: 07 May 2021 07:00 AM PDT KUALA BERANG: Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) nafi ada memberi kebenaran kepada peniaga ayam menaikkan harga jualan melebihi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2021. |
| Israel 'bukan negara, sebaliknya pangkalan pengganas': Khamenei Posted: 07 May 2021 06:51 AM PDT TEHRAN: Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, sempena ulang tahun demonstrasi pro-Palestin hari ini, berkata Israel 'bukan negara, sebaliknya pangkalan pengganas' dan mendesak negara Islam untuk memeranginya. |
| COVID-19: Pekerja ladang cetus kluster baharu di Kinabatangan Posted: 07 May 2021 06:46 AM PDT KOTA KINABALU: Seorang pekerja ladang kelapa sawit yang dikesan positif COVID-19 menerusi saringan masuk kerja mencetuskan kluster baharu di Sabah yang dilaporkan di Kinabatangan dan Sandakan, hari ini. |
| UK saran golongan bawah 40 tahun diberi vaksin AstraZeneca Posted: 07 May 2021 06:43 AM PDT LONDON: Jawatankuasa saintifik mengawasi program vaksinasi COVID-19 Britain, hari ini mengesyorkan golongan berusia 40 tahun ke bawah ditawarkan alternatif vaksin Oxford-AstraZeneca. |
| Rosmah fail permohonan batalkan perbicaraan kes rasuah Posted: 07 May 2021 06:36 AM PDT KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor, yang diarah membela diri atas pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak memfailkan permohonan mengisytiharkan prosiding perbicaraan di Mahkamah Tinggi itu terbatal. |
| Shahrul, De Paula sah mohon tinggalkan Perak Posted: 07 May 2021 05:49 AM PDT IPOH: Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Rizal Ali Naizali mengesahkan kapten pasukan, Shahrul Saad dan pemain naturalisasi, Guehelmie De Paula sudah meminta pelepasan untuk meninggalkan kelab itu. |
| Senarai iklan raya mesti tonton 2021 Posted: 06 May 2021 10:18 PM PDT SETIAP tahun, syarikat korporat di Malaysia pasti akan tampil dengan video kreatif sempena Aidilfitri. |
| UiTM, USM, UKM sedia pusat kuarantin pelajar Posted: 07 May 2021 05:35 AM PDT KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi MARA (UiTM) menyediakan pusat kuarantin khusus untuk menempatkan pelajar yang pulang semula ke kampus dari kawasan dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas Aidilfitri. |
| Beg tangan, kasut Rosmah hadiah orang kenamaan Posted: 07 May 2021 05:26 AM PDT KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam diberitahu, sejumlah 263 beg tangan pelbagai jenama, 27 pasang kasut, dan 10 utas jam tangan mewah, yang disita polis di kediaman Datuk Seri Najib Razak berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), adalah hadiah daripada rakan dan orang kenamaan. |
| Individu tertua dunia batalkan penyertaan larian obor Olimpik Posted: 07 May 2021 05:24 AM PDT TOKYO: Seorang wanita Jepun berusia 118 tahun, yang juga individu tertua di dunia, membatalkan penyertaan dalam acara larian obor sempena kejohanan Olimpik berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19. |
| Pulau Pinang eksport RM1.16 bilion produk kayu Posted: 07 May 2021 05:24 AM PDT SEBERANG JAYA: Pulau Pinang mengeksport produk kayu bernilai tinggi bernilai RM1.16 bilion tahun lalu, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali. |
| Kajian dapati kepercayaan kepada institusi di Malaysia urus COVID-19 meningkat Posted: 07 May 2021 05:23 AM PDT KUALA LUMPUR: Barometer Kepercayaan Eldermen 2021 mendapati kepercayaan kepada semua institusi di Malaysia termasuk kerajaan, perniagaan, media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah meningkat susulan langkah tegas terhadap pandemik COVID-19. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment