Saturday, May 8, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Kedah buat Sabah gigit jari

Posted: 08 May 2021 09:39 AM PDT

KOTA KINABALU: Kedah Darul Aman FC menggagalkan hasrat Sabah FC untuk mencatat kemenangan ketiga berturut-turut di laman sendiri selepas tewas 1-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, sebentar tadi.

Shukor selamatkan KL City

Posted: 08 May 2021 09:09 AM PDT

SHAH ALAM: Jaringan pemain veteran, Shukor Adan memastikan KL City tidak diaibkan pasukan tercorot, UiTM FC selepas seri 1-1 pada aksi di Stadium UiTM Shah Alam, sebentar tadi.

JDT mudah benam Penang

Posted: 08 May 2021 09:01 AM PDT

GEORGETOWN: Penang FC (PFC) 'terluka' dengan 'cakaran' Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila mereka terpaksa tunduk di tangan pendahulu Liga Super itu 3-0 pada aksi di Stadium Bandaraya, sebentar tadi.

Kuching sebagai bandar kreatif UNESCO

Posted: 08 May 2021 08:22 AM PDT

KUCHING: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama kerajaan Sarawak, sedang dalam usaha mengangkat bandar raya Kuching untuk diiktiraf dalam Jaringan Bandar Kreatif UNESCO (UCCN) di bawah kategori gastronomi.

Laksana program imunisasi secara bersasar

Posted: 08 May 2021 07:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) mencadangkan supaya kerajaan melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) secara bersasar.

Kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas terjatuh longkang

Posted: 08 May 2021 07:49 AM PDT

SEREMBAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang berhampiran rumahnya di Flat Cempaka di Seremban 2 di sini, petang tadi.

PPK gesa kaji semula sistem HIDE

Posted: 08 May 2021 07:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: Arahan kerajaan supaya mana-mana premis yang disenaraikan dalam sistem Pengecaman Lokasi Panas untuk Libat Urus Dinamik (HIDE) ditutup selama tiga hari berkuat kuasa serta-merta disifatkan sebagai pramatang.

Hafizul saman penyokong RM5 juta

Posted: 08 May 2021 07:18 AM PDT

IPOH: Penjaga gol Perak FC, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy akan memfailkan saman sebanyak RM5 juta terhadap seorang penyokong pasukan tersebut kerana mendakwa beliau menjadi dalang dalam insiden menurunkan bendera Perak separuh tiang malam tadi.

Roket China dijangka jatuh ke bumi tanpa dikawal

Posted: 08 May 2021 07:11 AM PDT

BEIJING: Bahagian teras roket Long March 5B milik China dijangka terhempas ke muka bumi hujung minggu ini ke lokasi yang belum dapat dipastikan.

Leeds 'ajar' Tottenham

Posted: 08 May 2021 06:51 AM PDT

LONDON: Tottenham Hotspur menerima tamparan hebat dalam misi menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di kelompok empat teratas liga apabila dikejutkan dengan kekalahan 1-3 di tangan Leeds United, sebentar tadi.

Situasi COVID-19 di Besut membimbangkan

Posted: 08 May 2021 06:55 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Penularan COVID-19 di daerah Besut ketika ini sangat membimbangkan dengan kadar insiden adalah 117 kes bagi setiap 100,000 penduduk.

Peringatan terakhir buat PSM

Posted: 08 May 2021 06:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) memberi peringatan terakhir kepada Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) untuk menjawab pertuduhan yang dikenakan ke atas badan induk itu sebelum tempoh 14 hari yang diberikan tamat Rabu ini.

Cuti sektor pendidikan disyor dilanjutkan sehingga hujung bulan

Posted: 08 May 2021 05:48 AM PDT

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesyorkan tempoh cuti bagi sektor pendidikan dilanjutkan sehingga hujung bulan ini.

Larangan rentas negeri, daerah 10 Mei hingga 6 Jun

Posted: 08 May 2021 04:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: Semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara tidak dibenarkan, berkuat kuasa Isnin ini hingga 6 Jun ini.

Kenderaan masuk ke Terengganu meningkat 25 peratus menjelang Aidilfitri

Posted: 08 May 2021 06:03 AM PDT

JERTIH: Kenderaan yang memasuki Terengganu meningkat 25 peratus kepada 18,771 berbanding 15,000 pada hari biasa, menjelang Aidilfitri Khamis ini.

Malaysia kutuk serangan di Masjid Al-Aqsa

Posted: 08 May 2021 06:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan dan serangan tentera penjajah Israel serta pendatang haram Yahudi ke atas rakyat Palestin dan jemaah yang beribadah di Masjid Al-Aqsa, semalam.

Tiada halangan bagi teruskan Olimpik - IOC

Posted: 08 May 2021 05:49 AM PDT

SYDNEY: Tiada apapun dapat menghentikan Sukan Olimpik Tokyo daripada diteruskan, biarpun wujud risiko berterusan COVID-19, kata Naib Presiden Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC), John Coates.

'Kebarangkalian roket China jatuh timpa manusia, bangunan amat kecil'

Posted: 07 May 2021 11:50 PM PDT

KUALA LUMPUR: Orang ramai tidak perlu bimbang terhadap laporan sebuah roket milik China dikenali sebagai Long March 5B dijangka terhempas ke bumi hujung minggu ini.

Kit ujian air liur untuk saringan kendiri

Posted: 08 May 2021 05:16 AM PDT

PUTRAJAYA: Kit ujian air liur untuk saringan kendiri COVID-19 akan tersedia di pasaran dalam tempoh terdekat.

PKPD di Kampung Meripoh, Kota Bahagia

Posted: 08 May 2021 04:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Meripoh dan Kota Bahagia, dekat Muadzam Shah, Pahang selama dua minggu, mulai Isnin ini.

Peringatan KP Kesihatan

Posted: 08 May 2021 05:08 AM PDT

PUTRAJAYA: "Kita tidak mahu sampai kepada tahap perlu pilih siapa yang hidup, siapa yang mati".

Iran desak PBB kutuk 'jenayah perang' Israel di Baitulmaqdis

Posted: 08 May 2021 05:20 AM PDT

TEHRAN: Iran menggesa Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk tindakan keras tentera Israel di perkarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis timur yang diduduki, dengan menyifatkannya sebagai jenayah perang.

PKP di beberapa kawasan di Pahang, Pulau Pinang, Perak

Posted: 08 May 2021 04:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di beberapa daerah dan mukim di Pahang, Pulau Pinang serta Perak selama dua minggu mulai Isnin ini.

Pakistan isytihar perintah berkurung ketika Aidilfitri

Posted: 08 May 2021 05:04 AM PDT

ISLAMABAD: Pakistan hari ini menguatkuasakan perintah berkurung sembilan hari ketika musim cuti Aidilfitri termasuk larangan perjalanan dan kunjungan ke tempat pelancongan

'Kami cuma bertemu sejam di KLIA'

Posted: 08 May 2021 03:56 AM PDT

TEMERLOH: Anggota polis yang mati tertembak oleh rakan sendiri di kediaman mereka kelmarin, pernah menyatakan hasrat ingin membawa isteri dan anaknya yang berusia setahun dua bulan berpindah ke Sibu, Sarawak selepas Aidilfitri.

Nicodemus sumbang emas ketiga

Posted: 08 May 2021 04:59 AM PDT

KUALA LUMPUR: Skuad powerlifting negara meraih pingat emas ketiga pada Kejohanan Piala Dunia Power Para Dunia di Bangkok, Thailand, hari ini.

Kenaikan mendadak kes COVID-19 membimbangkan

Posted: 08 May 2021 03:06 AM PDT

PUTRAJAYA: Kenaikan mendadak kes COVID-19 di negara ini adalah membimbangkan dan Kementerian Kesihatan (KKM) khuatir situasi di India boleh berlaku jika tiada tindakan drastik diambil.

Kempen tinggalkan Thailand makin dapat sokongan

Posted: 08 May 2021 04:38 AM PDT

BANGKOK: Ratusan ribu penuntut dan golongan profesional belia Thailand kini mempertimbangkan untuk berhijrah ke negara lain ekoran kelemahan kerajaannya.

11 pemain, jurulatih takraw positif COVID-19

Posted: 08 May 2021 04:52 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail mengesahkan seramai 11 pemain serta pegawai dalam skuad sepak takraw negara diuji positif COVID-19.

SUHAKAM gesa haramkan vape

Posted: 08 May 2021 04:14 AM PDT

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) menggesa kerajaan mengharamkan atau melarang penggunaan vape kerana ia berbahaya terutama terhadap kanak-kanak yang berhampiran penghisap rokok elektronik itu.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template