Sunday, May 9, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Stadium Perak 'berasap'

Posted: 09 May 2021 10:03 AM PDT

IPOH: Aksi Liga Super antara Perak menentang Sri Pahang sebentar tadi dicemari dengan insiden penyokong The Bos Gaurus membaling suar ke dalam padang pada minit terakhir permainan selepas mereka tidak berpuashati dengan prestasi pasukan.

DNA Jerman 'lemas' di laman sendiri

Posted: 09 May 2021 09:02 AM PDT

PETALING JAYA: 'DNA Jerman' kecundang lagi di tangan Terengganu FC (TFC) selepas Selangor (SFC) terpaksa akur dengan kebangkitan lawan yang meraih kemenangan 2-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Melaka, PJ City buntu

Posted: 09 May 2021 09:22 AM PDT

MELAKA: Melaka United sekadar seri 0-0 berdepan PJ City walaupun skuad Hang Tuah menguasai hampir keseluruhan perlawanan di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput sebentar tadi.

Pemain import baharu julang Sri Pahang

Posted: 09 May 2021 09:09 AM PDT

IPOH: Sri Pahang akhirnya berjaya keluar dari zon bahaya apabila mencipta kemenangan 3-2 ke atas Perak di Stadium Perak, Ipoh, sebentar tadi.

United buat City menanti lagi

Posted: 09 May 2021 08:31 AM PDT

LONDON: Hasrat Manchester City untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris lebih awal sekali lagi tertangguh selepas Manchester United bangkit untuk melakar kemenangan 3-1 ke atas Aston Villa, sebentar tadi.

LHDN tutup beberapa pejabat Terengganu, Pahang untuk sanitasi

Posted: 09 May 2021 08:56 AM PDT

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menutup sementara beberapa pejabat dan cawangannya di Terengganu dan Pahang, bagi tujuan sanitasi.

Umat Islam diminta doakan keselamatan Palestin

Posted: 09 May 2021 08:50 AM PDT

PUTRAJAYA: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mengutuk tindakan Israel menceroboh Masjid Al-Aqsa dan mengajak masyarakat dunia untuk bertindak segera serta bersatu menentang kezaliman tentera zionis.

Hamilton pertahan kejuaraan GP Sepanyol

Posted: 09 May 2021 08:19 AM PDT

BARCELONA: Pelumba Mercedes AMG PETRONAS, Lewis Hamilton meraih kemenangan kelima berturut-turut di Grand Prix (GP) Sepanyol selepas mengatasi pelumba Red Bull, Max Verstappen di Litar Montmelo, sebentar tadi.

674,862 individu terima dua dos vaksin setakat semalam

Posted: 09 May 2021 08:12 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seramai 674,862 individu telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

HIDE: Sabah benar tiga pasar raya beroperasi

Posted: 09 May 2021 08:02 AM PDT

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah hari ini memutuskan untuk tidak melaksanakan penutupan tiga kompleks beli belah di negeri ini yang disenaraikan dalam sistem Pengecaman Lokasi Panas untuk Libat Urus Dinamik (HIDE).

'Tak sangka kebimbangan saya jadi nyata'

Posted: 09 May 2021 06:59 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kehilangan anak bongsu dalam keadaan sungguh tragik cukup membekas kepada keluarga terutama buat ibu kepada tujuh cahaya mata yang juga baru saja kematian nenek beberapa hari sebelum itu.

Tentera Laut AS rampas kargo senjata haram di Laut Arab

Posted: 09 May 2021 07:11 AM PDT

DUBAI: Armada Kelima Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), hari ini memaklumkan pihaknya merampas sejumlah besar senjata haram buatan Russia dan China di Laut Arab.

Penunggang motosikal maut dirempuh

Posted: 09 May 2021 06:49 AM PDT

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Kampung Sungai Yu, Kota Kuala Muda di sini, hari ini.

Nikmati kebebasan jika selesai divaksin di Jerman

Posted: 09 May 2021 06:30 AM PDT

BERLIN: Individu yang divaksinasi sepenuhnya terhadap COVID-19 dikecualikan daripada kebanyakan larangan di Jerman mulai hari ini.

Atlet sambut Aidilfitri di kem latihan

Posted: 09 May 2021 06:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Atlet negara yang dalam persiapan untuk bertanding dalam Sukan Olimpik Tokyo dan Sukan SEA Hanoi akan menyambut Aidilfitri tahun ini di dalam kem latihan dan tidak dibenarkan keluar, kata Pengarah Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara (MSN) Jefri Ngadirin.

Hafizul tarik balik saman RM5 juta

Posted: 09 May 2021 06:27 AM PDT

IPOH: Penjaga gol Perak FC, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy menarik kembali tuntutan saman fitnah RM5 juta ke atas seorang penyokong yang mengaitkan dirinya dengan insiden kibar bendera Perak separuh tiang di Stadium Perak seperti tular di media sosial sejak kelmarin.

Arab Saudi tingkatkan persiapan di Dua Masjid Suci

Posted: 09 May 2021 06:26 AM PDT

JEDDAH: Pihak berkuasa di Arab Saudi meningkatkan persiapan untuk menerima umat Islam termasuk jemaah haji pada malam 27 dan 29 Ramadan di Masjidil Haram di Makkah serta Masjid Nabawi di Madinah.

COVID-19: 26 kematian, rekod tertinggi

Posted: 09 May 2021 03:51 AM PDT

PUTRAJAYA: Sebanyak 26 kes kematian di tujuh negeri akibat COVID-19 dicatatkan setakat tengah hari tadi, sekali gus menjadikan angka kematian harian tertinggi akibat wabak itu yang direkodkan di negara ini.

Keluarga harap pelaku kena balasan setimpal

Posted: 09 May 2021 06:02 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Hari Ibu sepatutnya disambut dalam suasana gembira hari ini, tetapi khabar duka pula yang diterima keluarga apabila polis mengesahkan mayat wanita yang ditemui terbakar di tepi jalan Kampung Padang Air, Kuala Nerus pada 17 April lalu adalah ibu mereka.

PKP di Kluang, Johor

Posted: 09 May 2021 04:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di Kluang, Johor bagi tempoh 14 hari mulai lusa selepas daerah terbabit merekodkan 512 kes positif COVID-19 daripada 3,867 ujian saringan yang dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) sejak 4 Mei lalu hingga semalam.

COVID-19: 3,733 kes baharu, Selangor catat 1,278

Posted: 09 May 2021 02:22 AM PDT

PUTRAJAYA: Sebanyak 3,733 kes positif baharu COVID-19 direkodkan di seluruh negara setakat tengah hari tadi menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan wabak itu setakat ini, 440,677.

PAFA bidas pengurusan Perak FC

Posted: 09 May 2021 05:23 AM PDT

IPOH: Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) menganggap kelewatan pengurusan Perak FC melunaskan tunggakan gaji pemain skuad The Bos Gaurus adalah satu tindakan yang tidak sepatutnya berlaku dalam era bola sepak profesional.

'Rentas daerah, negeri ke tempat kerja tidak perlu surat polis' - MITI

Posted: 09 May 2021 03:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memaklumkan, pergerakan rentas daerah atau negeri bagi tujuan kerja tidak memerlukan surat kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM).

PKPD di Kampung Keramat, Semporna mulai Selasa

Posted: 09 May 2021 03:40 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Keramat, Semporna, Sabah selama dua minggu berkuat kuasa Selasa ini.

Tunda Terbuka Malaysia jejas misi Aaron-Wooi Yik

Posted: 09 May 2021 03:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemain beregu lelaki negara, Aaron Chia mengakui penundaan saingan Terbuka Malaysia memberi kesan buat dia dan pasangan, Soh Wooi Yik dalam misi mendapat kedudukan sebagai beregu pilihan menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2020, Julai depan.

Kakitangan swasta menang Proton X50

Posted: 09 May 2021 03:28 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dengan hanya satu penyertaan, Nur Nazirah Hasim berjaya membawa pulang hadiah utama sebuah Proton X50 bernilai RM85,000 menerusi Peraduan Jom Beli dan Raikan Bersama-Sama anjuran jenama kopi kegemaran ramai, NESCAFE.

Junta Myanmar isytihar NUG, CRPH sebagai kumpulan pengganas

Posted: 09 May 2021 03:17 AM PDT

YANGON: Junta tentera Myanmar mengisytiharkan Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) dan Jawatankuasa Mewakili Pyidaungsu Hluttaw (CRPH) sebagai kumpulan pengganas.

Laksana PKP menyeluruh sebelum Aidilfitri - Pakar virologi

Posted: 09 May 2021 03:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu bertindak segera dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh berikutan kadar peningkatan jangkitan COVID-19 negara ketika ini antara yang terpantas di dunia.

Tiada konflik antara Sabah FC, Sam

Posted: 09 May 2021 02:59 AM PDT

KOTA KINABALU: Sabah FC menafikan berlaku konflik di antara pasukan itu dengan pemain import dari Liberia, Sam Johnson yang menjadi punca dia digantikan pemain baharu dari Croatia, Josip Ivancic, malam tadi.

Kecoh Raya tambah keterujaan rai Syawal

Posted: 09 May 2021 02:58 AM PDT

KUALA LUMPUR: Menggandingkan artis dari dua label termasuk aktres popular, Diana Danielle dan Alvin Chong, single Kecoh Raya yang dilancarkan melalui aplikasi TikTok, menghangatkan lagi suasana menyambut Aidilfitri.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template