BH Online - Terkini |
- Dadah bernilai RM9.3 juta dirampas
- Kerani tak mengaku salah guna dokumen gadaian palsu
- Timbalan presiden syarikat jurutera didakwa menipu
- Luqman 'ole' Liridon
- Zahid tidak bincang keperluan MAGERAN bersama Agong
- Penduduk Sheikh Jarrah bimbangkan masa depan
- Usah peralatkan demokrasi tambah derita perangi COVID-19
- Polis serbu kondominium, rampas dadah RM1.77 juta
- Pengurusan sumber air secara terancang elak krisis masa depan
- Indeks pengeluaran meningkat lebih 50 peratus pada April
- Buruh Pakistan didakwa lakukan amang seksual
- Imuniti kelompok harapan bendung COVID-19
- Polis tahan pemilik akaun Instagram 'safieyillias94'
- Wanita mengaku salah pukul anak saudara
- 'Permudahkan cara agih DKD'
- Maxis jamin tiada gangguan perkhidmatan sepanjang PKP penuh
- JAKOA agih 25,300 bakul makanan di Pahang
- PETRONAS tubuh dua pusat teknologi di UK
- Gempa berskala 5.5 melanda Gorontalo, Indonesia
- Syor ketat kawal selia elak bawah umur guna vape
- Ahli kongres Muslim dikecam samakan AS, Israel dengan Taliban
- 'Buat kajian holistik punca kejayaan SPM kali ini'
- Dua polis wanita jadi 'bidan terjun'
- Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berjalan baik - Muhyiddin
- COVID-19: Afrika Selatan kini dilanda gelombang ketiga
- Ekonomi Malaysia dijangka lebih baik pada separuh kedua
- Knight Frank dilantik ejen jual kilang Panasonic
- MH17: Hakim teliti laluan misil BUK
- Misi hidup mati Harimau Malaya
- KPDNHEP lulus operasi 2,412 sektor farmaseutikal
| Dadah bernilai RM9.3 juta dirampas Posted: 10 Jun 2021 09:45 PM PDT KUALA LUMPUR: Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM9.3 juta selepas menahan tiga individu termasuk suami isteri di tiga rumah dan sebuah pangsapuri sekitar ibu negara, Cheras serta Kajang. |
| Kerani tak mengaku salah guna dokumen gadaian palsu Posted: 10 Jun 2021 11:01 PM PDT SHAH ALAM: Seorang kerani dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan menggunakan dokumen palsu iaitu borang pelepasan gadaian (Borang 16N) yang menyebabkan Standard Chartered Bank mengalami kerugian RM4.14 juta, tujuh tahun lalu. |
| Timbalan presiden syarikat jurutera didakwa menipu Posted: 10 Jun 2021 10:59 PM PDT KUALA LUMPUR: Seorang timbalan presiden syarikat kejuruteraan didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas tuduhan menipu sebuah syarikat minyak dan gas terkemuka bagi membolehkan syarikatnya mendapat status Bumiputera. |
| Posted: 10 Jun 2021 10:48 PM PDT KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya jelas berada dalam 'mood' terbaik menjelang aksi menentang Vietnam, tengah malam ini selepas sesi latihan berlangsung dalam keadaan yang ceria dan positif. |
| Zahid tidak bincang keperluan MAGERAN bersama Agong Posted: 10 Jun 2021 08:33 PM PDT KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau tidak membangkitkan keperluan penubuhan sebuah badan seperti Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) dalam sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sebentar tadi. |
| Penduduk Sheikh Jarrah bimbangkan masa depan Posted: 10 Jun 2021 10:52 PM PDT BAITULMAQDIS: Kejiranan Sheikh Jarrah di kawasan yang dirampas Israel di timur Baitulmaqdis menarik perhatian dunia baru-baru ini, namun salah seorang penduduknya, Aref Hammad, 70, bimbang tanpa tekanan antarabangsa yang berterusan, beliau juga akan diusir daripada rumahnya. |
| Usah peralatkan demokrasi tambah derita perangi COVID-19 Posted: 10 Jun 2021 10:48 PM PDT Fathi Yusof |
| Polis serbu kondominium, rampas dadah RM1.77 juta Posted: 10 Jun 2021 10:44 PM PDT JOHOR BAHRU: Polis merampas dadah jenis syabu dan heroin bernilai RM1.77 juta selepas menyerbu sebuah kondominium yang dijadikan stor penyimpanan bahan terbabit di sini. |
| Pengurusan sumber air secara terancang elak krisis masa depan Posted: 10 Jun 2021 10:43 PM PDT Bahagian Kitab al-Musaqah dalam Sahih oleh Imam Bukhari menghimpunkan sejumlah hadis sahih menyentuh tanggungjawab fardu kifayah memastikan penjagaan sumber air dan berkongsi lebihan dengan masyarakat sekitarnya termasuklah pengembara, haiwan ragut serta tanah yang memerlukan pengairan. |
| Indeks pengeluaran meningkat lebih 50 peratus pada April Posted: 10 Jun 2021 10:43 PM PDT KUALA LUMPUR: Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia meningkat 50.1 peratus tahun ke tahun pada April 2021, didorong oleh prestasi yang kukuh dalam indeks pembuatan, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia. |
| Buruh Pakistan didakwa lakukan amang seksual Posted: 10 Jun 2021 10:33 PM PDT BUTTERWORTH: Seorang buruh kontrak warga Pakistan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun, bulan lalu. |
| Imuniti kelompok harapan bendung COVID-19 Posted: 10 Jun 2021 10:38 PM PDT Melihat jumlah kes jangkitan COVID-19 dunia semakin meningkat, imuniti berkelompok satu-satunya harapan untuk menghentikan wabak ini. Ia akan dicapai apabila sejumlah besar individu menjadi kebal terhadap jangkitan lalu menyebabkan penyakit tidak dapat menular dalam komuniti. |
| Polis tahan pemilik akaun Instagram 'safieyillias94' Posted: 10 Jun 2021 07:58 PM PDT KUALA LUMPUR: Polis menahan pemilik akaun Instagram 'safieyillias94' semalam, berhubung dakwaan berkomunikasi secara lucah dan melakukan perbuatan amang seksual terhadap kanak-kanak bawah umur. |
| Wanita mengaku salah pukul anak saudara Posted: 10 Jun 2021 09:23 PM PDT KUALA PILAH: Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Seksyen, di sini, hari ini atas tuduhan memukul anak saudaranya di sebuah rumah di FELDA Raja Alias 4, Jempol, dekat sini, 4 Jun lalu. |
| Posted: 10 Jun 2021 10:19 PM PDT KUALA LUMPUR: Agihan terbesar Dana Kandungan Digital (DKD) Muzik bernilai RM6 juta kepada 960 penggiat muzik bagi menerbitkan Program Hiburan Dari Rumah (HDR) 2021 pada 1 Jun lalu diakui merangsang semula sektor industri muzik yang terjejas teruk akibat penularan COVID-19. |
| Maxis jamin tiada gangguan perkhidmatan sepanjang PKP penuh Posted: 10 Jun 2021 10:17 PM PDT KUALA LUMPUR: Maxis Bhd, penyedia telekomunikasi negara memberi jaminan perkhidmatannya secara fizikal dan dalam talian serta rangkaiannya tidak akan terganggu sepanjang pelaksanaan sekatan pergerakan penuh ketika ini. |
| JAKOA agih 25,300 bakul makanan di Pahang Posted: 10 Jun 2021 10:17 PM PDT KUANTAN: Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Pahang dalam usaha mengagihkan 25,300 bakul makanan kepada ketua isi rumah (KIR) masyarakat Orang Asli di 328 penempatan di negeri ini yang terkesan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. |
| PETRONAS tubuh dua pusat teknologi di UK Posted: 10 Jun 2021 10:16 PM PDT KUALA LUMPUR: PETRONAS menubuhkan dua pusat teknologi dan penyelidikan baharu di Imperial College London dan Heriot-Watt University di United Kingdom (UK). |
| Gempa berskala 5.5 melanda Gorontalo, Indonesia Posted: 10 Jun 2021 10:14 PM PDT HONG KONG: Gempa bumi berskala 5.5 melanda 147 kilometer (km) ESE Gorontalo, di Sulawesi, Indonesia hari ini, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS). |
| Syor ketat kawal selia elak bawah umur guna vape Posted: 10 Jun 2021 10:08 PM PDT KUALA LUMPUR: Pusat Pilihan Pengguna (CCC) menyarankan pengawalseliaan lebih ketat dilaksanakan bagi mengelakkan vape digunakan remaja bawah umur. |
| Ahli kongres Muslim dikecam samakan AS, Israel dengan Taliban Posted: 10 Jun 2021 10:03 PM PDT WASHINGTON: Ahli kongres wanita Muslim Amerika Syarikat (AS), Ilhan Omar, berdepan kecaman hebat termasuk daripada kepimpinan parti Demokratnya selepas ahli parlimen itu mendakwa AS dan Israel melakukan tindakan kekejaman, menyamakannya dengan apa yang dilakukan Hamas dan Taliban. |
| 'Buat kajian holistik punca kejayaan SPM kali ini' Posted: 10 Jun 2021 09:57 PM PDT KUALA LUMPUR: Kajian secara holistik perlu dilakukan bagi mengenal pasti faktor penyumbang kepada keputusan terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 meskipun |
| Dua polis wanita jadi 'bidan terjun' Posted: 10 Jun 2021 09:57 PM PDT KOTA SAMARAHAN: Dua anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya di Expressway Kuching-Samarahan benar-benar menjadi 'bidan terjun' apabila menyambut kelahiran seorang bayi perempuan yang dilahirkan di dalam kereta malam tadi. |
| Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berjalan baik - Muhyiddin Posted: 10 Jun 2021 09:31 PM PDT KUALA LUMPUR: Jumlah pemberian vaksin harian yang tinggi membuktikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dimulakan pada 24 Februari lalu berjalan dengan baik, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. |
| COVID-19: Afrika Selatan kini dilanda gelombang ketiga Posted: 10 Jun 2021 09:40 PM PDT JOHANNESBURG: Afrika Selatan kini dilanda gelombang ketiga jangkitan COVID-19 selepas merekodkan 9,149 kes baharu dalam tempoh 24 jam lalu, memetik data Institut Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NICD) semalam. |
| Ekonomi Malaysia dijangka lebih baik pada separuh kedua Posted: 10 Jun 2021 09:38 PM PDT KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia dijangka mampu berkembang lebih baik pada separuh kedua 2021 disokong permintaan luaran meskipun penyebaran pandemik masih belum berakhir, demikian kata Affin Hwang Capital. |
| Knight Frank dilantik ejen jual kilang Panasonic Posted: 10 Jun 2021 01:31 AM PDT KUALA LUMPUR: Knight Frank Malaysia dilantik sebagai ejen pemasaran eksklusif untuk penjualan sel solar dan kilang pengeluaran panel Panasonic Solar Energy Malaysia di Kulim Hi-Tech Park (KHTP). |
| MH17: Hakim teliti laluan misil BUK Posted: 10 Jun 2021 09:29 PM PDT THE HAGUE: Mahkamah Belanda semalam diberitahu bahawa tertuduh yang menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 di timur Ukraine pada 2014 memindahkan semula peluru berpandu BUK ke Russia. |
| Misi hidup mati Harimau Malaya Posted: 10 Jun 2021 09:27 PM PDT KUALA LUMPUR: Aksi menentang Vietnam, tengah malam ini dirumuskan sebagai misi 'hidup mati' buat skuad Harimau Malaya kerana bukan hanya tiga mata menjadi rebutan tetapi ia turut mempertaruhkan nasib skuad Harimau Malaya pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023. |
| KPDNHEP lulus operasi 2,412 sektor farmaseutikal Posted: 10 Jun 2021 09:26 PM PDT PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sehingga semalam, meluluskan 2,412 permohonan sektor farmaseutikal, kluster peruncitan / pengedaran / pemborongan melalui Intelligent Management System (CIMS 3.0) beroperasi sepanjang sekatan kawalan pergerakan penuh ketika ini. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment