BH Online - Terkini |
- Misi Argentina tamat badi 28 tahun
- Kes tembakan di Chicago, seorang maut, 9 cedera
- KETENGAH agih 27.6 tan beras bantu penduduk terkesan
- 'Jelaskan fungsi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat'
- Kerajaan diminta tetapkan tarikh tutup daftar vaksinasi
- Kes COVID-19 Afrika melebihi 5 juta
- KKM sekat 2,600 laman sesawang
- 'Tiada kelibat kereta kawalan jauh serah bola'
- Kawat duri di kawasan PKPD dirosakkan
- Polis siasat kutipan derma ikat jamin penghantar makanan
- Musyawarah jalan terbaik merungkai kemelut negara
- Jho Low didakwa lobi Trump, DOJ gugurkan kes 1MDB
- COVID-19: Jumlah penerima vaksin cecah 4.36 juta
- Pelitup muka 'cabaran' guru bantu pelajar masalah pendengaran
- Usaha kolektif bantu jabatan forensik kendali pandemik
- Pesakit COVID-19 'ditidurkan'
- Cik B ingin masuk sekolah tahfiz
- Perintah berkurung di ESSZONE dilanjutkan 29 Jun
- G7 bincang isu China, COVID-19, perubahan iklim
- Pahang, PPTC konsisten pulihara kelestarian Tasik Chini
- Lukaku dedikasi gol buat Eriksen
- Gaduh pasal pokok bunga, parkir
- Jong-un anggap K-Pop sebagai 'kanser' masyarakat
- Tempoh dua minggu lockdown akan datang kritikal - Dr Noor Hisham
- Penganjur majlis kahwin, jurugambar kena kompaun
- 97,565 sertai saringan percuma fasa 2 di Selangor
- Kjaer hero sebenar selamatkan Eriksen
- Berpantang maut sebelum ajal
- Hoe Yean pecah rekod renang kebangsaan 23 tahun
- 18 terbunuh dalam serangan di Afrin
| Misi Argentina tamat badi 28 tahun Posted: 12 Jun 2021 09:04 PM PDT RIO DE JANEIRO: Kejohanan Copa America tahun ini menyediakan satu lagi peluang buat Argentina untuk menamatkan badi 28 tahun tanpa trofi. |
| Kes tembakan di Chicago, seorang maut, 9 cedera Posted: 12 Jun 2021 08:32 PM PDT CHICAGO: Seorang maut dan sekurang-kurangnya sembilan lagi cedera dalam kes tembakan membabitkan dus suspek di South Side, Chicago di Amerika Syarikat (AS) awal pagi semalam. |
| KETENGAH agih 27.6 tan beras bantu penduduk terkesan Posted: 12 Jun 2021 09:01 PM PDT DUNGUN: Lembaga Kemajuan Terengganu Ketengah (KETENGAH) menyediakan 27.6 tan beras untuk diagihkan kepada 3,210 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terkesan susulan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh berkuat kuasa 1 Jun lalu. |
| 'Jelaskan fungsi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat' Posted: 12 Jun 2021 08:27 PM PDT KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan diminta memberi penjelasan berhubung kedudukan dan fungsi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 dalam menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai darurat. |
| Kerajaan diminta tetapkan tarikh tutup daftar vaksinasi Posted: 12 Jun 2021 08:58 PM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menetapkan tarikh tutup untuk pendaftaran mendapatkan suntikan vaksin dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan |
| Kes COVID-19 Afrika melebihi 5 juta Posted: 12 Jun 2021 08:57 PM PDT PARIS: Lebih daripada lima juta orang sudah dijangkiti virus COVID-19 di Afrika sejak ia muncul di China pada akhir 2019, menurut data sumber rasmi yang dikumpulkan AFP semalam. |
| KKM sekat 2,600 laman sesawang Posted: 12 Jun 2021 07:41 PM PDT PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menyekat akses lebih 2,600 laman sesawang termasuk web gelap atau 'Dark Web' yang menjual produk farmaseutikal serta merampas 61,864 unit produk ubat-ubatan dengan nilai jualan lebih RM2 juta. |
| 'Tiada kelibat kereta kawalan jauh serah bola' Posted: 12 Jun 2021 04:43 PM PDT LONDON: Peminat Euro 2020 tampak kecewa selepas kereta mainan kawalan jauh yang membawa bola ke dalam padang pada perlawanan pembukaan saingan tidak kelihatan ketika aksi Wales menentang Switzerland. |
| Kawat duri di kawasan PKPD dirosakkan Posted: 12 Jun 2021 07:45 PM PDT TUMPAT: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Kutan Mukim Wakaf Bharu yang memasuki hari kedua semalam dicemari perbuatan khianat apabila kawat duri yang dipasang dirosakkan. |
| Polis siasat kutipan derma ikat jamin penghantar makanan Posted: 12 Jun 2021 08:38 PM PDT KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan pemilik akaun Facebook 'Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam' yang disyaki melancarkan tabung kutipan derma kononnya untuk membayar jaminan lima penghantar makanan yang ditahan, selepas dipercayai bergaduh dengan pelanggan di Sungai Way, Petaling Jaya, Jumaat lalu. |
| Musyawarah jalan terbaik merungkai kemelut negara Posted: 12 Jun 2021 08:30 PM PDT PERTEMUAN Yang di-Pertuan Agong dengan beberapa pemimpin parti politik baru-baru ini, mengingatkan kita dengan pertemuan hampir sama berlaku sekitar Februari 2020 bagi mendapatkan pandangan langsung daripada pemimpin parti politik mengenai calon Perdana Menteri. |
| Jho Low didakwa lobi Trump, DOJ gugurkan kes 1MDB Posted: 12 Jun 2021 08:52 AM PDT KUALA LUMPUR: Mahkamah Amerika Syarikat (AS) mendakwa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dengan tuduhan baharu melobi pentadbiran Donald Trump dan Jabatan Kehakiman AS (DOJ) untuk menggugurkan siasatan berkaitan skandal rasuah global, 1Malaysia Development Bhd (1MDB). |
| COVID-19: Jumlah penerima vaksin cecah 4.36 juta Posted: 12 Jun 2021 08:19 PM PDT KUALA LUMPUR: Jumlah kumulatif penerima suntikan vaksin COVID-19 di negara ini telah mencecah seramai 4,361,358 orang, setakat semalam. |
| Pelitup muka 'cabaran' guru bantu pelajar masalah pendengaran Posted: 12 Jun 2021 08:18 PM PDT KUANTAN: Mengajar seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 berkeperluan khas yang mengalami masalah pendengaran tatkala pemakaian pelitup muka diwajibkan bagi membendung penularan wabak COVID-19, sememangnya suatu cabaran dan pengalaman berharga buat seorang guru, Zainurah Muhamad. |
| Usaha kolektif bantu jabatan forensik kendali pandemik Posted: 12 Jun 2021 08:15 PM PDT PENINGKATAN angka jangkitan dan kematian akibat COVID-19 menambah beban kerja petugas kesihatan dalam merawat pesakit. Turut merasa tempiasnya, jabatan perubatan forensik di setiap hospital. |
| Posted: 12 Jun 2021 08:03 PM PDT PERKONGSIAN petugas Hospital Sungai Buloh, Shahrin Sahbudin dalam Facebook beliau disertakan dua keping gambar detik seorang pesakit COVID-19 beragama Islam 'ditidurkan' dalam rawatan intubasi dengan dibantu oleh mesin pernafasan, baru-baru ini, mendapat perhatian dan komen ramai netizen. |
| Cik B ingin masuk sekolah tahfiz Posted: 12 Jun 2021 08:00 PM PDT KUALA LUMPUR: Penampilannya seperti tomboy dan agak kasar, namun pendatang baharu, Cik B memasang keinginan mengikuti pengajian di sekolah tahfiz wanita. |
| Perintah berkurung di ESSZONE dilanjutkan 29 Jun Posted: 12 Jun 2021 07:51 PM PDT KOTA KINABALU: Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir esok, dilanjutkan 14 hari sehingga 29 Jun. |
| G7 bincang isu China, COVID-19, perubahan iklim Posted: 12 Jun 2021 07:56 PM PDT UNITED KINGDOM: Pemimpin G7 semalam mendepani isu pengaruh China dan ancaman pandemik masa depan, menampilkan muafakat baharu Barat pada sidang kemuncak fizikal pertama sejak 2019. |
| Pahang, PPTC konsisten pulihara kelestarian Tasik Chini Posted: 12 Jun 2021 07:34 PM PDT KUANTAN: Kerajaan negeri dan Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) sentiasa konsisten ke arah memulihara dan memelihara kelestarian Tasik Chini, Pekan. |
| Lukaku dedikasi gol buat Eriksen Posted: 12 Jun 2021 03:08 PM PDT SAINT PETERSBURG: Penyerang Belgium, Romelu Lukaku mengakui dia mengalirkan air mata susulan insiden yang menimpa Christian Eriksen sebelum mendedikasikan dua gol yang dijaringkan ketika menewaskan Russia 3-0, sebentar tadi buat rakan sepasukannya di Inter Milan itu. |
| Gaduh pasal pokok bunga, parkir Posted: 12 Jun 2021 06:22 PM PDT SHAH ALAM: Video tular di media sosial mengenai kekecohan pertengkaran mulut di antara beberapa jiran lelaki dan wanita di sebuah kawasan perumahan di Seksyen 24, di sini menjadi perhatian warga maya, sejak semalam. |
| Jong-un anggap K-Pop sebagai 'kanser' masyarakat Posted: 12 Jun 2021 06:30 PM PDT PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un menganggap kumpulan K-pop sebagai 'kanser' yang semakin merebak lagi mengganas kerana dalam kalangan masyarakat. |
| Tempoh dua minggu lockdown akan datang kritikal - Dr Noor Hisham Posted: 12 Jun 2021 06:31 PM PDT KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan, tempoh dua minggu pelaksanaan 'lockdown' akan datang adalah tempoh yang kritikal untuk negara mengurangkan bilangan kes kepada 4,000. |
| Penganjur majlis kahwin, jurugambar kena kompaun Posted: 11 Jun 2021 10:28 PM PDT BUTTERWORTH: Polis mengenakan kompaun terhadap penganjur sebuah majlis perkahwinan di sini kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika pelaksanaan sekatan pergerakan penuh dalam PKP 3.0. |
| 97,565 sertai saringan percuma fasa 2 di Selangor Posted: 12 Jun 2021 07:21 PM PDT SHAH ALAM: Sejumlah 97,565 individu disaring menerusi program saringan percuma dilaksanakan kerajaan negeri di 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam tempoh 8 Mei hingga 10 Jun lalu. |
| Kjaer hero sebenar selamatkan Eriksen Posted: 12 Jun 2021 07:06 PM PDT COPENHAGEN: Kapten Denmark, Simon Kjaer dianggap sebagai 'hero' susulan tindakan dilakukannya bagi menyelamatkan rakan sepasukan, Christian Eriksen yang rebah ketika aksi menentang Finland dalam kempen Euro 2020, awal pagi tadi. |
| Posted: 12 Jun 2021 07:04 PM PDT Melaka: Dua nelayan menempuh detik cemas apabila perahu mereka karam dan hampir meragut nyawa dalam kejadian berhampiran Pangkalan Nelayan Kampung Pantai Jaring, Pantai Puteri, Tanjung Kling, Rabu lalu. |
| Hoe Yean pecah rekod renang kebangsaan 23 tahun Posted: 12 Jun 2021 07:45 AM PDT KUALA LUMPUR: Walaupun menjadi satu-satunya peserta acara 200 meter (m) kuak lentang di Terbuka Malaysia ke-63 hari ini, ia tidak melemahkan semangat Khiew Hoe Yean untuk memecahkan rekod kebangsaan berusia 23 tahun. |
| 18 terbunuh dalam serangan di Afrin Posted: 12 Jun 2021 06:55 PM PDT BEIRUT: Serangan ke atas bandar Afrin yang dikuasai pemberontak di utara Syria membunuh sekurang-kurangnya 18 orang semalam. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment