Thursday, June 17, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Negeri tentukan SOP ibadah korban, solat Aidiladha

Posted: 17 Jun 2021 07:39 PM PDT

PUTRAJAYA: Resolusi mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) berhubung prosedur operasi standard (SOP) ibadat korban serta solat sunat Aidiladha ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan disembah maklum kepada Majlis Raja-raja dan dibawa kepada kerajaan negeri untuk dipertimbang serta diputuskan.

EURO: Pemain alih minuman penaja boleh didenda - UEFA

Posted: 17 Jun 2021 07:41 PM PDT

NYON, Switzerland: Pasukan yang bertanding dalam Kejohanan Euro 2020 boleh dikenakan denda sekiranya pemain mereka mengalihkan minuman yang disediakan oleh pihak penaja dalam sidang media, seperti yang dilakukan Cristiano Ronaldo dan Paul Pogba.

Kebolehjangkitan bawah 1.0 hampir 2 minggu

Posted: 17 Jun 2021 06:31 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan atau Rt di Malaysia ketika ini berada di bawah paras 1.0 untuk tempoh hampir dua minggu.

Rumah Putih pertimbang perbincangan Biden-Jinping

Posted: 17 Jun 2021 07:35 PM PDT

WASHINGTON: Rumah Putih akan mempertimbangkan untuk mengatur perbincangan antara Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan rakan sejawatannya dari China, Xi Jinping bagi membincangkan pelbagai isu termasuk hak asasi manusia.

Muhyiddin sertai selawat mega bersama rakyat

Posted: 17 Jun 2021 06:12 PM PDT

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pagi ini menyertai Program Mega Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Berselawat Bersama Perdana Menteri dan Rakyat Malaysia, yang diadakan serentak di 89 PKRC di seluruh negara.

Kekal semangat juang hadapi cabaran pandemik - Muhyiddin

Posted: 17 Jun 2021 07:30 PM PDT

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap rakyat terus cekal dan kekal dengan semangat juang untuk tempoh yang mendatang bagi mengharungi cabaran pandemik COVID-19.

Tadbir urus berkesan, kesedaran rakyat jamin kelestarian sungai

Posted: 17 Jun 2021 07:17 PM PDT

BERDASARKAN Kanun Tanah Negara 1965, sungai merujuk kepada mana-mana sungai, anak sungai, caruk atau lain-lain aliran air semula jadi, serta apa-apa cawangan sungai, alur, delta atau lencongan buatan daripadanya.

SOP permudah derma darah ketika PKP

Posted: 17 Jun 2021 07:08 PM PDT

MASALAH kekurangan bekalan darah sering menjadi dilema dihadapi Pusat Darah Negara. Keadaan bertambah teruk apabila negara bergelut dengan pandemik yang menyebabkan pergerakan orang ramai terhad.

Sembuh COVID-19 bukan pengakhiran derita bekas pesakit

Posted: 17 Jun 2021 07:08 PM PDT

KETIKA disahkan sebagai pesakit COVID-19, saya diminta menamakan kontak rapat. Mereka hanya dua orang iaitu suami, Rosli Ismail dan anak saya, Dr Muhammad Haziman Mohamad Fauzi.

Saringan bersasar punca kes meningkat di Negeri Sembilan

Posted: 17 Jun 2021 06:55 PM PDT

SEREMBAN: Saringan bersasar yang dilakukan majikan terutama dari sektor perindustrian menjadi penyumbang utama peningkatan mendadak kes baharu COVID-19 di Negeri Sembilan, dalam tempoh 24 jam lalu.

EURO: Sommer terlepas aksi Switzerland, sambut kelahiran anak

Posted: 17 Jun 2021 06:49 PM PDT

LONDON: Penjaga gol Switzerland, Yann Sommer bakal terlepas aksi penting menentang Turki di Euro 2020 apabila pulang ke negaranya untuk menyambut kelahiran anak keduanya.

18 laporan kerosakan kenderaan, bumbung terbang dipukul ribut

Posted: 17 Jun 2021 05:51 PM PDT

KLANG: Polis menerima 18 laporan membabitkan kerosakan kenderaan akibat pokok tumbang dipukul ribut, bumbung rumah diterbangkan angin serta rumah dimasuki air susulan kejadian hujan lebat dan angin kencang di sekitar Meru, petang semalam.

Varian baharu lonjak kes COVID-19 di Moscow

Posted: 17 Jun 2021 06:23 PM PDT

MOSCOW: Kemunculan varian baharu COVID-19 disyaki punca lonjakan mendadak kes di ibu negara Russia ketika program vaksinasi berjalan dengan perlahan.

EURO: Tewaskan Russia, 'hadiah' kepada Eriksen

Posted: 17 Jun 2021 05:17 PM PDT

COPENHAGEN: Jaringan awal Denmark yang dicetuskan Yussuf Poulsen pada perlawanan Euro 2020 menentang Belgium secara tidak langsung menaikkan semangat juang pasukan itu yang masih trauma dengan insiden serangan jantung dialami Christian Eriksen.

'Journey 25' aspirasi MBSB jadi peserta serantau

Posted: 17 Jun 2021 03:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia Building Society Bhd (MBSB) menyasar menjadi peserta serantau dalam pembiayaan perdagangan sejajar dengan aspirasi 'Journey 25' untuk menjadi institusi kewangan Islam penuh yang matang menjelang 2025.

'Abang Jejak Rasul beri inspirasi'

Posted: 17 Jun 2021 05:30 PM PDT

KUALA LUMPUR: Bermula daripada menonton filem seram Munafik kira-kira tiga tahun lalu, minat V Easwaran, 18, untuk 'menggali' lebih banyak maklumat dan ilmu mengenai Islam terus berputik.

PPV pandu lalu untuk OKU akan tambah kapasiti

Posted: 17 Jun 2021 04:44 PM PDT

KUALA LUMPUR: Seramai 40,000 ahli komuniti orang kurang upaya (OKU) di negara ini akan divaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pandu Lalu kendalian OKU Sentral di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dalam tempoh lima bulan akan datang.

Israel lancar serangan udara berterusan ke atas Gaza

Posted: 17 Jun 2021 03:55 PM PDT

BANDAR GAZA: Jet pejuang Israel melancarkan beberapa siri serangan udara semalaman ke atas Semenanjung Gaza, kali kedua sejak gencatan senjata diumumkan 21 Mei lalu bagi mengakhiri pertempuran 11 hari sebelum ini.

COPA: Venezuela sekadar seri berdepan Colombia

Posted: 17 Jun 2021 05:31 PM PDT

RIO DE JANEIRO: Venezuela mengutip mata pertama di Copa America 2021 selepas seri tanpa jaringan menentang Colombia di Goinia.

EMA gesa EU guna semua jenis vaksin perangi COVID-19

Posted: 17 Jun 2021 05:18 PM PDT

THE HAGUE: Agensi Perubatan Eropah (EMA) menggesa negara Kesatuan Eropah (EU) menggunakan semua jenis vaksin yang ada untuk memerangi pandemik COVID-19 biarpun terlalu awal untuk mengetahui jenis vaksin terbaik.

743,552 rakyat Sabah sudah daftar sebagai penerima vaksin

Posted: 17 Jun 2021 05:08 PM PDT

KOTA KINABALU: Jumlah individu di Sabah yang mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 memperlihatkan peningkatan dari segi jumlah apabila kerajaan negeri mencatatkan seramai 743,552 sudah mendaftar sebagai penerima vaksin, setakat semalam.

Bank Dunia enggan bantu El Salvador jadikan bitcoin mata wang

Posted: 17 Jun 2021 05:07 PM PDT

WASHINGTON: Bank Dunia menolak permintaan El Salvador untuk mendapatkan bantuan dalam usaha menjadikan bitcoin sebagai mata wang, kata jurucakap pemberi pinjaman pembangunan yang berpusat di Washington semalam.

UNGA akan undi kutuk junta Myanmar

Posted: 17 Jun 2021 04:55 PM PDT

NEW YORK: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNGA) akan mengundi hari ini untuk mencapai resolusi tidak mengikat bagi mengutuk junta tentera Myanmar dan menyeru negara anggota untuk mengekang aliran senjata ke negara dilanda keganasan itu.

COPA: Keputusan aksi Copa America

Posted: 17 Jun 2021 04:44 PM PDT

RIO DE JANEIRO: Berikut adalah keputusan perlawanan bagi

Thiem sertai Nadal tarik diri Olimpik Tokyo

Posted: 17 Jun 2021 04:29 PM PDT

PARIS: Juara Terbuka Amerika Syarikat, Dominic Thiem mengekori jejak bintang Sepanyol, Rafael Nadal untuk menarik diri daripada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

EURO: Depay, Dumfries bawa Belanda ke pusingan kalah mati

Posted: 17 Jun 2021 02:57 PM PDT

AMSTERDAM: Penalti awal permainan Memphis Depay membantu Belanda dalam kemenangan 2-0 ke atas Austria di Amsterdam, kemenangan kedua berturut-turut di Euro 2020 yang memastikan tempat ke pusingan kalah mati sebagai juara Kumpulan C.

EURO: De Boer belum puas hati prestasi Oranje

Posted: 17 Jun 2021 03:43 PM PDT

AMSTERDAM: Pengendali Belanda Frank de Boer percaya anak buahnya masih mampu meningkatkan prestasi selepas menewaskan Austria 2-0 untuk layak ke kelompok 16 terakhir Euro 2020 dengan satu perlawanan berbaki.

EURO: Kecederaan paksa Chiellini diketepikan

Posted: 17 Jun 2021 03:12 PM PDT

ROM: Kapten Itali, Giorgio Chiellini tampak pasti diketepikan bagi perlawanan terakhir Kumpulan A Euro 2020 menentang Wales, Isnin ini selepas mengalami kecederaan otot, namun dijangka pulih sepenuhnya untuk saingan 16 terbaik, kata sumber dalam pasukan Itali.

EURO: Keputusan aksi Euro 2020

Posted: 17 Jun 2021 02:45 PM PDT

AMSTERDAM: Berikut adalah keputusan perlawanan bagi Kumpulan C sebentar tadi.

EURO: De Bruyne enggan rai jaringan kemenangan

Posted: 17 Jun 2021 11:54 AM PDT

COPENHAGEN: Pemain tengah Belgium, Kevin De Bruyne berkata dia tidak meraikan jaringan kemenangan berdepan Denmark di Copenhagen sebentar tadi kerana "hormat" kepada penyokong tuan rumah selepas kejadian Christian Eriksen rebah di padang minggu lalu.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template