BH Online - Terkini |
- UMNO Seremban minta Lembaga Disiplin ambil tindakan isu video lucah
- ERL gantung sementara perkhidmatan rel
- City dominasi senarai calon PFA
- Majikan perlu tanggung langgar SOP PKP, bukan pekerja - MTUC
- 6 dikompaun RM20,000 kerana 'dine-in'
- Junta Myanmar penjara wartawan guna undang-undang era kolonial
- Pulau Pinang digesa batalkan projek tambak laut
- Zuar XPDC, isteri, dua anak positif COVID-19
- Cheng Hoe optimis sekat serangan UAE
- Bas khas untuk bawa petugas barisan depan di lokasi PKPD
- Makmal diagnostik PBM diluluskan buat ujian saringan COVID-19
- KKMM terima 4,615 laporan insiden keselamatan siber
- Indonesia henti usaha selamatkan KRI Nanggala
- Ada individu palsukan dokumen MITI untuk rentas sempadan
- Top Glove komited teruskan IPO di Hong Kong
- Remaja Singapura ugut bunuh pemain Brighton
- Selangor belanja RM200 juta beli vaksin
- Jualan kereta PROTON merosot bulan lalu
- 8 lelaki merusuh guna senjata ditahan
- Kematian akibat COVID-19 diunjur cecah 26,000 menjelang September
- COVID-19: Pesakit diminta mengucap syahadah sebelum 'ditidurkan'
- SME Bank lanjutkan moratorium bersasar
- LBS rangkul Anugerah Komuniti CSR
- Malaysia catat kematian tertinggi 126 kes hari ini
- Kenaikan harga minyak perkukuh ringgit
- Bursa Malaysia teruskan momentum positif
- Janji tak lupa diri
- Boleh guna surat selain MITI sementara waktu - KPN
- JAKIM ajak rakyat baca Yasin serentak seluruh negara esok
- COVID-19: 7,703 kes baharu hari ini
| UMNO Seremban minta Lembaga Disiplin ambil tindakan isu video lucah Posted: 02 Jun 2021 08:51 AM PDT SEREMBAN: "Saya sudah hantar laporan mengenai perkara itu kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan Lembaga Disiplin UMNO untuk tindakan lanjut. |
| ERL gantung sementara perkhidmatan rel Posted: 02 Jun 2021 08:21 AM PDT KUALA LUMPUR: Express Rail Link Sdn Bhd (ERL), pengendali perkhidmatan kereta api KLIA Ekspres dan KLIA Transit yang menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), klia2 dan bandar raya Kuala Lumpur akan menggantung sementara perkhidmatannya bermula Jumaat ini sehingga dimaklumkan kelak. |
| City dominasi senarai calon PFA Posted: 02 Jun 2021 08:00 AM PDT LONDON: Manchester City mendominasi senarai calon bagi merebut anugerah pemain terbaik tahunan dan pemain muda terbaik Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) dengan empat pemainnya berada dalam senarai pendek. |
| Majikan perlu tanggung langgar SOP PKP, bukan pekerja - MTUC Posted: 02 Jun 2021 07:54 AM PDT KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menuntut pengurusan kilang pembuatan plastik di Petaling Jaya di sini, bertanggungjawab sepenuhnya atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sehingga menyebabkan beberapa pekerja turut dikompaun. |
| 6 dikompaun RM20,000 kerana 'dine-in' Posted: 02 Jun 2021 07:27 AM PDT KUALA LUMPUR: Enam individu, termasuk pemilik premis makanan di tingkat enam sebuah kompleks perniagaan terkenal di ibu negara dikenakan kompaun RM20,000 hari ini kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). |
| Junta Myanmar penjara wartawan guna undang-undang era kolonial Posted: 02 Jun 2021 07:06 AM PDT YANGON: Seorang wartawan Myanmar yang menyiarkan secara langsung penahanannya oleh pasukan junta dipenjara selama dua tahun hari ini, kata majikannya, ketika tentera meneruskan tindakan kerasnya terhadap laporan kritikal. |
| Pulau Pinang digesa batalkan projek tambak laut Posted: 02 Jun 2021 07:05 AM PDT GEORGETOWN: Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican hari ini menggesa kerajaan negeri supaya membatalkan Projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSR), memandangkan ia tidak mendapat sokongan penuh rakyat. |
| Zuar XPDC, isteri, dua anak positif COVID-19 Posted: 02 Jun 2021 06:44 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemain bass XPDC, Zuar bersama isteri dan dua cahaya matanya disahkan positif COVID-19 sejak Sabtu lalu. |
| Cheng Hoe optimis sekat serangan UAE Posted: 02 Jun 2021 06:41 AM PDT KUALA LUMPUR: Pengendali skuad kebangsaan Tan Cheng Hoe, optimis pasukan bimbingannya bersedia menghadapi segala cabaran berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE), pada aksi Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Dubai, tengah malam esok. |
| Bas khas untuk bawa petugas barisan depan di lokasi PKPD Posted: 02 Jun 2021 06:38 AM PDT SABAK BERNAM: Seramai 70 petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang tinggal di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Taman Pertama, Taman Serendah dan Taman Prima, di sini, dibawa menaiki bas khas untuk ke tempat kerja masing-masing. |
| Makmal diagnostik PBM diluluskan buat ujian saringan COVID-19 Posted: 02 Jun 2021 06:28 AM PDT MELAKA: Kerajaan negeri melalui Perbadanan Bioteknologi Melaka (PBM) melakar sejarah apabila Makmal Diagnostik COVID-19 miliknya diberi kelulusan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menjalankan ujian makmal RT-PCR dan RTK-Ag untuk mengesan jangkitan COVID-19. |
| KKMM terima 4,615 laporan insiden keselamatan siber Posted: 02 Jun 2021 06:28 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) merekodkan 4,615 insiden keselamatan siber dalam tempoh lima bulan sejak awal tahun ini, seperti yang dilaporkan kepada CyberSecurity Malaysia (CSM). |
| Indonesia henti usaha selamatkan KRI Nanggala Posted: 02 Jun 2021 06:20 AM PDT JAKARTA: Indonesia menghentikan usahanya untuk menyelamatkan kapal selam tentera yang tenggelam di perairan Bali dan mengorbankan semua 53 anak kapal, kata tentera laut hari ini. |
| Ada individu palsukan dokumen MITI untuk rentas sempadan Posted: 02 Jun 2021 04:34 AM PDT ALOR SETAR: Segelintir individu dikesan memalsukan dokumen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), termasuk untuk cuba merentas daerah atau negeri, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. |
| Top Glove komited teruskan IPO di Hong Kong Posted: 02 Jun 2021 06:06 AM PDT KUALA LUMPUR: Top Glove Corporation Bhd tetap komited dengan rancangan tawaran awam permulaan (IPO) di Hong Kong. |
| Remaja Singapura ugut bunuh pemain Brighton Posted: 02 Jun 2021 06:01 AM PDT SINGAPURA: Seorang remaja Singapura mengaku menghantar mesej ugutan bunuh kepada pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris, Neal Maupay selepas berasa marah ketika menonton perlawanan. |
| Selangor belanja RM200 juta beli vaksin Posted: 02 Jun 2021 05:59 AM PDT SABAK BERNAM: Kerajaan Selangor memperuntuk lebih RM200 juta untuk membeli vaksin COVID-19. |
| Jualan kereta PROTON merosot bulan lalu Posted: 02 Jun 2021 05:56 AM PDT SUBANG JAYA: PROTON menjual 9,440 unit di pasaran domestik dan eksport bulan lalu, penyusutan sebanyak 37.1 peratus berbanding bulan April, dengan pegangan pasaran dianggarkan sebanyak 20.3 peratus. |
| 8 lelaki merusuh guna senjata ditahan Posted: 02 Jun 2021 05:11 AM PDT KLANG: Polis menahan lapan lelaki disyaki menyerang satu keluarga menggunakan senjata di hadapan sebuah rumah di Jalan Sungai Jati, di sini, semalam. |
| Kematian akibat COVID-19 diunjur cecah 26,000 menjelang September Posted: 02 Jun 2021 05:50 AM PDT KUALA LUMPUR: Satu kajian mendapati jumlah kematian berkaitan COVID-19 di negara ini berkemungkinan mencapai 26,000 kes menjelang September berdasarkan trajektori semasa, kata Ahli Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman. |
| COVID-19: Pesakit diminta mengucap syahadah sebelum 'ditidurkan' Posted: 02 Jun 2021 05:46 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang jururawat berkongsi detik seorang pesakit COVID-19 beragama Islam yang 'ditidurkan' ketika dalam rawatan di sebuah hospital. |
| SME Bank lanjutkan moratorium bersasar Posted: 02 Jun 2021 05:40 AM PDT KUALA LUMPUR: SME Bank komited membantu pelanggan terjejas menerusi pengurangan pembiayaan dan menawarkan lanjutan moratorium bersasar bagi mendepani cabaran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0). |
| LBS rangkul Anugerah Komuniti CSR Posted: 02 Jun 2021 05:32 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemaju hartanah, LBS Bina Group Bhd merangkul Anugerah Komuniti CSR di Anugerah Pembangunan Cemerlang iProperty (iDEA) 2021. |
| Malaysia catat kematian tertinggi 126 kes hari ini Posted: 02 Jun 2021 03:56 AM PDT PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan kematian harian tertinggi hari ini sejak penularan COVID-19 di negara ini dengan 126 kes dilaporkan setakat tengah hari tadi. |
| Kenaikan harga minyak perkukuh ringgit Posted: 02 Jun 2021 05:24 AM PDT KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu mendapat rangsangan daripada peningkatan harga minyak global. |
| Bursa Malaysia teruskan momentum positif Posted: 02 Jun 2021 05:21 AM PDT KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan kenaikan sederhana semalam untuk ditutup tinggi pada Rabu, dipengaruhi oleh faktor luaran yang positif dengan minyak mentah ditutup pada paras tertinggi sejak Oktober 2018 selain kalangan ekonomi perlahan-lahan keluar daripada kemelut pandemik. |
| Posted: 02 Jun 2021 05:21 AM PDT KUALA LUMPUR: Beregu campuran muda negara, Choong Hon Jian-Toh Ee Wei berjanji tidak akan lupa diri selepas berjaya meraih tiga gelaran berturut-turut sejak Mac lalu. |
| Boleh guna surat selain MITI sementara waktu - KPN Posted: 02 Jun 2021 05:08 AM PDT KUALA LUMPUR: Orang ramai boleh menggunakan surat kebenaran pergerakan daripada mana-mana kementerian dan jabatan berkaitan untuk sementara waktu bagi melepasi sekatan jalan raya. |
| JAKIM ajak rakyat baca Yasin serentak seluruh negara esok Posted: 02 Jun 2021 05:20 AM PDT PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengajak seluruh umat Islam untuk bersama-sama membaca surah Yasin dan berdoa demi kesejahteraan negara menerusi rancangan terbitan JAKIM di saluran TV1 RTM Salam Pagi dan Forum Perdana Ehwal Islam esok. |
| COVID-19: 7,703 kes baharu hari ini Posted: 01 Jun 2021 11:39 PM PDT PUTRAJAYA: Kes penularan COVID-19 terus menunjukan peningkatan dan hari ini sebanyak 7,703 kes dilaporkan. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment