BH Online - Terkini |
- Tren pertama LRT3 tiba di Malaysia
- Rita nak bersara, hantar anak sekolah tahfiz
- Israel mahu jalin hubungan dengan Malaysia, Indonesia, Brunei
- Kaedah guna Pfizer untuk remaja 12 tahun ke atas diputuskan minggu ini
- Hampir 100,000 permohonan diterima daripada ibu hamil untuk suntikan vaksin
- Remaja 12 hingga 18 tahun ke atas boleh daftar vaksinasi
- Pengasuh taska didakwa dera kanak-kanak
- Nike bayar Ronaldo RM845 juta
- EURO: Dua gol Wijnaldum lengkapkan rentak Belanda
- EURO: Austria ke peringkat kalah mati
- EURO: PM Itali bantah Wembley lokasi final
- Kerajaan cadang beri potongan cukai pintu di Wilayah Persekutuan
- ProtectHealth, SELGATE bantu percepat PICK
- Man City tawar RM494 juta buat Kane
- Penerima vaksin Fasa Dua tetap diutamakan
- Treler terbabas, pemandu maut
- Agong wajar bertindak atas nasihat Perdana Menteri, Kabinet
- EURO: England mula bimbang
- Sindiket judi dalam talian tumpas, tiga ditahan
- Halaman rumah jadi 'sungai' akibat pembersihan ladang
- Rekod hak asasi manusia terburuk global sejak berdekad - PBB
- Muhyiddin beri bayangan PRU-15 menjelang hujung tahun
- MPM tak setuju Hanoi 2021 ditunda
- Pemaju jaga kebajikan 2 mangsa runtuhan perancah besi
- Shane Harris ketuai operasi ExxonMobil di Malaysia
- Kes sporadik terus meningkat
- EURO: Sepanyol boleh contohi kejayaan Chelsea
- Jangkitan COVID-19 Afrika Selatan memuncak dengan ketara
- BCorp nafi kaitan dengan Berjaya Investment
- Langgar SOP, polis tahan 825 individu
| Tren pertama LRT3 tiba di Malaysia Posted: 21 Jun 2021 01:37 AM PDT KUALA LUMPUR: Tren tiga gerabak pertama bagi projek pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) selamat tiba di Malaysia kelmarin. |
| Rita nak bersara, hantar anak sekolah tahfiz Posted: 21 Jun 2021 03:09 AM PDT KUALA LUMPUR: Aktres Rita Rudaini Mokhtar berhasrat meletakkan titik noktah dalam dunia lakonan, sebelum usia mencecah 50 tahun. |
| Israel mahu jalin hubungan dengan Malaysia, Indonesia, Brunei Posted: 20 Jun 2021 01:41 AM PDT TEL AVIV: Israel bersedia menjalin hubungan dengan tiga negara Islam di Asia Tenggara termasuk Malaysia, Indonesia dan Brunei, lapor akhbar The Jerusalem Post. |
| Kaedah guna Pfizer untuk remaja 12 tahun ke atas diputuskan minggu ini Posted: 21 Jun 2021 01:22 AM PDT KUALA LUMPUR: Kaedah penggunaan vaksin Pfizer untuk golongan remaja berusia 12 tahun ke atas akan diputuskan pada minggu ini. |
| Hampir 100,000 permohonan diterima daripada ibu hamil untuk suntikan vaksin Posted: 20 Jun 2021 11:13 PM PDT KUALA LUMPUR: Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) menerima hampir 100,000 permohonan daripada ibu hamil di seluruh negara bagi mendapatkan vaksin COVID-19. |
| Remaja 12 hingga 18 tahun ke atas boleh daftar vaksinasi Posted: 21 Jun 2021 01:31 AM PDT KUALA LUMPUR: Kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 18 tahun ke atas kini boleh mendaftar bagi mendapatkan vaksin COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera. |
| Pengasuh taska didakwa dera kanak-kanak Posted: 20 Jun 2021 10:13 PM PDT SEPANG: Seorang pengasuh taska dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan mendera seorang kanak-kanak perempuan di Taman Asuhan Kanak-Kanak (taska) di sebuah hospital di Serdang pada 8 Jun lalu. |
| Posted: 21 Jun 2021 05:16 AM PDT LONDON: Cristiano Ronaldo adalah antara individu yang paling laris dalam pasaran dunia. |
| EURO: Dua gol Wijnaldum lengkapkan rentak Belanda Posted: 21 Jun 2021 11:26 AM PDT AMSTERDAM: Georginio Wijnaldum meledak dua gol ketika Belanda melengkapkan peringkat kumpulan Euro 2020 dengan selesa mengatasi Macedonia Utara 3-0 di Amsterdam sebentar tadi. |
| EURO: Austria ke peringkat kalah mati Posted: 21 Jun 2021 11:09 AM PDT BUCHAREST: Austria menang 1-0 mengatasi Ukraine di Bucharest sebentar tadi bagi memastikan tempat ke kelompok 16 terakhir Euro 2020. |
| EURO: PM Itali bantah Wembley lokasi final Posted: 21 Jun 2021 10:58 AM PDT BERLIN: Perdana Menteri Itali, Mario Draghi berkata hari ini dia percaya final Euro 2020 tidak sepatutnya diadakan di Wembley kerana peningkatan kes COVID-19 di England. |
| Kerajaan cadang beri potongan cukai pintu di Wilayah Persekutuan Posted: 21 Jun 2021 10:03 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan sedang meneliti memberi potongan kepada semua pembayar cukai pintu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai insentif meringankan beban golongan itu. |
| ProtectHealth, SELGATE bantu percepat PICK Posted: 21 Jun 2021 09:41 AM PDT KUALA LUMPUR: ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) akan menjalin kerjasama strategik dengan SELGATE Healthcare Sdn Bhd (SELGATE) bagi merancakkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). |
| Man City tawar RM494 juta buat Kane Posted: 21 Jun 2021 09:25 AM PDT LONDON: Manchester City dilaporkan membuat tawaran 100 juta pound (RM494 juta) kepada Tottenham bagi mendapatkan kapten England, Harry Kane menurut laporan hari ini. |
| Penerima vaksin Fasa Dua tetap diutamakan Posted: 21 Jun 2021 09:25 AM PDT KUALA LUMPUR: Warganegara Malaysia berusia 60 tahun ke atas masih diberi keutamaan janji temu mendapatkan vaksin menerusi Fasa Dua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) walaupun pelalian fasa ketiga dipercepatkan. |
| Posted: 21 Jun 2021 08:50 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang pemandu treler maut selepas kenderaan berat dipandunya gagal dikawal lalu terbabas ke longkang di Kilometer 44.2 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat sini, petang tadi. |
| Agong wajar bertindak atas nasihat Perdana Menteri, Kabinet Posted: 21 Jun 2021 08:27 AM PDT KUALA LUMPUR: Peruntukan Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan jelas menunjukkan Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak atas nasihat Perdana Menteri dan Kabinet. |
| Posted: 21 Jun 2021 07:42 AM PDT LONDON: Bos England sedang mengadakan perbincangan mengejut bagi memastikan skuad kendalian Gareth Southgate bebas daripada COVID-19 selepas ujian positif terhadap Billy Gilmour. |
| Sindiket judi dalam talian tumpas, tiga ditahan Posted: 21 Jun 2021 07:25 AM PDT TAWAU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menumpaskan sindiket perjudian dalam talian dan menahan tiga individu dalam serbuan di sebuah premis dekat pusat bandar di sini, hari ini. |
| Halaman rumah jadi 'sungai' akibat pembersihan ladang Posted: 21 Jun 2021 01:13 AM PDT KULIM: Kegiatan penanaman semula ladang getah milik sebuah agensi kerajaan didakwa menyebabkan banjir lumpur melanda Kampung Sungai Tengas, Mukim Terap di sini, sehingga merosakkan kediaman dan kebun penduduk. |
| Rekod hak asasi manusia terburuk global sejak berdekad - PBB Posted: 21 Jun 2021 06:47 AM PDT GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa 'tindakan bersama' bagi membanteras pencabulan hak asasi global yang dilihat terburuk dalam tempoh beberapa dekad kebelakangan ini. |
| Muhyiddin beri bayangan PRU-15 menjelang hujung tahun Posted: 20 Jun 2021 11:46 PM PDT JOHOR BAHRU: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 mungkin diadakan menjelang akhir tahun ini. |
| MPM tak setuju Hanoi 2021 ditunda Posted: 21 Jun 2021 06:46 AM PDT ALOR SETAR: Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berharap Sukan Para ASEAN di Hanoi dari 17 hingga 23 Disember depan tidak ditunda atau dibatalkan. |
| Pemaju jaga kebajikan 2 mangsa runtuhan perancah besi Posted: 21 Jun 2021 06:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemaju projek Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) akan memberi keutamaan dan perhatian sepenuhnya terhadap kebajikan mangsa kejadian perancah besi yang runtuh kelmarin. |
| Shane Harris ketuai operasi ExxonMobil di Malaysia Posted: 21 Jun 2021 06:06 AM PDT KUALA LUMPUR: ExxonMobil melantik Shane Harris sebagai Presiden dan Pengerusi ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc. |
| Posted: 21 Jun 2021 05:20 AM PDT PUTRAJAYA: Lembah Klang terus mencatat peningkatan kes sporadik walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh dilaksanakan sejak tiga minggu lalu. |
| EURO: Sepanyol boleh contohi kejayaan Chelsea Posted: 21 Jun 2021 06:00 AM PDT MADRID: Cesar Azpilicueta berkata hari ini bahawa Sepanyol boleh mengambil inspirasi daripada kejayaan Chelsea dalam Liga Juara-Juara selepas permulaan perlahan menyebabkan mereka bergelut untuk mara ke kelompok 16 terakhir Euro 2020. |
| Jangkitan COVID-19 Afrika Selatan memuncak dengan ketara Posted: 21 Jun 2021 05:59 AM PDT JOHANNESBURG: Peningkatan kes harian COVID-19 di Afrika Selatan memuncak secara ketara dalam beberapa minggu ini sehingga mencecah 1,500 peratus berbanding April lalu, kata Presidennya, Cyril Ramaphosa. |
| BCorp nafi kaitan dengan Berjaya Investment Posted: 21 Jun 2021 05:44 AM PDT KUALA LUMPUR: Berjaya Corporation Bhd (BCorp) menafikan sebarang pembabitan atau kaitan dengan sebuah entiti yang menggunakan nama palsu, Berjaya Investment Bhd, yang mendakwa sebagai gabungannya. |
| Langgar SOP, polis tahan 825 individu Posted: 21 Jun 2021 05:42 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 825 individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP), semalam, termasuk 217 orang ditahan kerana gagal menjaga penjarakan fizikal. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment