Tuesday, June 22, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


EURO: Igauan ngeri England

Posted: 22 Jun 2021 04:19 PM PDT

LONDON: England akan menentang Jerman, Perancis, Portugal atau Hungary di pusingan 16 terakhir Euro 2020 selepas menewaskan Republik Czech, sebentar tadi.

EURO: Modric bawa Croatia ke pusingan kalah mati

Posted: 22 Jun 2021 02:42 PM PDT

GLASGOW: Luka Modric membantu Croatia mencipta kemenangan 3-1, sebentar tadi, sekali gus membawa naib juara Piala Dunia itu ke pusingan 16 terakhir Euro 2020.

11 polis Burkina Faso maut diserang hendap

Posted: 22 Jun 2021 04:04 PM PDT

OUAGADOUGOU: Seramai 11 anggota polis terbunuh manakala empat lagi hilang dalam serangan oleh kumpulan bersenjata di utara negara itu.

EURO: Gol tunggal Sterling tundukkan Republik Czech

Posted: 22 Jun 2021 03:02 PM PDT

LONDON: England menemui rentak serangan diinginkan untuk menewaskan Republik Czech 1-0 di Wembley, sekali gus berada di puncak Kumpulan D di Kejohanan Euro 2020.

'Ada nelayan jadi tali barut bawa masuk PATI'

Posted: 22 Jun 2021 06:20 AM PDT

LANGKAWI: Ada dalam kalangan nelayan di sini dipercayai menjadi tali barut sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin (PATI) ke pulau peranginan itu.

EURO: Luke Shaw pula buat hal

Posted: 22 Jun 2021 03:43 PM PDT

LONDON: Luke Shaw dilihat meminum air dalam tin yang dibaluti, sekali gus menimbulkan kontroversi mengenai peraturan penajaan di Euro 2020.

Elaun 19,000 sukarelawan kesihatan dinaikkan RM100 sehari

Posted: 22 Jun 2021 01:52 AM PDT

TANGKAK: Elaun atau sagu hati untuk sukarelawan kesihatan yang terbabit dalam proses vaksinasi dan pengurusan COVID-19 di negara ini dinaikkan kepada RM100 sehari, mulai bulan ini.

EURO: Scotland bukan tandingan Croatia - McGregor

Posted: 22 Jun 2021 03:19 PM PDT

GLASGOW: Pemain tengah Scotland, Callum McGregor mengakui pasukannya dipaksa bekerja keras di atas padang oleh Croatia sebelum tewas 3-1 yang menyaksikan skuad Steve Clarke tersingkir dari kejohanan Euro 2020.

Pelan Pemulihan Negara seiring usaha pemberian vaksin

Posted: 22 Jun 2021 05:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelan Pemulihan Negara (PPN) dirangka seiring dengan usaha kerajaan meningkatkan pemberian vaksin COVID-19 kepada rakyat yang akan menjadi rujukan operasi kepada sektor sosial, ekonomi dan pendidikan.

EURO: Perancis hanya fikir juara kumpulan - Deschamps

Posted: 22 Jun 2021 11:03 AM PDT

BUDAPEST: Jurulatih Perancis, Didier Deschamps berkata pasukannya tidak akan terperangkap dengan perkiraan matematik ketika juara dunia itu mahu memastikan tempat pertama Kumpulan F dengan kemenangan mengatasi Portugal awal pagi Khamis ini.

EURO: Slovakia ambil inspirasi 2014 cuba benam Sepanyol

Posted: 22 Jun 2021 10:41 AM PDT

SEVILLE, Sepanyol: Jurulatih Slovakia, Stefan Tarkovic berkata Marek Hamsik mungkin akan bermain selaku penyerang awal pagi Khamis ini menentang Sepanyol pada Euro 2020 sambil mengimbas kembali kemenangan Slovakia tujuh tahun lalu.

Perbincangan mekanisme subsidi minyak masak pada peringkat akhir

Posted: 22 Jun 2021 09:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perbincangan kerajaan bagi menentukan mekanisme terbaik subsidi minyak masak dalam botol dengan kapasiti dua kilogram atau lima kilogram, kini pada peringkat akhir.

Gol kontroversi ranapkan impian JDT

Posted: 22 Jun 2021 09:08 AM PDT

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak perlu kecewa dengan kegagalan melakar kemenangan selepas tewas tipis 0-1 kepada Nagoya Grampus pada aksi Kumpulan G saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand, sebentar tadi.

Srikandi Bahagian Johor Bahru tak dibubar

Posted: 22 Jun 2021 09:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: BERSATU Bahagian Johor Bahru menjelaskan Srikandi bahagian itu tidak dibubarkan seperti tular di media sosial, sebaliknya masih berjalan seperti biasa untuk berkhidmat kepada masyarakat dan parti.

Plat perancah besi jatuh, 7 kenderaan rosak

Posted: 22 Jun 2021 09:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tujuh buah kereta rosak selepas ditimpa plat perancah besi yang jatuh ketika sedang diangkat menggunakan kren di tapak projek pembinaan bangunan di Jalan Ikan Emas, Cheras di sini, pagi tadi.

EURO: Pepe yakin Portugal boleh tewaskan Perancis

Posted: 22 Jun 2021 08:47 AM PDT

BUDAPEST: Pertahanan Portugal, Pepe berkata pasukan juara bertahan itu boleh pulih daripada kekalahan besar kepada Jerman dan menewaskan pendahulu Kumpulan F, Perancis awal pagi Khamis ini untuk tempat ke kelompok 16 terakhir Euro 2020.

EURO: England perlu jadi juara kumpulan

Posted: 22 Jun 2021 08:06 AM PDT

LONDON: Legenda England, Gary Lineker meminta skuad Three Lions menjuarai kumpulan Euro diwakili mereka dan tidak 'terlalu berhati-hati'.

'Anak istimewa juga berhak dapat vaksin'

Posted: 22 Jun 2021 07:27 AM PDT

MUAR: Bapa kepada seorang kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) epilepsi (gangguan saraf otak) meminta ibu bapa senasib dengannya supaya tidak menafikan peluang anak istimewa mereka mendapatkan suntikan vaksinasi COVID-19.

Sweden sudah sedia berdepan Lewandowksi

Posted: 22 Jun 2021 07:57 AM PDT

SAINT PETERSBURG, Russia: Selepas menumbangkan Slovakia hasil sepakan penalti Emil Forsberg, Sweden mencipta kejutan untuk mendahului Kumpulan E dengan aksi terakhir peringkat kumpulan menjadi tumpuan.

Jelani dilantik Pengarah Sabah FC

Posted: 22 Jun 2021 07:54 AM PDT

KOTA KINABALU: Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Jelani Hamdan dilantik sebagai pengarah Sabah FC menggantikan Setiausaha Agung SAFA, Benedict Asmat yang memangku jawatan itu sejak awal tahun ini.

Sabah benarkan operasi e-hailing rentas daerah tanpa surat polis

Posted: 22 Jun 2021 07:25 AM PDT

KOTA KINABALU: Sabah membenarkan perkhidmatan e-hailing, teksi yang berdaftar dengan e-hailing dan perkhidmatan penghantaran barangan beroperasi merentas daerah tanpa surat kebenaran polis, bermula esok.

TSG sertai 6 kejohanan di Turki bulan depan

Posted: 22 Jun 2021 07:20 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Pasukan berstatus benua Asia, Terengganu Cycling Team (TSG) kini berada di landasan terbaik untuk meneruskan penguasaan ranking Asia musim ini apabila bakal beraksi dalam enam kejohanan berprestij di Turki bermula 3 Julai ini.

EURO: Lebih 60,000 penonton dibenar masuk ke Wembley

Posted: 22 Jun 2021 07:02 AM PDT

LONDON: Lebih 60,000 penonton dibenarkan menyaksikan perlawanan separuh akhir dan final Euro 2020 di Wembley, umum kerajaan Britain hari ini.

Maut ketika tukar tayar jentera berat

Posted: 22 Jun 2021 06:58 AM PDT

IPOH: Seorang pekerja pusat servis tayar maut selepas sekeping besi gandar terpelanting lalu terkena mukanya ketika menukar tayar jentera berat di Kawasan Perusahaan Menglembu di sini, hari ini.

Lulus 19 hektar tanah, AMK Perak buat laporan SPRM

Posted: 22 Jun 2021 06:45 AM PDT

IPOH: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu pemberian sebidang tanah kerajaan di Bagan Tiang, Parit Buntar kepada sebuah syarikat.

Ringgit ditutup rendah dua hari berturut-turut

Posted: 22 Jun 2021 06:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa yang juga penyusutan untuk hari kedua berturut-turut.

'Ada syarikat kenakan bayaran vaksinasi pekerja'

Posted: 22 Jun 2021 06:36 AM PDT

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, mendedahkan ada beberapa syarikat membuat iklan menyatakan pekerja yang mahu menjalani vaksinasi di pusat pemberian vaksin (PPV) yang dibuka di premis mereka perlu membuat sejumlah bayaran.

Hadkan tempoh presiden PSM antara tiga, empat penggal

Posted: 22 Jun 2021 06:26 AM PDT

KOTA BHARU: Seramai 12 ahli gabungan yang mengambil tindakan menarik diri daripada Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) atau dikenali sebagai G12, mengusulkan supaya tempoh jawatan presiden persatuan berkenaan dihadkan antara tiga dan empat penggal sahaja.

EURO: Wembley sedia anjur separuh akhir, final

Posted: 22 Jun 2021 06:22 AM PDT

LONDON: Britain tidak sabar untuk menganjurkan final Euro 2020 yang 'menakjubkan' kata jurucakap Perdana Menteri, Boris Johnson hari ini, dalam kenyataan jelas bahawa perlawanan akan berlangsung di Wembley walaupun dibayangi isu sekatan akibat COVID-19.

Buka lebih banyak PPV di pedalaman Sabah

Posted: 22 Jun 2021 06:21 AM PDT

KENINGAU: Lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan program jangkauan luar perlu diwujudkan di kawasan pedalaman Sabah bagi memastikan tiada penduduk di kawasan itu tercicir dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template