BH Online - Terkini |
- EURO: Belgium singkir Portugal
- EURO: Keputusan pusingan 16 terbaik
- EURO: Rep Czech mara ke suku akhir
- Pekerja maut digilis traktor
- Syarikat Kredit Komuniti dibuka elak rakyat pinjam ceti haram
- Parlimen belum tentukan sidang hibrid atau bersemuka
- Penyanyi, pelakon 80-an turut dipanggil polis rakam keterangan
- EURO: Rooney cadang taktikal lawan Jerman
- EURO: Bale belum sedia bersara
- Alumni GPMS tolak cadangan pengambilan guru bukan pendidikan
- EURO: Lukaku lebih sukar dikawal berbanding Ronaldo
- 'Fasa 1 PPN kekal, bantuan menyusul' - Perdana Menteri
- Dr Roziah dilantik Presiden UniKL
- Premis makanan boleh dibuka 6 pagi hingga 10 malam
- Video baru, gambar Marikh dari kapal angkasa Tianwen-1
- Tayar depan pecah punca kemalangan
- Verstappen ungguli GP Styria
- Mustapa akui langgar SOP, sedia berdepan tindakan
- Kematian akibat COVID-19 hampiri 4 juta
- Dokumen pertahanan rahsia UK dijumpai di perhentian bas
- 2 lagi suspek kes pecah pejabat kurier ditahan
- FFM bimbang lebih ramai hilang kerja
- Hafizh sekadar ke-23 di Belanda
- Polis buru wanita punca kemalangan Tour de France
- KKM nafi arah kenal pasti doktor mogok
- Quartararo menang MotoGP Belanda
- Anggota misi HM4P sedia masuk Gaza
- Judi nombor haram cetus kluster baharu
- Sarawak lanjutkan Fasa Pertama Kawalan Pergerakan
- 5,586 kes baharu, Selangor 2,212 jangkitan
| EURO: Belgium singkir Portugal Posted: 27 Jun 2021 02:36 PM PDT SEVILLE, Sepanyol: Jaringan Thorgan Hazard pada babak pertama memastikan kemenangan 1-0 Belgium ke atas juara bertahan, Portugal dalam pusingan 16 terbaik, di sini, sebentar tadi dan dijadual bertemu Itali pada saingan suku akhir saingan Euro 2020. |
| EURO: Keputusan pusingan 16 terbaik Posted: 27 Jun 2021 02:20 PM PDT PARIS: Berikut rangkuman keputusan perlawanan pusingan 16 terbaik saingan Euro 2020 di Budapest dan Seville yang berakhir sebentar tadi. |
| EURO: Rep Czech mara ke suku akhir Posted: 27 Jun 2021 11:09 AM PDT BUDAPEST, Hungary: Republik Czech mara ke suku akhir Euro 2020 selepas menewaskan Belanda 2-0 di Puskas Arena, Budapest. |
| Posted: 27 Jun 2021 03:27 AM PDT JELEBU: Pekerja warganegara Bangladesh, maut digilis traktor dalam kemalangan dalam ladang di Kilometer 29 Jalan Kuala Klawang - Genting Peras, jam 8.45 pagi tadi. |
| Syarikat Kredit Komuniti dibuka elak rakyat pinjam ceti haram Posted: 27 Jun 2021 01:37 AM PDT BATU PAHAT: Kerajaan membenarkan sektor Kredit Komuniti (KK) atau Pemberi Pinjam Wang (PPW) berdaftar dibuka dalam tempoh sekatan pergerakan penuh ketika ini bagi mengelakkan orang ramai meminjam daripada ceti haram. |
| Parlimen belum tentukan sidang hibrid atau bersemuka Posted: 26 Jun 2021 11:05 PM PDT KOTA BHARU: Kerajaan belum memutuskan kaedah Parlimen yang akan bersidang secara fizikal atau hibrid. |
| Penyanyi, pelakon 80-an turut dipanggil polis rakam keterangan Posted: 27 Jun 2021 09:01 AM PDT TAPAH: Selain penyanyi terkenal, seorang lagi penyanyi dan pelakon tahun 1980-an turut dipanggil polis selepas dia turut serta dalam majlis sosial di ladang dekat Kampung Poh, Bidor, baru-baru ini. |
| EURO: Rooney cadang taktikal lawan Jerman Posted: 27 Jun 2021 05:58 AM PDT LONDON: Wayne Rooney percaya Gareth Southgate perlu menggugurkan Jack Grealish daripada kesebelasan utamanya ketika menentang Jerman di Wembley. |
| EURO: Bale belum sedia bersara Posted: 27 Jun 2021 08:55 AM PDT LONDON: Gareth Bale berkata misinya bersama Wales belum selesai dan dia belum mahu bersara daripada bermain bola sepak. |
| Alumni GPMS tolak cadangan pengambilan guru bukan pendidikan Posted: 27 Jun 2021 02:43 AM PDT KUALA LUMPUR: Alumni Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menolak cadangan pengambilan guru bukan bidang pendidikan sebelum mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP). |
| EURO: Lukaku lebih sukar dikawal berbanding Ronaldo Posted: 27 Jun 2021 08:35 AM PDT SEVILLE: Pertahanan Itali Francesco Acerbi mendakwa Romelu Lukaku lebih sukar dikawal berbanding Cristiano Ronaldo. |
| 'Fasa 1 PPN kekal, bantuan menyusul' - Perdana Menteri Posted: 26 Jun 2021 08:57 PM PDT PETALING JAYA: Fasa pertama kawalan pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dijadual berakhir esok tidak akan ditamatkan, malah diteruskan mungkin hingga pertengahan Julai ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. |
| Dr Roziah dilantik Presiden UniKL Posted: 27 Jun 2021 08:35 AM PDT KUALA LUMPUR: MARA mengumumkan pelantikan ahli akademik dan penyelidik, Datuk Dr Roziah Omar, sebagai Presiden Universiti Kuala Lumpur (UniKL). |
| Premis makanan boleh dibuka 6 pagi hingga 10 malam Posted: 27 Jun 2021 03:55 AM PDT KUALA LUMPUR: Premis menjual makanan boleh dibuka bermula jam 6 pagi hingga 10 malam berkuat kuasa esok. |
| Video baru, gambar Marikh dari kapal angkasa Tianwen-1 Posted: 27 Jun 2021 12:31 AM PDT BEIJING: Pentadbiran Angkasa Kebangsaan China menyiarkan video dan gambar baharu planet Marikh selepas kapal angkasa negara itu, Tianwen-1 mendarat dan menjelajah planet berkenaan. |
| Tayar depan pecah punca kemalangan Posted: 27 Jun 2021 08:09 AM PDT PENDANG: Tayar bahagian kanan kereta PERODUA Kelisa pecah dipercayai menjadi punca kemalangan di Kilometer 58.7 Lebuhraya Utara Selatan dari Alor Setar menghala ke Pendang sehingga menyebabkan pemandunya maut petang tadi. |
| Posted: 27 Jun 2021 08:13 AM PDT SPIELBERG, Austria: Max Verstappen mengukuhkan kedudukan dalam kejuaraan pemandu Formula Satu (F1) dengan memenangi Grand Prix Styria dan pencabar terdekatnya Lewis Hamilton di tempat kedua. |
| Mustapa akui langgar SOP, sedia berdepan tindakan Posted: 27 Jun 2021 07:56 AM PDT KUALA LUMPUR : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed memohon maaf atas pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika mengunjungi sebuah kafe di Kalai, Jeli, semalam. |
| Kematian akibat COVID-19 hampiri 4 juta Posted: 27 Jun 2021 07:54 AM PDT PARIS: COVID-19 telah meragut hampir empat juta nyawa sejak mula dikesan di China pada Disember 2019. |
| Dokumen pertahanan rahsia UK dijumpai di perhentian bas Posted: 27 Jun 2021 06:17 AM PDT LONDON: Britain sedang menyiasat mengenai penemuan dokumen rahsia pertahanan berhubung pergerakan kapal perang yang menyebabkan Russia melepaskan tembakan amaran di pesisir pantai Crimea, di sebuah perhentian bas di England. |
| 2 lagi suspek kes pecah pejabat kurier ditahan Posted: 27 Jun 2021 07:38 AM PDT ALOR SETAR: Polis Kedah berjaya menahan dua lagi suspek disyaki terbabit melarikan peti besi mengandungi wang tunai hampir setengah juta di sebuah pejabat syarikat kurier di sini, Rabu lalu. |
| FFM bimbang lebih ramai hilang kerja Posted: 27 Jun 2021 07:16 AM PDT KUALA LUMPUR: Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) bimbang keputusan kerajaan melanjutkan pelaksanaan Fasa Pertama Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika ini akan menyebabkan lebih banyak perniagaan ditutup menyebabkan pemberhentikan pekerja terutama dalam sektor perindustrian kecil dan sederhana (PKS). |
| Hafizh sekadar ke-23 di Belanda Posted: 27 Jun 2021 06:57 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah sekadar menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Belanda, hari ini di kedudukan ke-23. |
| Polis buru wanita punca kemalangan Tour de France Posted: 27 Jun 2021 06:23 AM PDT PARIS: Seorang peminat lumba basikal wanita berdepan hukuman penjara hingga setahun selepas menyebabkan kemalangan terburuk dalam sejarah Tour de France yang mana dia kemudian melarikan diri. |
| KKM nafi arah kenal pasti doktor mogok Posted: 27 Jun 2021 06:16 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menafikan mesej yang tersebar konon pihaknya mengarahkan ketua jabatan klinikal untuk mengenal pasti pegawai perubatan kontrak yang tidak hadir bertugas pada 1 Julai. |
| Quartararo menang MotoGP Belanda Posted: 27 Jun 2021 06:29 AM PDT ASSEN, Belanda: Pelumba Yamaha Fabio Quartararo dari Perancis memenangi MotoGP Belanda untuk melebarkan kedudukan sebagai pendahulu kejuaraan. |
| Anggota misi HM4P sedia masuk Gaza Posted: 27 Jun 2021 06:07 AM PDT KUALA LUMPUR: Anggota misi Humanitarian Mission 4 Palestine (HM4P) sedang bersiap sedia untuk masuk ke wilayah konflik Gaza selepas mengikuti semua peraturan ditetapkan Wisma Putra dan Kerajaan Mesir. |
| Judi nombor haram cetus kluster baharu Posted: 27 Jun 2021 05:41 AM PDT KOTA KINABALU: Penjualan nombor ekor haram telah mencetuskan satu kluster baharu, Kluster Kuarters Bata Durok di Keningau, Sabah membabitkan jangkitan dalam komuniti, hari ini. |
| Sarawak lanjutkan Fasa Pertama Kawalan Pergerakan Posted: 27 Jun 2021 05:21 AM PDT KUCHING: Sarawak melanjutkan Fasa Pertama Kawalan Pergerakan Pelan Pemulihan Negara berikutan kes jangkitan COVID-19 di negeri ini yang masih tinggi. |
| 5,586 kes baharu, Selangor 2,212 jangkitan Posted: 27 Jun 2021 12:18 AM PDT PUTRAJAYA: Jumlah kes harian COVID-19 masih dalam julat lebih 5,000 untuk lima hari berturut-turut apabila sebanyak 5,586 kes dilaporkan setakat tengah hari tadi, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes kini meningkat kepada 734,048 kes. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment