BH Online - Terkini |
- EURO: Ukraine jumpa England di suku akhir
- EURO: Kami tidak akan berhenti - Kane
- EURO 2020: Kekalahan yang pahit untuk ditelan - Kroos
- EURO: Keputusan aksi 16 terbaik
- EURO: Sterling, Kane wira England singkir Jerman
- EURO: De Boer letak jawatan selepas Belanda tersingkir
- EURO: Polis sambilan adili England-Jerman
- Kompaun terus jika sertai Black Democracy
- Projek Pandora: INTERPOL bantu Malaysia siasat 'Darknet'
- Tiga rakyat Malaysia terima Anugerah Diana 2021
- Suu Kyi gesa rakyat Myanmar tetap 'bersatu'
- Industri acara perniagaan tawar khidmat jadi PPV
- SPRM tahan 3 anggota polis
- Hujan luar biasa punca banjir kilat
- Vaksinasi COVID-19 global melepasi 3 bilion dos
- Situasi semasa COVID-19 halang 'shooting'
- Selebriti wanita ambil dadah ditahan
- Tentera Myanmar guna industri jed biaya operasi
- Melaka dijangka beralih fasa dua PPN
- ASNB umum agihan pendapatan dua dana
- Sapura Energy rugi bersih RM97.07 juta
- Wanita jaket kuning gagal dikesan
- Ringgit ditutup lebih rendah
- Saham sarung tangan lonjak Bursa Malaysia
- Empat pemain naturalisasi perkuat skuad ragbi negara
- Tujuh lokaliti dikenakan PKPD Khamis ini
- Baki bayaran i-Sinar tetap dikreditkan walaupun lulus i-Citra
- Sekatan tambahan masuk ke Labuan mulai Khamis
- Negara rugi berbilion pencerobohan nelayan asing
- Op Patuh besar-besaran bermula Khamis ini
| EURO: Ukraine jumpa England di suku akhir Posted: 29 Jun 2021 03:36 PM PDT GLASGOW: Artem Dovbyk menjaringkan gol pada minit ke-121 bagi membantu Ukraine menewaskan Sweden yang beraksi 10 pemain 2-1 selepas tamat masa tambahan untuk mengesahkan slot ke suku akhir Euro 2020, sebentar tadi. |
| EURO: Kami tidak akan berhenti - Kane Posted: 29 Jun 2021 03:26 PM PDT LONDON: Kapten England, Harry Kane, berkata pasukan itu tidak akan berhenti selepas berjaya menamatkan kemarau kemenangan ke atas Jerman di kejohanan utama menerusi kemenangan 2-0 di Wembley, sekali gus mara ke suku akhir Euro 2020, awal pagi tadi. |
| EURO 2020: Kekalahan yang pahit untuk ditelan - Kroos Posted: 29 Jun 2021 03:02 PM PDT LONDON: Toni Kroos menyifatkan kekalahan di tangan England sebagai sesuatu yang 'pahit untuk ditelan' selepas Jerman tersingkir daripada saingan Euro 2020. |
| EURO: Keputusan aksi 16 terbaik Posted: 29 Jun 2021 02:46 PM PDT PARIS: Berikut rangkuman keputusan perlawanan pusingan 16 terbaik saingan Euro 2020 yang berakhir sebentar tadi. |
| EURO: Sterling, Kane wira England singkir Jerman Posted: 29 Jun 2021 11:01 AM PDT LONDON: England mara ke suku akhir Euro 2020 selepas menewaskan Jerman 2-0 hasil jaringan Raheem Sterling dan Harry Kane di Wembley. |
| EURO: De Boer letak jawatan selepas Belanda tersingkir Posted: 29 Jun 2021 08:57 AM PDT THE HAGUE: Pengendali Belanda Frank de Boer meletak jawatan hari ini selepas skuad kendaliannya disingkirkan Republik Czech pada peringkat 16 terakhir Euro 2020. |
| EURO: Polis sambilan adili England-Jerman Posted: 29 Jun 2021 08:42 AM PDT LONDON: Pertemuan kelompok 16 terakhir Euro 2020 antara England dan Jerman di Wembley sebentar lagi akan diadili oleh pegawai polis sambilan. |
| Kompaun terus jika sertai Black Democracy Posted: 29 Jun 2021 08:36 AM PDT Kangar: Tindakan kompaun akan terus diberikan kepada individu atau pihak yang didapati berkumpul di Perlis bagi membantah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerusi perhimpunan haram Black Democracy (BD). |
| Projek Pandora: INTERPOL bantu Malaysia siasat 'Darknet' Posted: 29 Jun 2021 08:13 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis Antarabangsa (INTERPOL) akan membantu lima negara di Asia Tenggara termasuk Malaysia, menyiasat aktiviti berkaitan pengganas biologi menerusi 'Darknet' (web gelap). |
| Tiga rakyat Malaysia terima Anugerah Diana 2021 Posted: 29 Jun 2021 07:23 AM PDT KUALA LUMPUR: Tiga anak muda Malaysia membanggakan negara apabila menjadi antara lebih 300 penerima Anugerah Diana 2021 berpangkalan di United Kingdom (UK), yang menghargai pembabitan serta sumbangan mereka dalam kerja kemasyarakatan dan kemanusiaan. |
| Suu Kyi gesa rakyat Myanmar tetap 'bersatu' Posted: 29 Jun 2021 07:01 AM PDT YANGON: Pemimpin yang digulingkan, Aung San Suu Kyi, meminta rakyat Myanmar untuk terus 'bersatu' menentang junta tentera yang merampas kuasa 1 Februari lalu. |
| Industri acara perniagaan tawar khidmat jadi PPV Posted: 29 Jun 2021 07:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Pembabitan industri acara perniagaan dapat membantu mempercepatkan proses vaksinasi negara. |
| Posted: 29 Jun 2021 06:58 AM PDT SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan tiga anggota polis, kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM2,000 daripada seorang individu bagi mengelakkan dari dikompaun atas kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). |
| Hujan luar biasa punca banjir kilat Posted: 29 Jun 2021 06:49 AM PDT GEORGETOWN: Hujan lebat berterusan selama dua jam menyebabkan beberapa kawasan di Batu Feringghi, Tanjung Bungah dan Tanjung Tokong di sini, terjejas akibat banjir kilat pagi tadi. |
| Vaksinasi COVID-19 global melepasi 3 bilion dos Posted: 29 Jun 2021 06:47 AM PDT PARIS: Lebih tiga bilion dos vaksin COVID-19 sudah disuntik kepada orang ramai di seluruh dunia setakat ini. |
| Situasi semasa COVID-19 halang 'shooting' Posted: 29 Jun 2021 06:29 AM PDT KUALA LUMPUR: Situasi semasa penularan pandemik COVID-19 belum membolehkan aktiviti penggambaran diteruskan pada fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN). |
| Selebriti wanita ambil dadah ditahan Posted: 29 Jun 2021 06:15 AM PDT NILAI: Polis menahan seorang selebriti wanita kerana terbabit dalam penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine, semalam. |
| Tentera Myanmar guna industri jed biaya operasi Posted: 29 Jun 2021 06:27 AM PDT BANGKOK: Industri perlombongan batu jed bernilai berbilion dolar dipercayai menjadi penyumbang utama 'dana' yang digunakan untuk biaya operasi junta tentera Myanmar selepas rampasan kuasa 1 Februari lalu. |
| Melaka dijangka beralih fasa dua PPN Posted: 29 Jun 2021 06:21 AM PDT MELAKA: Melaka dijangka dapat beralih ke fasa dua kawalan pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam tempoh satu atau dua minggu lagi. |
| ASNB umum agihan pendapatan dua dana Posted: 29 Jun 2021 06:11 AM PDT KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) pengagihan pendapatan 4.25 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera 3-Didik (ASB3 Didik) dan 1.76 sen seunit untuk Amanah Saham Nasional Equity 2 (ASN Equity 2) bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2021. |
| Sapura Energy rugi bersih RM97.07 juta Posted: 29 Jun 2021 06:05 AM PDT KUALA LUMPUR: Sapura Energy Bhd merekodkan kerugian bersih berjumlah RM97.07 juta bagi suku pertama berakhir 30 April 2021, berbanding keuntungan bersih RM14.21 juta dalam tempoh sama tahun lalu. |
| Wanita jaket kuning gagal dikesan Posted: 29 Jun 2021 05:59 AM PDT PARIS: Peminat wanita yang menjadi punca kemalangan terburuk dalam sejarah Tour de France tidak dapat dikesan pihak berkuasa dan disyaki berjaya menaiki penerbangan keluar dari tempat kejadian. |
| Posted: 29 Jun 2021 05:58 AM PDT KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri kenaikannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila ditutup rendah pada Selasa, di samping mata wang Asia Tenggara lain berikutan situasi buruk COVID-19 di semua negara telah menjejaskan sentimen, kata peniaga. |
| Saham sarung tangan lonjak Bursa Malaysia Posted: 29 Jun 2021 05:32 AM PDT KUALA LUMPUR: Keuntungan yang diraih oleh Hartalega dan Top Glove membantu Bursa Malaysia mengakhiri urus niaga petang ini untuk berada di dalam zon positif. |
| Empat pemain naturalisasi perkuat skuad ragbi negara Posted: 29 Jun 2021 05:30 AM PDT KUALA TERENGGANU: Pasukan Ragbi Malaysia 15 sebelah atau kini dikenali pasukan Bunga Raya 15 Sebelah mempertaruhkan empat pemain naturalisasi sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Ragbi Asia (ARC) di Hong Kong, Januari depan. |
| Tujuh lokaliti dikenakan PKPD Khamis ini Posted: 29 Jun 2021 05:27 AM PDT KUALA LUMPUR: Beberapa lokaliti di Selangor, Kuala Lumpur, Terengganu dan Sabah akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula Khamis ini. |
| Baki bayaran i-Sinar tetap dikreditkan walaupun lulus i-Citra Posted: 29 Jun 2021 04:14 AM PDT PUTRAJAYA: Penyaluran bantuan i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak akan membatalkan baki bayaran yang akan dibuat menerusi inisiatif i-Sinar, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. |
| Sekatan tambahan masuk ke Labuan mulai Khamis Posted: 29 Jun 2021 04:47 AM PDT Oleh Fahmy A Rosli |
| Negara rugi berbilion pencerobohan nelayan asing Posted: 29 Jun 2021 04:08 AM PDT KUALA TERENGGANU: Pencerobohan nelayan asing yang mencuri hasil laut negara menyebabkan Malaysia mengalami kerugian sekurang-kurangnya RM4 bilion setahun. |
| Op Patuh besar-besaran bermula Khamis ini Posted: 29 Jun 2021 03:43 AM PDT KUALA TERENGGANU: Op Patuh akan diadakan secara besar-besaran di seluruh negara bagi membanteras ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment