Thursday, June 3, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Harimau Pekak Malaysia buat Iran terkedu

Posted: 03 Jun 2021 02:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak orang pekak Malaysia mempamerkan aksi meyakinkan apabila berjaya mengikat gergasi Asia, Iran 1-1 pada Pusingan Kelayakan Bola Sepak Orang Pekak Peringkat Asia-Pasifik di Pulau Kish, Iran, semalam.

UAE pukau Harimau Malaya

Posted: 03 Jun 2021 11:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tempoh 10 minit terakhir jelas menjadi mimpi ngeri buat skuad Harimau Malaya apabila dibolosi tiga gol sebelum tewas 4-0 di tangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi pertama baki Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Stadium Zabeel, Dubai, sebentar tadi.

Video amuk di klinik Pengkalan Kubor video lama

Posted: 03 Jun 2021 09:39 AM PDT

KOTA BHARU: Video yang tular di media sosial mengenai seorang lelaki yang dikatakan mengamuk berkaitan vaksin di Klinik Kesihatan Pengkalan Kubor sejak Selasa lalu adalah video yang dirakam tahun lalu.

COVID-19: Kemaman daerah terbaharu Zon Merah

Posted: 03 Jun 2021 08:35 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Lapan daerah di negeri ini dikategorikan sebagai Zon Merah selepas Kemaman daerah terbaharu diumumkan hari ini.

Operasi besar-besaran pastikan pendatang tanpa izin divaksinasi

Posted: 03 Jun 2021 08:26 AM PDT

SEMENYIH: Operasi besar-besaran menahan pendatang tanpa izin dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bagi memastikan golongan itu mempunyai dokumen sah bagi tujuan vaksinasi.

PSM tak kemuka rayuan

Posted: 03 Jun 2021 08:15 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tindakan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) menghantar surat pada saat akhir meminta Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) menjelaskan pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka tidak dilayan badan induk Asia itu.

Sembilan ditahan terbabit sindiket `Calling Centre'

Posted: 03 Jun 2021 08:14 AM PDT

ALOR SETAR: Polis menahan sembilan individu termasuk seorang lelaki warganegara China yang disyaki terbabit dengan sindiket `Calling Centre' dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Gunung Tahan, Jalan Kuala Kedah, di sini, Isnin lalu.

Semoga Harimau Malaya menang - Muhyiddin

Posted: 03 Jun 2021 08:03 AM PDT

KUALA LUMPUR: Merasai kehangatan perlawanan Malaysia menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) tengah malam ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru rakyat Malaysia memberi sokongan kepada perjuangan skuad kebangsaan itu.

PBB 'prihatin' nasib pelarian Rohingya di Bhashan Char

Posted: 03 Jun 2021 07:59 AM PDT

DHAKA: Tindakan polis Bangladesh menahan etnik Rohingya yang melarikan diri dari sebuah kem penempatan di sebuah pulau negara itu membimbangkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

UTM hadkan pergerakan pelajar meskipun tamat PKPD

Posted: 03 Jun 2021 07:46 AM PDT

Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengenakan sekatan keluar masuk kepada semua pelajar di kampus Johor Bahru, bermula esok hingga 14 Jun meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kampus itu yang bermula sejak 21 Mei lalu, tamat hari ini.

103 kes kematian akibat COVID-19 hari ini

Posted: 03 Jun 2021 03:51 AM PDT

PUTRAJAYA: Kes kematian akibat COVID-19 terus mencatatkan tiga digit dengan 103 kes dilaporkan hari ini.

Bukan DNA Jerman!

Posted: 03 Jun 2021 07:05 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengarah Sukan Selangor FC (SFC), Michael Feichtenbeiner menjelaskan DNA yang cuba diterapkan dalam pasukan itu adalah disusun khas untuk skuad Gergasi Merah dan ia bukanlah 'DNA Jerman' seperti yang dicanang oleh penyokong bola sepak tempatan.

Gaji ditahan jika belum suntik vaksin COVID-19

Posted: 03 Jun 2021 07:04 AM PDT

KARACHI: Ketua sebuah wilayah di Pakistan memberi amaran akan menahan gaji bulanan penjawat awam yang enggan disuntik vaksin COVID-19.

Perkhidmatan komunikasi kini jadi utiliti awam

Posted: 03 Jun 2021 06:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan meluluskan perkhidmatan komunikasi sebagai utiliti awam selepas bekalan air dan elektrik, sekali gus menjadi penyesuaian penting kepada era digital ini.

Syed Mokhtar tawar jadikan MMC syarikat persendirian

Posted: 03 Jun 2021 06:53 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tan Sri Syed Mokhtar Shah Syed Nor mengemukakan tawaran untuk menjadikan MMC Corporation Bhd syarikat persendirian dengan kaedah pengurangan modal terpilih (SCR) bernilai RM2.94 bilion atau RM2 sesaham bagi setiap saham biasa dan proses pembayaran balik.

Warga emas maut dihempap pokok tumbang

Posted: 03 Jun 2021 06:44 AM PDT

TANJUNG MALIM: Seorang lelaki warga emas maut dihempap pokok tumbang di Kilometer 125, Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur, berdekatan lampu isyarat Taman Universiti, dekat sini, petang tadi.

'Saya tak mahu Perak lingkup'

Posted: 03 Jun 2021 06:37 AM PDT

IPOH: "Saya tidak mahu melihat Perak FC lingkup," kata Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak Khairul Shahril Mohamed yang menyifatkan Perak FC melalui waktu sukar berikutan perpindahan pemain utama mencari angin baharu ekoran masalah kewangan.

MR DIY disenarai dalam komponen FBM KLCI

Posted: 03 Jun 2021 06:33 AM PDT

KUALA LUMPUR: Peruncit pembaikan rumah MR DIY Group (M) Bhd dimasukkan sebagai salah satu daripada 30 konstituen FTSE Bursa Malaysia KLCI untuk menggantikan pembuat sarung tangan getah, Supermax Corporation Bhd.

Inzaghi jurulatih baharu Inter

Posted: 03 Jun 2021 06:13 AM PDT

ROME: Juara Serie A, Inter Milan menamakan Simone Inzaghi sebagai jurulatih baharu selepas Antonio Conte meninggalkan kelab berkenaan.

Guru Besar, warga pendidikan Marang derma untuk Palestin

Posted: 03 Jun 2021 06:06 AM PDT

MARANG: Penderitaan rakyat Palestin yang menjadi mangsa keganasan tentera Israel mendapat simpati 39 pengetua dan guru besar serta warga pendidikan daerah Marang apabila melancarkan kutipan sumbangan untuk Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima, sejak bulan lalu.

Sumbangan MAQIS Pulau Pinang

Posted: 03 Jun 2021 05:55 AM PDT

BUTTERWORTH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang menyerahkan sumbangan bekalan makanan berbentuk produk daging kerbau sejuk beku berjumlah lebih RM52,000 kepada Zoo Taiping, Perak dan Penjara Marang, Terengganu.

Kerajaan negeri boleh beli sendiri vaksin dengan syarat

Posted: 03 Jun 2021 01:27 AM PDT

BAYAN LEPAS: Kerajaan Persekutuan tiada halangan jika kerajaan negeri atau pihak tertentu mahu membeli sendiri vaksin COVID-19.

PKP penuh elak sistem kesihatan lumpuh

Posted: 02 Jun 2021 11:45 PM PDT

KUALA LUMPUR: Sistem perkhidmatan kesihatan negara boleh lumpuh menjelang 5 Jun ini sekiranya sekatan pergerakan menyeluruh tidak dilakukan.

Kawal harga ujian calitan di klinik swasta - Dr Mahathir

Posted: 03 Jun 2021 05:41 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta campur tangan terhadap isu harga ujian calitan COVID-19 yang tinggi dikenakan oleh klinik dan hospital swasta sehingga membebankan orang awam.

PPV pandu lalu kini di Cheras

Posted: 03 Jun 2021 12:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pusat pemberian vaksin secara pandu lalu akan dilaksana di Hospital Pakar Kanak-Kanak, dekat Cheras, bagi mempercepat Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

COVID-19: Indonesia tangguh hantar jemaah haji

Posted: 03 Jun 2021 05:34 AM PDT

JAKARTA: Indonesia memutuskan tidak menghantar jemaah haji untuk tahun kedua berturut-turut berikutan kebimbangan mengenai pandemik COVID-19.

Penyakit LSD pada lembu tidak menjangkiti manusia

Posted: 03 Jun 2021 05:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penyakit Lumpy Skin Disease (LSD) tidak menjangkiti manusia tetapi menyebabkan produktiviti ternakan itu menurun termasuk kemandulan pada lembu jantan.

9 ADUN PN potong 50 peratus gaji bermula Jun

Posted: 03 Jun 2021 05:30 AM PDT

IPOH: Sembilan Ahli Dewan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) Perak bersetuju membuat pemotongan gaji 50 peratus selama tiga bulan untuk disalurkan kepada Tabung Bencana COVID-19.

Picorp raih kontrak kawalan serangga di Mekah

Posted: 03 Jun 2021 05:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Progressive Impact Corporation Bhd (PICORP) menerusi anak syarikatanya, Saudi ASMA Environmental Solutions LLC memperoleh kontrak perkhidmatan pemantauan kawalan serangga perosak daripada Makkah Municipality (MM) bernilai RM27.88 juta.

Mah Sing eksport sarung tangan ke Eropah

Posted: 03 Jun 2021 05:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Cabang penjagaan kesihatan syarikat pemaju hartanah Mah Sing Group Bhd, Mah Sing Healthcare Sdn Bhd menerima persijilan Conformite Europeene (CE).

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template