BH Online - Terkini |
- Lebih baik Amri main!
- 'Kami mesti sokong satu sama lain, kekal fokus'
- Keputusan pusingan ketiga tenis Terbuka Perancis
- Bahagian jualan minuman keras diarah tutup
- PDRM umum pertukaran 7 pegawai
- Safee dakwa peminat terpedaya projek naturalisasi
- Pengendali UAE puas benam Harimau Malaya
- Ahli Parlimen PNBBC setuju sumbang 30 peratus gaji
- Wanita OKU meninggal dunia cetus kluster baharu
- Tok Mat akhirnya berundur dari PSM
- Kerajaan kaji tindakan undang-undang kepada golongan antivaksin
- COVID-19: 7,748 kes baharu, Selangor tertinggi 2,612 kes
- Mesir hantar 'konvoi pembangunan' ke Gaza
- Hon Jian-Ee Wei digesa tak mudah puas hati
- Hakimi belum pasti ke Kazakhstan
- Kastam Johor sita 6 kenderaan import
- KKM kesan satu kluster kematian
- FAM tolak dakwaan Mat Don, De Paula gagal
- Pusat tahanan juvana Kaherah terbakar, 6 maut
- KKM kesan 15 kes varian yang membimbangkan
- Cheng Hoe 'sayang' De Paula
- Sidang Parlimen secara hibrid dikaji
- Dolar AS mengukuh, ringgit ditutup rendah
- Keputusan SPM diumumkan 10 Jun ini
- Bursa Malaysia ditutup rendah
- ESSCOM tahan 21 PATI warga Indonesia
- 9 pekerja kereta api maut di China
- 10 penduduk kampung mati minum arak beras tercemar
- 'Aishah pergi beberapa hari sebelum ulang tahun perkahwinan'
- Ahmad Nazlan beri keterangan isu tanah LGM
| Posted: 04 Jun 2021 09:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Legenda bola sepak kebangsaan, Azman Adnan menyifatkan lebih baik Amri Yahyah menerajui jentera serangan skuad Harimau Malaya daripada Guilherme De Paula. |
| 'Kami mesti sokong satu sama lain, kekal fokus' Posted: 04 Jun 2021 08:33 AM PDT KUALA LUMPUR: Pasukan Formula Satu (F1) Mercedes-AMG PETRONAS tidak boleh terus dibuai dengan kejayaan mereka mendominasi litar sebelum ini, kata pemandu pasukan itu, Valtteri Bottas. |
| Keputusan pusingan ketiga tenis Terbuka Perancis Posted: 04 Jun 2021 08:32 AM PDT PARIS: Berikut rangkuman keputusan pusingan ketiga saingan tenis Terbuka Perancis di Roland Garros yang berakhir, sebentar tadi. |
| Bahagian jualan minuman keras diarah tutup Posted: 03 Jun 2021 09:44 PM PDT KUALA LUMPUR: Sebuah premis di Bangsar diarah menutup bahagian jualan minuman keras selepas didapati menyalahgunakan surat kebenaran operasi dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), semalam. |
| PDRM umum pertukaran 7 pegawai Posted: 04 Jun 2021 08:17 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran tujuh pegawainya berkuat kuasa 5 Julai depan. |
| Safee dakwa peminat terpedaya projek naturalisasi Posted: 04 Jun 2021 07:34 AM PDT KUALA LUMPUR: Penyerang berpengalaman, Safee Sali menyifatkan peminat bola sepak tanah air terpedaya dengan projek naturalisasi hingga meletakkan harapan terlalu tinggi ke atas skuad Harimau Malaya. |
| Pengendali UAE puas benam Harimau Malaya Posted: 04 Jun 2021 07:35 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bert Van Marwijk mengakui puas selepas pasukannya meraih kemenangan 4-0 ke atas Malaysia dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai semalam. |
| Ahli Parlimen PNBBC setuju sumbang 30 peratus gaji Posted: 04 Jun 2021 07:13 AM PDT KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Parlimen Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PNBBC) hari ini bersetuju menyumbangkan 30 peratus daripada gaji bulanan mereka ke dalam Akaun Amanah Bencana COVID-19 bagi tempoh tiga bulan. |
| Wanita OKU meninggal dunia cetus kluster baharu Posted: 04 Jun 2021 07:03 AM PDT KOTA KINABALU: Seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) yang meninggal dunia sebelum dikesan positif COVID-19 mencetuskan kluster baharu yang dilaporkan di Nabawan hari ini. |
| Tok Mat akhirnya berundur dari PSM Posted: 04 Jun 2021 06:52 AM PDT KUALA LUMPUR: Selepas 18 tahun menerajui Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Seri Ahmad Ismail akhirnya mengumumkan peletakan jawatan sebagai presiden badan induk itu berkuatkuasa 12 tengah malam ini. |
| Kerajaan kaji tindakan undang-undang kepada golongan antivaksin Posted: 03 Jun 2021 09:20 PM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji untuk mengenakan tindakan undang-undang ke atas golongan antivaksin di negara ini jika golongan itu didapati menghasut orang ramai daripada menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). |
| COVID-19: 7,748 kes baharu, Selangor tertinggi 2,612 kes Posted: 03 Jun 2021 11:58 PM PDT PUTRAJAYA: Sebanyak 7,748 kes positif baharu COVID-19 direkodkan setakat tengah hari tadi menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 yang dilaporkan di negara ini mencecah 603,122 kes hingga kini. |
| Mesir hantar 'konvoi pembangunan' ke Gaza Posted: 04 Jun 2021 06:44 AM PDT KAHERAH: Mesir hari ini menghantar konvoi bantuan ke Gaza dengan pengorek, trak dan kren dikerahkan untuk membina semula wilayah Palestin yang musnah akibat serangan bom oleh Israel. |
| Hon Jian-Ee Wei digesa tak mudah puas hati Posted: 04 Jun 2021 06:40 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih beregu campuran negara, Paulus Firman mengakui kagum dengan kejayaan dilakar anak buahnya, Choong Hon Jian-Toh Ee Wei selepas merekodkan tiga gelaran berturut-turut sejak Mac lalu biarpun baru sahaja digandingkan awal tahun ini. |
| Hakimi belum pasti ke Kazakhstan Posted: 04 Jun 2021 06:39 AM PDT KUALA LUMPUR: Atlet lompat kijang negara, Muhamad Hakimi Ismail masih belum pasti dapat beraksi pada Kejohanan Olahraga Qosanov Memorial di Almaty, Kazakhstan yang dijadualkan pada 19 dan 20 Jun ini. |
| Kastam Johor sita 6 kenderaan import Posted: 04 Jun 2021 06:15 AM PDT JOHOR BAHRU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor menyita enam kenderaan import tanpa cukai bernilai RM1.23 juta, hasil tiga serbuan berasingan di bandar raya ini dan Kulai pada 25 Mei hingga 31 Mei lalu. |
| KKM kesan satu kluster kematian Posted: 04 Jun 2021 05:53 AM PDT PUTRAJAYA: Satu daripada 23 kluster jangkitan COVID-19 yang dilaporkan di negara ini setakat tengah hari tadi, dikesan hasil saringan kematian pada 1 Jun lalu. |
| FAM tolak dakwaan Mat Don, De Paula gagal Posted: 04 Jun 2021 05:58 AM PDT KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Yusoff Mahadi tidak menganggap pemberian status pemain naturalisasi kepada Liridon Krasniqi dan Guilherme De Paula sebagai satu kegagalan. |
| Pusat tahanan juvana Kaherah terbakar, 6 maut Posted: 04 Jun 2021 05:56 AM PDT KAHERAH: Kebakaran di pusat tahanan juvana di sini, meragut nyawa enam remaja perempuan manakala 19 lagi cedera. |
| KKM kesan 15 kes varian yang membimbangkan Posted: 04 Jun 2021 05:19 AM PDT PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 15 daripada 19 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 yang dilaporkan antara 24 Mei hingga hari ini, adalah varian membimbangkan (VOC) jenis Beta (B.1.351) manakala empat lagi adalah kes varian Delta (B.1.617.2). |
| Posted: 04 Jun 2021 05:31 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe tidak menyalahkan Guilherme De Paula atas kekalahan 0-4 Harimau Malaya di tangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, awal pagi tadi. |
| Sidang Parlimen secara hibrid dikaji Posted: 04 Jun 2021 03:07 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji konsep dan mekanisme ke arah pembukaan semula Parlimen secara hibrid yang membabitkan persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara. |
| Dolar AS mengukuh, ringgit ditutup rendah Posted: 04 Jun 2021 05:13 AM PDT KUALA LUMPUR: Ringgit menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat berikutan peningkatan minat terhadap dolar AS, mendapat rangsangan daripada data ekonomi negara itu yang menggalakkan, kata seorang peniaga. |
| Keputusan SPM diumumkan 10 Jun ini Posted: 04 Jun 2021 03:42 AM PDT KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 akan diumumkan 10 Jun ini. |
| Posted: 04 Jun 2021 05:08 AM PDT KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat untuk mengakhiri dagangan minggu ini, dengan penurunan didahului kaunter berkaitan penjagaan kesihatan. |
| ESSCOM tahan 21 PATI warga Indonesia Posted: 30 May 2021 12:08 AM PDT TAWAU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menahan 21 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia menerusi Op Cegah Pati (OCP) Daratan, di sini, malam tadi. |
| 9 pekerja kereta api maut di China Posted: 04 Jun 2021 04:27 AM PDT BEIJING: Sembilan pekerja kereta api terbunuh selepas memasuki landasan dalam kemalangan di barat laut China hari ini, lapor media tempatan. |
| 10 penduduk kampung mati minum arak beras tercemar Posted: 04 Jun 2021 04:17 AM PDT PHNOM PENH: Sekurang-kurangnya 10 penduduk kampung di daerah Pursat dekat barat laut Kemboja maut selepas meminum arak beras buatan tempatan. |
| 'Aishah pergi beberapa hari sebelum ulang tahun perkahwinan' Posted: 04 Jun 2021 04:09 AM PDT JEMPOL: "Biarlah segala kenangan manis bersama arwah isteri selama hampir setahun ini menjadi kenangan peribadi terindah buat saya pada masa hadapan, hanya saya, arwah dan Allah yang mengetahuinya." |
| Ahmad Nazlan beri keterangan isu tanah LGM Posted: 04 Jun 2021 04:06 AM PDT KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM), Datuk Ahmad Nazlan Idris hadir ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini untuk memberi keterangan berhubung skandal tanah membabitkan agensi kerajaan itu. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment