BH Online - Terkini |
- Polis akan panggil Ahli Parlimen Kepong
- Trak Vaksin Bergerak mampu beri 15,000 suntikan sehari
- Kanak-kanak 2 tahun mati disyaki didera
- Perez tawan Azerbaijan
- Klip video palsu guna logo PDRM dikesan
- Empat penjawat awam antara 32 ditahan sertai parti di hotel mewah
- MAEPS terima lebih 100,000 pesakit COVID-19
- Ifedayo hisap ganja ke? - TMJ
- 'G11' kekal pendirian tubuh persatuan baharu
- PDRM tumpu periksa kilang, tempat tumpuan awam - Acryl Sani
- Jumlah kenderaan di lebuh raya berkurangan 60 peratus
- Polis Terengganu guna dron pantau suhu badan
- Teguran TMJ beri motivasi hadapi Vietnam
- 'PDRM hanya terima surat 7 kementerian, 3 agensi'
- Oliveira juarai GP Catalunya
- Polis Israel tahan aktivis Palestin
- Harapan 'Flying Sikh'
- Kes sporadik COVID-19 membimbangkan
- Petugas media harap vaksinasi disegerakan
- COVID-19: 6,241 kes hari ini, Selangor 2,178
- Lelaki Indonesia mengaku salah rogol, tipu pegawai polis
- Perdana Menteri wakili rakyat ucap tahniah kepada Agong
- Kontinjen Paralimpik berlepas awal
- Biden sahkan pendirian sokong Eropah bertemu Putin
- PM Vietnam arahkan wilayah longgarkan sekatan COVID-19
- Cara Cheng Hoe elak pemain 'koyak'
- 11 premis termasuk kilang diarah tutup
- PKPD berakhir di lokaliti Kuantan, Tawau
- 11 lokaliti di Pahang, Sabah kena PKPD
- Safee tuntut Harimau Malaya bangkit
| Polis akan panggil Ahli Parlimen Kepong Posted: 06 Jun 2021 09:02 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan dua lelaki diperas tiga anggota polis, baru-baru ini. |
| Trak Vaksin Bergerak mampu beri 15,000 suntikan sehari Posted: 06 Jun 2021 08:53 AM PDT KUALA LUMPUR: Inisiatif Trak Vaksin Bergerak yang akan dilaksanakan Kementerian Wilayah Persekutuan bermula 15 Jun ini, berupaya memberi suntikan vaksin COVID-19 antara 15,000 hingga 20,000 dos sehari kepada warga Wilayah Persekutuan. |
| Kanak-kanak 2 tahun mati disyaki didera Posted: 06 Jun 2021 08:31 AM PDT BETONG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia dengan kesan kecederaan dan lebam di beberapa bahagian badan, dipercayai didera ahli keluarganya. |
| Posted: 06 Jun 2021 08:25 AM PDT BAKU: Pelumba Red Bull, Sergio Perez memenangi Grand Prix Azerbaijan yang kelam-kabut dengan dua pelumba bersaing di kedudukan pendahulu kejuaraan, Max Verstappen dan Lewis Hamilton gagal menamatkan perlumbaan. |
| Klip video palsu guna logo PDRM dikesan Posted: 06 Jun 2021 08:12 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis mengesan penyebaran satu klip video menggunakan logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kandungan maklumat palsu di media sosial, hari ini. |
| Empat penjawat awam antara 32 ditahan sertai parti di hotel mewah Posted: 06 Jun 2021 07:17 AM PDT KUALA LUMPUR: Empat penjawat awam antara 32 individu ditahan polis ketika cuba mengadakan parti di sebuah hotel mewah di Jalan Pinang di sini, awal pagi tadi. |
| MAEPS terima lebih 100,000 pesakit COVID-19 Posted: 06 Jun 2021 08:05 AM PDT PUTRAJAYA: Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, menerima kemasukan lebih 100,000 pesakit sejak dibuka pada 9 Disember tahun lalu. |
| Posted: 06 Jun 2021 08:04 AM PDT KUALA LUMPUR: "Lebah tidak membuang masa memberi keterangan kepada lalat iaitu madu lebih lazat daripada najis." |
| 'G11' kekal pendirian tubuh persatuan baharu Posted: 06 Jun 2021 07:47 AM PDT KUALA LUMPUR: Sebelas ahli gabungan yang sudah keluar daripada Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) menegaskan tidak akan tunduk dengan rayuan bekas presiden, Datuk Seri Ahmad Ismail yang meminta mereka kembali menyertai badan induk berkenaan. |
| PDRM tumpu periksa kilang, tempat tumpuan awam - Acryl Sani Posted: 06 Jun 2021 06:44 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memberi penumpuan pemeriksaan terhadap sektor perindustrian di seluruh negara bagi memastikan ia mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan. |
| Jumlah kenderaan di lebuh raya berkurangan 60 peratus Posted: 06 Jun 2021 07:26 AM PDT KUALA LUMPUR: Jumlah kenderaan yang menggunakan lebuh raya di seluruh negara berkurangan sebanyak 60 peratus secara keseluruhan berbanding sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. |
| Polis Terengganu guna dron pantau suhu badan Posted: 06 Jun 2021 07:04 AM PDT KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu menggunakan sebuah dron bagi mengesan individu dengan bacaan suhu badan melebihi 37.5 darjah Celsius di tempat awam sepanjang pelaksanaan sekatan pergerakan penuh. |
| Teguran TMJ beri motivasi hadapi Vietnam Posted: 06 Jun 2021 07:09 AM PDT KUALA LUMPUR: Teguran serta pandangan pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim diterima baik oleh ketua jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe bagi menghadapi baki saingan Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. |
| 'PDRM hanya terima surat 7 kementerian, 3 agensi' Posted: 06 Jun 2021 07:05 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya menerima pakai surat pengesahan pekerja yang dikeluarkan tujuh kementerian dan tiga agensi kerajaan sepanjang pelaksanaan sekatan pergerakan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. |
| Posted: 06 Jun 2021 06:49 AM PDT MONTMELO: Pelumba Portugal, Miguel Oliveira mengungguli perlumbaan MotoGP Grand Prix (GP) Catalunya, hari ini selepas mengatasi cabaran Johann Zarco pada hujung saingan. |
| Polis Israel tahan aktivis Palestin Posted: 06 Jun 2021 06:35 AM PDT BAITULMAQDIS: Polis Israel hari ini menahan aktivis terkenal di pusat gerakan untuk hebahan terhadap ancaman pengusiran warga Palestin, dari kediaman mereka di kawasan ditakluki Israel di timur Baitulmaqdis. |
| Posted: 06 Jun 2021 06:16 AM PDT KUALA LUMPUR: Legenda rali negara, Karamjit Singh masih meletak harapan untuk berlumba tahun ini meskipun pelbagai kejohanan berdepan kekangan COVID-19. |
| Kes sporadik COVID-19 membimbangkan Posted: 06 Jun 2021 06:15 AM PDT PUTRAJAYA: Negara kini berdepan aliran peningkatan mendadak kes baharu dan kematian akibat COVID-19, terutama pada 1 April atau Minggu Epidemiologi (ME) ke-13. |
| Petugas media harap vaksinasi disegerakan Posted: 06 Jun 2021 06:04 AM PDT PUTRAJAYA: Kelab Media Putrajaya (KMP) berharap Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dan kerajaan dapat menyegerakan pemberian vaksin kepada petugas media. |
| COVID-19: 6,241 kes hari ini, Selangor 2,178 Posted: 05 Jun 2021 11:58 PM PDT PUTRAJAYA: Sebanyak 6,241 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat ke 616,815 kes. |
| Lelaki Indonesia mengaku salah rogol, tipu pegawai polis Posted: 06 Jun 2021 12:17 AM PDT KUALA TERENGGANU: Seorang buruh Indonesia yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, mengaku bersalah merogol jirannya yang juga remaja perempuan berusia 16 tahun dan menipu seorang pegawai polis, dua tahun lalu. |
| Perdana Menteri wakili rakyat ucap tahniah kepada Agong Posted: 06 Jun 2021 05:13 AM PDT KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mewakili seluruh rakyat Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddinAl-Mustafa Billah Shah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi baginda, esok. |
| Kontinjen Paralimpik berlepas awal Posted: 06 Jun 2021 05:15 AM PDT KUALA LUMPUR: Kontinjen Sukan Paralimpik Tokyo 2020 negara tetap berlepas lebih awal ke temasya berkenaan Ogos depan meskipun situasi COVID-19 ketika itu masih belum reda sepenuhnya. |
| Biden sahkan pendirian sokong Eropah bertemu Putin Posted: 06 Jun 2021 05:11 AM PDT WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berjanji bahawa negara itu akan berdiri bersama sekutunya iaitu Eropah dalam pendirian mereka terhadap Russia. |
| PM Vietnam arahkan wilayah longgarkan sekatan COVID-19 Posted: 06 Jun 2021 04:54 AM PDT HANOI: Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh, semalam mengarahkan kerajaan tempatan supaya melonggarkan sekatan dan langkah pencegahan pandemik COVID-19 yang memberi kesan kepada aktiviti perniagaan dan pengeluaran. |
| Cara Cheng Hoe elak pemain 'koyak' Posted: 06 Jun 2021 04:27 AM PDT KUALA LUMPUR: Selepas dihujani pelbagai kritikan "pedas" susulan kekalahan besar 0-4 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE), ketua jurulatih skuad kebangsaan Tan Cheng Hoe menasihatkan anak buahnya supaya mengalihkan tumpuan daripada media sosial buat sementara waktu. |
| 11 premis termasuk kilang diarah tutup Posted: 06 Jun 2021 04:26 AM PDT KULIM: Sebanyak 11 premis perniagaan termasuk kilang di daerah ini diarahkan ditutup serta-merta kerana gagal mengemukakan surat kebenaran beroperasi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sepanjang pelaksanaan sekatan pergerakan penuh. |
| PKPD berakhir di lokaliti Kuantan, Tawau Posted: 06 Jun 2021 04:15 AM PDT KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tujuh mukim di Kuantan, Pahang dan Taman Albaka, Ladang Table, Tawau, Sabah, ditamatkan esok. |
| 11 lokaliti di Pahang, Sabah kena PKPD Posted: 06 Jun 2021 04:08 AM PDT KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di beberapa kawasan di daerah Kuantan, Pahang serta daerah Kota Marudu; Nabawan; Tuaran; Kota Belud dan Tawau, Sabah mulai 8 hingga 21 Jun ini. |
| Safee tuntut Harimau Malaya bangkit Posted: 06 Jun 2021 03:44 AM PDT KUALA LUMPUR: Bekas penggempur skuad kebangsaan, Safee Sali mengharapkan pemain skuad Harimau Malaya tampil lebih yakin dalam misi menundukkan Vietnam dan Thailand pada pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment