BH Online - Terkini |
- Suami sakit kronik, isteri positif COVID-19 ditemui mati
- UKM guna dialek tempatan didik masyarakat mengenai vaksin
- Geng Jamil tumpas akhirnya
- Hospital swasta mula beri suntikan vaksin hari ini
- Norza tak setuju tangguh Sukan SEA
- Sayangi lautan, elak guna plastik sekali guna
- 8 dikompaun joging luar kawasan kejiranan
- Jumlah ingkar PKP tertinggi, 1,214 individu ditahan
- Tiada kompromi kilang tak patuh peraturan
- Reezal tuntut Harimau Malaya mengaum semula
- Perbicaraan MH17 beri 'pencerahan' kepada keluarga
- Penganjur pro Israel batalkan Perarakan Baitulmaqdis
- Suami cuba selamatkan isteri
- Batalkan kompaun tak kemas kini aplikasi MySejahtera
- Hanya pekerja dengan surat pengesahan kementerian dibenar lepasi SJR
- Peningkatan kes COVID-19 jejas pemulihan ekonomi negara
- Pakar mahu Ivermectin dibuktikan secara klinikal
- Pekerja kilang trauma ditumbuk, disamun
- Syafiq tak patut dipanggil wakili Harimau Malaya
- Perancis denda Google 220 juta euro
- Manfaatkan Kempen Pemilikan Rumah sehingga hujung tahun
- Rohingya di Bhashan Char khuatir 'terperangkap'
- COVID-19: Jangan terburu-buru cuba guna Ivermectin
- Touch 'n GO+ cecah sejuta pengguna
- Legenda sepak takraw meninggal dunia
- Perbicaraan Suu Kyi bermula minggu depan
- Reman suspek kes cabul Unduk Ngadau disambung
- PSM sah disingkirkan
- Bantuan RM500 kepada petani, nelayan positif COVID-19
- 3 maut dalam kes tembakan di Florida
| Suami sakit kronik, isteri positif COVID-19 ditemui mati Posted: 07 Jun 2021 08:32 AM PDT PASIR GUDANG: Pasangan suami isteri warga emas ditemui meninggal dunia di ruang tamu kediaman mereka di Taman Kota Masai di sini, semalam. |
| UKM guna dialek tempatan didik masyarakat mengenai vaksin Posted: 07 Jun 2021 08:58 AM PDT KUALA LUMPUR: Penyampaian maklumat mengenai vaksin COVID-19 menggunakan dialek masyarakat tempatan dari seluruh negara seperti Jawa, Banjar dan Pantai Timur sudah tentu dapat meraih perhatian serta lebih dekat dengan penduduk setempat. |
| Posted: 07 Jun 2021 08:24 AM PDT JITRA: Lapan ahli 'Geng Jamil' termasuk seorang warga Thailand berusia 18 hingga 36 tahun yang aktif mencuri motosikal di daerah ini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ditahan polis. |
| Hospital swasta mula beri suntikan vaksin hari ini Posted: 07 Jun 2021 08:11 AM PDT KUALA LUMPUR: Beberapa hospital swasta dalam negara ini sudah mula memberikan suntikan vaksin COVID-19 kepada orang awam selepas kerajaan bersetuju hospital swasta digunakan sebagai pusat vaksinasi dalam fasa kedua dan ketiga Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). |
| Norza tak setuju tangguh Sukan SEA Posted: 07 Jun 2021 07:40 AM PDT KUALA LUMPUR: Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria tidak berapa setuju dengan cadangan untuk menangguhkan Sukan SEA ke-31 ke tahun hadapan. |
| Sayangi lautan, elak guna plastik sekali guna Posted: 07 Jun 2021 07:38 AM PDT KUALA LUMPUR: Masyarakat perlu lebih bertanggungjawab dalam menguruskan pembuangan sisa domestik secara sistematik serta mengelakkan penggunaan plastik sekali guna dan memilih bahan asas terbiodegradasi bagi memastikan kelestarian lautan. |
| 8 dikompaun joging luar kawasan kejiranan Posted: 07 Jun 2021 07:31 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis mengeluarkan kompaun terhadap lapan individu termasuk seorang wanita kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di sebuah trek joging dekat Ampang, semalam. |
| Jumlah ingkar PKP tertinggi, 1,214 individu ditahan Posted: 07 Jun 2021 04:56 AM PDT KUALA LUMPUR: Jumlah pesalah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara semalam merekodkan jumlah tertinggi bagi tahun ini iaitu seramai 1,214 individu ditahan. |
| Tiada kompromi kilang tak patuh peraturan Posted: 07 Jun 2021 07:06 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) tidak akan berkompromi dengan mana-mana kilang yang membuat peraturan sendiri sehingga melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang ditetapkan kerajaan. |
| Reezal tuntut Harimau Malaya mengaum semula Posted: 07 Jun 2021 07:06 AM PDT KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menuntut pemain Harimau Malaya agar kembali fokus dengan menampilkan aksi sebenar bagi mengharungi baki dua perlawanan Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE). |
| Perbicaraan MH17 beri 'pencerahan' kepada keluarga Posted: 07 Jun 2021 06:54 AM PDT BADHOEVEDORP: Hakim Belanda mahu waris keluarga mangsa MH17 akhirnya berupaya mendapat 'pencerahan' di sebalik tragedi pesawat itu ditembak jatuh di timur Ukraine pada Julai 2014. |
| Penganjur pro Israel batalkan Perarakan Baitulmaqdis Posted: 07 Jun 2021 06:31 AM PDT BAITULMAQDIS: Kumpulan berhaluan kanan pro pendatang Yahudi membatalkan perarakan kontroversi yang dijadual berlangsung minggu ini di Baitulmaqdis. |
| Posted: 07 Jun 2021 01:09 AM PDT KUALA TERENGGANU: Dalam keadaan uzur, Jusoh Muda yang berusia 82 tahun dipercayai gagahi dirinya untuk menyelamatkan isterinya dalam kejadian kebakaran tiga rumah di Kampung Losong Haji Su di sini, hari ini. |
| Batalkan kompaun tak kemas kini aplikasi MySejahtera Posted: 07 Jun 2021 03:54 AM PDT KUALA LUMPUR: Mana-mana kompaun yang sudah dikeluarkan atas tindakan individu tidak mengemaskini aplikasi MySejahtera perlulah dibatalkan, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. |
| Hanya pekerja dengan surat pengesahan kementerian dibenar lepasi SJR Posted: 07 Jun 2021 05:46 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya menerima pakai surat pengesahan daripada enam kementerian dan beberapa agensi tertentu bagi membenarkan pekerja bergerak ke tempat kerja semasa sekatan jalan raya (SJR) yang akan bermula esok. |
| Peningkatan kes COVID-19 jejas pemulihan ekonomi negara Posted: 07 Jun 2021 05:43 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemulihan ekonomi Malaysia dijangka terjejas ekoran peningkatan kes terkini jangkitan COVID-19 yang membawa kepada pelaksanaan sekatan pergerakan penuh selama dua minggu bermula 1 hingga 14 Jun 2021. |
| Pakar mahu Ivermectin dibuktikan secara klinikal Posted: 07 Jun 2021 04:22 AM PDT KUALA LUMPUR: Kes positif dan kematian akibat jangkitan COVID-19 yang terus berleluasa menyebabkan masyarakat semakin bimbang dengan langkah pencegahan dan rawatan wabak itu sehingga ramai yang mencadangkan pengambilan pelbagai jenis ubat dan vitamin untuk rawatan termasuk produk Ivermectin. |
| Pekerja kilang trauma ditumbuk, disamun Posted: 07 Jun 2021 05:27 AM PDT MACHANG: Seorang pekerja kilang masih terkejut dan trauma selepas mendakwa ditumbuk serta wang tunai RM600 dilarikan oleh lelaki dipercayai anggota polis, malam Khamis lalu. |
| Syafiq tak patut dipanggil wakili Harimau Malaya Posted: 07 Jun 2021 05:27 AM PDT KUALA LUMPUR: Sekalipun skuad Harimau Malaya majoritinya dibentuk daripada pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), pemilik pasukan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan ada pemainnya yang tidak sepatutnya dipanggil menyertai skuad kebangsaan. |
| Perancis denda Google 220 juta euro Posted: 07 Jun 2021 04:57 AM PDT PARIS: Pihak Berkuasa Kawal Selia Persaingan Perancis mendenda Google 220 juta euro (RM1.103 bilion) kerana memanipulasi penguasaan pasaran bagi memaparkan pengiklanan dalam talian. |
| Manfaatkan Kempen Pemilikan Rumah sehingga hujung tahun Posted: 07 Jun 2021 04:47 AM PDT KUALA LUMPUR: Inisiatif Kempen Pemilikan Rumah yang dilanjutkan sehingga akhir tahun ini meneruskan lagi komitmen kerajaan untuk meringankan beban rakyat memiliki kediaman ketika tempoh mencabar akibat COVID-19. |
| Rohingya di Bhashan Char khuatir 'terperangkap' Posted: 07 Jun 2021 04:49 AM PDT DHAKA: Pelarian Rohingya yang ditempatkan di Bhashan Char dekat Bangladesh bimbangkan keselamatan mereka susulan ketibaan musim monsun. |
| COVID-19: Jangan terburu-buru cuba guna Ivermectin Posted: 07 Jun 2021 04:40 AM PDT KUALA LUMPUR: Masyarakat dinasihatkan tidak mempercayai bulat-bulat sebarang ubat yang didakwa berkesan merawat COVID-19, tetapi sebaliknya perlu mendapatkan pandangan pihak berwajib untuk memastikan kesahihannya. |
| Touch 'n GO+ cecah sejuta pengguna Posted: 07 Jun 2021 03:05 AM PDT KUALA LUMPUR: Touch 'n Go Group melakar satu lagi pencapaian penting apabila pengguna produk perkhidmatan pelaburan Touch 'n GO+ melepasi sejuta orang dalam tempoh kira-kira dua bulan. |
| Legenda sepak takraw meninggal dunia Posted: 07 Jun 2021 04:26 AM PDT KUALA LUMPUR: Arena sukan sepak takraw tanah air kehilangan seorang legenda era 70-an, Sahak Md Yasin yang menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Setapak hari ini. |
| Perbicaraan Suu Kyi bermula minggu depan Posted: 07 Jun 2021 04:27 AM PDT NAYPYIDAW: Perbicaraan pemimpin Myanmar yang digulingkan dalam rampasan kuasa junta tentera 1 Februari lalu, Aung San Suu Kyi, akan bermula Isnin ini. |
| Reman suspek kes cabul Unduk Ngadau disambung Posted: 07 Jun 2021 04:25 AM PDT KOTA KINABALU: Reman membabitkan seorang ahli politik yang didakwa mencabul seorang peserta Unduk Ngadau Pesta Kaamatan, disambung sehingga Rabu ini. |
| Posted: 07 Jun 2021 04:03 AM PDT KUALA LUMPUR: Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) sah disingkirkan daripada naungan Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) dan makluman mengenainya akan diserahkan kepada badan sukan berwajib di Malaysia. |
| Bantuan RM500 kepada petani, nelayan positif COVID-19 Posted: 07 Jun 2021 04:08 AM PDT KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri akan memberi bantuan sebanyak RM500 kepada setiap warga pertanian di negeri ini yang dijangkiti COVID-19. |
| 3 maut dalam kes tembakan di Florida Posted: 07 Jun 2021 03:53 AM PDT WASHINGTON: Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan beberapa yang lain cedera dalam kes tembakan ketika majlis graduasi dekat daerah Miami-Dade, Florida, di tenggara Amerika Syarikat (AS) semalam. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment