Tuesday, June 8, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Ringgit tidak berubah berbanding dolar AS

Posted: 08 Jun 2021 08:07 PM PDT

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu berikutan sentimen bercampur-campur yang menyokong mata wang negara maju itu, kata peniaga.

Feri Pulau Pinang berjaya diapungkan semula

Posted: 08 Jun 2021 08:05 PM PDT

GEORGETOWN: Feri Pulau Pinang yang dilaporkan separa tenggelam selepas air memasuki lubang serta memenuhi ruang enjinnya, berjaya diapungkan semula, semalam.

Lantik warga universiti jadi Naib Canselor UPM

Posted: 08 Jun 2021 08:01 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pelantikan Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) yang kosong sejak Februari lalu perlu dalam kalangan warga universiti sendiri.

Borja nafi kemenangan Argentina

Posted: 08 Jun 2021 08:01 PM PDT

MONTEVIDEO: Miguel Borja menjaringkan gol pada penamat saingan untuk menyelamatkan Colombia apabila seri 2-2 berdepan Argentina dalam kelayakan Piala Dunia di Barranquilla sebentar tadi.

Kisah hidup Nicol David difilemkan

Posted: 08 Jun 2021 08:00 PM PDT

KUALA LUMPUR: Selaku bintang sukan tersohor dunia, kisah hidup bekas ratu skuasy, Datuk Nicol David, 37, akan difilemkan dalam satu biopik berjudul, I Am Nicol David.

Presiden PKR menghadap Agong di Istana Negara

Posted: 08 Jun 2021 08:00 PM PDT

KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pagi ini.

Pandemik gugat kedudukan bandar terbaik dunia untuk tinggal

Posted: 08 Jun 2021 07:58 PM PDT

LONDON: Sebuah kajian yang dikeluarkan hari ini menunjukkan pandemik COVID-19 menggugat kedudukan bandar terbaik untuk dijadikan tempat tinggal di seluruh dunia.

Bursa Malaysia terus meningkat

Posted: 08 Jun 2021 07:56 PM PDT

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan momentum menaik semasa pembukaan dagangan pada Rabu, sekali gus mengekalkan kenaikan yang dialami pada Selasa.

Tree Med bekal kit ujian COVID-19

Posted: 08 Jun 2021 05:32 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tree Med Sdn Bhd menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan SelCare Pharmacy Sdn Bhd (SELCARE), anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi menyediakan alat ujian RTK COVID-19.

Bank perlu perjelas moratorium kepada M40

Posted: 08 Jun 2021 07:35 PM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia (ABM) diharap dapat memberi penjelasan terperinci mengenai moratorium kepada golongan M40 yang terkesan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Tajuddin bakal dikompaun RM1,500

Posted: 08 Jun 2021 07:24 PM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bakal dikompaun RM1,500 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan tidak memakai pelitup muka ketika mengadakan sidang media pada 25 Mei lalu.

Aktiviti pusat hiburan cetus kluster jangkiti 6 lokaliti

Posted: 08 Jun 2021 07:06 PM PDT

KOTA KINABALU: Satu kluster baharu COVID-19 berkaitan komuniti yang dilaporkan menjangkiti penduduk di enam lokaliti dalam daerah Kuala Penyu, semalam, tercetus berikutan aktiviti sosial di pusat hiburan.

Waspada 'diplomasi perangkap hutang' ditawarkan China

Posted: 08 Jun 2021 07:01 PM PDT

Projek Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) memberikan impak signifikan kepada kuasa ekonomi China, terutama ke atas rantau ASEAN.

Peruntukan terhad jejas operasi ATM

Posted: 08 Jun 2021 07:00 PM PDT

Dalam keadaan negara berperang melawan pandemik, pelbagai inisiatif dilaksanakan termasuk memperkukuhkan kawalan sempadan melalui Ops Benteng.

Keberkesanan Ivermectin rawat COVID-19 perlu kajian teliti

Posted: 08 Jun 2021 07:00 PM PDT

Agak kecoh dalam kalangan pengamal perubatan, badan bukan kerajaan (NGO) dan sesetengah pihak mendesak Kementerian Kesihatan (KKM) menggunakan Ivermectin dalam keadaan 'terdesak' apabila semakin ramai pesakit meninggal dunia akibat COVID-19.

Perdana Menteri beredar dari Istana Negara selepas sejam

Posted: 08 Jun 2021 06:16 PM PDT

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin beredar dari Istana Negara, di sini, selepas kira-kira sejam tiba untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pagi ini.

Tsitsipas ke separuh akhir Terbuka Perancis

Posted: 08 Jun 2021 06:38 PM PDT

PARIS: Stefanos Tsitsipas mengalahkan Daniil Medvedev untuk mara ke separuh akhir Grand Slam berturut-turut pada Terbuka Perancis hari ini.

Perdana Menteri tiba di Istana Negara

Posted: 08 Jun 2021 05:28 PM PDT

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara, di sini, dengan kenderaan membawa Perdana Menteri dilihat memasuki pekarangan melalui pintu utama pada jam 7.50 pagi tadi.

Israel dakwa bangunan media Gaza sekat sistem Iron Dome

Posted: 08 Jun 2021 06:20 PM PDT

WASHINGTON: Israel semalam mendakwa bangunan media Gaza yang menjadi sasaran dan dimusnahkan, digunakan oleh pejuang Hamas untuk menyekat pertahanan udaranya.

AS longgarkan amaran perjalanan bagi negara utama dunia

Posted: 08 Jun 2021 05:51 PM PDT

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) semalam melonggarkan amaran berkaitan perjalanan ke beberapa negara utama termasuk tuan rumah kejohanan Olimpik, Jepun, sekali gus berharap vaksinasi yang meluas ketika ini membolehkan aktiviti pengembaraan kembali pulih dan berjalan secara normal.

COVID-19: Kematian meningkat, mayat tunggu giliran diuruskan

Posted: 08 Jun 2021 05:43 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kadar korban akibat COVID-19 yang tinggi di Malaysia, akhir-akhir ini, bukan hanya meruntun jiwa banyak pihak tetapi turut menyebabkan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) berdepan situasi getir apabila mengalami masalah tunggakan dalam pengurusan mayat akibat wabak itu dan kes kematian bukan COVID-19.

Perancis benam Bulgaria

Posted: 08 Jun 2021 05:35 PM PDT

PARIS: Karim Benzema terpaksa meninggalkan padang akibat keletihan pagi tadi ketika juara dunia, Perancis menewaskan Bulgaria 3-0 dalam saingan persahabatan terakhir, seminggu sebelum memulakan kempen Euro 2020.

'Tiada kompromi isu SOP'

Posted: 08 Jun 2021 05:30 PM PDT

KUALA LUMPUR: Insiden drama bersiri 'tergantung' siaran berikutan penggambaran tidak dapat diteruskan akibat penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau 'total lockdown' di seluruh negara, bukanlah sesuatu yang baharu pada era pandemik COVID-19.

Peluru berpandu yang menjatuhkan MH17: Hakim

Posted: 08 Jun 2021 05:25 PM PDT

THE HAGUE: Hakim-hakim Belanda semalam menyatakan bahawa siasatan terhadap kemalangan pesawat MH17 di Ukraine yang dilanda perang pada tahun 2014 menunjukkan bahawa peluru berpandu BUK buatan Russia sebagai punca kemalangan.

Mahkamah boleh tamatkan Copa America

Posted: 08 Jun 2021 05:12 PM PDT

BRASILIA: Mahkamah Agung Brazil berkata hari ini bahawa mereka akan mendengar dua permohonan untuk menghalang Copa America, mencetuskan keraguan baharu dalam kejohanan bola sepak Amerika Selatan itu hanya lima hari sebelum sepak mula.

Syria mengaktifkan pertahanan udara terhadap 'pencerobohan Israel'

Posted: 08 Jun 2021 04:48 PM PDT

DAMASCUS: Sistem pertahanan udara Syria telah diaktifkan untuk menentang 'pencerobohan Israel' di Damsyik, kata agensi berita negara Sana pada lewat semalam.

7 pemimpin parti dijadualkan menghadap Agong minggu ini

Posted: 08 Jun 2021 04:23 PM PDT

KUALA LUMPUR: Tujuh pemimpin parti politik utama di negara ini termasuk pembangkang, dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara, minggu ini bermula hari ini.

Trudeau kecam 'pengganas' akibatkan kematian 4 Muslim sekeluarga

Posted: 08 Jun 2021 04:23 PM PDT

OTTAWA: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, semalam mengecam insiden yang disifatkan sebagai 'serangan pengganas' dan didorong oleh kebencian susulan kematian empat daripada lima sekeluarga Islam yang dirempuh sebuah trak 'pikap' dan menggesa rakyat tidak menjauhi sikap tidak bertoleransi terhadap agama.

Llorente positif COVID-19

Posted: 08 Jun 2021 04:10 PM PDT

MADRID: Pertahanan Sepanyol, Diego Llorente hari ini menjadi pemain kedua daripada skuad Euro 2020 negara itu diuji positif COVID-19 selepas kapten Sergio Busquets, umum Persekutuan Bolasepak Sepanyol (RFEF).

Vietnam rayu rakyat sumbang dana beli vaksin COVID-19

Posted: 08 Jun 2021 03:52 PM PDT

HANOI: Vietnam yang pernah dijadikan sebagai contoh kepada seluruh dunia atas kejayaannya membendung penularan COVID-19, kini meminta sumbangan derma daripada rakyatnya untuk membeli vaksin tatkala ia terkial-kial membendung gelombang baru coronavirus.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template