BH Online - Terkini |
- Polis kesan 'safieillias94' dan 'pipinatasha'
- Polis kesan wanita bergelang 'pink' di Chemor
- Syor buka masjid bagi jemaah sudah divaksin
- Qabil Ambak sudah divaksin, akan berlepas ke Denmark
- Kerajaan sivil perlu dipertahankan sepanjang tempoh darurat
- Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu pada 16 Jun ini
- Paip pecah: Gangguan bekalan air 13 kawasan di KL
- Khalid cadang Cheng Hoe tukar sistem jumpa Vietnam
- MSF diarah henti khidmat di Myanmar
- Selesai segera isu minyak masak botol
- Anwar selesai menghadap Agong
- KKM wujudkan pusat panggilan, kurangkan beban CAC
- Permohonan semakan keluarga Nora Anne Rabu ini
- Daripada 'keropok lekor' bertukar sayang
- 6 pekerja bank direman bantu siasatan rasuah
- 'Maaf, jangan terus hukum kami'
- Ingkar SOP: Tajuddin bayar kompaun RM1,500
- Minggu menyayat hati bagi waris mangsa MH17
- Sakkari singkir juara bertahan Terbuka Perancis
- Liek Hou tekad cipta sejarah di Tokyo
- Pegawai polis direman disyaki rogol tahanan ibu tunggal
- Tindakan pihak kritik kerajaan usir pelarian dipersoal
- 10 atlet lagi dijangka layak ke Paralimpik Tokyo
- Indonesia tawar jadi hos rundingan Laut China Selatan
- KLK akan ambil alih saham IJM Plantations
- TFC tertanya-tanya status Piala AFC
- Sultan Johor kesal poster lama dengan Najib diputar belit
- Penduduk luar bandar Sabah divaksin
- Program vaksin akan lonjak semula ekonomi Malaysia
| Polis kesan 'safieillias94' dan 'pipinatasha' Posted: 09 Jun 2021 09:22 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan pemilik akaun Instagram 'safieyillias94' berhubung dakwaan berkomunikasi secara lucah dan melakukan perbuatan amang seksual terhadap kanak-kanak bawah umur. |
| Polis kesan wanita bergelang 'pink' di Chemor Posted: 09 Jun 2021 09:13 AM PDT IPOH: Polis sedang mengesan seorang wanita menunggang motosikal dengan dipercayai memakai gelang merah jambu iaitu individu dalam pengawasan (PUS) COVID-19 di kawasan Bandar Baru Sri Klebang, Chemor, di sini baru-baru ini seperti video yang tular dalam laman sosial. |
| Syor buka masjid bagi jemaah sudah divaksin Posted: 09 Jun 2021 08:59 AM PDT KOTA BHARU: Kerajaan negeri akan mengemukakan cadangan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) supaya masjid dibuka kepada jemaah yang sudah lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19. |
| Qabil Ambak sudah divaksin, akan berlepas ke Denmark Posted: 09 Jun 2021 08:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Atlet ekuestrian negara, Mohd Qabil Ambak Mahamad Fathil akan berlepas ke Aaarhus, Denmark dari Singapura pagi esok selepas selesai menerima vaksin COVID-19 di republik itu hari ini. |
| Kerajaan sivil perlu dipertahankan sepanjang tempoh darurat Posted: 09 Jun 2021 07:45 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Marzuki Mohamad berkongsi mengenai beberapa isu berhubung pengurusan darurat di negara ini. |
| Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu pada 16 Jun ini Posted: 09 Jun 2021 12:55 AM PDT KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billal Shah berkenan untuk menganjurkan sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, 16 Jun ini. |
| Paip pecah: Gangguan bekalan air 13 kawasan di KL Posted: 09 Jun 2021 07:21 AM PDT KUALA LUMPUR: Sebanyak 13 kawasan di sekitar Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan paip pecah di Jalan Kuari, di sini, hari ini. |
| Khalid cadang Cheng Hoe tukar sistem jumpa Vietnam Posted: 09 Jun 2021 07:20 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad kebangsaan Tan Cheng Hoe perlu mempertimbangkan semula sistem permainan pasukannya yang digunakan sewaktu tewas 0-4 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam misi wajib menang ke atas Vietnam tengah malam, Sabtu ini. |
| MSF diarah henti khidmat di Myanmar Posted: 09 Jun 2021 07:17 AM PDT YANGON: Junta tentera mengarahkan badan kebajikan perubatan, Doktor Tanpa Sempadan (MSF), menghentikan perkhidmatan di Myanmar, sekali gus mengancam ribuan nyawa pesakit HIV dan tuberkulosis (TB) di bawah jagaan mereka |
| Selesai segera isu minyak masak botol Posted: 09 Jun 2021 05:54 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mencari jalan untuk mengawal kenaikan harga minyak masak dalam botol supaya ia tidak membebankan pengguna. |
| Posted: 08 Jun 2021 09:13 PM PDT KUALA LUMPUR: Kenderaan membawa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan Istana Negara, selepas lebih sejam menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah, hari ini. |
| KKM wujudkan pusat panggilan, kurangkan beban CAC Posted: 09 Jun 2021 04:39 AM PDT PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mewujudkan pusat panggilan di tiga negeri bagi membantu mengurangkan beban Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) untuk menerima panggilan daripada pesakit COVID-19 yang bergejala. |
| Permohonan semakan keluarga Nora Anne Rabu ini Posted: 09 Jun 2021 07:10 AM PDT SEREMBAN: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan 16 Jun untuk memutuskan permohonan semakan keluarga Nora Anne Quoirin terhadap keputusan Mahkamah Koroner bahawa kematian remaja perempuan Perancis-Ireland itu adalah disebabkan oleh peristiwa malang atau nahas. |
| Daripada 'keropok lekor' bertukar sayang Posted: 08 Jun 2021 10:00 PM PDT KUALA LUMPUR: Daripada nama 'keropok lekor' berubah menjadi sayang. |
| 6 pekerja bank direman bantu siasatan rasuah Posted: 08 Jun 2021 10:17 PM PDT SHAH ALAM: Enam pegawai dan kakitangan bank direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan dakwaan meminta dan menerima rasuah daripada pemohon pinjaman peribadi antara 2018 hingga 2020. |
| 'Maaf, jangan terus hukum kami' Posted: 08 Jun 2021 10:35 PM PDT KUALA TERENGGANU: Bagi bekas pesakit COVID-19, seperti Mohd Adli Mohamad dan anggota keluarganya, kecaman, persepsi negatif melampau dan disisihkan segelintir masyarakat adalah 'lebih sakit dan derita' berbanding pertarungan melawan COVID-19. |
| Ingkar SOP: Tajuddin bayar kompaun RM1,500 Posted: 09 Jun 2021 01:46 AM PDT KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menjelaskan kompaun RM1,500 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan tidak memakai pelitup muka ketika mengadakan sidang media. |
| Minggu menyayat hati bagi waris mangsa MH17 Posted: 08 Jun 2021 05:03 AM PDT BADHOEVEDORP: Pembentangan bukti dan keterangan tragedi MH17 minggu ini pasti menyayat hati waris mangsa, namun dinantikan mereka bagi mendapat keadilan. |
| Sakkari singkir juara bertahan Terbuka Perancis Posted: 09 Jun 2021 07:00 AM PDT PARIS: Pemain Greece, Maria Sakkari menundukkan juara bertahan, Iga Swiatek 6-4, 6-4 untuk mara buat pertama kalinya ke peringkat separuh akhir saingan Terbuka Perancis di sini, sebentar tadi. |
| Liek Hou tekad cipta sejarah di Tokyo Posted: 09 Jun 2021 06:59 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemain badminton para negara, Cheah Liek Hou tekad mencipta sejarah menjadi pemain pertama dalam sukan itu yang memenangi pingat emas pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020. |
| Pegawai polis direman disyaki rogol tahanan ibu tunggal Posted: 09 Jun 2021 12:34 AM PDT KOTA BHARU: Seorang pegawai polis direman empat hari bermula hari ini selepas disyaki melakukan seks oral dan merogol ibu tunggal di sebuah bilik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini, Sabtu lalu. |
| Tindakan pihak kritik kerajaan usir pelarian dipersoal Posted: 09 Jun 2021 06:42 AM PDT KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mempersoalkan tindakan sesetengah pihak mengkritik kerajaan kerana melakukan pengusiran pelarian dan pemohon suaka, sedangkan sebahagian besar rakyat cenderung membantah kemasukan golongan itu ke Malaysia. |
| 10 atlet lagi dijangka layak ke Paralimpik Tokyo Posted: 09 Jun 2021 06:32 AM PDT KUALA LUMPUR: Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menjangkakan lebih ramai atlet akan menyertai 13 atlet negara yang sudah mengesahkan penyertaan ke Sukan Paralimpik Tokyo yang dijadualkan berlangsung dari 24 Ogos hingga 5 September ini. |
| Indonesia tawar jadi hos rundingan Laut China Selatan Posted: 09 Jun 2021 06:31 AM PDT JAKARTA: Indonesia menawarkan diri untuk menjadi hos persidangan ASEAN-China berhubung kod tata laku (COC) di Laut China Selatan. |
| KLK akan ambil alih saham IJM Plantations Posted: 09 Jun 2021 06:21 AM PDT KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) bercadang membeli 56.2 peratus atau 494.86 juta saham IJM Plantations Bhd daripada IJM Corp Bhd pada harga RM1.53 bilion atau RM3.10 sesaham. |
| TFC tertanya-tanya status Piala AFC Posted: 09 Jun 2021 06:15 AM PDT KUALA TERENGGANU: Saingan Piala AFC bagi Kumpulan I hanya berbaki 21 hari lagi sebelum sepak mula, namun wakil Malaysia, Terengganu FC (TFC) sehingga kini masih belum menerima sebarang maklumat mengenai gelanggang baharu kejohanan itu selepas Singapura menarik diri. |
| Sultan Johor kesal poster lama dengan Najib diputar belit Posted: 09 Jun 2021 05:58 AM PDT JOHOR BAHRU: Sultan Ibrahim Iskandar kesal dengan penularan sebuah poster lama bersama keterangan kononnya baginda memberi peluang kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. |
| Penduduk luar bandar Sabah divaksin Posted: 09 Jun 2021 05:58 AM PDT KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) hari ini, memaklumkan penduduk sekitar mukim Ulu Kiulu, Tuaran Sabah didaftarkan bagi program pelalian berkenaan. |
| Program vaksin akan lonjak semula ekonomi Malaysia Posted: 09 Jun 2021 05:29 AM PDT KUALA LUMPUR: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijangka berkembang 5.3 peratus menjelang akhir 2021 selepas mengalami penguncupan sebanyak 5.6 peratus pada 2020, demikian menurut Institut Akauntan Bertauliah England dan Wales (ICAEW). |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment