Saturday, July 10, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


EURO: Foden mungkin terlepas aksi final

Posted: 10 Jul 2021 04:49 PM PDT

LONDON: Pengurus England, Gareth Southgate mendedahkan Phil Foden kemungkinan terlepas aksi final Euro 2020 menentang Itali selepas mengalami kecederaan kaki.

EURO: Rivaldo akui debaran aksi final sukar ditangani

Posted: 10 Jul 2021 04:34 PM PDT

LONDON: Ikon bola sepak Brazil, Rivaldo menjangkakan debaran pemain-pemain England akan memuncak menjelang final Euro 2020 bertemu Itali di Wembley.

Wanita 90 tahun dijangkiti dua varian COVID-19 serentak

Posted: 10 Jul 2021 04:30 PM PDT

PARIS: Seorang wanita berusia 90 tahun yang meninggal dunia akibat COVID-19, dikesan dijangkiti varian Alpha dan Beta serentak, kata penyelidik di Belgium hari ini, yang menyifatkan fenomena luar biasa itu kemungkinan dipandang mudah.

EURO: Ratu Elizabeth harap saat manis berulang

Posted: 10 Jul 2021 04:19 PM PDT

LONDON: Ratu Elizabeth, 95, mengharapkan saat manis ketika England menjulang trofi Piala Dunia 1966 akan berulang.

Singapura perketat kelulusan masuk dari Indonesia

Posted: 10 Jul 2021 04:13 PM PDT

SINGAPURA: Singapura memperketat langkah keselamatan di sempadan dengan mengurangkan kelulusan masuk pengembara yang bukan rakyat dan penduduk tetap negara itu dari Indonesia, berkuatkuasa serta merta.

COVID-19: Kes jangkitan global 185.8 juta, 4.01 juta kematian

Posted: 10 Jul 2021 03:48 PM PDT

NEW YORK: Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 185.8 juta.

EURO: Isteri hantar mesej istimewa buat Kane

Posted: 10 Jul 2021 03:36 PM PDT

LONDON: Isteri Harry Kane menghantar satu mesej peribadi yang menyentuh perasaan buat suaminya ketika kapten England itu sedang bersiap sedia untuk menentang Itali pada aksi final Euro 2020 di Wembley.

Barty juara perseorangan wanita Wimbledon

Posted: 10 Jul 2021 03:00 PM PDT

LONDON: Ashleigh Barty merangkul kejuaraan pertama tenis Kejohanan Wimbledon selepas menewaskan Karolina Pliskova 6-3, 6-7 (4/7), 6-3 pada aksi final di sini, serentak pada ulang tahun ke-50 kejayaan rakan senegaranya, Evonne Goolagong Cawley memenangi gelaran itu.

EURO: 'Usah ejek lagu kebangsaan Itali'

Posted: 10 Jul 2021 03:01 PM PDT

LONDON: Pengendali England, Gareth Southgate memberi amaran kepada penyokong skuad Three Lions supaya tidak mengejek lagu kebangsaan Itali sebelum aksi final Euro 2020 di sini, awal pagi esok waku Malaysia.

COVID-19: KKM mungkin pertimbang guna Ivermectin

Posted: 10 Jul 2021 09:34 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menolak kemungkinan meluluskan penggunaan Ivermectin bagi merawat pesakit COVID-19 jika terdapat bukti kukuh menjelaskan keberkesanan dan kesan sampingannya.

Penganjur program bantuan bank makanan tak mohon kebenaran - Polis

Posted: 10 Jul 2021 08:36 AM PDT

IPOH: Penganjur program bantuan bank makanan di sebuah restoran di Taman Canning, di sini, didapati tidak memohon kebenaran daripada pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kinta untuk menganjurkan program amal itu.

COVID-19: Kes turun seminggu, dua minggu lagi - KP Kesihatan

Posted: 10 Jul 2021 07:20 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penurunan jangkitan kes harian COVID-19 di negara ini dijangka dapat dilihat dalam tempoh terdekat sama ada seminggu atau dua minggu lagi.

COVID-19: Saringan bersasar 'buru' individu dijangkiti di Lembah Klang

Posted: 10 Jul 2021 07:53 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kaedah saringan bersasar dilihat lebih berkesan untuk dijadikan sandaran bagi 'memburu' individu yang dijangkiti COVID-19 di Lembah Klang.

Perjanjian 'revolusi' cukai dapat lampu hijau G20

Posted: 10 Jul 2021 08:03 AM PDT

VENICE: Menteri kewangan G20 dijangka memberi lampu hijau kepada perjanjian 'revolusi' untuk pencukaian yang bersifat lebih adil kepada syarikat multinasional.

COVID-19: Kes melambung mungkin disebabkan varian Delta

Posted: 10 Jul 2021 07:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Lonjakan kes COVID-19 sejak kebelakangan ini dibimbangi berpunca daripada penularan jangkitan varian Delta.

COVID-19: Bantuan negeri atasi situasi kritikal di Lembah Klang

Posted: 10 Jul 2021 07:41 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menggerakkan bantuan sokongan, terutama peralatan dan petugas kesihatan dari beberapa negeri yang sudah memasuki fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk membantu situasi kritikal hospital di Lembah Klang.

COVID-19: Imuniti kelompok seawal September

Posted: 10 Jul 2021 07:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Imuniti kelompok meliputi 80 peratus daripada golongan dewasa di negara ini dijangka berupaya dicapai seawal September ini.

Soniia janji berjuang habis-habisan di Tokyo

Posted: 10 Jul 2021 07:38 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemain badminton perseorangan wanita negara Soniia Cheah akan berjuang habis-habisan pada penampilan sulungnya di Olimpik Tokyo, Jepun dari 23 Julai hingga 8 Ogos ini.

Jumlah kes tinggi kerana saringan besar-besaran di KL, Selangor

Posted: 10 Jul 2021 07:06 AM PDT

KUALA LUMPUR : Saringan besar-besaran yang sedang dijalankan di beberapa mukim di Selangor dan lokaliti di ibu negara yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketika ini menjadi punca kes harian meningkat di dua negeri ini.

EU sedia vaksin bagi 70 peratus penduduk dewasa

Posted: 10 Jul 2021 06:45 AM PDT

BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) mempunyai bekalan vaksin COVID-19 yang mencukupi untuk negara anggotanya bagi memastikan sekurang-kurangnya 70 peratus rakyat dewasa blok itu disuntik.

Dhabitah harap tidak ditimpa 'penyakit' buntu ketika terjunan

Posted: 10 Jul 2021 06:38 AM PDT

KUALA LUMPUR: Hilang semangat serta buntu untuk melakukan rutin terjunan sempurna adalah situasi boleh terjadi kepada mana-mana penerjun di setiap peringkat pertandingan, kata atlet terjun wanita negara Nur Dhabitah Sabri yang akan beraksi di Sukan Olimpik Tokyo, bulan ini.

Bunuh isteri kemudian gantung diri

Posted: 10 Jul 2021 06:12 AM PDT

BUTTERWORTH: Seorang lelaki menggantung diri selepas menikam isterinya sehingga mati di sebuah rumah di Taman Kimsar, Perai, di sini, petang tadi.

Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha 20 Julai

Posted: 10 Jul 2021 05:52 AM PDT

KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 20 Julai ini, menurut Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman.

Penyamun bunuh 35 penduduk kampung di Nigeria

Posted: 10 Jul 2021 05:50 AM PDT

KANO: Penyamun lembu membunuh sekurang-kurangnya 35 penduduk di lima kampung di Zamfara, barat laut Nigeria, sekali gus mencetuskan keganasan baharu di negara itu.

EURO: England didenda RM149,000 angkara pancaran laser

Posted: 10 Jul 2021 05:24 AM PDT

LAUSANNE: Persatuan Bolasepak England (FA) didenda 30,000 euro (RM149,000) oleh Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) selepas laser dipancar ke arah penjaga gol Denmark, Kasper Schmeichel pada aksi separuh akhir, Khamis lalu.

'Pelajar UiTM Kedah meninggal dunia disyaki akibat tekanan belajar'

Posted: 10 Jul 2021 05:21 AM PDT

KUALA MUDA: Seorang pelajar semester tiga Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah, dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai tidak sedarkan diri di rumah sewanya di sini, awal pagi kelmarin.

COVID-19: PKPD beberapa lokaliti di Sabah mulai Isnin

Posted: 10 Jul 2021 04:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikuatkuasakan di beberapa lokaliti di Sabah iaitu tiga di Kota Kinabalu dan masing-masing satu di Papar dan Tawau mulai Isnin ini.

Satu lagi hospital di Selangor rawat pesakit COVID-19 sepenuhnya

Posted: 10 Jul 2021 05:15 AM PDT

BANGI: Sebuah lagi hospital di Selangor akan dijadikan hospital merawat pesakit COVID-19 sepenuhnya sebagai strategi mendepani kemasukan pesakit COVID-19 yang tinggi, kata Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha'ari Ngadiman.

COVID-19: 9,353 kes harian tertinggi

Posted: 10 Jul 2021 01:01 AM PDT

PUTRAJAYA: Kes harian COVID-19 hari ni merekodkan angka paling tinggi sejak penularan virus berkenaan di negara ini tahun lalu, iaitu sebanyak 9,353 kes.

5 maut akibat gempa bumi di Tajikistan

Posted: 10 Jul 2021 05:09 AM PDT

DUSHANBE: Sekurang-kurangnya lima terbunuh dalam gempa bumi di timur Tajikistan pagi tadi, kata pihak berkuasa di negara pergunungan itu.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template