Friday, July 16, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


'Sengatan maut tebuan korbankan murid Tahun Lima'

Posted: 16 Jul 2021 06:23 AM PDT

DUNGUN: Seorang murid Tahun Lima maut akibat disengat tebuan dalam kejadian di rumahnya dekat Kampung Minda di sini, petang tadi.

Tujuh beranak tinggal bersesak dalam kontena

Posted: 16 Jul 2021 12:33 AM PDT

JOHOR BAHRU: Tujuh beranak di Kampung Baru Seri Aman, Kempas Lama, Tebrau, di sini, tinggal bersesak dalam sebuah kontena sejak setahun lalu, kerana tidak mampu menyewa rumah.

Polis siasat agihan makanan percuma abai SOP

Posted: 16 Jul 2021 05:33 AM PDT

KANGAR: Polis membuka kertas siasatan terhadap penganjur agihan ayam mentah dan beras percuma di hadapan sebuah sekolah di Jalan Kampung Bakau, di sini hari ini, kerana didapati ingkar pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Operasi lonjakan vaksinasi di KL, Selangor

Posted: 16 Jul 2021 02:38 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kadar pemberian vaksin menerusi 'operasi lonjakan kapasiti' akan dijalankan di Kuala Lumpur dan Selangor, bagi membendung penularan wabak di Lembah Klang.

Vaksinasi 'walk-in' warga emas mulai esok

Posted: 16 Jul 2021 03:23 AM PDT

KUALA LUMPUR: Warga emas yang belum mendapat janji temu boleh hadir secara terus atau 'walk in' di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kuala Lumpur dan Selangor, bagi mendapatkan suntikan pelalian, berkuat kuasa esok.

Telur ayam akan naik harga

Posted: 16 Jul 2021 08:19 AM PDT

TEMERLOH: Harga telur ayam pelbagai gred dijangka mengalami kenaikan harga lebih tiga peratus menjelang Aidiladha pada 20 Julai ini.

Issey sebak tinggalkan Suria FM

Posted: 16 Jul 2021 08:10 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penyampai radio segmen Team Pagi Suria, Issey Fazlisham, 34, membuat keputusan tidak menyambung kontrak bersama stesen Suria FM selepas tiga tahun berkhidmat.

MB Kedah didapati langgar SOP

Posted: 16 Jul 2021 07:59 AM PDT

Georgetown: Polis Pulau Pinang menerima arahan untuk mengeluarkan kompaun terhadap Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan memandu uji kereta di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru, dekat sini, bulan lalu.

Kane milik Tottenham

Posted: 16 Jul 2021 07:58 AM PDT

LONDON: Pengurus Tottenham, Nuno Espirito Santo memberi amaran kepada kelab yang memburu Harry Kane tatkala masa depan kapten England masih menimbulkan tanda tanya.

Berpisah dengan anak, suami cabaran terbesar Suryani

Posted: 16 Jul 2021 07:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kekangan masa bukan penghalang buat penembak wanita negara Nur Suryani Mohamed Taibi untuk berusaha mencapai tahap prestasi terbaik dalam misinya memperbaiki rekod pencapaian peribadi di Sukan Olimpik Tokyo, minggu depan.

Tanah perkuburan Islam Seksyen 21 'sibuk'

Posted: 16 Jul 2021 07:36 AM PDT

SHAH ALAM: Suasana di Tanah Perkuburan Islam di Seksyen 21 dekat sini 'sibuk' berbanding hari biasa, apabila deretan van jenazah dilihat keluar masuk bagi proses pengebumian jenazah COVID-19.

PKPD Selangor tamat, SOP Fasa 1 PPN berkuat kuasa

Posted: 16 Jul 2021 07:23 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 34 mukim di Selangor bermula tengah malam ini.

COVID19: 37 kluster baharu dikesan

Posted: 16 Jul 2021 07:25 AM PDT

PUTRAJAYA: Sebanyak 37 kluster baharu COVID-19 dikesan, hari ini, termasuk dua kluster pendidikan lain yang kes indeks membabitkan kanak-kanak berusia tiga dan empat tahun.

Malaysia garis tiga keutamaan sebagai panduan APEC

Posted: 16 Jul 2021 06:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia menggariskan tiga keutamaan sebagai panduan oleh negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) bagi mencapai kestabilan ekonomi ketika dunia masih berdepan penularan pandemik COVID-19.

2 lelaki warga asing memakai gelang merah jambu bebas berjalan

Posted: 16 Jul 2021 07:03 AM PDT

REMBAU: Dua lelaki warga asing memakai gelang merah jambu yang dilihat berjalan bebas di tempat awam, didapati sedang menuju ke bas yang disediakan majikan.

Lonjakan kes di Thailand, Singapura, NSW

Posted: 16 Jul 2021 06:50 AM PDT

BANGKOK: Thailand dan New South Wales, Australia merekodkan peningkatan kes jangkitan COVID-19, manakala Singapura menimbangkan sekatan baharu.

Proses vaksinasi ditangguh akibat banjir

Posted: 16 Jul 2021 06:45 AM PDT

MIRI: Proses pemberian vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) klinik kawasan Long Lama dan Long Jegan di Baram, dekat sini, terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu akibat banjir.

Klinik swasta cetus kluster baharu di Ranau

Posted: 16 Jul 2021 06:36 AM PDT

KOTA KINABALU: Sebuah klinik swasta di pekan Ranau, disyaki menjadi punca penularan COVID-19 yang mencetuskan kluster baharu berkaitan tempat kerja yang dilaporkan di Sabah, hari ini.

Lelaki cuba serang polis maut ditembak

Posted: 15 Jul 2021 06:42 PM PDT

KANGAR: Seorang lelaki yang mempunyai enam rekod jenayah ditembak mati selepas cuba menyerang polis dalam satu kejadian amuk di Jalan Kaki Bukit, Padang Besar semalam.

Cuaca panas terik cabaran pelayar

Posted: 16 Jul 2021 06:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Keadaan cuaca panas terik di Enoshima Yacht Harbour antara rintangan awal dihadapi kem pelayaran negara.

Pahang beri diskaun 50 peratus sewa premis PBT

Posted: 16 Jul 2021 06:29 AM PDT

KUANTAN: Kerajaan Pahang memberi diskaun 50 peratus untuk bayaran sewa premis milik pihak berkuasa tempatan (PBT), selama empat bulan bermula Jun lalu.

129,835 lepasan SPM 2020 ke IPTA

Posted: 16 Jul 2021 01:11 AM PDT

BATU PAHAT: Seramai 129,835 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 layak melanjutkan pengajian bagi sesi akademik 2021/2022 di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) untuk kemasukan Ogos ini.

Pemohon lega dapat bakul makanan

Posted: 16 Jul 2021 05:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Selepas beberapa hari terpaksa makan telur dan mi, seorang ibu tunggal kini mampu menghela nafas lega apabila menerima bakul makanan berisi pelbagai makanan asas, hari ini.

142 pelajar UMK balik kampung

Posted: 16 Jul 2021 06:09 AM PDT

KOTA BHARU: Seramai 142 pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dihantar pulang sempena cuti akhir semester Februari 2020/2021, dengan menaiki bas dan kapal terbang,

UMNO perlu kekal bersama PN

Posted: 16 Jul 2021 06:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: UMNO perlu menentukan halatuju lebih jelas sebagai sebuah parti berpengalaman untuk mendepani persekitaran kesihatan dan ekonomi negara yang serba mencabar dengan menonjolkan keupayaan kepimpinannya, bukannya mencetuskan pergolakan politik yang tidak berkesudahan.

Kit ujian kendiri buatan Malaysia dijual minggu depan

Posted: 16 Jul 2021 05:59 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kit ujian kendiri pantas antigen COVID-19 buatan Malaysia yang pertama, 'Kit Ujian Pantas Antigen Salixium COVID-19', akan mula dijual kepada orang awam pada 19 Julai ini, kata MeDKAD Sdn Bhd (MeDKAD).

Tiada bahas tapi boleh tanya soalan

Posted: 16 Jul 2021 05:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen boleh mengemukakan pertanyaan pada Persidangan Khas Dewan Rakyat selama lima hari mulai 26 Julai ini.

COVID-19: 12,541 kes baharu dilaporkan

Posted: 16 Jul 2021 12:55 AM PDT

PUTRAJAYA: Angka harian kes COVID-19 di Malaysia mencatat sedikit penurunan dengan 12,541 jangkitan baharu dilaporkan, hari ini.

Arab Saudi mahu anjur Piala Dunia 2030 bersama Itali

Posted: 16 Jul 2021 05:31 AM PDT

LONDON: Arab Saudi sedang mempertimbangkan untuk membida Piala Dunia 2030 bersama Itali yang jaraknya 3,295 kilometer dari negara Teluk itu.

Haily raih untung bersih RM2.8 juta pada suku pertama

Posted: 16 Jul 2021 05:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: Haily Group Bhd (Haily) yang akan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 21 Julai ini mencatatkan untung bersih RM2.8 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2021.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template