Saturday, July 17, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Tak terima surat MITI rentas negeri hingga Rabu - Acryl

Posted: 17 Jul 2021 09:39 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melarang sebarang pergerakan merentas negeri menggunakan surat kebenaran dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bermula hari ini hingga Rabu ini.

Ibu kandung, teman lelaki ditahan dera dua kanak-kanak

Posted: 17 Jul 2021 09:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang wanita dan teman lelakinya kerana dipercayai mendera dan mengabaikan penjagaan dua kanak-kanak perempuan yang juga anak kandung wanita terbabit, hari ini.

Tiada rumah terbuka, ziarah kubur pada Aidiladha

Posted: 17 Jul 2021 08:38 AM PDT

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah memutuskan aktiviti rumah terbuka, jamuan, kunjung-mengunjung dan ziarah tanah perkuburan tidak dibenarkan sempena sambutan Aidiladha bagi membendung peningkatan kes COVID-19.

Perak FC II, Kelantan FC terikat di Ipoh

Posted: 17 Jul 2021 08:34 AM PDT

IPOH: Perak FC II gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila sekadar terikat 1-1 menentang Kelantan FC dalam saingan Liga Perdana di Stadium Perak, di sini, sebentar tadi.

PM menaruh harapan tinggi pingat emas pertama Olimpik

Posted: 17 Jul 2021 08:00 AM PDT

SEPANG: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menaruh harapan tinggi ke atas kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 untuk membawa pingat emas pertama dari temasya sukan yang berprestij itu.

Guna tabung khairat masjid bantu ahli kariah terjejas

Posted: 17 Jul 2021 07:01 AM PDT

MELAKA: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) meminta semua pengurusan jawatankuasa masjid memanfaatkan sumber kewangan daripada tabung khairat bagi membantu ahli kariah yang terjejas sepanjang tempoh kawalan pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Azizulhasni, Khairul sudah sedia gegar Tokyo

Posted: 17 Jul 2021 06:45 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Azizulhasni Awang percaya resipi yang bakal diterjemahkan jurulatihnya, John Beasley mampu membawa pulang pingat pada pentas Olimpik Tokyo yang bakal membuka tirainya pada 23 Julai ini.

433 individu ditahan ingkar SOP

Posted: 17 Jul 2021 06:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seramai 433 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) kawalan pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) menerusi Operasi Pematuhan di seluruh negara, semalam.

Ambil iktibar peningkatan kes pada musim perayaan

Posted: 17 Jul 2021 05:12 AM PDT

PUTRAJAYA: Orang ramai khususnya umat Islam dinasihatkan mengambil iktibar peningkatan kes setiap kali ketibaan musim perayaan, menjelang sambutan Aidiladha Selasa ini.

Arab Saudi benarkan perniagaan beroperasi ketika waktu solat

Posted: 17 Jul 2021 06:35 AM PDT

RIYADH: Arab Saudi secara rasmi membenarkan perniagaan kekal beroperasi ketika waktu solat lima waktu, yang menjadi langkah reformasi sensitif di negara yang cuba mengubah imejnya.

Tindakan tegas jika rentas negeri pada Aidiladha

Posted: 17 Jul 2021 06:17 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung bagi menyambut Aidiladha, Selasa ini.

Perobohan kampung India diteruskan walaupun PBB bantah

Posted: 17 Jul 2021 06:25 AM PDT

FARIDABAD: Pihak berkuasa India hari ini meneruskan perobohan ribuan kediaman di sebuah kampung berhampiran New Delhi, meskipun ia dibantah aktivis hak asasi dan pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Giroud kini sah milik AC Milan

Posted: 17 Jul 2021 06:20 AM PDT

MILAN: Penyerang Chelsea dari Perancis, Olivier Giroud sudah melengkapkan perpindahan ke AC Milan, umum kelab Itali berkenaan, hari ini.

Pengasuh, suami ditahan dera dua beradik

Posted: 17 Jul 2021 04:16 AM PDT

JOHOR BAHRU: Seorang pengasuh, suami serta anak saudaranya dari Taman Bukit Kempas, di sini, ditahan polis semalam, dipercayai mendera dua adik beradik lelaki berusia dua dan tiga tahun sejak Jun lalu.

Pakistan benarkan ribuan merentas sempadan dengan Afghanistan

Posted: 17 Jul 2021 06:13 AM PDT

CHAMAN: Pakistan hari ini membuka separuh sempadannya dengan Afghanistan yang ditutup sejak Taliban mengawal bandar strategik di sempadan negara itu.

64 premis tidak patuh SOP diarah tutup

Posted: 17 Jul 2021 06:13 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sebanyak 64 premis membabitkan kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.

'Bukan mahu pergi berperang'

Posted: 17 Jul 2021 06:05 AM PDT

KUALA LUMPUR: Prospek emas negara di Sukan Olimpik Tokyo, Azizulhasni Awang berkongsi mengenai kepentingan 'good sportmanship' atau semangat kesukanan yang baik dengan menyifatkan sesuatu pertandingan itu lebih memberi makna dengan adanya elemen ini.

Jerman selongkar runtuhan selepas banjir maut melanda Eropah barat

Posted: 17 Jul 2021 06:01 AM PDT

ERFTSTADT: Pekerja penyelamat bergegas hari ini untuk mencari yang terselamat dan mangsa akibat banjir terburuk yang melanda Eropah Barat, yang menyebabkan lebih 150 orang mati dan puluhan lagi hilang.

Kes rasuah AKSB, tiada Exco Kelantan dipanggil SPRM

Posted: 17 Jul 2021 05:54 AM PDT

KOTA BHARU: Belum ada anggota Exco kerajaan negeri dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa membabitkan Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB).

Selangor FC II, Sarawak United kongsi mata

Posted: 17 Jul 2021 05:51 AM PDT

MANJUNG: Selangor FC II dan Sarawak United FC terpaksa puas hati berkongsi mata apabila terikat 1-1 dalam saingan Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Manjung di sini, sebentar tadi.

Selangor, KL kekal Fasa 1 PPN

Posted: 17 Jul 2021 05:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Selangor dan Kuala Lumpur kekal di dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) walaupun kerajaan semalam mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tidak dilanjutkan masing-masing di 34 mukim dan 14 lokaliti.

PM Belanda sifatkan perubahan iklim punca banjir buruk

Posted: 17 Jul 2021 05:41 AM PDT

THE HAGUE: Ribut yang melanda Eropah adalah 'tanpa diragui' hasil perubahan iklim, kata perdana menteri Belanda, sambil kutipan untuk bencana yang melanda selatan negara itu melebihi satu juta euro (RM4.96 juta).

Pulang jenguk keluarga, lelaki cetus kluster di Selangor, Kelantan

Posted: 17 Jul 2021 05:38 AM PDT

PUTRAJAYA: Satu kluster komuniti yang dilaporkan hari ini dikesan membabitkan kes indeks yang mempunyai sejarah pulang ke Kelantan dari Selangor awal bulan ini.

Program vaksinasi berjaya turunkan kes positif serius COVID-19

Posted: 17 Jul 2021 01:42 AM PDT

KUALA LUMPUR: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) berada di landasan tepat bersandarkan faktor seperti peningkatan jumlah pemberian vaksinasi dan keberkesanan pelalian itu yang menyaksikan kes positif serius mencatat penurunan ketara.

Selangor percepat urus jenazah mangsa COVID-19

Posted: 17 Jul 2021 05:36 AM PDT

SHAH ALAM:Kerajaan Selangor mengumumkan inisiatif Pengurusan Jenazah COVID-19 Berpusat sebagai usaha menangani isu pengurusan jenazah di beberapa hospital di negeri ini.

Semua penumpang terbabit nahas pesawat di Russia ditemui selamat

Posted: 17 Jul 2021 05:14 AM PDT

MOSCOW: Pegawai Russia semalam menyifatkan penemuan semua 18 penumpang dan kru sebuah pesawat yang membuat pendaratan cemas di Siberia dalam keadaan selamat, sebagai satu keajaiban.

Lagu Aewo dendangan Shiha menang di AS

Posted: 17 Jul 2021 04:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Percaturan keluar dari zon selesa dengan merakamkan single Aewo nyata berbaloi apabila Shiha Zikir meraih trofi Pop Asia Terbaik pada InterContinental Music Awards (ICMA) 2021 di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

PKPD di 12 lokaliti di empat negeri

Posted: 17 Jul 2021 04:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu akan dilaksanakan di beberapa lokaliti di Negeri Sembilan, Pahang, Sabah dan Sarawak bermula Isnin ini hingga 1 Ogos.

Sekolah dibuka berperingkat mulai 1 September

Posted: 17 Jul 2021 02:41 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sekolah akan dibuka secara berperingkat untuk Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bersemuka mulai 1 September ini.

30 kali nafas terhenti ketika tidur

Posted: 16 Jul 2021 10:00 PM PDT

KUALA LUMPUR: Ketika usianya tiga tahun mencecah angka 50, ahli kumpulan Ruffedge, Cat Farish berdepan dengan masalah kesihatan, malah terlalu sukar mahu menurunkan berat badan, sekali gus mengganggu perjalanan kerjaya seni.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template