BH Online - Terkini |
- Indonesia mula perketat kawalan pergerakan
- 7.5 peratus penduduk terima dua dos vaksin
- 22 kompaun Op Patuh dikeluarkan di Seberang Perai Utara
- Wanita terbeban hutang hampir RM1 juta dibantu
- Kedai Jujur SPRM pupuk, perkasa budaya integriti
- Dapur dijadikan makmal proses pil ekstasi
- Kebolehjangkitan meningkat 8 hari berturut-turut
- COPA: Paqueta bawa Brazil ke separuh akhir
- Polis keluar 77 kompaun di Johor
- Pujuk warga emas terima vaksinasi
- Angka kematian kondominium runtuh meningkat 22 orang
- Tongkat khutbah tulang ikan yu paus berusia 126 tahun
- PEMULIH legakan keperitan ekonomi rakyat
- AS hantar 4 juta vaksin Moderna ke Indonesia
- Polis keluar 16 kompaun Op Patuh di Kedah
- Gelandangan dibantu melalui program 'Helping Hand'
- EURO: Aksi Immobile jadi bahan jenaka
- Penduduk di PKPD Selangor, KL diberi vaksin
- Rumah sewa RM50 sebulan hampir menyembah bumi
- Risiko jangkitan resdung
- 'Pinjamkan bahu untuk teman bersandar'
- Pelan pemulihan bersasar realistik imbangi kesihatan, ekonomi
- Lelaki ditemukan tidak bernyawa di dalam bilik
- Dunia dalam bahaya akibat varian COVID-19 Delta
- BKC bukti keprihatinan bantu rakyat terkesan
- Penduduk Israel tinggalkan penempatan haram di Eviatar
- EURO: Tindakan Alcantara jadi perhatian
| Indonesia mula perketat kawalan pergerakan Posted: 02 Jul 2021 09:22 PM PDT JAKARTA: Indonesia memperketatkan kawalan pergerakan di keseluruhan pulau Jawa termasuk bandar raya ini dan Bali susulan lonjakan kes jangkitan COVID-19 varian Delta di negara itu. |
| 7.5 peratus penduduk terima dua dos vaksin Posted: 02 Jul 2021 09:22 PM PDT KUALA LUMPUR: Sebanyak 7.5 peratus penduduk negara ini sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19, membabitkan 2.46 juta orang sehingga semalam. |
| 22 kompaun Op Patuh dikeluarkan di Seberang Perai Utara Posted: 02 Jul 2021 09:18 PM PDT BUTTERWORTH: Sebanyak 22 kompaun atas pelbagai kesalahan dikeluarkan polis serta agensi ke atas kilang, syarikat, permis perniagaan dan individu perseorangan menerusi Op Patuh yang diadakan di sekitar daerah Seberang Perai Utara, semalam. |
| Wanita terbeban hutang hampir RM1 juta dibantu Posted: 02 Jul 2021 09:15 PM PDT PUTRAJAYA: Kesukaran hidup seorang wanita selepas ditinggalkan suami warga asing dengan hutang hampir mencecah RM1 juta mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. |
| Kedai Jujur SPRM pupuk, perkasa budaya integriti Posted: 02 Jul 2021 09:14 PM PDT PENULIS terkemuka British, Clive Staples Lewis (C S Lewis) menyatakan 'Integrity is doing the right thing even when no one is watching'. |
| Dapur dijadikan makmal proses pil ekstasi Posted: 02 Jul 2021 09:15 PM PDT GEORGETOWN: Sepasang kekasih menjadikan dapur rumah tiga tingkat di Sungai Pinang, di sini, sebagai makmal memproses pil ekstasi. |
| Kebolehjangkitan meningkat 8 hari berturut-turut Posted: 02 Jul 2021 08:38 PM PDT KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 di Malaysia meningkat lapan hari berturut-turut, sejak 25 Jun lalu. |
| COPA: Paqueta bawa Brazil ke separuh akhir Posted: 02 Jul 2021 08:41 PM PDT RIO DE JANEIRO: Jaringan Lucas Paqueta pada babak kedua sudah cukup untuk juara bertahan, Brazil menyingkirkan Chile 1-0 dan menempah pertembungan separuh akhir Copa America berdepan Peru. |
| Polis keluar 77 kompaun di Johor Posted: 02 Jul 2021 09:02 PM PDT JOHOR BAHRU: Polis mengeluarkan kompaun berjumlah RM770,000 hasil pemeriksaan 120 premis dalam operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) atau Op Patuh di negeri ini dalam tempoh dua hari. |
| Pujuk warga emas terima vaksinasi Posted: 02 Jul 2021 09:00 PM PDT FASA kedua dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) menjadi sedikit sukar kerana membabitkan golongan warga emas. Ada dalam kalangan golongan ini agak sukar menerima vaksinasi memandangkan pelbagai maklumat mempengaruhi mereka. |
| Angka kematian kondominium runtuh meningkat 22 orang Posted: 02 Jul 2021 06:26 PM PDT SURFSIDE: Dua lagi mangsa runtuhan sebahagian blok pangsapuri 12 tingkat di sini, Florida ditemui semalam, menjadikan setakat ini 22 mangsa sudah ditemui manakala 126 lagi masih belum dikesan, kata pihak berkuasa tempatan semalam. |
| Tongkat khutbah tulang ikan yu paus berusia 126 tahun Posted: 02 Jul 2021 08:39 PM PDT KUALA TERENGGANU: Sesiapa sahaja yang melewati Masjid Losong Haji Mohd di pinggir bandar raya Kuala Terengganu pasti tidak menyangka di dalamnya terdapat sebatang tongkat khutbah berusia 126 tahun, dipercayai diperbuat daripada tulang ikan yu paus. |
| PEMULIH legakan keperitan ekonomi rakyat Posted: 02 Jul 2021 08:30 PM PDT PAKEJ Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) adalah tindakan proaktif sangat tepat pada masanya. Ia melegakan seketika keperitan ekonomi rakyat dalam mendepani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). |
| AS hantar 4 juta vaksin Moderna ke Indonesia Posted: 02 Jul 2021 08:29 PM PDT WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dilaporkan akan menghantar empat juta dos vaksin COVID-19 keluaran Moderna ke Indonesia, bagi membantu negara itu memerangi pandemik itu. |
| Polis keluar 16 kompaun Op Patuh di Kedah Posted: 02 Jul 2021 08:22 PM PDT ALOR SETAR: Polis Kedah mengeluarkan 16 kompaun atas pelbagai kesalahan menerusi Op Patuh di kilang dan asrama penginapan pekerja di negeri ini, malam tadi. |
| Gelandangan dibantu melalui program 'Helping Hand' Posted: 02 Jul 2021 07:44 PM PDT KUALA LUMPUR: Sebanyak 100 bungkus makanan dan minuman diagihkan GERAKAN melalui program 'Helping Hand' kepada gelandangan di sekitar Bank Bangkok, di sini semalam. |
| EURO: Aksi Immobile jadi bahan jenaka Posted: 02 Jul 2021 06:28 PM PDT MUNICH: Penyerang Itali, Ciro Immobile 'kantoi' berlakon untuk meraih simpati pengadil ketika aksi suku akhir berdepan Belgium, awal pagi tadi. |
| Penduduk di PKPD Selangor, KL diberi vaksin Posted: 02 Jul 2021 07:12 PM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan menjalankan beberapa aktiviti, termasuk pemberian suntikan vaksin sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. |
| Rumah sewa RM50 sebulan hampir menyembah bumi Posted: 02 Jul 2021 07:26 PM PDT TUMPAT: Sejak lima tahun lalu mereka menghuni rumah yang sangat daif dengan sebahagiannya hampir menyembah bumi. |
| Posted: 02 Jul 2021 08:01 PM PDT PERNAHKAH ketika selesema, anda bukan setakat mengalami hidung tersumbat, bersin dan gatal malah kepala dan muka turut terasa berat selama berhari-hari terutamanya ketika perlu menunduk. |
| 'Pinjamkan bahu untuk teman bersandar' Posted: 02 Jul 2021 08:01 PM PDT KUALA LUMPUR: Ramai rakyat Malaysia hidup dalam tertekan apabila hilang punca pendapatan akibat penularan pandemik COVID-19, ditambah pula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga fasa satu Pemulihan Negara (PPN) secara berterusan sejak tahun lalu. |
| Pelan pemulihan bersasar realistik imbangi kesihatan, ekonomi Posted: 02 Jul 2021 08:00 PM PDT PELAN Pemulihan Negara diumumkan Perdana Menteri pertengahan Jun lalu, merangkumi empat fasa peralihan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat. |
| Lelaki ditemukan tidak bernyawa di dalam bilik Posted: 02 Jul 2021 05:21 PM PDT IPOH: Kebimbangan keluarga selepas mendapati salah seorang daripada mereka tidak keluar bilik hampir seharian, terjawab apabila menemukannya terbaring tidak bernyawa di atas katil rumah mereka di Taman Bersatu, Simpang Pulai di sini petang semalam. |
| Dunia dalam bahaya akibat varian COVID-19 Delta Posted: 02 Jul 2021 07:54 PM PDT GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam memberi amaran varian COVID-19 Delta yang cepat menular dan sentiasa bermutasi mengakibatkan dunia kini dalam tempoh sangat bahaya. |
| BKC bukti keprihatinan bantu rakyat terkesan Posted: 02 Jul 2021 07:46 PM PDT KUALA LUMPUR: Bantuan Khas COVID-19 (BKC) membabitkan peruntukan RM4.6 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pasti memberi kelegaan kepada isi rumah yang terkesan dengan wabak berkenaan dan sekatan pergerakan. |
| Penduduk Israel tinggalkan penempatan haram di Eviatar Posted: 02 Jul 2021 06:49 PM PDT BEITA: Penduduk Israel semalam meninggalkan penempatan haram di Tebing Barat sebagai pematuhan kepada perjanjian yang diumumkan Perdana Menteri baharu, Naftali Bennet. |
| EURO: Tindakan Alcantara jadi perhatian Posted: 02 Jul 2021 06:48 PM PDT SAINT PETERSBURG: Thiago Alcantara mendapat penghormatan tinggi dalam talian apabila dia menjadi seorang daripada pemain terawal menenangkan Ruben Vargas selepas kekalahan Switzerland pada penentuan penalti. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment