Wednesday, July 21, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Syed Saddiq sedia hadapi pertuduhan mahkamah esok

Posted: 21 Jul 2021 06:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengesahkan beliau akan menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen esok.

Hospital Sungai Buloh tak caj pengurusan jenazah

Posted: 21 Jul 2021 08:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Hospital Sungai Buloh nafi mengenakan caj pengurusan jenazah pesakit COVID-19 hingga RM9,000 seperti yang ditularkan baru-baru ini.

'Biarkan Ebit selesai rakam percakapan dengan polis dulu'

Posted: 21 Jul 2021 06:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew hanya akan bercakap kepada orang ramai dalam platform awam selepas selesai proses rakaman percakapan oleh polis membabitkan isu fitnah didakwa dilemparkan pihak tertentu mengenai misi kemanusiaan beliau ke Semenanjung Gaza, Palestin.

Lekaki bisu antara 3 ditahan buat aksi Superman

Posted: 21 Jul 2021 08:03 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Polis menahan tiga penunggang motosikal termasuk seorang lelaki kurang upaya (OKU) kategori bisu kerana menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya dengan membuat aksi ala 'Superman' di daerah ini.

Wanita meninggal dunia depan klinik positif COVID-19

Posted: 21 Jul 2021 07:46 AM PDT

KLANG: Wanita yang rebah sebelum meninggal dunia di hadapan sebuah klinik di Taman Sentosa dekat sini hari ini, disahkan positif COVID-19.

OLIMPIK: Sweden buat AS gigit jari lagi

Posted: 21 Jul 2021 07:40 AM PDT

TOKYO: Misi pasukan pilihan, Amerika Syarikat (AS) untuk memburu pingat emas kelima dalam acara bola sepak wanita Sukan Olimpik menerima tamparan apabila tumbang 0-3 kepada Sweden, hari ini.

Baricitinib berkesan, banyak digunakan di luar negara

Posted: 21 Jul 2021 07:38 AM PDT

KUALA LUMPUR: Formulasi ubat baharu iaitu baricitinib bagi mencegah risiko pesakit kategori satu dan dua COVID-19 daripada menghidap radang paru-paru sudah banyak digunakan di luar negara.

OLIMPIK: Atlet kena 'panggang' di Tokyo

Posted: 21 Jul 2021 07:17 AM PDT

TOKYO: Bukan setakat ketakutan terhadap coronavirus, namun atlet Olimpik di Tokyo turut perlu berdepan dengan bahang musim panas di Jepun.

UNESCO keluarkan Liverpool dari senarai tapak warisan dunia

Posted: 21 Jul 2021 07:16 AM PDT

LONDON: Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) hari ini memutuskan untuk menyingkirkan kawasan dermaga Liverpool dari senarai tapak warisan dunia berdasarkan undian tipis.

PEJUANG hadir sidang khas Parlimen

Posted: 21 Jul 2021 06:42 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen daripada Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) akan menghadiri sidang khas Parlimen yang berlangsung 26 Julai sehingga 2 Ogos ini, kata Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Keputusan bersesuaian diambil tangani COVID-19 di Sarawak

Posted: 21 Jul 2021 07:00 AM PDT

KUCHING: Setiap keputusan untuk menangani pandemik COVID-19 di Sarawak dibuat mengikut peruntukan Perlembagaan yang disesuaikan dengan keadaan negeri ini.

Boca Juniors mengamuk, Rojo tumbuk pengawal keselamatan

Posted: 21 Jul 2021 06:46 AM PDT

LONDON: Bekas bintang Manchester United, Marcos Rojo dirakam menumbuk pengawal keselamatan sebelum dilihat mengambil alat pemadam api ketika rusuhan dicetuskan Boca Juniors, semalam.

WHO jangka varian Delta jadi strain COVID-19 dominan

Posted: 21 Jul 2021 06:31 AM PDT

GENEVA: Varian Delta yang lebih menular dan berbahaya dijangka menjadi strain dominan COVID-19 dalam tempoh beberapa bulan akan datang, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini.

'Cuaca lebih panas, kering hingga September'

Posted: 21 Jul 2021 06:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia kini mengalami Monsun Barat Daya yang menyebabkan cuaca panas dan kering hingga pertengahan September, namun tiada gelombang haba berlaku setakat ini.

25 korban banjir terburuk di China

Posted: 20 Jul 2021 08:04 PM PDT

BEIJING: Sekurang-kurangnya 25 orang maut selepas hujan lebat menyebabkan tanah runtuh dan membanjiri sebuah bandar di tengah China, dengan gambar yang mengejutkan yang menunjukkan penumpang sedang berjuang melawan air setinggi dada di dalam kereta api.

Caprice batal sesi IG Live malam ini

Posted: 21 Jul 2021 06:13 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penyanyi Caprice membatalkan hasrat muncul dalam sesi Instagram (IG) Live, malam ini bagi memberi penjelasan berhubung kontroversi misi kemanusiaan membantu rakyat Gaza di Palestin.

Penyumberluaran pesakit bukan COVID-19 bermula semalam

Posted: 21 Jul 2021 06:08 AM PDT

PUTRAJAYA: Proses penyumberluaran pesakit bukan COVID-19 di Lembah Klang sudah dimulakan semalam ketika Kementerian Kesihatan (KKM) berdepan cabaran pengendalian kes yang meningkat saban hari.

Nana terkilan dakwaan sebar fitnah

Posted: 21 Jul 2021 06:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penyanyi Siti Nordiana, 37, terkilan apabila namanya diheret dengan dakwaan dan perbincangan secara terbuka membabitkan beberapa teman baiknya.

Ebit Lew akan buat penjelasan terperinci esok

Posted: 21 Jul 2021 05:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pendakwah terkenal Ebit Lew hari ini membuat laporan polis bagi menyangkal dakwaan dan tuduhan tidak berasas terhadap dirinya berhubung misi kemanusiaan membantu rakyat Palestin di Gaza, baru-baru ini.

OLIMPIK: Farah pakai 'leotard' rekaan sendiri

Posted: 21 Jul 2021 05:20 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ratu gimnastik artistik negara, Farah Ann Abdul Hadi akan memakai 'leotard' berwarna jingga hasil rekaannya sendiri apabila membuat penampilan pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang akan membuka tirai secara rasmi, Jumaat ini.

'Misi Gaza guna duit sendiri, bukan derma'

Posted: 21 Jul 2021 05:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pendakwah Ebit Lew menjelaskan bahawa segala kos perbelanjaan misi kemanusiaan ke Semenanjung Gaza, Palestin, adalah menggunakan wangnya sendiri bukannya daripada kutipan mana-mana tabung derma.

OLIMPIK: Atlet Malaysia selamat, tidak dijangkiti COVID-19

Posted: 21 Jul 2021 05:58 AM PDT

SEPANG: Tiada kes jangkitan COVID-19 membabitkan atlet dan kontinjen Malaysia yang berada di Perkampungan Olimpik di Tokyo, Jepun ketika ini, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Vietnam hasilkan vaksin COVID-19 Sputnik V Russia

Posted: 21 Jul 2021 05:22 AM PDT

MOSCOW: Russia hari ini mengumumkan kumpulan vaksin COVID-19 yang diberi nama Sputnik V, dihasilkan buat pertama kali di Vietnam ketika negara berkenaan sedang bergelut dengan gelombang jangkitan baharu pandemik itu.

Ebit Lew buat laporan polis

Posted: 21 Jul 2021 03:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pendakwah terkenal Ebit Lew tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi sebentar tadi untuk membuat laporan polis dipercayai berkaitan isu misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin, baru-baru ini.

Lebih 230,000 pekerja sektor pembuatan divaksin melalui PIKAS

Posted: 21 Jul 2021 05:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Lebih 230,000 pekerja dalam sektor pembuatan telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) setakat hari ini.

Dua kemalangan maut dalam sejam di KM452.9

Posted: 21 Jul 2021 05:42 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang pejalan kaki dan penunggang motosikal maut dalam dua kemalangan berasingan yang berlaku di lokasi sama namun berlainan arah di Kilometer (KM) 452.9 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dekat sini, pagi tadi.

COVID-19: 11,985 kes baharu

Posted: 21 Jul 2021 01:00 AM PDT

PUTRAJAYA: Kes harian COVID-19 di negara ini terus merekodkan lima angka dengan 11,985 kes dilaporkan hari ini, sekali gus menjadikan keseluruhan kes meningkat kepada 951,884 kes.

'Pesakit hanya melimpah sebelah pagi'

Posted: 21 Jul 2021 03:41 AM PDT

SHAH ALAM: Sejumlah 13 buah bas digunakan bagi membawa pesakit COVID-19 ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Stadium Malawati dekat Seksyen 13 di sini, pagi tadi.

'Pinjam daripada TEKUN, bukan Ah Long'

Posted: 21 Jul 2021 05:26 AM PDT

KUCHING: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menggesa perusahaan mikro untuk menghubungi agensinya TEKUN Nasional, bagi mendapatkan bantuan pembiayaan dan bukannya pergi kepada peminjam wang haram atau dikenali sebagai Ah Long.

Ringgit teruskan trend penurunan

Posted: 21 Jul 2021 05:14 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Rabu berikutan sentimen berterusan mengenai kenaikan kes COVID-19 terus menjejaskan mata wang tempatan walaupun harga minyak mentah lebih tinggi, kata peniaga.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template