BH Online - Terkini |
- Tiga Ahli Parlimen negatif COVID-19
- Negeri Sembilan, Selangor II buntu
- 15,902 kes baharu, catatan tertinggi harian COVID-19
- TFC belasah Perak
- Selangor, KL City terikat
- OLIMPIK: 'Saya juga ada peluang menang emas'
- OLIMPIK: Windy sumbang pingat pertama Indonesia
- OLIMPIK: Indonesia mahu jadi tuan rumah 2036
- 'Anjang Aki sudah tiada'
- Sektor pembinaan dibenarkan beroperasi
- OLIMPIK: Wongpattanakit hadiahkan emas kepada Thailand
- Masih ada ruang biaya pakej bantuan rakyat - Muhyiddin
- Pengusaha PKS akan terus dibantu - Muhyiddin
- 220 Ahli Parlimen hadir sidang khas Dewan Rakyat Isnin ini
- Mohd Rashid disahkan negatif COVID-19
- Afghanistan isytihar perintah berkurung
- Lapor polis jika terima suntikan kosong
- OLIMPIK: Mei Kuan-Meng Yean janji bermati-matian
- Lebih 58,000 peneroka FELDA setuju tawaran lupus hutang
- OLIMPIK: Welson jauh ketinggalan
- PDRM bakal terima 16 dron berkuasa tinggi
- Rokok, bedak seludup RM9.03 juta dirampas
- Skuad Projek nyaris malukan Kelantan
- Tujuh wanita Rohingya positif COVID-19 ceroboh ikut Sungai Golok
- 8,485 kes positif COVID-19 tidak bergejala dikesan
- Thailand siasat 25 selebriti internet
- United 'ikat' Solskjaer tiga tahun lagi
- PKPD di sembilan lokaliti di empat negeri
- OLIMPIK: Peng Soon-Liu Ying kena 'smash' lagi
- Timbang sewajarnya kelonggaran penerima vaksin lengkap
| Tiga Ahli Parlimen negatif COVID-19 Posted: 24 Jul 2021 09:30 AM PDT KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz masing-masing negatif COVID-19. |
| Negeri Sembilan, Selangor II buntu Posted: 24 Jul 2021 08:30 AM PDT SEREMBAN: Negeri Sembilan FC (NSFC) gagal memintas Sarawak di puncak carta Liga Perdana buat seketika selepas sekadar seri 0-0 dengan Selangor II di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi sebentar tadi. |
| 15,902 kes baharu, catatan tertinggi harian COVID-19 Posted: 24 Jul 2021 01:50 AM PDT PUTRAJAYA: Malaysia sekali lagi mencatatkan kes harian COVID-19 tertinggi hari ini dengan 15,902 kes baharu, menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 meningkat kepada 996,393 kes. |
| Posted: 24 Jul 2021 08:14 AM PDT KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) berpesta gol di laman sendiri selepas membenam Perak FC 5-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, sebentar tadi. |
| Posted: 24 Jul 2021 08:03 AM PDT KUALA LUMPUR: Tiada pasukan dapat menuntut status 'Raja Lembah Klang' pada musim ini selepas KL City FC dan Selangor FC (SFC) sama-sama liat apabila terikat 1-1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi. |
| OLIMPIK: 'Saya juga ada peluang menang emas' Posted: 24 Jul 2021 06:04 AM PDT KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menegaskan betapa dia juga memiliki peluang untuk memenangi pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo 2020. |
| OLIMPIK: Windy sumbang pingat pertama Indonesia Posted: 24 Jul 2021 06:33 AM PDT JAKARTA: Atlet angkat berat wanita, Windy Cantika Aisah menyumbangkan pingat pertama buat Indonesia pada temasya Olimpik Tokyo 2020. |
| OLIMPIK: Indonesia mahu jadi tuan rumah 2036 Posted: 24 Jul 2021 07:37 AM PDT JAKARTA: Indonesia akan membida untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2036 selepas gagal untuk mendapatkan hak tuan rumah bagi edisi 2032, kata Jawatankuasa Olimpik Kebangsaannya dalam satu kenyataan. |
| Posted: 24 Jul 2021 04:42 AM PDT KUALA LUMPUR: Bintang veteran, Datuk Baharuddin Omar, 85, menghembuskan nafas terakhir akibat sesak nafas di kediamannya di Shah Alam, dekat sini, kira-kira jam 6.30 petang ini. |
| Sektor pembinaan dibenarkan beroperasi Posted: 24 Jul 2021 05:41 AM PDT PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk membenarkan sektor pembinaan beroperasi dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. |
| OLIMPIK: Wongpattanakit hadiahkan emas kepada Thailand Posted: 24 Jul 2021 07:04 AM PDT TOKYO: Panipak Wongpattanakit menambah gelaran juara Olimpik dalam senarai kejayaannya apabila merampas pingat emas daripada tangan atlet Sepanyol, Adriana Cerezo Iglesias pada minit akhir dalam acara taekwondo wanita kategori 49 kilogram, hari ini. |
| Masih ada ruang biaya pakej bantuan rakyat - Muhyiddin Posted: 24 Jul 2021 06:37 AM PDT PUTRAJAYA: Kerajaan masih ada ruang fiskal bagi membiayai pakej bantuan rangsangan ekonomi dalam membantu rakyat yang terjejas akibat penularan COVID-19, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. |
| Pengusaha PKS akan terus dibantu - Muhyiddin Posted: 24 Jul 2021 07:47 AM PDT PUTRAJAYA: Pengusaha perusahaan kecil sederhana (PKS) yang terjejas akibat pandemik akan dibantu untuk memulihkan perniagaan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. |
| 220 Ahli Parlimen hadir sidang khas Dewan Rakyat Isnin ini Posted: 23 Jul 2021 11:54 PM PDT KUALA LUMPUR: Seramai 220 Ahli Parlimen akan menghadiri sidang khas Dewan Rakyat Isnin ini iaitu persidangan pertama bagi tahun ini selepas ditangguhkan ekoran perisytiharan darurat di seluruh negara sejak 12 Januari lalu serta kebimbangan pandemik COVID-19 yang masih belum reda. |
| Mohd Rashid disahkan negatif COVID-19 Posted: 24 Jul 2021 07:30 AM PDT KUALA LUMPUR: Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon disahkan negatif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan semalam. |
| Afghanistan isytihar perintah berkurung Posted: 24 Jul 2021 07:16 AM PDT KABUL: Pihak berkuasa Afghanistan hari ini menguatkuasa perintah berkurung malam di 31 daripada 34 wilayahnya untuk mengekang keganasan militan Taliban dalam tempoh beberapa bulan ini. |
| Lapor polis jika terima suntikan kosong Posted: 24 Jul 2021 07:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta penerima vaksin yang mengesyaki menerima suntikan kosong vaksin COVID-19 tampil membuat laporan polis di Balai Polis berhampiran. |
| OLIMPIK: Mei Kuan-Meng Yean janji bermati-matian Posted: 24 Jul 2021 06:52 AM PDT KUALA LUMPUR: Beregu wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean bertekad untuk berjuang bermati-matian apabila berdepan pasangan nombor satu dunia dari Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota, esok. |
| Lebih 58,000 peneroka FELDA setuju tawaran lupus hutang Posted: 24 Jul 2021 06:29 AM PDT GERIK: Seramai 58,481 daripada 95,236 peneroka FELDA di seluruh negara, yang masih mempunyai hutang dengan lembaga itu, sudah menyatakan persetujuan terhadap cadangan pelupusan sebahagian pinjaman berjumlah RM8.3 bilion. |
| OLIMPIK: Welson jauh ketinggalan Posted: 24 Jul 2021 06:15 AM PDT TOKYO: Perenang negara Welson Sim Wee Sheng gagal melayakkan diri ke final 400 meter (m) gaya bebas lelaki di Sukan Olimpik Tokyo, di sini hari ini. |
| PDRM bakal terima 16 dron berkuasa tinggi Posted: 24 Jul 2021 01:46 AM PDT KANGAR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menerima 16 dron berkuasa tinggi yang diluluskan kerajaan pada Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12), bagi membantu meningkatkan tahap keselamatan sempadan seluruh negara terutama di kawasan tidak berpagar. |
| Rokok, bedak seludup RM9.03 juta dirampas Posted: 24 Jul 2021 06:01 AM PDT KLANG: Pasukan Polis Marin (PPM) merampas sejumlah 263,900 karton rokok serta 249,624 botol bedak menerusi satu serbuan di sebuah gudang di kawan perindustrian Taman Klang Jaya dekat sini, Khamis lalu. |
| Skuad Projek nyaris malukan Kelantan Posted: 24 Jul 2021 05:33 AM PDT KOTA BHARU: Pemain muda, Ismail Ibrahim menyelamatkan maruah Kelantan TRW FC apabila menjaringkan gol kemenangan di saat akhir ketika The Red Warriors menewaskan skuad Projek FAM-MSN 2-1 pada aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, petang tadi. |
| Tujuh wanita Rohingya positif COVID-19 ceroboh ikut Sungai Golok Posted: 24 Jul 2021 05:27 AM PDT TANAH MERAH: Menyeludup masuk ke negara ini menerusi pangkalan haram di Sungai Golok dengan alasan ingin berjumpa suami, selain untuk berkahwin. |
| 8,485 kes positif COVID-19 tidak bergejala dikesan Posted: 24 Jul 2021 05:26 AM PDT KUALA LUMPUR: Sebanyak 53.4 peratus atau 8,485 kes daripada 15,902 kes harian yang dicatatkan hari ini membabitkan kategori satu iaitu kes jangkitan tidak bergejala. |
| Thailand siasat 25 selebriti internet Posted: 24 Jul 2021 05:19 AM PDT BANGKOK: Lebih 25 selebriti internet Thailand disiasat atas dakwaan mengeluarkan kata-kata jelik, menghina dan fitnah terhadap usaha kerajaan menangani COVID-19. |
| United 'ikat' Solskjaer tiga tahun lagi Posted: 24 Jul 2021 05:11 AM PDT LONDON: Manchester United mengumumkan Ole Gunnar Solskjaer menandatangani kontrak tiga tahun bersama pasukan itu, hari ini. |
| PKPD di sembilan lokaliti di empat negeri Posted: 24 Jul 2021 04:38 AM PDT KUALA LUMPUR: Sembilan lokaliti di Perak, Pahang, Kedah dan Sabah akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), bermula Isnin ini hingga 8 Ogos. |
| OLIMPIK: Peng Soon-Liu Ying kena 'smash' lagi Posted: 24 Jul 2021 04:57 AM PDT KUALA LUMPUR: Badi kekalahan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying di tangan pasangan Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet berterusan selepas sekali lagi tewas kepada lawan itu dalam saingan Sukan Olimpik Tokyo 2020, sebentar tadi. |
| Timbang sewajarnya kelonggaran penerima vaksin lengkap Posted: 24 Jul 2021 05:00 AM PDT PUTRAJAYA: Kerajaan akan mempertimbangkan kelonggaran sewajarnya terhadap mereka yang sudah melengkapkan vaksinasi COVID-19 di negara ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment