BH Online - Terkini |
- Menteri UMNO letak jawatan jika Darurat diteruskan
- Polis pantau doktor mogok
- Penerbangan terus Israel - Maghribi
- Sri Pahang, Melaka kongsi mata
- JDT berpeluh sebelum benam UiTM
- OLIMPIK: Chong Wei kecewa netizen kutuk pemain
- Polis siasat sekumpulan individu menari di hotel
- Mogok doktor jejas nyawa pesakit
- Amaran jika doktor keluar masa bertugas
- Kontraktor Kelas G1-G4 kini boleh beroperasi
- Syaqiera tekad kejutkan Osipova
- Tingkatkan kadar pelalian - TMJ
- Lebih 4,300 mati akibat jangkitan kulat hitam
- Adik bongsu Ryan meninggal dunia
- Benarkan PUSUM kebumi di tempat ditetapkan
- Dos penggalak ditentukan minggu depan
- OLIMPIK: Ivory Coast buat Brazil terdiam
- Belgium sekali lagi dilanda banjir
- COVID-19: Malaysia lepasi sejuta kes
- SpaceX dapat kontrak RM752 juta NASA ke planet Musytari
- India nafi jutaan warganya maut akibat COVID-19
- OLIMPIK: Farah Ann tempat ke-53 kelayakan keempat
- 'Tiada had masa berada dalam Dewan'
- Nabila hos baharu Melodi
- Bertahun remaja jadi mangsa rogol bapa saudara
- OLIMPIK: Jinq En pecah rekod kebangsaan
- Tarikh vaksinasi bergantung beberapa faktor
- Ahli Parlimen diberi ruang berbahas, bertanya
- 92 pesakit meninggal dunia hari ini
- Malaysia beli vaksin dari pelbagai pengeluar
| Menteri UMNO letak jawatan jika Darurat diteruskan Posted: 25 Jul 2021 09:33 AM PDT KUALA LUMPUR: Menteri, timbalan menteri dan pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) daripada UMNO akan meletakkan jawatan, sekiranya Proklamasi Darurat dan Ordinan Darurat dilanjutkan selepas 1 Ogos depan. |
| Posted: 25 Jul 2021 09:06 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau hartal atau mogok doktor kontrak yang dijangka diadakan di semua fasiliti kesihatan kerajaan di seluruh negara, esok. |
| Penerbangan terus Israel - Maghribi Posted: 25 Jul 2021 08:46 AM PDT MARRAKESH: Penerbangan komersial secara terus pertama di antara Israel dan Maghribi mendarat di Marrakesh hari ini, lebih tujuh bulan selepas kedua-dua negara mewujudkan semula hubungan diplomatik, melalui perjanjian yang dikendalikan Amerika Syarikat (AS). |
| Sri Pahang, Melaka kongsi mata Posted: 25 Jul 2021 08:22 AM PDT KUANTAN: Sri Pahang FC sekadar berkongsi satu mata dengan Melaka United selepas seri 1-1 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur sebentar tadi. |
| JDT berpeluh sebelum benam UiTM Posted: 25 Jul 2021 08:03 AM PDT ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) terpaksa berhempas pulas sebelum melakar kemenangan 3-1 ke atas UiTM FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi. |
| OLIMPIK: Chong Wei kecewa netizen kutuk pemain Posted: 25 Jul 2021 07:31 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketua Kontinjen Malaysia (CDM) ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 Datuk Lee Chong Wei, sedih dengan komen-komen negatif yang dilemparkan secara dalam talian terhadap pemain badminton negara. |
| Polis siasat sekumpulan individu menari di hotel Posted: 25 Jul 2021 07:39 AM PDT SHAH ALAM: Polis mengesahkan menerima satu laporan mengenai pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) membabitkan sekumpulan individu yang menghadiri kursus dipercayai berlaku di sebuah hotel di sini. |
| Mogok doktor jejas nyawa pesakit Posted: 25 Jul 2021 07:12 AM PDT KUALA LUMPUR: Kira-kira 12 jam sebelum gerakan mogok doktor kontrak esok, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merayu supaya mereka tidak meneruskan hasrat itu. |
| Amaran jika doktor keluar masa bertugas Posted: 25 Jul 2021 06:48 AM PDT KUALA LUMPUR: Pegawai awam tidak boleh terbabit dalam perhimpunan haram dan membelakangkan tugas, atau dikenakan tindakan tatatertib, selaras Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993) (PU(A) 395/1993). |
| Kontraktor Kelas G1-G4 kini boleh beroperasi Posted: 25 Jul 2021 06:30 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan kini membenarkan sektor pembinaan membabitkan kontraktor Kelas G1, G2, G3 dan G4, kembali beroperasi sepanjang tempoh Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan syarat memohon kelulusan menerusi sistem CIMS MITI. |
| Syaqiera tekad kejutkan Osipova Posted: 25 Jul 2021 06:30 AM PDT KUALA LUMPUR: Semangat atlet memanah wanita negara, Syaqiera Mashayikh semakin membara menjelang aksi pusingan pertama recurve individu menentang pemanah Russia, Elena Osipova di Sukan Olimpik Tokyo 2020, Selasa ini. |
| Tingkatkan kadar pelalian - TMJ Posted: 25 Jul 2021 06:12 AM PDT JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan kerajaan negeri dan agensi yang terbabit segera mencari kaedah, bagi mempertingkat kadar vaksinasi, termasuk mendapatkan vaksin secara langsung. |
| Lebih 4,300 mati akibat jangkitan kulat hitam Posted: 25 Jul 2021 06:11 AM PDT NEW DELHI: Lebih 4,300 orang maut akibat jangkitan kulat hitam atau nama saintifiknya, mukormikosis, di India yang menyerang pesakit COVID-19. |
| Adik bongsu Ryan meninggal dunia Posted: 25 Jul 2021 05:47 AM PDT KUALA LUMPUR: Adik bongsu penyanyi Ryan Deedat, Sharifah Nur Intan Sheifeeka Nasir, 25, menghembuskan nafas terakhir akibat kanser otak di Hospital Kuala Lumpur, jam 8.15 pagi, hari ini. |
| Benarkan PUSUM kebumi di tempat ditetapkan Posted: 25 Jul 2021 05:51 AM PDT KUALA LUMPUR: Waris kepada jenazah pesakit COVID-19 di Pusat Sehenti Urus Mayat (PUSUM) di sini diminta membenarkan urusan pengebumian dilakukan di tanah perkuburan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. |
| Dos penggalak ditentukan minggu depan Posted: 25 Jul 2021 05:51 AM PDT KUALA LUMPUR: Syor berkaitan keperluan dos penggalak dan kaedah heterologi bagi vaksinasi COVID-19 di negara ini akan dikemuka pada mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19, minggu depan. |
| OLIMPIK: Ivory Coast buat Brazil terdiam Posted: 25 Jul 2021 05:38 AM PDT TOKYO: Juara bertahan, Brazil sekadar terikat tanpa jaringan menentang Ivory Coast dalam aksi bola sepak lelaki Sukan Olimpik manakala hatrik Andre-Pierre Gignac menghidupkan peluang Perancis untuk mara ke peringkat kalah mati, sebentar tadi. |
| Belgium sekali lagi dilanda banjir Posted: 25 Jul 2021 05:45 AM PDT BRUSSELS: Beberapa kawasan di Belgium sekali lagi dilanda banjir, menyaksikan sejumlah kenderaan dihanyutkan arus deras selepas hujan lebat sejak kelmarin. |
| COVID-19: Malaysia lepasi sejuta kes Posted: 25 Jul 2021 01:27 AM PDT PUTRAJAYA: Perkara dibimbangi menjadi kenyataan apabila Malaysia melepasi angka sejuta dengan pertambahan 17,045 kes COVID-19 hari ini. |
| SpaceX dapat kontrak RM752 juta NASA ke planet Musytari Posted: 25 Jul 2021 05:38 AM PDT LOS ANGELES: Syarikat roket peribadi, SpaceX, dianugerah kontrak perkhidmatan pelancaran AS$178 juta (RM752 juta) bagi misi pertama ke planet Musytari. |
| India nafi jutaan warganya maut akibat COVID-19 Posted: 25 Jul 2021 05:34 AM PDT NEW DELHI: Pemerintah India menolak kajian baru-baru ini yang mendakwa jutaan rakyatnya maut akibat COVID-19, beberapa kali ganda lebih tinggi berbanding angka korban rasmi iaitu 420,000 kematian. |
| OLIMPIK: Farah Ann tempat ke-53 kelayakan keempat Posted: 25 Jul 2021 04:56 AM PDT KUALA LUMPUR: Ratu gimnastik artistik negara, Farah Ann Abdul Hadi gagal dalam usahanya melangkah ke pusingan akhir acara individu all around Sukan Olimpik Tokyo 2020. |
| 'Tiada had masa berada dalam Dewan' Posted: 25 Jul 2021 05:25 AM PDT KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen boleh berada dalam Dewan Rakyat tanpa had masa, sepanjang Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 bermula esok. |
| Posted: 25 Jul 2021 12:57 AM PDT KUALA LUMPUR: Pengacara popular, Awal Ashaari dan Janna Nick mengakhiri tugasan sebagai hos program hiburan nombor satu, Melodi yang bersiaran di TV3, tengah hari ini. |
| Bertahun remaja jadi mangsa rogol bapa saudara Posted: 25 Jul 2021 05:17 AM PDT MELAKA: Seorang remaja perempuan membuat aduan polis mendakwa menjadi mangsa rogol bapa saudaranya sejak dua tahun lalu di kediaman mereka di Kuala Sungai Baru, Alor Gajah. |
| OLIMPIK: Jinq En pecah rekod kebangsaan Posted: 25 Jul 2021 05:17 AM PDT KUALA LUMPUR: Perenang wanita negara, Phee Jinq En memecahkan rekod kebangsaan miliknya dalam acara 100 meter (m) kuak dada pada aksi saringan kedua pusingan kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020, hari ini. |
| Tarikh vaksinasi bergantung beberapa faktor Posted: 25 Jul 2021 05:16 AM PDT KUALA LUMPUR: Algoritma yang digunakan bagi pemberian janji temu melalui aplikasi MySejahtera, berdasarkan tarikh pendaftaran individu bagi mendapatkan vaksinasi. |
| Ahli Parlimen diberi ruang berbahas, bertanya Posted: 25 Jul 2021 05:15 AM PDT KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen akan diberi ruang untuk mengemukakan pertanyaan, pendapat dan berbahas dalam Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 yang bermula esok. |
| 92 pesakit meninggal dunia hari ini Posted: 25 Jul 2021 05:05 AM PDT PUTRAJAYA: Seramai 92 pesakit COVID-19 meninggal dunia hari ini, iaitu 90 warganegara Malaysia, manakala dua lagi warga asing. |
| Malaysia beli vaksin dari pelbagai pengeluar Posted: 25 Jul 2021 04:59 AM PDT KUALA LUMPUR: Langkah Malaysia membeli vaksin COVID-19 daripada pelbagai sumber membolehkan negara terus mempertingkat kadar pemberian vaksinasi kepada penduduknya, sehingga kini menjadi antara yang terpantas di dunia. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment