BH Online - Terkini |
- OLIMPIK: Kejayaan Hidi turut banggakan keluarga angkat di Melaka
- OLIMPIK: Russia menang emas gimnastik berpasukan wanita
- Jangan `semberono' ketepikan pandangan pakar kesihatan
- Keputusan aksi Liga M
- Bekas atlet terima sumbangan daripada pewakalah PPZ-MAIWP
- CAC maya tangani kesesakan di pusat fizikal
- Petugas kesihatan main peranan besar kawal COVID-19
- OLIMPIK: Farah Ann selamat tiba di KLIA
- Pasukan petugas khas lihat pindaan Akta Pencen
- COVID-19: Indonesia catat 2,069 kematian dalam 24 jam
- OLIMPIK: Jadual aksi atlet Malaysia pada Rabu
- COVID-19: Kes di Thailand lepasi 500,000
- OLIMPIK: Petinju Maghribi cuba gigit telinga lawan
- WHO beri amaran bahaya rokok elektronik
- Menteri Kesihatan boleh guna Akta 342
- Harga maksimum minyak masak berkuatkuasa 1 Ogos ini
- EPL: United setuju ikat Varane
- OLIMPIK: Khairulnizam, Nur Shazrin kini di tempat ke-27, 24
- RM5,000 bantuan kepada waris kematian keluarga akibat COVID-19
- Harga biji kopi naik mendadak
- OLIMPIK: Soniia menang tanpa tanding
- OLIMPIK: Liu Ying belum mahu bersara
- RapidKL mohon maaf, insiden pintu tren LRT terbuka
- 3 kluster baharu wujud akibat rentas negeri
- Urus niaga ringgit berakhir lemah
- OLIMPIK: Aaron Chia-Wooi Yik mara ke suku akhir
- Kossan catat untung luar biasa
- Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi
- Taman negara Thailand diiktiraf UNESCO kecewakan Orang Asli
- Batal Ordinan Darurat perlu pengumuman rasmi
| OLIMPIK: Kejayaan Hidi turut banggakan keluarga angkat di Melaka Posted: 27 Jul 2021 07:01 AM PDT JASIN, Melaka: Kejayaaan jaguh angkat berat Filipina, Hidilyn Diaz merangkul emas pertama buat negaranya di Sukan Olimpik 2020 turut menjadi kebanggaan keluarga angkatnya di Kampung Kesang Tua di sini, yang menghabiskan masa bersama atlet itu lebih setahun lalu. |
| OLIMPIK: Russia menang emas gimnastik berpasukan wanita Posted: 27 Jul 2021 08:25 AM PDT TOKYO: Pasukan wanita gimnastik Russia memanfaatkan sepenuhnya peluang ketiadaan dramatik bintang pasukan Amerika Syarikat (AS), Simone Biles untuk memenangi pingat emas pada temasya Sukan Olimpik 2020 di sini, sebentar tadi. |
| Jangan `semberono' ketepikan pandangan pakar kesihatan Posted: 27 Jul 2021 08:33 AM PDT KUALA LUMPUR: Pandangan pakar kesihatan yang berpandukan data kajian saintifik tidak seharusnya diketepikan dengan 'semberono' dengan membuat keputusan bersandarkan teori, andaian ataupun kenyataan yang bersifat populis. |
| Posted: 27 Jul 2021 08:09 AM PDT KUALA LUMPUR: Berikut rangkuman keputusan perlawanan Liga Super dan Liga Perdana yang berakhir sebentar tadi. |
| Bekas atlet terima sumbangan daripada pewakalah PPZ-MAIWP Posted: 27 Jul 2021 07:36 AM PDT KUALA LUMPUR: Bekas pemain hoki Sukan Olimpik Munich 1972, Takbir Ahmad Nazir Mohd adalah antara yang terawal menerima sumbangan daripada pemegang wakalah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang juga pembayar zakat di Pusat Pungutan Zakat MAIWP (PPZ-MAIWP) melalui Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) di sini, hari ini. |
| CAC maya tangani kesesakan di pusat fizikal Posted: 27 Jul 2021 06:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) secara maya akan membolehkan CAC fizikal memberi tumpuan kepada pesakit bergejala yang perlu mendapat rawatan sama ada di hospital atau Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC). |
| Petugas kesihatan main peranan besar kawal COVID-19 Posted: 27 Jul 2021 05:56 AM PDT KUALA LUMPUR: Petugas barisan hadapan kesihatan negara memainkan peranan amat besar dalam usaha mengawal penularan jangkitan COVID-19, sekali gus membantu menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN). |
| OLIMPIK: Farah Ann selamat tiba di KLIA Posted: 27 Jul 2021 07:09 AM PDT KUALA LUMPUR: Ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi, selamat tiba di tanah air selepas menamatkan kempen di Sukan Olimpik 2020, di Jepun. |
| Pasukan petugas khas lihat pindaan Akta Pencen Posted: 27 Jul 2021 07:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Pasukan petugas khas dianggotai Kementerian Kesihatan (KKM) dan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) akan melihat keperluan untuk meminda Akta Pencen 1980 demi kebajikan pegawai perubatan dan petugas kesihatan kontrak. |
| COVID-19: Indonesia catat 2,069 kematian dalam 24 jam Posted: 27 Jul 2021 06:55 AM PDT JAKARTA: Indonesia mencatatkan 2,069 kematian akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam, dengan lebih 45,000 kes baharu. |
| OLIMPIK: Jadual aksi atlet Malaysia pada Rabu Posted: 27 Jul 2021 06:43 AM PDT TOKYO: Berikut jadual atlet kontinjen negara yang akan turun bertanding pada temasya Sukan Olimpik 2020 esok mengikut waktu Malaysia. |
| COVID-19: Kes di Thailand lepasi 500,000 Posted: 27 Jul 2021 06:42 AM PDT BANGKOK: Kes COVID-19 Thailand melepasi angka 500,000 semalam, selepas 15,376 lagi kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam, mengumpul jumlah keseluruhan sebanyak 512,678. |
| OLIMPIK: Petinju Maghribi cuba gigit telinga lawan Posted: 27 Jul 2021 06:39 AM PDT TOKYO: Petinju heavyweight Maghribi, Youness Baalla cuba menggigit telinga David Nyika ketika tewas menentang lawannya dari New Zealand itu pada temasya Sukan Olimpik 2020, di sini, hari ini. |
| WHO beri amaran bahaya rokok elektronik Posted: 27 Jul 2021 06:00 AM PDT GENEVA: Rokok elektronik dan alat seumpamanya membahayakan kesihatan dan harus ada undang-undang untuk mengekang taktik industri tembakau supaya orang muda terpikat dengan nikotin, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini memberi amaran. |
| Menteri Kesihatan boleh guna Akta 342 Posted: 27 Jul 2021 06:20 AM PDT PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan mempunyai kuasa mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) untuk mengeluarkan perintah berkaitan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit di negara ini. |
| Harga maksimum minyak masak berkuatkuasa 1 Ogos ini Posted: 27 Jul 2021 06:10 AM PDT PUTRAJAYA: Harga runcit maksimum baharu bagi minyak masak sawit tulen dijual dalam botol akan berkuatkuasa mulai 1 Ogos ini. |
| EPL: United setuju ikat Varane Posted: 27 Jul 2021 06:07 AM PDT LONDON: Manchester United bersetuju dengan perjanjian untuk menandatangani pemain pertahanan Perancis, Raphael Varane dari Real Madrid, menurut beberapa laporan media Britain. |
| OLIMPIK: Khairulnizam, Nur Shazrin kini di tempat ke-27, 24 Posted: 27 Jul 2021 06:06 AM PDT KUALA LUMPUR: Lapangan layar di Enoshima Yacht Harbour (EYH) menyaksikan kedua-dua wakil negara, Khairulnizam Mohd Afendy dan Nur Shazrin Mohd Latif melengkapkan saingan untuk masing-masing berada di kedudukan ke-27 dan ke-24 keseluruhan. |
| RM5,000 bantuan kepada waris kematian keluarga akibat COVID-19 Posted: 27 Jul 2021 05:44 AM PDT PUTRAJAYA: Waris kepada individu yang meninggal dunia akibat COVID-19 boleh membuat permohonan Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 sebanyak RM5,000. |
| Posted: 27 Jul 2021 05:49 AM PDT NEW YORK: Niaga hadapan kopi Arabica mencecah paras tertinggi baharu dan meneruskan peningkatan dramatik apabila cuaca sejuk yang menjejaskan tanaman mula melanda Brazil, pengeluar terbesar komoditi itu. |
| OLIMPIK: Soniia menang tanpa tanding Posted: 27 Jul 2021 05:43 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan wanita negara, Soniia Cheah turut merasai 'kesakitan' lawannya sulungnya di pentas Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila Laura Sarosi dari Hungary membuat keputusan menarik diri daripada perlawanan disebabkan kecederaan. |
| OLIMPIK: Liu Ying belum mahu bersara Posted: 27 Jul 2021 05:42 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemain beregu campuran negara, Goh Liu Ying menyatakan belum tiba masanya untuk dia mengundurkan diri daripada sukan badminton selepas tersingkir di peringkat kumpulan pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo. |
| RapidKL mohon maaf, insiden pintu tren LRT terbuka Posted: 27 Jul 2021 05:40 AM PDT KUALA LUMPUR: Rapid KL hari ini memohon maaf susulan insiden pintu tren Transit Aliran Ringan (LRT) bagi laluan Kelana Jaya terbuka semalam, selepas berlepas dari Stesen LRT Ara Damansara. |
| 3 kluster baharu wujud akibat rentas negeri Posted: 27 Jul 2021 05:31 AM PDT PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan tiga kluster baharu disebabkan aktiviti rentas negeri yang sehingga kini menjangkiti 68 individu. |
| Urus niaga ringgit berakhir lemah Posted: 27 Jul 2021 05:29 AM PDT KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini apabila pelabur menunggu keputusan mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) AS bagi mencari petunjuk jelas mengenai pengurangan pembelian asetnya, kata seorang penganalisis. |
| OLIMPIK: Aaron Chia-Wooi Yik mara ke suku akhir Posted: 27 Jul 2021 05:14 AM PDT KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengesahkan tempat ke suku akhir dalam acara badminton pada Sukan Olimpik 2020 selepas menundukkan pasangan Kanada, Jason Ho Shue-Nyl Yakura 21-15, 21-13 di Tokyo, sebentar tadi. |
| Kossan catat untung luar biasa Posted: 27 Jul 2021 05:21 AM PDT KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Kossan Rubber Industries Bhd bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2021 melonjak kepada RM1.06 bilion berbanding RM131.06 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lalu. |
| Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi Posted: 27 Jul 2021 05:15 AM PDT KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit hari ini, dirangsang oleh kegiatan membeli ketika harga saham murah meskipun terdapatnya sentimen bercampur-campur dalam persekitaran pasaran serantau. |
| Taman negara Thailand diiktiraf UNESCO kecewakan Orang Asli Posted: 27 Jul 2021 05:09 AM PDT BANGKOK: Kompleks Hutan Kaeng Krachan di Thailand diiktiraf dalam Senarai Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). |
| Batal Ordinan Darurat perlu pengumuman rasmi Posted: 27 Jul 2021 04:50 AM PDT SEREMBAN: Penamatan Proklamasi Darurat dan pembatalan enam Ordinan Darurat oleh kerajaan perlu diumumkan secara rasmi, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment