Wednesday, July 28, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Jemaah antarabangsa dibenarkan umrah mulai 10 Ogos

Posted: 25 Jul 2021 06:37 PM PDT

DUBAI: Arab Saudi semalam mengumumkan ibadah umrah dibuka semula kepada jemaah dari luar negara, bermula 10 Ogos depan.

PPV KLCC dibanjiri pekerja warga asing

Posted: 28 Jul 2021 08:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan berlaku kesesakan warga asing di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Menara Berkembar Petronas (KLCC) seperti tular di media sosial.

JDT buat Selangor gigit jari

Posted: 28 Jul 2021 07:58 AM PDT

KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta'zim (JDT) mengukuhkan cengkaman di persada Liga Super selepas menewaskan Selangor FC 3-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Keputusan Liga Super

Posted: 28 Jul 2021 08:33 AM PDT

KUALA LUMPUR: Berikut keputusan aksi Liga Super malam ini:

OLIMPIK: Zii Jia janji 'smash' Chen Long

Posted: 28 Jul 2021 08:26 AM PDT

TOKYO: Jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia berjanji akan menampilkan aksi habis-habisan ketika turun menentang juara bertahan Chen Long pada aksi 16 terbaik acara badminton perseorangan lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020, esok.

Penularan meluas COVID-19 punca kes meningkat

Posted: 27 Jul 2021 10:45 PM PDT

KUALA LUMPUR: Peningkatan berterusan angka kes harian di Lembah Klang dikenal pasti berpunca akibat penularan COVID-19 yang jauh lebih besar berbanding jumlah kes positif dikesan setiap hari. 

Melaka United kejutkan TFC

Posted: 28 Jul 2021 08:10 AM PDT

MELAKA: Melaka United beraksi garang menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam ini.

OLIMPIK: Jadual atlet Malaysia esok

Posted: 28 Jul 2021 08:13 AM PDT

TOKYO: Berikut jadual atlet Malaysia yang akan bertanding di Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada Khamis (29 Julai):

PDRM 'gari' Kelantan

Posted: 28 Jul 2021 06:32 AM PDT

KOTA BHARU: Hasrat pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) FC 'menggari' Kelantan tercapai apabila mengikat tuan rumah 2-1 pada aksi Liga Perdana, petang tadi.

Ivancic penyelamat Sabah

Posted: 28 Jul 2021 07:47 AM PDT

KOTA KINABALU: Penyerang import Sabah, Josip Ivancic menjadi penyelamat apabila menjaringkan gol penyamaan 2-2 pada minit akhir permainan ketika menentang Sri Pahang FC di Stadium Likas, malam ini.

Ahli Parlimen DAP perlu mohon maaf

Posted: 28 Jul 2021 07:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP digesa membuat permohonan maaf susulan tindakan mereka tidak menghormati sesi bertafakur dan bacaan Al Fatihah oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mereka yang meninggal dunia kerana COVID-19 pada sidang khas Dewan Rakyat di Parlimen, kelmarin.

Britain bekalkan vaksin COVID-19 untuk negara Komanwel, Asia

Posted: 28 Jul 2021 07:19 AM PDT

LONDON: Britain akan menyumbang jutaan dos vaksin COVID-19 seluruh dunia termasuk negara komanwel, seiring dengan janji negara itu untuk membekalkan sejumlah 100 juta suntikan pelalian itu untuk keperluan global menjelang Jun tahun depan.

Malaysia terima 415,000 dos vaksin AstraZeneca dari UK

Posted: 28 Jul 2021 07:10 AM PDT

KUALA LUMPUR: United Kingdom (UK) menyumbang 415,000 dos vaksin AstraZeneca kepada Malaysia.

Mahkamah Mumbai tolak jaminan ke atas suami Shilpa Shetty

Posted: 28 Jul 2021 07:08 AM PDT

MUMBAI: Sebuah mahkamah di Mumbai hari ini menolak jaminan ke atas suami bintang Bollywood Shilpa Shetty, Raj Kundra, yang didakwa menghasilkan filem pornografi, menurut polis.

Perkumpulan keluarga cetus tiga kluster baharu di Keningau

Posted: 28 Jul 2021 06:56 AM PDT

KOTA KINABALU: Tiga kluster baharu COVID-19 di Sabah yang dilaporkan di daerah Keningau hari ini dikaitkan dengan aktiviti perkumpulan keluarga yang akhirnya menjadi punca penularan jangkitan dalam komuniti dan tempat kerja.

OLIMPIK: Zii Jia juara kumpulan

Posted: 28 Jul 2021 07:04 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati di Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas menewaskan Brice Leverdez di Musashino Forest Sport Plaza, sebentar tadi.

OLIMPIK: Momota tersingkir

Posted: 28 Jul 2021 06:04 AM PDT

TOKYO: Pemain nombor satu dunia, Kento Momota tewas pada pusingan pertama acara badminton perseorangan lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020, sebentar tadi.

Cabutan bertuah untuk tarik daftar vaksin

Posted: 28 Jul 2021 04:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen pembangkang mencadangkan kerajaan memberikan insentif kepada rakyat yang berdaftar untuk program vaksinasi.

Warga pendidikan terima vaksin sebelum 1 September

Posted: 28 Jul 2021 05:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Semua warga pendidikan akan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19, sebelum sesi persekolahan dibuka pada 1 September ini.

Susur Lebuhraya Cheras-Kajang ke Lebuhraya Hubungan Timur-Barat ditutup Jumaat ini

Posted: 28 Jul 2021 06:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup laluan susur dari Lebuhraya Cheras-Kajang ke Lebuhraya Hubungan Timur-Barat (Taman Connaught) pada Jumaat ini dari 8 pagi hingga 8 malam.

Pecah pintu hotel cekup pelacur warga asing

Posted: 28 Jul 2021 06:19 AM PDT

IPOH: Kegiatan sindiket pelacuran yang berselindung di sebalik sebuah hotel di Jalan Raja Ekram di sini, terbongkar selepas diserbu penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia Negeri (JIM) Perak menerusi Op Patuh, semalam.

Lelaki direman kes rogol budak 11 tahun

Posted: 28 Jul 2021 05:59 AM PDT

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki direman tujuh hari mulai semalam bagi membantu siasatan kes rogol kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang juga penghuni rumah kebajikan, di sini.

Gunung Sinabung meletus

Posted: 28 Jul 2021 05:55 AM PDT

MEDAN: Gunung Sinabung di Indonesia meletus hari ini, memancarkan asap dan abu besar ke langit.

Tidak cadang wajibkan vaksin COVID-19 - KJ

Posted: 28 Jul 2021 03:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang mewajibkan suntikan vaksin kepada rakyat selaras dengan kebebasan program vaksinasi yang lain dalam dasar kesihatan awam.

Malaysia rekod kes harian tertinggi 17,405 kes

Posted: 28 Jul 2021 12:21 AM PDT

PUTRAJAYA: Kes harian positif COVID-19 sekali lagi mencatatkan angka tertinggi apabila sebanyak 17,405 kes dilaporkan hari ini.

Dikompaun tak pakai pelitup muka, dikecam biadab

Posted: 28 Jul 2021 05:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis mengenakan tindakan kompaun ke atas seorang lelaki yang videonya tular di media sosial meninggikan suara kepada seorang lelaki warga emas tanpa memakai pelitup muka di sebuah pusat transit gelandangan di sini, hari ini.

Myanmar rayu bantuan masyarakat antarabangsa kekang COVID-19

Posted: 28 Jul 2021 05:31 AM PDT

YANGON: Pihak berkuasa kerajaan junta di Myanmar merayu bantuan daripada masyarakat antarabangsa untuk membantu negara itu memerangi penularan pandemik COVID-19, lapor media tempatan hari ini.

AirAsia akan kemuka syor pemulihan industri pelancongan

Posted: 28 Jul 2021 05:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: AirAsia Group Bhd akan membentangkan kertas cadangannya mengenai usaha untuk memulakan semula industri pelancongan kepada jawatankuasa Majlis Pemulihan Negara (MPN) lewat hari ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan, Tan Sri Tony Fernandes.

OLIMPIK: Guna enam peranti rakam aksi Farah

Posted: 28 Jul 2021 05:28 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ratu gimnastik artistik negara, Farah Ann Abdul Hadi memuat naik video rangkuman aksinya di pentas Olimpik Tokyo di laman sosial miliknya.

Sultan Selangor dukacita pegawai kerajaan negeri terbabit rasuah

Posted: 27 Jul 2021 09:26 PM PDT

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita apabila terdapat beberapa pegawai kerajaan di Selangor terbabit dengan kegiatan rasuah yang boleh meruntuhkan imej pentadbiran dan nama baik seluruh pegawai kerajaan negeri ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template