BH Online - Terkini |
- Ordinan Darurat perlu dibahaskan bagi kemakmuran demokrasi
- Kontraktor diarah lakukan siasatan menyeluruh insiden projek LRT3
- Perancah runtuh, 1 maut, 2 cedera
- Agong amat dukacita, pembatalan Ordinan Darurat belum diperkenan
- Varian baharu merebak di Tanjung Agas
- Abdul Rahman meninggal dunia
- GPS harap kemelut politik negara segera berakhir
- COVID-19: 17,170 kes baharu hari ini
- Kenyataan penuh Istana Negara mengenai kedudukan Ordinan Darurat
- Proklamasi darurat perlu dibentang, dibahaskan di Parlimen - Majlis Peguam
- OLIMPIK: Jadual aksi atlet Malaysia esok
- TERKINI: Dewan Rakyat tangguh kali keempat
- Tuan rumah majlis kenduri nikah dikompaun RM4,000
- OLIMPIK: Hup Wei, Azreen diharap 'lulus' pusingan pertama
- Kokain bernilai AS$1 juta dijumpai di Pantai Tonga
- KUFC 'gantung' Gassama, Zafuan
- OLIMPIK: Khairul tak boleh harap tuah lagi
- OLIMPIK: Gavin langkah kiri
- Pelalian Malaysia terpantas
- Sinovac tidak dikeluarkan daripada program pelalian
- Pemberian vaksin harian tertinggi semalam
- Lima kluster ziarah raya, rentas negeri dikesan
- Kerja tapak projek LRT3 dihentikan, insiden disiasat
- Kediaman Muhyiddin jadi tumpuan media
- Ordinan Darurat: Mereka yang terbabit perlu bertanggungjawab
- OLIMPIK: Zii Jia gagal 'smash' Chen Long
- Tun M dakwa Muhyiddin bohongi Parlimen
- 'Penyelesai' denda cukai LHDN ditahan
- PKPD 2 lokaliti di Sabah, 1 di Sarawak dilanjutkan
- Orang ramai dinasihat terus patuhi SOP - KPN
| Ordinan Darurat perlu dibahaskan bagi kemakmuran demokrasi Posted: 29 Jul 2021 09:08 AM PDT KUALA LUMPUR: Ordinan Darurat yang diisytiharkan atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perlu dibentang dan dibahaskan dalam sesi Dewan Rakyat, selagi mana Seri Paduka belum memperkenan untuk membatalkan Ordinan berkenaan. |
| Kontraktor diarah lakukan siasatan menyeluruh insiden projek LRT3 Posted: 29 Jul 2021 08:46 AM PDT KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) sudah mengarahkan kontraktor turnkeynya, MRCB George Kent Sdn Bhd, untuk menjalankan siasatan menyeluruh susulan insiden runtuhan perancah besi struktur pembinaan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di Bandar Bukit Tinggi, Klang hari ini. |
| Perancah runtuh, 1 maut, 2 cedera Posted: 29 Jul 2021 03:40 AM PDT KLANG: Seorang pekerja binaan maut manakala dua lagi cedera dalam kejadian runtuhan perancah besi struktur pembinaan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) berhampiran Hotel Premiere Bukit Tinggi, di sini, hari ini. |
| Agong amat dukacita, pembatalan Ordinan Darurat belum diperkenan Posted: 28 Jul 2021 09:22 PM PDT KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan pengumuman kerajaan berkenaan pembatalan semua Ordinan Darurat kerana ia belum diperkenankan baginda. |
| Varian baharu merebak di Tanjung Agas Posted: 28 Jul 2021 10:21 PM PDT JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Johor mengesyaki ada jangkitan COVID-19 membabitkan 'variant of concern' (VOC) di sebuah kilang elektronik di Tanjung Agas, Muar. |
| Posted: 29 Jul 2021 08:03 AM PDT KUALA LUMPUR: Bekas pemain badminton kebangsaan, Abdul Rahman Mohamad disahkan meninggal dunia, hari ini. |
| GPS harap kemelut politik negara segera berakhir Posted: 29 Jul 2021 07:50 AM PDT KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) mendukung penuh Sistem Raja Berperlembagaan dan berharap kemelut politik yang melanda negara ketika ini akan segera berakhir serta Malaysia bebas daripada pandemik COVID-19. |
| COVID-19: 17,170 kes baharu hari ini Posted: 29 Jul 2021 12:16 AM PDT PUTRAJAYA: Sebanyak 17,170 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kini meningkat kepada 1,078,646 kes. |
| Kenyataan penuh Istana Negara mengenai kedudukan Ordinan Darurat Posted: 28 Jul 2021 09:37 PM PDT Adalah dimaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah menzahirkan penghargaan kepada pihak Kerajaan di atas pelaksanaan persidangan Parlimen yang bermula pada hari Isnin lalu (26 Julai, 2021). |
| Proklamasi darurat perlu dibentang, dibahaskan di Parlimen - Majlis Peguam Posted: 29 Jul 2021 07:40 AM PDT KUALA LUMPUR: Majlis Peguam Malaysia hari ini berkata, Ordinan Darurat hendaklah dibentang dan dibahaskan di Parlimen. |
| OLIMPIK: Jadual aksi atlet Malaysia esok Posted: 29 Jul 2021 07:32 AM PDT TOKYO: Berikut jadual atlet Malaysia yang akan bertanding di Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada Jumaat (30 Julai): |
| TERKINI: Dewan Rakyat tangguh kali keempat Posted: 29 Jul 2021 03:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Sidang khas Dewan Rakyat berakhir jam 5.30 sebentar tadi, dengan tumpuan dewan hari ini yang sepatutnya membahaskan pakej rangsangan ekonomi berubah kepada hal berkaitan Proklamasi Darurat dan Ordinan Darurat. |
| Tuan rumah majlis kenduri nikah dikompaun RM4,000 Posted: 29 Jul 2021 07:24 AM PDT ALOR SETAR: Seorang lelaki berusia 58 tahun dikompaun RM4,000 kerana mengadakan kenduri sempena majlis pernikahan di Kampung Padang, Mukim Gajah Mati, Pokok Sena, di sini, hari ini. |
| OLIMPIK: Hup Wei, Azreen diharap 'lulus' pusingan pertama Posted: 29 Jul 2021 07:22 AM PDT TOKYO: Kem olahraga negara menaruh harapan agar jaguh lompat tinggi Lee Hup Wei dan pelari pecut Azreen Nabila Alias berjaya melepasi cabaran pusingan pertama menjelang acara trek dan padang di Sukan Olimpik Tokyo yang akan membuka tirai esok. |
| Kokain bernilai AS$1 juta dijumpai di Pantai Tonga Posted: 29 Jul 2021 07:17 AM PDT NUKU'ALOFA: Kokain bernilai AS$1 juta (RM4.24 juta) ditemui hanyut di daratan di pantai Tonga sambil polis melakukan pencarian di sekitar pantai berdekatan bagi menemui lebih banyak bungkusan haram yang serupa, hari ini. |
| KUFC 'gantung' Gassama, Zafuan Posted: 29 Jul 2021 07:05 AM PDT KUALA LUMPUR: Kelab Bolasepak Kelantan United (KUFC) menghantar pulang dua pemain mereka, Gassama Alfusainey dan Zafuan Azeman yang terbabit dalam insiden pergaduhan sesama sendiri sejurus selepas aksi berdepan Perak FC II, semalam. |
| OLIMPIK: Khairul tak boleh harap tuah lagi Posted: 29 Jul 2021 06:45 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemanah lelaki negara, Khairul Anuar Mohamad tidak boleh lagi sekadar mengharapkan tuah apabila turun menentang bekas juara dunia dari Korea Selatan, Kim Jinwoo dalam aksi pusingan ketiga recurve individu, Sabtu ini. |
| Posted: 29 Jul 2021 07:05 AM PDT TOKYO: Permulaan kurang baik untuk pemain negara Gavin Green apabila berkongsi kedudukan ke-57 dalam saingan 60 pemain pada pusingan pertama acara golf Sukan Olimpik Tokyo 2020 hari ini. |
| Posted: 27 Jul 2021 09:26 PM PDT KUALA LUMPUR: Kadar vaksinasi harian per kapita penduduk Malaysia antara yang terpantas di seluruh dunia. |
| Sinovac tidak dikeluarkan daripada program pelalian Posted: 28 Jul 2021 02:25 AM PDT KUALA LUMPUR: Vaksin Sinovac tidak dikeluarkan daripada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), sebaliknya perolehan vaksin itu oleh kerajaan sudah pun selesai. |
| Pemberian vaksin harian tertinggi semalam Posted: 27 Jul 2021 09:05 PM PDT KUALA LUMPUR: Sebanyak 553,871 dos vaksin diberikan semalam, menjadikan jumlah vaksinasi harian melebihi 500,000 dos untuk dua hari berturut-turut. |
| Lima kluster ziarah raya, rentas negeri dikesan Posted: 29 Jul 2021 05:51 AM PDT PUTRAJAYA: Aktiviti ziarah ketika musim perayaan, rentas negeri dan mengadakan majlis sosial antara kluster baharu yang dikesan semalam dan kini sudah menjangkiti lebih 100 individu. |
| Kerja tapak projek LRT3 dihentikan, insiden disiasat Posted: 29 Jul 2021 06:17 AM PDT SHAH ALAM: Semua aktiviti pembinaan membabitkan Pakej Kerja GS09 (WPC) projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) diberhentikan susulan insiden runtuhan perancah yang mengorbankan seorang pekerja dalam kejadian di Jalan Langat, berhampiran Hotel Premiere Bukit Tinggi, di sini hari ini. |
| Kediaman Muhyiddin jadi tumpuan media Posted: 28 Jul 2021 11:46 PM PDT KUALA LUMPUR: Beberapa menteri kanan termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengadakan pertemuan di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, di sini. |
| Ordinan Darurat: Mereka yang terbabit perlu bertanggungjawab Posted: 29 Jul 2021 06:24 AM PDT SEREMBAN: Mereka yang terbabit dengan pembatalan Ordinan Darurat tanpa mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terlebih dulu harus mengambil tanggungjawab sepenuhnya. |
| OLIMPIK: Zii Jia gagal 'smash' Chen Long Posted: 29 Jul 2021 06:06 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terlepas peluang untuk melangkah ke suku akhir Sukan Olimpik Tokyo 2020 biarpun suatu ketika dilihat di landasan tepat untuk meletakkan diri dalam kelompok lapan terbaik. |
| Tun M dakwa Muhyiddin bohongi Parlimen Posted: 29 Jul 2021 04:47 AM PDT KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan semua anggota Jemaah Menteri perlu meletakkan jawatan kerana mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. |
| 'Penyelesai' denda cukai LHDN ditahan Posted: 29 Jul 2021 05:46 AM PDT KUCHING: Peniaga kerugian RM382,500 selepas diperdaya seorang lelaki yang menawarkan perkhidmatan berhubung cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). |
| PKPD 2 lokaliti di Sabah, 1 di Sarawak dilanjutkan Posted: 29 Jul 2021 05:39 AM PDT KUALA LUMPUR: Dua lokaliti di Sabah dan satu di Sarawak akan dilanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 31 Julai hingga 13 Ogos ini. |
| Orang ramai dinasihat terus patuhi SOP - KPN Posted: 29 Jul 2021 05:24 AM PDT KUALA LUMPUR: Masyarakat diminta untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam usaha melandaikan lengkuk jangkitan wabak COVID-19. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment