Saturday, July 3, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Ahli Parlimen turun padang agih bantuan

Posted: 03 Jul 2021 05:01 PM PDT

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen, sama ada kerajaan atau pembangkang turun padang bagi menyampaikan Bantuan Bakul Makanan kepada rakyat terjejas COVID-19 di kawasan masing-masing selaras dengan agenda Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diumumkan Perdana Menteri sebelum ini.

3,534 Orang Asli di Pahang terima vaksin

Posted: 03 Jul 2021 05:00 PM PDT

KUANTAN: Seramai 3,534 Orang Asli di Pahang sudah menerima vaksin COVID-19 menerusi Program Outreach Vaksinasi (POV) COVID-19 yang dilancarkan 16 Jun lalu.

Lelaki Palestin ditembak mati di Tebing Barat

Posted: 03 Jul 2021 04:46 PM PDT

RAMALLAH: Pihak berkuasa Palestin berkata, seorang lelaki ditembak mati di Tebing Barat semalam, dalam konfrontasi antara penduduk Palestin dan peneroka haram Yahudi.

Kluster Tembok dominasi kes positif di Sabah

Posted: 03 Jul 2021 04:39 PM PDT

KOTA KINABALU: Sebanyak 322 kes positif COVID-19 direkodkan di Sabah semalam, peningkatan 92 kes berbanding 230 kes kelmarin dengan 38.2 peratus berpunca daripada dua kluster jangkitan di penjara.

EURO: Pemain England hargai sokongan peminat

Posted: 03 Jul 2021 04:37 PM PDT

ROM: Beberapa pemain England meraikan kejayaan menewaskan Ukraine 4-0 dengan penyokong mereka di Stadium Olimpico dengan 'cara tersendiri'.

Ribuan perniagaan di AS alami serangan siber

Posted: 03 Jul 2021 04:31 PM PDT

NEW YORK: Serangan siber yang dilancar beberapa jam sebelum sambutan Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat (AS) berpotensi memberi kesan terhadap 1,000 perniagaan, menurut penyelidik semalam.

EURO: Schmeichel bangga dengan Denmark

Posted: 03 Jul 2021 04:21 PM PDT

LONDON: Peter Schmeichel beremosi dan bangga selepas Denmark menewaskan Republik Czech untuk mara ke separuh akhir Euro 2020.

PKPD: Firma guaman dibenar beroperasi dengan SOP ketat

Posted: 03 Jul 2021 04:21 PM PDT

KUALA LUMPUR: Firma guaman di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan Kuala Lumpur dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan perintah itu dari 3 hingga 16 Julai ini dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

6 maut pesawat peribadi terhempas di Haiti

Posted: 03 Jul 2021 03:45 PM PDT

PORT-AU-PRINCE: Enam maut apabila pesawat peribadi terhempas di selatan ibu kota Haiti, Port-au-Prince, kata pihak berkuasa tempatan semalam.

EURO: Pengalaman pemain bawa England ke separuh akhir

Posted: 03 Jul 2021 03:42 PM PDT

ROM: Harry Kane percaya pengalaman yang lebih baik dimiliki England di kejohanan besar membantu pasukan memperoleh kejayaan selepas meledak dua gol dalam perlawanan yang menyaksikan mereka membenam Ukraine 4-0 untuk mara ke separuh akhir Euro 2020.

EURO: Hjulmand dedikasi kemenangan untuk Eriksen

Posted: 03 Jul 2021 03:24 PM PDT

BAKU: Jurulatih Denmark, Kasper Hjulmand berkata, Christian Eriksen kekal sebagai sebahagian pasukannya selepas skuad

EURO: Kisah dongeng Denmark berterusan

Posted: 03 Jul 2021 03:09 PM PDT

BAKU: Denmark seperti terbang dengan sokongan 'sayap' di negara sendiri, kata jurulatih Kasper Hjulmand selepas kisah dongeng mereka di Euro 2020 berterusan dengan kemenangan 2-1 pada suku akhir mengatasi Republik Czech dekat Baku.

EURO: Kami belum puas hati - Maguire

Posted: 03 Jul 2021 02:53 PM PDT

ROM: Pertahanan England, Harry Maguire menegaskan mereka tidak akan berpuashati dengan hanya melangkah ke separuh akhir Euro 2020 selepas membenam Ukraine 4-0 dan seterusnya bertemu Denmark di pertembungan empat terbaik itu.

EURO: England belasah Ukraine 4-0

Posted: 03 Jul 2021 02:34 PM PDT

ROM: England membelasah Ukraine 4-0 untuk menempah tiket ke separuh akhir Euro 2020 berdepan Denmark dengan Harry Kane meledak dua gol di Rom sebentar tadi.

EURO: Denmark singkir Rep Czech

Posted: 03 Jul 2021 11:07 AM PDT

BAKU: Denmark mara ke separuh akhir Euro 2020 selepas menewaskan Republik Czech 2-1 dalam aksi suku akhir di Stadium Olimpik, Baku sebentar tadi.

Penduduk kawasan PKPD boleh keluar untuk vaksinasi

Posted: 03 Jul 2021 08:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mereka yang tinggal dalam kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dibenarkan keluar ke pusat pemberian vaksin (PPV).

Verstappen raih petak utama GP Austria

Posted: 03 Jul 2021 07:39 AM PDT

SPIELBERG, Austria: Pendahulu kejuaraan Formula Satu (F1) Max Verstappen akan bermula dari petak utama di Grand Prix Austria.

HKL perjelas rawatan CPR di atas lantai

Posted: 03 Jul 2021 07:27 AM PDT

KUALA LUMPUR: Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini memberi penjelasan berhubung isu tular di media sosial, berkenaan seorang pesakit yang dirawat di atas lantai di Jabatan Kecemasan dan Trauma, baru-baru ini.

COPA: Jesus mohon maaf kasari Mena

Posted: 03 Jul 2021 06:08 AM PDT

RIO DE JANEIRO: Gabriel Jesus memohon maaf kerana mengasari Eugenio Mena ketika Brazil menewaskan Chile dalam saingan suku akhir Copa America, di mana dia terus dilayangkan kad merah.

Tidak kisah bagaimana mohon, akan dibantu - Faizal Azumu

Posted: 03 Jul 2021 05:52 AM PDT

IPOH: Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tambun mengambil pendekatan membantu semua pihak yang memerlukan tanpa mengira kaedah mereka memohon bantuan termasuk dengan mengibarkan bendera putih.

Kawat berduri di tangga diarah buka serta-merta - Annuar Musa

Posted: 03 Jul 2021 06:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemasangan kawat berduri yang merentasi tangga adalah tidak dibenarkan di rumah pangsa di kawasan perumahan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

EURO: Itali buru kejuaraan buat Spinazzola

Posted: 03 Jul 2021 07:11 AM PDT

MUNICH: Lorenzo Insigne berkata Itali akan memburu kegemilangan Euro 2020 untuk dihadiahkan kepada bek kiri mereka Leonardo Spinazzola, yang tidak dapat meneruskan kejohanan selepas cedera tendon Achilles ketika kemenangan suku akhir ke atas Belgium.

EURO: England waspada kejutan Ukraine

Posted: 03 Jul 2021 06:55 AM PDT

ROME: England berwaspada dengan cabaran Ukraine dalam aksi suku akhir Euro 2020 awal pagi nanti, manakala Denmark akan meneruskan impian mereka bertemu Republik Czech.

43 migran hilang akibat kapal karam

Posted: 03 Jul 2021 06:49 AM PDT

TUNIS: Sekurang-kurangnya 43 orang hilang di pantai tenggara Tunisia selepas sebuah kapal membawa lebih 120 migran karam, kata Bulan Sabit Merah Tunisia, hari ini.

Mourinho bawa pengalaman ke Roma

Posted: 03 Jul 2021 06:32 AM PDT

ROME: Jose Mourinho mendakwa dia jurulatih yang lebih baik sekarang - berbanding ketika di Inter Milan di mana dia memenangi treble - dalam cabaran baharunya sebagai pengendali Roma.

82 kompaun, 5 tangkapan

Posted: 03 Jul 2021 06:15 AM PDT

SHAH ALAM: Polis mengeluarkan 82 kompaun dan membuat lima tangkapan menerusi Op Patuh yang dilaksanakan di seluruh negeri itu semalam.

Kerajaan akan dapatkan penjelasan EU isu pengiktirafan AstraZeneca

Posted: 03 Jul 2021 03:05 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia akan meminta penjelasan lanjut daripada Kesatuan Eropah (EU) berhubung dakwaan Sijil Digital COVID-19 EU hanya mengiktiraf vaksin AstraZeneca yang diluluskan Agensi Perubatan Eropah (EMA).

Russia catat rekod kematian COVID-19 baharu

Posted: 03 Jul 2021 05:44 AM PDT

MOSCOW: Russia semalam melaporkan 697 kematian akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam bagi lima hari berturut-turut, sekali gus mencipta rekod baharu ketika berdepan lonjakan varian Delta.

PPN: 5 negeri beralih ke fasa kedua

Posted: 03 Jul 2021 12:40 AM PDT

PUTRAJAYA: Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang dan Perlis setakat semalam memenuhi semua nilai ambang untuk beralih ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Isnin ini.

Lebih 2,000 kosongkan rumah akibat letusan gunung berapi

Posted: 03 Jul 2021 02:51 AM PDT

MANILA: Lebih 2,000 orang melarikan diri akibat gas beracun susulan letusan gunung berapi memenuhi ruang udara dekat ibu negara Filipina, kata pegawai, hari ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template