Friday, July 30, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Ashira positif COVID-19

Posted: 30 Jul 2021 08:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penyanyi Di Ombak Resah, Ashira Aziz, 37, mengesahkan dirinya positif pandemik COVID-19.

OLIMPIK: Jadual aksi atlet Malaysia esok

Posted: 30 Jul 2021 07:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: Berikut jadual atlet Malaysia yang akan beraksi esok (31 Julai):

OLIMPIK: Fraser-Pryce hanya joging 20 meter terakhir

Posted: 30 Jul 2021 07:34 AM PDT

TOKYO: Shelly-Ann Fraser-Pryce bermula baik dalam misinya untuk menjadi pemenang pingat emas tertua bagi acara 100 meter (m) dalam sejarah Sukan Olimpik.

2 maut dalam serangan lanun di Oman

Posted: 30 Jul 2021 07:15 AM PDT

LONDON: Serangan lanun bersenjata terhadap sebuah kapal tangki minyak milik Jepun di pesisir pantai Oman menyebabkan dua anak kapal maut.

61 individu, termasuk dalang curi elektrik ditahan

Posted: 30 Jul 2021 07:07 AM PDT

KOTA KINABALU: Seramai 61 individu, termasuk tiga lelaki disyaki dalang kes curi bekalan elektrik ditahan dalam Ops Bersepadu di kawasan setinggan Kampung Bawang, Kolombong, di sini, awal pagi tadi.

OLIMPIK: Aaron-Wooi Yik enggan pulang tangan kosong

Posted: 30 Jul 2021 07:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sekalipun terlepas pingat emas mahupun perak, beregu nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengharapkan dapat pulang ke tanah air dengan kalungan pingat gangsa di leher mereka.

Wanita PN sokong penuh Muhyiddin, junjung titah Agong

Posted: 30 Jul 2021 07:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Wanita Perikatan Nasional (Wanita PN) menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri dan ketua kerajaan.

Kabinet tak perlu dapatkan nasihat jawatankuasa khas

Posted: 30 Jul 2021 06:28 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kabinet tidak perlu mendapatkan nasihat daripada Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 dalam membuat keputusan berhubung pembatalan Ordinan Darurat yang dilaksana berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Sajat kena notis bankrap

Posted: 30 Jul 2021 06:08 AM PDT

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini membenarkan notis kebankrapan terhadap usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat diserahkan secara penyampaian ganti melalui notis iklan dan penampalan.

COVID-19: Kes melonjak 4 angka di Sabah

Posted: 30 Jul 2021 05:37 AM PDT

KOTA KINABALU: Kes baharu COVID-19 di Sabah hari ini mencecah empat angka dengan 1,066 kes, iaitu yang tertinggi setakat Januari hingga bulan ini.

OLIMPIK: Zverev leburkan Grand Slam Emas Djokovic

Posted: 30 Jul 2021 06:25 AM PDT

TOKYO: Alexander Zverev meminta maaf kepada Novak Djokovic kerana meleburkan harapannya untuk meraih Grand Slam Emas di Sukan Olimpik dan menyanjung Djokovic sebagai salah seorang 'pemain terbaik sepanjang zaman.'

United hilang khidmat Rashford

Posted: 30 Jul 2021 06:09 AM PDT

LONDON: Penyerang Manchester United, Marcus Rashford menjalani pembedahan bahu dan pasukan itu menjangkakan penyerang terbabit akan terlepas beberapa aksi pada awal musim ini.

Satelit komersial pertama dunia dilancarkan

Posted: 30 Jul 2021 05:58 AM PDT

PARIS: Agensi Angkasa Eropah (ESA) hari ini melancarkan satelit komersial pertama di dunia yang boleh diprogramkan semula sepenuhnya, sekali gus membuka komunikasi era baharu yang lebih anjal.

Axiata cadang beli 66.48 peratus saham firma Indonesia

Posted: 30 Jul 2021 05:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Axiata Group Bhd dan anak syarikat 66.48 peratus miliknya, PT XL Axiata Tbk memeterai kertas terma tidak mengikat untuk cadangan pengambilalihan kira-kira 66.03 peratus kepentingan dalam PT Link Net Tbk (Link Net) Indonesia.

Public Mutual umum agihan RM235j untuk 13 dana

Posted: 30 Jul 2021 05:41 AM PDT

KUALA LUMPUR: Subsidiari milik penuh Public Bank Bhd, Public Mutual mengisytiharkan agihan lebih daripada RM235 juta kepada 13 dana untuk tahun kewangan berakhir 31 Julai 2021.

Charles Brewer CEO baharu Pos Malaysia

Posted: 30 Jul 2021 05:28 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Bhd melantik Charles Brewer sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan yang baharu, berkuat kuasa 1 Ogos 2021.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Posted: 30 Jul 2021 05:27 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat semula daripada penurunan semalam untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini, didorong oleh permintaan baharu walaupun harga minyak mentah merosot, kata penganalisis.

OLIMPIK: Aaron-Wooi Yik gagal ke final

Posted: 30 Jul 2021 05:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kilauan pingat emas daripada skuad badminton tidak menjadi kenyataan apabila perjalanan beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 tersekat di separuh akhir, sebentar tadi.

47 kluster baharu dikesan, angka harian tertinggi

Posted: 30 Jul 2021 05:01 AM PDT

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 47 kluster baharu hari ini, sekali gus menjadi angka tertinggi kluster jangkitan COVID-19 yang pernah dilaporkan dalam sehari.

13 juta rakyat Filipina diarah berkurung

Posted: 30 Jul 2021 05:09 AM PDT

MANILA: Kerajaan Filipina hari ini menguatkuasakan semula perintah berkurung membabitkan lebih 13 juta penduduk di ibu negara bagi mengekang penularan COVID-19 terutama varian Delta.

20 maut, 300,000 terperangkap akibat banjir di Bangladesh

Posted: 30 Jul 2021 04:52 AM PDT

COX'S BAZAR: Banjir dan tanah runtuh akibat hujan monsun meragut 20 nyawa selain memerangkap 300,000 penduduk kampung di tenggara Bangladesh.

Syor tempoh bertenang 60 hari hadapi kemelut politik

Posted: 30 Jul 2021 04:48 AM PDT

MELAKA: Tanggungjawab sebagai pemimpin politik dan negara tidak boleh terlepas daripada mengambil berat soal kebajikan serta kesejahteraan rakyat keseluruhan walaupun memperjuangkan ideologi politik berbeza.

Perintah lanjutan kawasan tempatan jangkitan berbeza Proklamasi Darurat

Posted: 30 Jul 2021 04:36 AM PDT

PUTRAJAYA: Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelanjutan Kuat Kuasa) (No. 2) 2021 [P.U. (A) 313/2021] bertarikh 21 Julai lalu adalah berbeza dengan Proklamasi Darurat yang dikuatkuasakan bermula 11 Januari hingga 1 Ogos ini.

COVID-19: 16,840 kes baharu

Posted: 30 Jul 2021 01:36 AM PDT

PUTRAJAYA: Negara merekodkan 16,840 kes baharu COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,095,486 kes.

Bursa Malaysia ditutup bawah paras 1,500 mata

Posted: 30 Jul 2021 04:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian pada Jumaat, berikutan tekanan jualan menyeluruh, kata peniaga.

Kanak-kanak antara 19 korban pertempuran di Syria

Posted: 30 Jul 2021 04:15 AM PDT

BEIRUT: Sekurang-kurangnya 19 individu terbunuh semalam dalam pertempuran sengit yang menggegarkan wilayah Daraa, di Syria.

Majoriti petugas barisan hadapan dijangkiti COVID-19 bergejala ringan

Posted: 30 Jul 2021 04:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Petugas barisan hadapan di fasiliti kesihatan yang dijangkiti COVID-19 meskipun menerima dua dos suntikan vaksin, majoritinya tidak bergejala (kategori satu) atau hanya menunjukkan gejala ringan (kategori dua).

Polis akan ambil tindakan sebarang perhimpunan esok

Posted: 30 Jul 2021 04:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menganjurkan sebarang perhimpunan dan berhimpun di sekitar ibu negara, esok.

Penyelidik MPOB cipta teknologi rawat sisa sawit

Posted: 30 Jul 2021 04:05 AM PDT

KUALA LUMPUR: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mencipta teknologi untuk merawat sisa akhir efluen kelapa sawit (POME) dengan menggunakan biojisim tempurung kelapa sawit.

Pembunuhan juruterbang tentera Afghanistan membimbangkan

Posted: 30 Jul 2021 03:52 AM PDT

WASHINGTON: Pembunuhan juruterbang jet pejuang meningkatkan kebimbangan Tentera Udara Afghanistan (AAF) susulan ia makin kerap berlaku ketika lonjakan pertempuran.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template