Tuesday, July 6, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


EURO: Three Lions kali ini jauh lebih baik

Posted: 06 Jul 2021 02:35 PM PDT

LONDON: Wira Kejuaraan Eropah 1996 buat England, Stuart Pearce percaya skuad Three Lions ketika ini adalah lebih baik berbanding pasukan yang mara ke separuh akhir, 25 tahun lalu.

Permohonan moratorium pinjaman dibuka esok, lulus automatik

Posted: 06 Jul 2021 01:42 AM PDT

KUALA LUMPUR: Permohonan untuk mendapatkan kemudahan bayaran balik pinjaman atau moratorium untuk tempoh enam bulan akan dibuka bermula esok.

Rumah hangus dipercayai dipanah petir

Posted: 06 Jul 2021 10:32 AM PDT

MARANG: Tujuh beranak termasuk bayi berusia 11 hari hilang tempat tinggal apabila rumah mereka di Kampung Simpang Rawai, Bukit Payung, di sini, musnah dalam kebakaran, dipercayai akibat dipanah petir.

Buka 'hotline' 24 jam bantu penduduk kena PKPD

Posted: 06 Jul 2021 06:06 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading membuka 'hotline' 24 jam bagi memudahkan penduduk di lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), mendapatkan bantuan apabila terputus bekalan makanan.

5,000 kotak rokok seludup ditemui di sebalik kotak ubat

Posted: 06 Jul 2021 09:04 AM PDT

JOHOR BAHRU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 menggagalkan helah baharu sindiket penyeludupan yang menyembunyikan rokok seludup di sebalik kotak peralatan perubatan dalam lori, awal pagi tadi.

Panik terdengar bunyi loceng amaran

Posted: 06 Jul 2021 08:55 AM PDT

SHAH ALAM: Video tular puluhan pekerja lari lintang-pukang sehingga ada yang terjatuh serta memanjat pagar bukan kerana lari daripada serbuan pihak berkuasa.

Hebahan pengambilan khas guru esok

Posted: 06 Jul 2021 07:20 AM PDT

KUALA LUMPUR: Hebahan mengenai pengambilan khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41 secara 'one-off' pada tahun ini akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada jam 5.30 petang esok.

50 rumah rosak akibat ribut

Posted: 06 Jul 2021 08:33 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Lebih 50 rumah di Perumahan Padang Setengge, Hulu Terengganu, rosak dalam kejadian ribut dan hujan lebat, petang tadi.

Suu Kyi divaksin dalam tahanan tentera: peguam

Posted: 06 Jul 2021 08:11 AM PDT

NAYPYIDAW: Pemimpin Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi dan kakitangan peribadinya telah diberi vaksin COVID-19 sepenuhnya sejak berada dalam tahanan tentera.

Pliskova mara separuh akhir tenis Wimbledon

Posted: 06 Jul 2021 07:51 AM PDT

LONDON: Bekas pemain nombor satu dunia, Karolina Pliskova mara ke separuh akhir tenis Kejohanan Wimbledon buat pertama kalinya selepas menewaskan pemain Switzerland, Viktorija Golubic, 6-2, 6-2, di sini, sebentar tadi.

Wujud segera rumah gelandangan sementara - TMJ

Posted: 06 Jul 2021 07:41 AM PDT

Zii Jia terkejut dipilih pembawa Jalur Gemilang di Tokyo

Posted: 06 Jul 2021 07:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menganggap pemilihannya sebagai pembawa Jalur Gemilang kontinjen negara pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebagai satu penghormatan buat dirinya.

Nafuzi tuntut anak buah fokus Liga Super

Posted: 06 Jul 2021 07:30 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Kecewa dengan pembatalan Piala AFC musim ini, Nafuzi Zain menuntut Terengganu FC (TFC) fokus dalam saingan Liga Super yang bakal bersambung pada 24 Julai ini bagi mengintai peluang kedua layak beraksi di pentas Asia itu musim depan.

JAS mengesan individu terbabit pencemaran Sungai Sengkang

Posted: 06 Jul 2021 07:18 AM PDT

KULAI: Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JASNJ) sedang mengenal pasti individu atau pihak terbabit dengan pembuangan bahan kimia yang dikatakan menjadi punca pencemaran Sungai Sengkang, di sini, baru-baru ini.

Ubat rawat jangkitan COVID-19 dirampas

Posted: 06 Jul 2021 07:08 AM PDT

SHAH ALAM: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) merampas 101 kotak produk yang didakwa berupaya merawat jangkitan COVID-19 secara kendiri bernilai RM2,500 dalam satu serbuan di sebuah premis di Petaling Jaya, Khamis lalu.

Seri Paduka berkenaan kurnia Jalur Gemilang kepada kontinjen negara

Posted: 06 Jul 2021 07:10 AM PDT

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Jalur Gemilang kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang mewakili kontinjen negara ke dua temasya sukan di Tokyo.

Thailand kaji dos vaksin ketiga

Posted: 06 Jul 2021 06:59 AM PDT

BANGKOK: Kementerian Kesihatan Awam Thailand sedang melakukan kajian mengenai suntikan vaksin COVID-19 'booster' (penggalak) untuk kumpulan yang telah divaksin tetapi terdedah kepada risiko, khususnya petugas barisan hadapan, berikutan kebimbangan penularan varian Delta.

Pembantu jualan cetus kluster di pasar raya

Posted: 06 Jul 2021 06:58 AM PDT

KOTA KINABALU: Seorang pembantu jualan di sebuah pasar raya besar di kompleks beli belah 1 Borneo di sini, mencetuskan kluster baharu COVID-19 yang menjangkiti rakan sekerja dan ahli keluarga.

Selangor beri rebat pengangkutan ke PPV

Posted: 06 Jul 2021 12:21 AM PDT

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengumumkan pemberian rebat pengangkutan bagi penggunaan Grabcar sebanyak RM20 kepada orang ramai untuk pergi dan balik mendapatkan suntikan dari mana-mana pusat pemberian vaksin (PPV) di negeri itu.

Varian Delta terus menular di Thailand

Posted: 06 Jul 2021 06:43 AM PDT

BANGKOK: Varian Delta yang pantas merebak dan pertama kali dikesan di India kini semakin menular di Thailand.

Untung bersih AEON Credit melonjak

Posted: 06 Jul 2021 06:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih AEON Credit Service (M) Bhd melonjak kepada RM163.09 juta bagi suku pertama tahun kewangan 2022 berakhir 31 Mei 2021 berbanding RM26.28 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lalu.

Serpihan pesawat penumpang Russia ditemui

Posted: 06 Jul 2021 05:53 AM PDT

MOSCOW: Pasukan mencari hari ini menemui bangkai pesawat penumpang yang membawa 28 orang yang hilang di Semenanjung Kamchatka, di Timur Jauh Russia.

Kotak hitam pesawat tentera Filipina yang terhempas ditemui

Posted: 06 Jul 2021 06:29 AM PDT

MANILA: Pasukan keselamatan Filipina berjaya menemui kotak hitam rakaman suara dan data kokpit penerbangan pesawat tentera yang terhempas di kebun kelapa dan membunuh 53 orang.

Bekas atlet boling negara bergelar pelakon

Posted: 06 Jul 2021 06:27 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tidak bermimpi bergelar pelakon, bekas atlet tenpin boling negara, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, 30, tidak menyangka dapat menerokai pengalaman baharu selepas membuat keputusan bersara, tahun lalu.

Media Prima sediakan pusat vaksin untuk kakitangan

Posted: 06 Jul 2021 03:27 AM PDT

PETALING JAYA: Media Prima Berhad (MPB) menjayakan program vaksinasi kepada 1,500 kakitangan tetap, kontrak serta vendor di bawah Program Vaksin Selangor (SelVAX).

GP Motosikal Malaysia pada Oktober diawalkan seminggu

Posted: 06 Jul 2021 06:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia (GP Motosikal Malaysia) 2021 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dekat sini, akan diadakan pada 22 hingga 24 Oktober ini, seminggu lebih awal dari jadual asal.

69 penduduk Pulau Gaya diburu

Posted: 06 Jul 2021 06:00 AM PDT

KOTA KINABALU: Seramai 69 penduduk Pulau Gaya, di sini, diburu selepas dikesan melarikan diri dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kampung Pondo, di pulau itu, hari ini.

Rosakkan lantai jambatan halang penguat kuasa musnah kebun

Posted: 05 Jul 2021 06:31 PM PDT

RAUB: Lantai jambatan simen dirosakkan dipercayai dilakukan pekebun durian Musang King yang meneroka secara haram kawasan Hutan Simpan Batu Talam, di sini, semalam.

Tapak bina Jalan Damanlela sekali lagi cetus kluster

Posted: 06 Jul 2021 05:51 AM PDT

PUTRAJAYA: Sebuah tapak binaan yang sebelum ini pernah mencetuskan kluster jangkitan COVID-19, sekali lagi menjadi punca kluster yang dikesan hari ini membabitkan sebanyak 630 kes.

Isu 'Musang King', PGA diarah ke Raub

Posted: 05 Jul 2021 11:33 PM PDT

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggerakkan Pasukan Gerakan Am (PGA) ke Raub, Pahang, bagi menjaga ketenteraman awam di daerah itu berikut kekecohan membabitkan pekebun durian dan anggota penguat kuasa, semalam.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template