Wednesday, July 7, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


EURO: Penghargaan Kane buat Eriksen

Posted: 07 Jul 2021 03:15 PM PDT

LONDON: Harry Kane memberikan penghargaan menyentuh perasaan kepada Christian Eriksen dengan menyerahkan sehelai jersi England yang ditandatangani.

Jangkitan kekal lebih 7,000 kes dua hari berturut-turut

Posted: 07 Jul 2021 12:03 AM PDT

PUTRAJAYA: Jangkitan harian COVID-19 negara ini, kekal melebihi 7,000 kes untuk dua hari berturut-turut, apabila merekodkan 7,097 penularan baharu hari ini.

Federer tersingkir dari Wimbledon

Posted: 07 Jul 2021 03:03 PM PDT

LONDON: Roger Federer tersingkir daripada saingan suku akhir Wimbledon di tangan pemain Poland, Hubert Hurkacz namun menegaskan yang dirinya tidak akan terburu-buru memikirkan persaraan.

Kerajaan setuju FELDA lupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8.3 bilion

Posted: 07 Jul 2021 12:43 AM PDT

PUTRAJAYA: Kerajaan secara dasar bersetuju dengan cadangan FELDA untuk melupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8.3 bilion, kata Perdana Menteri.

Ismail Sabri dilantik Timbalan Perdana Menteri

Posted: 07 Jul 2021 01:56 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan ketika ini.

COVID-19: Indonesia perluas sekatan di seluruh negara

Posted: 07 Jul 2021 12:31 AM PDT

JAKARTA: Indonesia melanjutkan langkah sekatan di seluruh negara dalam usaha mengekang penularan COVID-19 berikutan kematian semakin meningkat, selain amaran situasi menjadi lebih buruk.

COVID-19: Lebih 30,000 kes baru di Indonesia

Posted: 07 Jul 2021 04:30 AM PDT

JAKARTA: Indonesia mencatatkan 31,189 kes baru jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam, tertinggi pernah dicatatkan setakat ini.

Singapura benarkan 500 individu lengkap divaksin hadiri majlis

Posted: 07 Jul 2021 04:51 AM PDT

SINGAPURA: Singapura pertimbang untuk membenarkan sehingga 500 individu yang lengkap divaksin untuk berada di sesuatu venue atau menghadiri aktiviti menjelang akhir bulan ini, menurut Pasukan Petugas COVID-19 Pelbagai Kementerian (MTF) hari ini.

Jepun kenakan darurat virus di Tokyo ketika Olimpik

Posted: 07 Jul 2021 05:58 AM PDT

TOKYO: Jepun merancang untuk melaksanakan tempoh darurat virus di Tokyo semasa temasya Olimpik berlangsung, sekali gus penonton dihalang daripada menyaksikan pertandingan.

'Pelantikan Ismail Sabri, Hishammuddin bukti kerajaan tumpu usaha pulih negara'

Posted: 07 Jul 2021 05:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri, disifatkan sebagai langkah tepat oleh pentadbiran kerajaan untuk memberi tumpuan kepada Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pesakit COVID-19 ditahan seludup rokok, ketum ke dalam PKRC MAEPS

Posted: 07 Jul 2021 06:09 AM PDT

SEPANG: Polis menahan seorang lelaki selepas dikesan cuba menyeludup masuk 10 kotak rokok ke dalam Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), hujung minggu lepas.

EURO: England ke final Euro 2020

Posted: 07 Jul 2021 02:53 PM PDT

LONDON: Gol pada tambahan masa Harry Kane memberikan England kemenangan 2-1 mengatasi Denmark sebentar tadi seterusnya membawa mereka ke final Euro 2020 untuk berdepan Itali.

Op Bantu ringankan beban golongan terjejas di ibu kota

Posted: 07 Jul 2021 04:13 AM PDT

KUALA LUMPUR: Op Bantu yang dilancarkan semalam digerakkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membantu golongan yang terputus bekalan makanan berikutan pandemik COVID-19 termasuk di sekitar ibu kota, hari ini.

Sistem kesihatan Kuala Lumpur, Labuan, Selangor, Negeri Sembilan berisiko lumpuh

Posted: 07 Jul 2021 09:20 AM PDT

PUTRAJAYA: Empat negeri menunjukkan peningkatan kes harian baharu melebihi kapasiti maksimum hospital dan berkemungkinan sistem kesihatannya akan lumpuh, sekiranya tidak dikawal.

Petugas KKM kini lesu upaya ekoran peningkatan kes ICU COVID-19

Posted: 07 Jul 2021 09:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Trend kemasukan kes COVID-19 ke unit rawatan rapi (ICU) kini berada pada tahap tinggi yang menyaksikan penggunaan katil ICU masih melebihi kadar 90 peratus.

Operasi PPV terhenti kerana kehadiran penerima vaksin positif COVID-19

Posted: 07 Jul 2021 05:56 AM PDT

PUTRAJAYA: Proses vaksinasi oleh Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC) dekat Serdang di sini, terhenti beberapa jam selepas seorang individu positif COVID-19 dikesan hadir ke situ.

Dulu juruterbang, kini ternak ikan air tawar

Posted: 06 Jul 2021 08:45 PM PDT

PORT DICKSON: Sejak negara dilanda pandemik COVID-19 lebih setahun lalu, pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia, berdepan dugaan hidup termasuk hilang pekerjaan atau terpaksa bercuti tanpa gaji.

Zahid dakwa kerajaan gagal penuhi dua panduan MKT UMNO

Posted: 07 Jul 2021 10:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid, mendakwa dua panduan utama ditetapkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu ketika memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, pada 11 Mac tahun lalu gagal dipenuhi kerajaan.

MKT UMNO tolak calonkan Anwar sebagai Perdana Menteri

Posted: 07 Jul 2021 10:41 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini menegaskan sebarang usaha untuk mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri akan ditolak sepenuhnya oleh parti itu.

UMNO tarik serta-merta sokongan terhadap Muhyiddin

Posted: 07 Jul 2021 10:15 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mesyuarat ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi, memutuskan parti itu menarik balik sokongan kepada kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, berkuat kuasa serta-merta.

UMNO mahu Perdana Menteri baharu dilantik untuk tempoh terhad

Posted: 07 Jul 2021 10:36 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi, menuntut supaya seorang Perdana Menteri baharu dilantik bagi suatu tempoh yang terhad.

UMNO garis 7 sebab tarik sokongan kepada Muhyiddin

Posted: 07 Jul 2021 10:51 AM PDT

KUALA LUMPUR : UMNO menggariskan tujuh kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang memaksa parti itu menarik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, berkuat kuasa serta-merta.

Zahid tidak sentuh kedudukan Menteri, Timbalan Menteri UMNO dalam PN

Posted: 07 Jul 2021 10:44 AM PDT

Kuala Lumpur: Kenyataan media dibacakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu malam ini, langsung tidak menyebut mengenai kedudukan Menteri dan Timbalan Menteri daripada UMNO dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Pensijilan ISO 9001 iktiraf SIPSB pelabuhan bertaraf dunia

Posted: 07 Jul 2021 09:37 AM PDT

BINTULU: Kejayaan memperoleh pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti (ISO) 9001 menjadi penanda aras bagi membolehkan Pelabuhan Industri Samalaju Sdn Bhd (SIPSB) mencapai prestasi optimum dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik, yang mampu memenuhi keperluan industri di Taman Perindustrian Samalaju (TPS).

Selangor beri RM10,000 kepada atlet negeri itu ke Olimpik

Posted: 07 Jul 2021 09:08 AM PDT

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor akan memberi sumbangan wang tunai RM10,000 kepada empat atlet negeri itu yang akan bersaing pada temasya Sukan Olimpik Tokyo, bermula 23 Julai ini.

Mesyuarat MKT UMNO berlangsung dalam suasana tegang

Posted: 07 Jul 2021 09:04 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang sedang berjalan lebih tiga jam setakat ini berlangsung dalam suasana agak tegang.

JDT hanya mampu seri aksi terakhir ACL

Posted: 07 Jul 2021 09:03 AM PDT

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mengotakan janji untuk menoktahkan kemenangan pada aksi terakhir Kumpulan G saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) selepas sekadar seri 0-0 dengan Ratchaburi FC dalam pertembungan di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand, sebentar tadi.

Djokovic mara ke separuh akhir tenis Wimbledon

Posted: 07 Jul 2021 08:55 AM PDT

LONDON: Pemain nombor satu dunia dan juara lima kali, Novak Djokovic mara ke separuh akhir tenis Kejohanan Wimbledon buat kali ke-10 di sini, sebentar tadi, selepas menewaskan pemain Hungary, Marton Fucsovics.

Polis serbu rumah jadi pusat judi

Posted: 07 Jul 2021 08:28 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kegiatan tiga lelaki menjadikan sebuah rumah di pangsapuri dekat Sentul sebagai pusat panggilan aktiviti judi dalam talian sejak sebulan lalu terbongkar apabila diserbu polis semalam.

Op Bantu ringankan beban rakyat terjejas

Posted: 07 Jul 2021 06:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kalangan penerima bantuan menerusi Op Bantu yang mula digerakkan hari ini terharu dan bersyukur atas keprihatinan Kementerian Dalam Negeri menerusi agensinya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan RELA, menjejaki mereka yang terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template