Friday, July 9, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Kebolehjangkitan harian tertinggi

Posted: 09 Jul 2021 08:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Negara mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 tertinggi hari ini, iaitu pada tahap 1.11, berdasarkan graf harian bagi tempoh sebulan, mulai 9 Jun lalu.

Lelaki alami tekanan perasaan dihalau dari rumah sewa

Posted: 09 Jul 2021 08:45 AM PDT

PUTRAJAYA: Seorang lelaki yang mengalami tekanan perasaan menerima kunjungan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Kuala Lumpur, hari ini.

Kaji semula strategi PKP

Posted: 09 Jul 2021 08:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SAMENTA) meminta kerajaan mempertimbang sama ada strategi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkesan dalam membendung penularan wabak COVID-19.

Kadar kematian penyu di Terengganu membimbangkan

Posted: 08 Jul 2021 06:43 PM PDT

KUALA TERENGGANU: Kadar kematian penyu di Terengganu berada pada tahap membimbangkan dengan 55 kes direkodkan Jabatan Perikanan Negeri sepanjang tahun lepas.

Virus Zika dikesan di India

Posted: 09 Jul 2021 08:09 AM PDT

NEW DELHI: Pihak berkuasa di Kerala, selatan India mengeluarkan amaran di seluruh negeri itu selepas kes virus Zika disahkan.

Nasihat menteri kepada kem badminton

Posted: 09 Jul 2021 08:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, memberi kata-kata semangat kepada skuad badminton negara, supaya jangan risau dengan laluan berliku undian Sukan Olimpik Tokyo 2020, sebaliknya fokus untuk melepasi peringkat kumpulan dahulu.

Pfizer-BioNTech mohon kelulusan untuk suntikan ketiga

Posted: 08 Jul 2021 04:48 PM PDT

WASHINGTON: Pfizer dan BioNTech semalam mengumumkan mereka akan meminta kebenaran perundangan untuk dos ketiga vaksin COVID-19 yang mereka hasilkan.

Hospital Medan di Jasin beroperasi dua minggu lagi

Posted: 09 Jul 2021 06:58 AM PDT

MELAKA: Sebuah Hospital Medan yang mempunyai 70 katil dijangka akan beroperasi dalam tempoh dua minggu lagi di negeri ini.

Lelaki serah diri selepas cuba bunuh isteri

Posted: 09 Jul 2021 07:36 AM PDT

KUCHING: Seorang lelaki menyerah diri kepada polis selepas cuba membunuh isterinya dengan menikam menggunakan pisau di rumah mereka di Jalan Tabuan, di sini.

Wad COVID-19 di parkir hospital ATM

Posted: 09 Jul 2021 03:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyediakan Zon Pengurusan Bencana (DMZ) sebagai wad rawatan pesakit COVID-19 di parkir tingkat bawah, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, di sini.

EURO: Euro 2020 didakwa dirancang untuk England juara

Posted: 09 Jul 2021 07:15 AM PDT

MADRID: Program televisyen popular Sepanyol mendakwa Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) 'memudahkan' Kejuaraan Eropah 2020 buat England.

PFM cadang FFM31 ditangguhkan

Posted: 09 Jul 2021 07:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) minta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mempertimbangkan semula keputusan penganjuran Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) yang dijadualkan berlangsung pada Oktober depan.

Thailand umum perintah berkurung COVID-19 lebih ketat

Posted: 09 Jul 2021 06:52 AM PDT

BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand mengumumkan perintah berkurung selama tujuh jam pada waktu malam di seluruh ibu kota Bangkok dan sembilan wilayah lain, hari ini bagi mengekang penyebaran COVID-19.

Tindakan berani FAM hantar skuad B-20

Posted: 09 Jul 2021 06:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bukan skuad Bawah 23 tahun (B-23), sebaliknya skuad B-20 akan menjadi pertaruhan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk beraksi pada kempen Kelayakan Piala Asia B-23 2022 di Mongolia, Oktober depan.

ECRL terima mesin pengorek terowong pertama

Posted: 09 Jul 2021 06:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mencatat satu lagi pencapaian penting berikutan ketibaan mesin pengorek terowong (TBM) pertama dari China bagi memulakan kerja-kerja pengorekan terowong berkembar Genting sejauh 16.39 kilometer antara Bentong dan Gombak.

499 dikompaun ingkar SOP PKP

Posted: 09 Jul 2021 06:32 AM PDT

KUALA LUMPUR: Operasi Pematuhan yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam menahan 531 individu, atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Telco didenda jika gagal selesai aduan pelanggan

Posted: 09 Jul 2021 06:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini mengingatkan bahawa syarikat telekomunikasi (telco) boleh dikenakan penalti jika terbukti gagal memberi respon terhadap aduan pelanggan mengikut ketetapan standard mandatori kualiti dan perkhidmatan.

MoF fail tuntutan terhadap 44 rakan kongsi KPMG PLT

Posted: 09 Jul 2021 06:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MoF) hari ini mengesahkan memfailkan writ dan pernyataan tuntutan terhadap 44 rakan kongsi KPMG PLT pada Selasa lalu.

Keputusan SEAGF tunda Sukan SEA kurang cerdik

Posted: 09 Jul 2021 06:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong menyifatkan tindakan Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) menunda temasya Sukan SEA Vietnam 2021 ke tahun depan, keputusan kurang bijak.

Pensijilan MSPO jawab tohmahan Barat

Posted: 09 Jul 2021 06:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) adalah penyelesaian tuntas dalam menjawab tohmahan negara Barat berhubung isu alam sekitar dan buruh paksa yang dikaitkan dengan industri sawit Malaysia.

'Pekebun kecil persendirian tidak jelas manfaat pensijilan MPSO'

Posted: 09 Jul 2021 06:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Isu status tanah kebun sawit dan tidak jelas mengenai manfaat pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), ialah antara faktor jumlah pekebun kecil persendirian yang mendapatkan pensijilan itu masih belum mencapai 100 peratus.

JKKPN, perkukuh kerjasama dengan pakar urus pandemik

Posted: 09 Jul 2021 05:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Pelan Pemulihan Negara (JKKPPN) hari ini bersetuju memperkukuh kerjasama dengan pakar kesihatan, ekonomi dan sosial bagi mendapat maklum balas serta menilai secara berterusan strategi pengurusan pandemik COVID-19.

Bekas pesakit COVID-19 boleh segera ambil vaksin

Posted: 09 Jul 2021 05:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas pesakit COVID-19, iaitu individu yang pulih daripada jangkitan virus SARSCoV-2, tidak perlu lagi menunggu tiga bulan untuk menerima suntikan vaksin.

Pelajar IPT dibenar pulang bercuti

Posted: 09 Jul 2021 05:44 AM PDT

PUTRAJAYA: Pelajar institut pendidikan tinggi (IPT) dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sempena cuti semester 2020/2021 mulai Isnin ini.

EURO: COVID-19 ancam Itali

Posted: 09 Jul 2021 05:44 AM PDT

LONDON: Itali dikejutkan dengan berita tiga kakitangan medianya didapati positif COVID-19 di ibu pejabat pasukan itu dua hari sebelum aksi final Kejuaraan Eropah 2020 bertemu England.

Arwah Azizan meninggal dunia akibat COVID-19

Posted: 08 Jul 2021 08:46 PM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas anggota kumpulan Rabbani, Allahyarham Azizan Halid, 46, yang menghembuskan nafas terakhir selepas rebah dan mengadu sesak nafas pada Rabu lalu disahkan positif COVID-19.

Terus melonjak, 9,180 kes baharu COVID-19 direkodkan

Posted: 09 Jul 2021 01:15 AM PDT

PUTRAJAYA: Angkanya harus mencetuskan kebimbangan apabila 9,180 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikannya yang tertinggi pernah dicatat sejak penularan pandemik itu di negara ini.

Kekalahan di Kejohanan Dunia 'kejutkan' Ziyad

Posted: 09 Jul 2021 05:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kegagalan mempertahankan pingat emas pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2019 menjadi titik perubahan terpenting buat jaguh lontar peluru para negara Muhammad Ziyad Zolkefli dalam menghadapi Sukan Paralimpik Tokyo, bulan depan.

Taliban tawan laluan utama sempadan Iran

Posted: 09 Jul 2021 05:26 AM PDT

KABUL: Taliban hari ini mendakwa sudah menawan pintu masuk sempadan utama dengan Iran di saat pemberontak melancarkan serangan ganas di seluruh negara itu.

Asia Tenggara semakin dicengkam varian Delta

Posted: 09 Jul 2021 05:15 AM PDT

JAKARTA: Asia Tenggara dilihat berpotensi keluar dari ancaman terburuk COVID-19 tahun lalu, namun hari ini kes meningkat mendadak lagi ketara baik dari segi jangkitan atau kematian.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template