BH Online - Terkini |
- 'Ziyad, anda juara di hati kami'
- 'Dr Siddiq tinggalkan ruang besar'
- Positif COVID-19, Aishah kini stabil
- COVID-19: 265 lagi kes varian Delta dikesan
- Lebih banyak pencemaran vaksin Moderna dikesan
- PARALIMPIK: Kamu perompak, memalukan - Netizen Malaysia
- PARALIMPIK: Isu pembatalan emas Ziyad diketahui esok
- 463 kawasan di Selangor, Putrajaya alami gangguan air
- Prof Siddiq Fadzil meninggal dunia
- PARALIMPIK: Bonnie, Yee Khie rindu keluarga
- LRA Semenyih pulih, bekalan air dalam 36 jam
- Putera raja dari 5 negeri zahir harapan sempena merdeka
- PARALIMPIK: Malaysia kemuka bukti Ziyad termasuk CCTV
- PARALIMPIK: Kemenangan Ziyad dibatalkan
- PARALIMPIK: Wira negara selamat tiba di tanah air
- Saintis vaksin Bangladesh menang 'Hadiah Nobel' Asia
- Bomba cari lelaki dipercayai tersesat dalam hutan
- Bekalan air di PKRC MAEPS mencukupi
- Hampir 94 peratus daerah kini zon merah
- Hadiri kenduri, sekampung dijangkiti COVID-19
- PARALIMPIK: Ziyad pertahan emas, lebur rekod dunia
- PARALIMPIK: Siti Noor Iasah tidak berdaya
- Industri pelancongan desa Yan dibaik pulih
- Lelaki rentung kereta terbakar
- Kutipan cukai langsung setakat tahun ini RM67.4 bilion
- Perlis catat kadar kebolehjangkitan COVID-19 tertinggi
- COVID-19: 20,897 kes hari ini, Selangor tertinggi
- 6 pelampau dihukum mati kerana bunuh aktivis gay di Bangladesh
- Agong sertai operasi SAR anggota tentera hilang di Sungai Pahang
- PKPD babit 4 lokaliti di Sabah, Pahang
| 'Ziyad, anda juara di hati kami' Posted: 31 Aug 2021 08:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui seluruh negara berbangga dengan pencapaian jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli sekalipun pingat emas yang dimenanginya di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 petang tadi masih belum 'dipulangkan.' |
| 'Dr Siddiq tinggalkan ruang besar' Posted: 31 Aug 2021 08:46 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemergian bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Prof Datuk Dr Siddiq Fadzil, hari ini, disifatkan sebagai kehilangan besar kepada ummah dan tanah air. |
| Positif COVID-19, Aishah kini stabil Posted: 31 Aug 2021 08:28 AM PDT KUALA LUMPUR: Penyanyi, Aishah, 56, yang dimasukkan ke Hospital Ampang selepas disahkan positif COVID-19, mula menunjukkan perkembangan positif selepas diberi bantuan oksigen dan antibiotik. |
| COVID-19: 265 lagi kes varian Delta dikesan Posted: 31 Aug 2021 08:28 AM PDT KUALA LUMPUR: Malaysia mengesan tambahan 265 kes COVID-19 membabitkan varian membimbangkan (VOC) antara 16 hingga 29 Ogos lalu, dengan semuanya adalah varian Delta (B.1.617.2). |
| Lebih banyak pencemaran vaksin Moderna dikesan Posted: 31 Aug 2021 08:01 AM PDT TOKYO: Masalah pencemaran vaksin COVID-19 keluaran Moderna Inc di Jepun semakin meruncing selepas dua wilayah menghentikan suntikan berikutan penemuan bendasing dalam beberapa bekalan. |
| PARALIMPIK: Kamu perompak, memalukan - Netizen Malaysia Posted: 31 Aug 2021 06:25 AM PDT KUALA LUMPUR: Tindakan kem Ukraine yang melakukan protes pada final lontar peluru F20 mungkin menyaksikan mereka merangkul emas dan perak, namun itu memberi petanda bahawa mereka 'mencari pasal' dengan netizen Malaysia. |
| PARALIMPIK: Isu pembatalan emas Ziyad diketahui esok Posted: 31 Aug 2021 07:36 AM PDT KUALA LUMPUR: Keputusan mengenai isu pembatalan pingat emas yang dimenangi atlet para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 tampak hanya dapat dimuktamadkan esok. |
| 463 kawasan di Selangor, Putrajaya alami gangguan air Posted: 31 Aug 2021 01:16 AM PDT KUALA LUMPUR: Sebanyak 463 kawasan di lima daerah Selangor dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dihentikan tugas akibat pencemaran bau dikesan di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir, pagi tadi. |
| Prof Siddiq Fadzil meninggal dunia Posted: 31 Aug 2021 07:06 AM PDT KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Prof Datuk Dr Siddiq Fadzil, meninggal dunia pada jam 6.32 petang, hari ini. |
| PARALIMPIK: Bonnie, Yee Khie rindu keluarga Posted: 31 Aug 2021 07:25 AM PDT SEPANG: Dua badang negara yang telah banyak berkorban dan beraksi cemerlang di Paralimpik Tokyo 2020, Bonnie Bunyau Gustin dan Jong Yee Khie, kini hanya mahu meluangkan masa bersama keluarga masing-masing sebaik tamat tempoh kuarantin 14 hari. |
| LRA Semenyih pulih, bekalan air dalam 36 jam Posted: 31 Aug 2021 07:19 AM PDT KUALA LUMPUR: Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih yang dihenti tugas pagi tadi, kembali beroperasi selepas bacaan tahap 0 TON (ukuran kadar bau) tiga kali berturut-turut direkodkan di Sungai Semenyih. |
| Putera raja dari 5 negeri zahir harapan sempena merdeka Posted: 31 Aug 2021 07:22 AM PDT KUALA LUMPUR: Putera raja dari lima negeri buat julung kalinya menzahirkan harapan secara dalam talian menerusi program 'Harapan Diraja Pewaris Negara Merdeka' malam ini. |
| PARALIMPIK: Malaysia kemuka bukti Ziyad termasuk CCTV Posted: 31 Aug 2021 07:06 AM PDT KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengesahkan kem negara sudahpun mengemukakan bukti untuk membantah protes yang dilakukan kem Ukraine sehingga 'merompak' pingat emas yang dimenangi Muhammad Ziyad Zolkefli. |
| PARALIMPIK: Kemenangan Ziyad dibatalkan Posted: 31 Aug 2021 05:03 AM PDT KUALA LUMPUR: Kejayaan jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli meraih pingat emas 'dirompak' oleh protes yang dilakukan oleh kem Ukraine pada pentas final di Tokyo, . |
| PARALIMPIK: Wira negara selamat tiba di tanah air Posted: 31 Aug 2021 06:41 AM PDT SEPANG: Kepulangan dua wira negara Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Bonnie Bunyau Gustin dan Jong Yee Khie diberikan sambutan sederhana tapi penuh bermakna sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini. |
| Saintis vaksin Bangladesh menang 'Hadiah Nobel' Asia Posted: 31 Aug 2021 06:24 AM PDT MANILA: Saintis Bangladesh yang membantu mengembangkan vaksin oral untuk melawan penyakit taun antara pemenang Anugerah Ramon Magsaysay, juga dikenali sebagai Hadiah Nobel Asia. |
| Bomba cari lelaki dipercayai tersesat dalam hutan Posted: 31 Aug 2021 06:09 AM PDT PADANG TERAP: Seorang lelaki dilaporkan hilang dipercayai tersesat selepas memasuki kawasan hutan berhampiran rumahnya di Kampung Alor Yoi, Jalan Nai Teh, Mukim Padang Temak, di sini, awal pagi tadi. |
| Bekalan air di PKRC MAEPS mencukupi Posted: 31 Aug 2021 06:08 AM PDT KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan air tidak berjadual membabitkan 463 kawasan Selangor dan Putrajaya, tidak menjejaskan operasi Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), setakat malam ini. |
| Hampir 94 peratus daerah kini zon merah Posted: 31 Aug 2021 05:27 AM PDT KUALA LUMPUR: Peningkatan jumlah kes COVID-19 di kebanyakan negeri khususnya di luar Lembah Klang, menyaksikan hampir 94 peratus daerah di seluruh negara ketika ini dikategorikan sebagai zon merah. |
| Hadiri kenduri, sekampung dijangkiti COVID-19 Posted: 31 Aug 2021 05:49 AM PDT KOTA KINABALU: Seorang wanita bergejala menyebabkan hampir sekampung penduduk terdedah kepada jangkitan COVID-19 berikutan tindakannya menghadiri majlis pengebumian ahli keluarga di Kampung Nasakot, Ranau baru-baru ini. |
| PARALIMPIK: Ziyad pertahan emas, lebur rekod dunia Posted: 31 Aug 2021 04:15 AM PDT KUALA LUMPUR: Jaguh lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli menunaikan janjinya dengan bergaya apabila menghadiahkan pingat emas kedua buat negara pada Temasya Paralimpik Tokyo 2020, sebentar tadi. |
| PARALIMPIK: Siti Noor Iasah tidak berdaya Posted: 31 Aug 2021 05:34 AM PDT KUALA LUMPUR: Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin menutup tirai acara 400 meter (m) wanita T20 di Sukan Paralimpik Tokyo dengan berada di tempat terakhir daripada lapan peserta, sebentar tadi. |
| Industri pelancongan desa Yan dibaik pulih Posted: 31 Aug 2021 05:20 AM PDT YAN: Kerajaan negeri komited membaik pulih industri pelancongan desa di Yan yang terjejas akibat fenomena kepala air dari Gunung Jerai pada 18 Ogos lalu. |
| Lelaki rentung kereta terbakar Posted: 31 Aug 2021 05:10 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang lelaki rentung apabila kereta dipandunya terbakar akibat terbabas selepas merempuh sebuah lori dan penghadang jalan di Kilometer 407 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, dekat Hulu Selangor, hari ini. |
| Kutipan cukai langsung setakat tahun ini RM67.4 bilion Posted: 31 Aug 2021 04:55 AM PDT KUALA LUMPUR: Kutipan cukai langsung bagi 2021 setakat Julai berjumlah RM67.4 bilion atau 56.2 peratus daripada sasaran, manakala cukai tidak langsung mencatatkan kutipan sebanyak RM24.8 bilion atau 59 peratus daripada sasaran, menurut Kementerian Kewangan (MoF). |
| Perlis catat kadar kebolehjangkitan COVID-19 tertinggi Posted: 31 Aug 2021 04:55 AM PDT KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 mencatatkan 1.02 setakat semalam, namun sembilan negeri merekodkan nilai melebihi purata kebangsaan. |
| COVID-19: 20,897 kes hari ini, Selangor tertinggi Posted: 31 Aug 2021 12:54 AM PDT KUALA LUMPUR: Jumlah kes baharu COVID-19 di Malaysia kembali melebihi 20,000 apabila merekodkan 20,897 kes hari ini, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,746,254. |
| 6 pelampau dihukum mati kerana bunuh aktivis gay di Bangladesh Posted: 31 Aug 2021 04:42 AM PDT DHAKA: Mahkamah Bangladesh hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap enam ahli kumpulan ekstremis atas dakwaan membunuh dengan kejam dua aktivis hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). |
| Agong sertai operasi SAR anggota tentera hilang di Sungai Pahang Posted: 31 Aug 2021 04:41 AM PDT BERA: Sikap prihatin Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terserlah hari ini, apabila baginda menaiki bot dalam keadaan hujan bagi menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang anggota tentera yang dilaporkan hilang di Sungai Pahang ketika mengikuti Eksesais PARA Predator siri 1/2021 pada Ahad lalu. |
| PKPD babit 4 lokaliti di Sabah, Pahang Posted: 31 Aug 2021 04:37 AM PDT KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di empat lokaliti di Sabah dan Pahang selama 14 hari bermula Khamis ini hingga 15 September. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |

















