Tuesday, August 10, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


'Saya hilang kata-kata...' - Raissuddin

Posted: 10 Aug 2021 10:36 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Saya rasa dunia menjadi sepi, sesepinya...," Demikian luahan hati Raissuddin Hamzah, 61, mengulas kehilangan anak tersayang, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang menghembuskan nafas terakhir akibat COVID-19, pagi kelmarin.

Polis siasat video tular sekumpulan lelaki bergaduh

Posted: 10 Aug 2021 08:03 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis menyiasat video tular memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh dipercayai menggunakan senjata tajam dan besi di kawasan Flat Sri Timah, Balakong, dekat Kajang.

Pemergian arwah Siti Sarah disiarkan BBC News

Posted: 10 Aug 2021 08:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Berita pemergian penyanyi popular, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin akibat pandemik COVID-19 turut mendapat liputan portal berita antarabangsa, BBC News, semalam.

Polis siasat video ritual tolak bala

Posted: 10 Aug 2021 08:54 AM PDT

BAGAN DATUK: Polis menjalankan siasatan susulan video ritual pembersihan diri untuk menolak bala dilakukan enam beranak bersama seorang sami hingga mendatangkan kecederaan di sebuah kuil di belakang rumah di Selekoh, Rungkup, di sini, seperti tular di media sosial sejak semalam.

Messi sah milik PSG

Posted: 10 Aug 2021 07:50 AM PDT

PARIS: Paris Saint-Germain (PSG) mengumumkan sudah menandatangani legenda Barcelona, Lionel Messi.

Pemandu maut van terbabas dalam sungai

Posted: 10 Aug 2021 07:55 AM PDT

KULIM: Seorang lelaki maut selepas van dipandunya hilang kawalan dan terbabas ke dalam sungai di Jalan Ladang Anak, di sini, hari ini.

UMNO sudah jelaskan secara nyata - Ahmad Zahid

Posted: 10 Aug 2021 07:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kesal dengan tindakan segelintir pihak menimbulkan syak wasangka berhubung ketetapan parti itu menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pesakit cedera tabung oksigen terbakar di hospital

Posted: 10 Aug 2021 07:37 AM PDT

SLIM RIVER: Seorang pesakit lelaki cedera selepas tabung oksigen dalam Bilik Isolation Hospital Slim River (HSR) terbakar, malam tadi.

Polis tahan majikan dera pekerja asing

Posted: 10 Aug 2021 07:21 AM PDT

PORT DICKSON: Polis menahan seorang majikan berusia 39 kerana dipercayai mendera dan tidak membayar gaji pekerjanya seorang lelaki warga India sejak lebih setahun lalu.

Penghidap kanser cetus Kluster Timbua

Posted: 10 Aug 2021 07:21 AM PDT

KOTA KINABALU: Seorang lelaki penghidap kanser yang menyertai majlis ibadah korban di masjid mencetuskan satu lagi kluster baharu, Kluster Timbua di Sabah.

Polis Thailand tembak peluru getah, gas pemedih mata di Bangkok

Posted: 10 Aug 2021 07:21 AM PDT

BANGKOK: Polis antirusuhan hara meledakkan peluru getah dan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan di Bangkok hari ini ketika beratus-ratus penunjuk perasaan melakukan reformasi demokratik dan menentang cara pemerintah menangani wabak COVID-19.

Cheng Hoe pasrah permohonan ditolak

Posted: 10 Aug 2021 07:15 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe pasrah apabila hasrat untuk Harimau Malaya menjalani sekurang-kurangnya dua aksi persahabatan bulan depan tidak kesampaian.

Calon Perdana Menteri daripada UMNO perlu dapat sokongan BN, PN

Posted: 10 Aug 2021 06:58 AM PDT

KUALA LUMPUR: UMNO perlu menampilkan calon Perdana Menteri yang mampu meraih sokongan majoriti ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), jika kesepakatan dua parti itu mahu dikekalkan selepas ini.

Jijoe mahu tiga rakan berjuang bersamanya di Paris

Posted: 10 Aug 2021 06:53 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jaguh basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang berharap tiga lagi rakan sepasukannya, Muhamad Shah Firdaus Sahrom, Muhammad Fadhil Mohd Zonis dan Anis Amira Rosidi akan berjuang bersamanya membawa cabaran Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024.

Arwah Siti Sarah kongsi amalan surah al-Waqiah

Posted: 10 Aug 2021 06:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Amalan berguna dikongsi penyanyi popular, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin akan menjadi panduan kepada pelakon, Datin Lisa Surihani.

Nelayan lemas bot dipukul ombak

Posted: 10 Aug 2021 06:36 AM PDT

MIRI: Seorang warga emas mati lemas, manakala anak lelakinya terselamat selepas bot fiber mereka terbalik dipukul ombak dalam kejadian kira-kira 11 batu nautika dari Kuala Miri, tengah hari tadi.

Gangguan bekalan air dijangka pulih Sabtu ini

Posted: 10 Aug 2021 06:33 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Gangguan bekalan air membabitkan 28,700 akaun pengguna di sekitar Kuala Nerus dan Kuala Terengganu dijangka berlanjutan sehingga Sabtu ini.

Bapa sahkan Messi sertai PSG

Posted: 10 Aug 2021 06:06 AM PDT

BARCELONA: Bapa Lionel Messi memberitahu media Sepanyol hari ini, bahawa anaknya akan menyertai Paris Saint-Germain (PSG).

AKPK sedia khidmat nasihat percuma kepada PKS

Posted: 10 Aug 2021 06:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) komited untuk terus memberi khidmat nasihat kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terjejas dalam mendepani cabaran kewangan ketika era COVID-19 yang belum berakhir.

Usahawan kosmetik sudah dipanggil polis

Posted: 10 Aug 2021 06:04 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis sudah memanggil usahawan kosmetik terkenal untuk dirakam keterangan berhubung dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 selepas dilihat menikmati durian bersama beberapa individu lain.

Bekas datuk bandar ditahan SPRM

Posted: 10 Aug 2021 05:15 AM PDT

JOHOR BAHRU: Seorang bekas datuk bandar sebuah majlis bandar raya di sini, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang tadi, bagi membantu siasatan kes menerima rasuah.

Lelaki maut ditetak jiran

Posted: 10 Aug 2021 05:41 AM PDT

MANJUNG: Pergaduhan di antara dua jiran berakhir tragedi apabila seorang daripadanya maut, dipercayai ditetak di kawasan rumah Jalan Sitiawan-Beruas, Beruas, di sini, semalam.

Mark kenang jasa arwah Siti Sarah

Posted: 10 Aug 2021 05:39 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemergian penyanyi popular, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin meninggalkan kesan mendalam buat penyanyi Mark Adam dan isteri, Nor Azad Redzuan.

Indonesia kembali catat lebih 2,000 kematian COVID-19

Posted: 10 Aug 2021 05:20 AM PDT

JAKARTA: Indonesia kembali mencatatkan jumlah kematian harian akibat COVID-19 melepasi angka 2,000 orang.

Hampir 20,000 jangkitan dalam tempoh 24 jam lalu

Posted: 10 Aug 2021 12:56 AM PDT

PUTRAJAYA: Seramai 201 pesakit COVID-19 meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lalu dengan 87 kematian di Selangor.

Satu kes kematian akibat jangkitan di Parlimen

Posted: 10 Aug 2021 04:28 AM PDT

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat satu kes kematian akibat COVID-19 membabitkan pesakit yang ada kaitan dengan kehadiran di Parlimen pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bulan lalu.

'Sebelum koma, arwah sedekah tudung kepada jururawat'

Posted: 10 Aug 2021 03:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sikap pemurah dan suka bersedekah menjadi amalan penyanyi popular, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin hingga nafas terakhir.

Bergson pintas Ifedayo

Posted: 10 Aug 2021 05:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson Da Silva akhirnya merampas kedudukan teratas penjaring terbanyak Liga Super daripada bintang import Selangor, Ifedayo Omosuyi.

India bawa keluar rakyat dari Mazar-i-Sharif, Afghanistan

Posted: 10 Aug 2021 05:04 AM PDT

NEW DELHI: India membawa keluar diplomat dan warga negaranya dari Mazar-i-Sharif, kota terbesar di utara Afghanistan, di tengah-tengah peningkatan pertempuran antara pasukan Taliban dan tentera Afghanistan di wilayah itu.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template