BH Online - Terkini |
- Mohd Merdeka harap negara cepat bebas daripada COVID-19
- Salah faham punca Rumah Prihatin @ Grand Season sesak
- Bayi pramatang Shuib, Siti Sarah negatif COVID-19
- Kebakaran kilang plastik di kawasan industri di Pelabuhan Klang, terkawal
- Hishammuddin, Takiyuddin jumpa Muhyiddin lebih 2 jam
- Polis siasat dakwaan EXCO Kedah langgar SOP
- 'Kaji semula SOP pengembara kuarantin di rumah'
- Ibu Ebi meninggal dunia akibat COVID-19
- Neitzel dedah perkara 'pelik' Liga M
- 718 individu tiba di tanah air semalam
- Kelantan FC benam KUFC
- China larang lagu 'mengancam keselamatan negara' di pusat karaoke
- Serba Dinamik dapat 15 kontrak O&M, EPCC
- NUTP rayu tangguh buka sekolah 1 September
- 2 maut jatuh bangunan ketika melarikan diri daripada junta
- De Gea terpaksa pulang naik teksi
- Hishammuddin tiba di rumah Muhyiddin
- Agong berkuasa lantik PM interim
- Polis siasat penjualan sijil digital vaksin COVID-19 palsu
- Pemimpin Afghanistan terbang ke kota utara yang dikepung Taliban
- Restoran Puteri cawangan Brickfields tutup selepas 37 tahun
- Sabah beli sendiri vaksin
- Beasley terkejut taktikal luar biasa Kenny
- 206 lagi unit Rumah Rakyat Pahang dibina tahun ini
- Permohonan SPSB kembalikan saman terhadap Razali ditolak
- Teguran Sultan Johor perlu dijadikan pedoman
- Masjid Al-Amin musnah terbakar
- 'Kos pengurusan jenazah COVID-19 bebankan waris mangsa'
- Kenderaan membawa Muhyiddin tiba di kediamannya malam ini
- 65 termasuk 28 tentera maut dalam kebakaran di Algeria
| Mohd Merdeka harap negara cepat bebas daripada COVID-19 Posted: 11 Aug 2021 04:14 AM PDT KEPALA BATAS: Penduduk negara ini sekarang berperang dengan diri sendiri untuk cepat bebas daripada cengkaman pandemik COVID-19. |
| Salah faham punca Rumah Prihatin @ Grand Season sesak Posted: 11 Aug 2021 08:17 AM PDT KUALA LUMPUR: Kesesakan orang ramai di Rumah Prihatin @ Grand Seasons, di sini, berpunca daripada salah faham dan berita kononnya premis itu menyediakan perkhidmatan vaksinasi tanpa janji temu untuk bukan warganegara. |
| Bayi pramatang Shuib, Siti Sarah negatif COVID-19 Posted: 11 Aug 2021 10:22 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelawak popular, Shuib Sepahtu berdepan cabaran membesarkan empat cahaya mata seorang diri selepas pemergian isteri, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin akibat COVID-19 pada Isnin lalu. |
| Kebakaran kilang plastik di kawasan industri di Pelabuhan Klang, terkawal Posted: 11 Aug 2021 08:47 AM PDT PELABUHAN KLANG: Kebakaran dipercayai membabitkan kilang plastik di kawasan Perindustrian Bandar Sultan Suleiman di sini, malam ini, berjaya dikawal sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor. |
| Hishammuddin, Takiyuddin jumpa Muhyiddin lebih 2 jam Posted: 11 Aug 2021 09:12 AM PDT KUALA LUMPUR: Perjumpaan beberapa menteri dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin di kediamannya di Bukit Damansara, di sini, berlangsung lebih dua jam malam ini. |
| Polis siasat dakwaan EXCO Kedah langgar SOP Posted: 11 Aug 2021 09:03 AM PDT ALOR SETAR: Polis membuka kertas siasatan berhubung seorang EXCO kerajaan negeri yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) dekat sini, baru-baru ini. |
| 'Kaji semula SOP pengembara kuarantin di rumah' Posted: 11 Aug 2021 07:11 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) membenarkan pengembara tempatan dan warga asing lengkap dua dos vaksin yang pulang atau tiba dari luar negara, menjalani kuarantin wajib di rumah. |
| Ibu Ebi meninggal dunia akibat COVID-19 Posted: 11 Aug 2021 07:36 AM PDT KUALA LUMPUR: Ibu penyanyi Ebi Kornelis, Allahyarham Reni Bakar, 81, menghembuskan nafas terakhir akibat COVID-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu, Sabah, semalam. |
| Neitzel dedah perkara 'pelik' Liga M Posted: 11 Aug 2021 07:26 AM PDT KUALA LUMPUR: Pengendali Selangor FC (SFC), Karsten Neitzel menyifatkan Liga Malaysia (Liga M) adalah satu saingan yang berkualiti tetapi ada beberapa perkara 'pelik' yang menimbulkan kehairanan kepada dirinya. |
| 718 individu tiba di tanah air semalam Posted: 11 Aug 2021 07:17 AM PDT KUALA LUMPUR: Seramai 718 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa semalam, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulang ke tanah air sejak 24 Julai tahun lalu seramai 267,398 orang. |
| Posted: 11 Aug 2021 07:12 AM PDT Oleh Nor Amalina Alias |
| China larang lagu 'mengancam keselamatan negara' di pusat karaoke Posted: 11 Aug 2021 07:06 AM PDT BEIJING: China akan menyekat lagu di pusat karaoke yang dilihat 'mengancam keselamatan negara'. |
| Serba Dinamik dapat 15 kontrak O&M, EPCC Posted: 11 Aug 2021 07:03 AM PDT KUALA LUMPUR: Serba Dinamik Holdings Bhd, melalui anak syarikat Malaysia dan Indonesia, berjaya memperoleh 15 kontrak operasi dan penyelenggaraan (O&M) serta kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC). |
| NUTP rayu tangguh buka sekolah 1 September Posted: 11 Aug 2021 06:55 AM PDT KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan (KPM) menangguhkan pembukaan sesi persekolahan secara bersemuka bermula 1 September ini. |
| 2 maut jatuh bangunan ketika melarikan diri daripada junta Posted: 11 Aug 2021 06:51 AM PDT YANGON: Dua orang maut dan tiga lagi cedera akibat terjatuh dari tingkat empat sebuah bangunan di ibu kota komersial Myanmar ketika melarikan diri daripada serangan pasukan keselamatan, kata pihak berkuasa, hari ini. |
| De Gea terpaksa pulang naik teksi Posted: 11 Aug 2021 06:38 AM PDT MANCHESTER: David de Gea terpaksa mengambil teksi untuk pulang ke rumah selepas makan malam pasukan Manchester United memandangkan tayar kereta Aston Martinnya dikunci. |
| Hishammuddin tiba di rumah Muhyiddin Posted: 11 Aug 2021 06:43 AM PDT KUALA LUMPUR: Sebuah kenderaan dipercayai membawa Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein masuk ke kawasan kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, di sini, pada jam 9.26 malam ini. |
| Agong berkuasa lantik PM interim Posted: 11 Aug 2021 06:37 AM PDT KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong berkuasa melantik Perdana Menteri interim sekiranya politik negara berdepan kebuntuan sehingga tiada mana-mana pihak pada hemat baginda boleh mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat. |
| Polis siasat penjualan sijil digital vaksin COVID-19 palsu Posted: 11 Aug 2021 06:14 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung penjualan sijil digital vaksin COVID-19 palsu secara dalam talian. |
| Pemimpin Afghanistan terbang ke kota utara yang dikepung Taliban Posted: 11 Aug 2021 06:19 AM PDT MAZAR-I-SHARIF: Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani, hari ini terbang ke bandar Mazar-i-Sharif bagi mengumpulkan pasukan yang terkepung, ekoran Taliban yang sudah mengambil lebih daripada satu perempat ibu kota wilayah itu dalam waktu kurang dari seminggu. |
| Restoran Puteri cawangan Brickfields tutup selepas 37 tahun Posted: 11 Aug 2021 06:14 AM PDT KUALA LUMPUR: Restoran Puteri cawangan Brickfields, di sini, milik bersama dua sahabat karib iaitu pelakon veteran, Rubiah Suparman dan penulis lirik tersohor, Datuk Habsah Hassan, ditutup selepas 37 tahun beroperasi. |
| Posted: 11 Aug 2021 05:47 AM PDT KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah hari ini memutuskan untuk membeli sendiri vaksin COVID-19 sebagai persediaan menghadapi kemungkinan berlaku gangguan bekalan vaksin yang boleh menjejaskan usaha mencapai imuniti kelompok secepat mungkin di negeri ini. |
| Beasley terkejut taktikal luar biasa Kenny Posted: 11 Aug 2021 05:26 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih basikal trek negara, John Beasley mengakui terkejut dengan apa yang berlaku ketika aksi final acara keirin di Sukan Olimpik Tokyo, Ahad lalu tetapi percaya ia tidak akan terjadi lagi pada masa akan datang. |
| 206 lagi unit Rumah Rakyat Pahang dibina tahun ini Posted: 11 Aug 2021 05:30 AM PDT KUANTAN: Kerajaan Pahang meluluskan fasa ketiga projek Rumah Rakyat Pahang (RRP) membabitkan pembinaan 104 unit, bermula bulan depan. |
| Permohonan SPSB kembalikan saman terhadap Razali ditolak Posted: 11 Aug 2021 04:57 AM PDT PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) untuk kebenaran merayu berhubung saman fitnah RM100 juta oleh syarikat itu terhadap bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Razali Ibrahim berhubung kenyataannya membabitkan projek Kuala Lumpur Vertical City Project (KLVC) di Jalan Semarak. |
| Teguran Sultan Johor perlu dijadikan pedoman Posted: 11 Aug 2021 05:26 AM PDT JOHOR BAHRU: Penzahiran rasa kecewa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dengan tindakan pemimpin politik yang cuba mengganggu gugat kerajaan dan berebut kuasa perlu dijadikan pedoman. |
| Masjid Al-Amin musnah terbakar Posted: 11 Aug 2021 05:22 AM PDT KUCHING: Masjid Al-Amin di Kampung Semop, Pulau Bruit, Daro musnah dalam kebakaran, petang tadi. |
| 'Kos pengurusan jenazah COVID-19 bebankan waris mangsa' Posted: 11 Aug 2021 04:30 AM PDT KOTA BHARU: Pembayaran pengurusan jenazah pesakit COVID-19 di Kelantan yang berada pada kadar di antara RM1,300 sehingga RM1,900 seorang, bukan sahaja dianggap tidak munasabah, malah disifatkan membebankan waris mangsa. |
| Kenderaan membawa Muhyiddin tiba di kediamannya malam ini Posted: 11 Aug 2021 05:04 AM PDT KUALA LUMPUR: Kenderaan membawa Tan Sri Muhyiddin Yassin diiringi beberapa kereta dan motosikal polis dilihat memasuki kawasan kediamannya di Bukit Damansara, di sini, pada jam 7.49 malam ini. |
| 65 termasuk 28 tentera maut dalam kebakaran di Algeria Posted: 10 Aug 2021 07:07 PM PDT ALGIERS: Kebakaran besar yang diburukkan lagi dengan suhu panas dan keadaan kering mengakibatkan 65 nyawa terkorban termasuk 28 tentera di Algeria. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment