BH Online - Terkini |
- Agong, Permaisuri ucap takziah kepada keluarga Datuk Indera Mustafar Abu Bakar
- Abang Siti Sarah 'tidak berapa baik'
- Messi mulakan latihan bersama PSG
- Kemuncak juraian meteor Perseids dapat disaksikan lewat malam ini
- Badrul resah TFC II terus tumpul
- PNM umum senarai penerima Anugerah Pembaca Aktif Kebangsaan 2020
- Kerajaan Kedah tidak pernah anugerah projek bernilai RM1.3 bilion
- Arteta harap dapat tambah pemain
- Tak perlu beli pemain lagi - Klopp
- Manchester United perkenal jersi ketiga
- Israel lulus 2,000 rumah baharu untuk penduduk Yahudi
- Magis sedekah, jubah arwah Siti Sarah laris
- Etiqa sumbang peralatan perubatan untuk HKL, Hospital Ampang
- Ramos pelawa Messi tinggal di rumahnya
- 80 peratus penduduk WP lengkap vaksinasi 2 hari lagi
- 17 pengganas, 5 sukarelawan pertahanan terbunuh
- 41 rakyat Malaysia terima biasiswa Chevening belajar di UK bulan depan
- Opcom dapat kontrak bekal kabel fiber optik TM
- CIMB bantu lebih 250,000 pelanggan terkesan
- Lebih RM900 juta elaun barisan hadapan disalur
- Hanya pertemuan biasa - Muhyiddin
- Malaysia mampu capai sasaran sifar lapar
- PAUiTM, MPP UiTM gesa pelantikan Naib Canselor diselesaikan segera
- 'Jho Low serah telefon bimbit ketika Najib di talian'
- Perdana Menteri kunjungi Abd Hadi
- 'Kabinet Najib setuju laporan audit 1MDB disemak Ketua Audit Negara'
- RT Perlis cecah 1.40
- Kerajaan teliti wajibkan vaksin, keputusan diumum bulan depan - Perdana Menteri
- 'Budak lelaki mimpi arwah diserbu kanak-kanak Palestin'
- China tutup pelabuhan akibat COVID-19
| Agong, Permaisuri ucap takziah kepada keluarga Datuk Indera Mustafar Abu Bakar Posted: 12 Aug 2021 09:27 AM PDT KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Orang Besar Berlapan dan Ahli Jumaah Pangkuan Negeri Pahang Darul Makmur, Datuk Setia Wangsa Datuk Indera Mustafar Abu Bakar yang meninggal dunia hari ini. |
| Abang Siti Sarah 'tidak berapa baik' Posted: 12 Aug 2021 09:21 AM PDT KUALA LUMPUR: Abang Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Ahmad Firdous yang disahkan positif COVID-19 dan ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Serdang, sejak semalam, dilaporkan tidak 'berapa baik'. |
| Messi mulakan latihan bersama PSG Posted: 12 Aug 2021 08:27 AM PDT PARIS: Selepas sambutan hangat yang diberikan oleh penyokong, Lionel Messi akhirnya menyertai sesi latihan pertama bersama Paris Saint Germain (PSG) di pusat latihan Camp des Loges, di sini, hari ini. |
| Kemuncak juraian meteor Perseids dapat disaksikan lewat malam ini Posted: 12 Aug 2021 08:25 AM PDT Kuala Lumpur: Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan kemuncak fenomena pancuran meteor Perseids dijangka lewat malam ini hingga awal pagi esok. |
| Badrul resah TFC II terus tumpul Posted: 12 Aug 2021 08:28 AM PDT KUALA TERENGGANU: Ketumpulan penyudah dalam kalangan penyerang tempatan masih menghantui pengendali Terengganu FC II (TFC II), Badrul Afzan Razali selepas pasukannya gagal mengutip mata penuh dalam dua aksi terakhir Liga Perdana. |
| PNM umum senarai penerima Anugerah Pembaca Aktif Kebangsaan 2020 Posted: 12 Aug 2021 07:53 AM PDT KUALA LUMPUR: Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) hari ini mengumumkan senarai pelbagai kategori penerima Anugerah Pembaca Aktif Kebangsaan 2020 yang dianjurkan sempena Program Negara Membaca dan Gerakan Dekad Membaca Kebangsaan. |
| Kerajaan Kedah tidak pernah anugerah projek bernilai RM1.3 bilion Posted: 12 Aug 2021 08:08 AM PDT ALOR SETAR: Kerajaan Kedah tidak pernah menganugerahkan sebarang projek bernilai RM1.3 bilion kepada mana-mana pihak. |
| Arteta harap dapat tambah pemain Posted: 12 Aug 2021 08:04 AM PDT LONDON: Pengendali Arsenal Mikel Arteta berkata ia menjadi tugas kelab untuk membuatkan peminat teruja menjelang musim baharu Liga Perdana Inggeris walaupun tidak mempunyai kuasa membeli seperti pasukan pilihan untuk menjuarai gelaran. |
| Tak perlu beli pemain lagi - Klopp Posted: 12 Aug 2021 07:37 AM PDT LIVERPOOL: Jurgen Klopp berkata Liverpool tidak memerlukan pemain lagi kerana dia cukup yakin dengan skuad yang ada ketika ini. |
| Manchester United perkenal jersi ketiga Posted: 12 Aug 2021 07:21 AM PDT MANCHESTER: Manchester United memperkenalkan jersi ketiga baharu mereka menjelang aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris hujung minggu ini. |
| Israel lulus 2,000 rumah baharu untuk penduduk Yahudi Posted: 12 Aug 2021 07:20 AM PDT BAITULMAQDIS: Israel akan memberi kelulusan bagi pembinaan 2,000 rumah baharu untuk penduduk Yahudi di Tebing Barat yang diceroboh, kata sumber pertahanan hari ini. |
| Magis sedekah, jubah arwah Siti Sarah laris Posted: 12 Aug 2021 07:09 AM PDT KUALA LUMPUR: Ibu tiri Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Siti Fatimah Suberi, 34, mendedahkan, arwah sudah memberi petanda meninggalkan keluarga buat selama-lamanya, cuma hanya disedari selepas pemergiannya, Isnin lalu. |
| Etiqa sumbang peralatan perubatan untuk HKL, Hospital Ampang Posted: 12 Aug 2021 07:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Etiqa General Takaful Berhad menyumbang peralatan perubatan bernilai RM944,160 kepada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Ampang bagi membantu memerangi pandemik COVID-19. |
| Ramos pelawa Messi tinggal di rumahnya Posted: 12 Aug 2021 06:48 AM PDT PARIS: Sergio Ramos mempelawa Lionel Messi dan keluarga tinggal di rumahnya jika mereka bosan tinggal di hotel. |
| 80 peratus penduduk WP lengkap vaksinasi 2 hari lagi Posted: 12 Aug 2021 06:46 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemberian vaksin COVID-19 lengkap dua dos di Kuala Lumpur sudah mencapai 78 peratus atau 1.386 juta dan bakal mencapai sasaran 80 peratus dalam tempoh dua hari lagi. |
| 17 pengganas, 5 sukarelawan pertahanan terbunuh Posted: 12 Aug 2021 06:31 AM PDT OUAGADOUGOU: Serangan di utara Burkina Faso mengorbankan 17 mangsa disyaki pengganas dan lima anggota militia pertahanan awam. |
| 41 rakyat Malaysia terima biasiswa Chevening belajar di UK bulan depan Posted: 12 Aug 2021 06:28 AM PDT KUALA LUMPUR: Seramai 41 rakyat Malaysia akan meneruskan pengajian pascasiswazah di United Kingdom (UK) sebagai penerima biasiswa Chevening untuk tahun akademik 2021/2022. |
| Opcom dapat kontrak bekal kabel fiber optik TM Posted: 12 Aug 2021 06:27 AM PDT KUALA LUMPUR: Opcom Cables Sdn Bhd, anak syarikat Opcom Holdings Bhd dianugerahkan kontrak RM8.41 juta daripada Telekom Malaysia Bhd (TM) untuk mengeluar, membekal dan menghantar kabel fiber optik dari 16 Ogos 2021 hingga 20 Mei 2022. |
| CIMB bantu lebih 250,000 pelanggan terkesan Posted: 12 Aug 2021 06:15 AM PDT KUALA LUMPUR: CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd menyokong lebih 250,000 pelanggan individu serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) setakat ini di bawah Program Bantuan Pembayaran CIMB sejak dilancarkan pada 7 Julai lalu. |
| Lebih RM900 juta elaun barisan hadapan disalur Posted: 12 Aug 2021 06:05 AM PDT KUALA LUMPUR: Sejumlah RM941.38 juta elaun khas barisan hadapan telah disalurkan setakat 30 Julai lalu. |
| Hanya pertemuan biasa - Muhyiddin Posted: 12 Aug 2021 04:00 AM PDT Kuala Terengganu: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perjumpaan khas bersama ketua parti dalam komponen Perikatan Nasional (PN) kelmarin, hanya pertemuan biasa. |
| Malaysia mampu capai sasaran sifar lapar Posted: 12 Aug 2021 06:06 AM PDT KUALA LUMPUR: Malaysia berada pada sasaran untuk mencapai sifar lapar serta meningkatkan pendapatan rakyatnya menjelang 2030, menurut seorang penasihat pertanian dan pelaburan. |
| PAUiTM, MPP UiTM gesa pelantikan Naib Canselor diselesaikan segera Posted: 12 Aug 2021 06:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Dua persatuan berkaitan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Persatuan Alumni UiTM (PAUiTM) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Se-Malaysia, berharap isu berkaitan pelantikan Naib Canselor baharu universiti itu diselesaikan dengan segera. |
| 'Jho Low serah telefon bimbit ketika Najib di talian' Posted: 12 Aug 2021 05:54 AM PDT KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, diberitahu ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, menyerahkan telefon bimbitnya kepada bekas Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan memaklumkan Datuk Seri Najib Razak sedang berada di talian ketika mesyuarat lembaga pengarah 1MDB. |
| Perdana Menteri kunjungi Abd Hadi Posted: 12 Aug 2021 03:39 AM PDT MARANG: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengunjungi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di Kampung Rusila, di sini, hari ini. |
| 'Kabinet Najib setuju laporan audit 1MDB disemak Ketua Audit Negara' Posted: 12 Aug 2021 05:36 AM PDT KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, Jemaah Menteri dipimpin Datuk Seri Najib Razak sebelum ini bersetuju Ketua Audit Negara meneliti laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disediakan firma audit, Deloitte Malaysia. |
| Posted: 12 Aug 2021 05:21 AM PDT PUTRAJAYA: Kadar kebolehjangkitan (RT) Malaysia ketika ini adalah 1.06 tetapi Perlis adalah negeri yang mencatatkan RT tertinggi (1.40) berdasarkan kepada data kes harian dikumpulkan Kementerian Kesihatan (KKM) setakat semalam. |
| Kerajaan teliti wajibkan vaksin, keputusan diumum bulan depan - Perdana Menteri Posted: 12 Aug 2021 04:05 AM PDT KUALA TERENGGANU: Kerajaan sedang mempertimbang mewajibkan pengambilan vaksin COVID-19 dalam usaha mencapai sasaran imuniti kelompok menjelang Oktober ini. |
| 'Budak lelaki mimpi arwah diserbu kanak-kanak Palestin' Posted: 12 Aug 2021 05:08 AM PDT KUALA LUMPUR: Mimpi seorang kanak-kanak lelaki bertemu Allahyarham Siti Sarah Raissuddin di kawasan yang indah membuatkan suaminya, Shuib Sepahtu terpaku. |
| China tutup pelabuhan akibat COVID-19 Posted: 12 Aug 2021 05:06 AM PDT BEIJING: Pihak berkuasa China menggantung operasi sebuah terminal di pelabuhan kargo ketiga paling sibuk di dunia selepas seorang pekerjanya dijangkiti COVID-19. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment