BH Online - Terkini |
- Semua ahli politik wajar patuh titah Sultan Ibrahim
- Ibu bapa lega anak dapat pelalian
- Kerjasama rentas parti langkah matang
- PEJUANG desak Muhyiddin letak jawatan
- WARISAN, PSB, UPKO, Syed Saddiq tolak tawaran PN
- Hatrik Olusegun ranapkan Kedah di laman sendiri
- PARALIMPIK: Ziyad mahu pecah rekod dunia, raih emas
- Muhyiddin mengaku hilang majoriti - Ahmad Zahid
- PH tolak tawaran Muhyiddin
- Jawatankuasa siasat kebocoran paip
- PARALIMPIK: Bonnie sudah sedia gegarkan Tokyo
- PARALIMPIK: Pulau Pinang bagi sumbangan kepada Nur Azlia
- Sokongan rentas parti bukti Muhyiddin berjiwa besar
- Liverpool akan berjuang 'untuk segalanya' musim ini
- Zarco rakam masa terpantas sesi latihan MotoGP Austria
- TUDM dedah identiti anggota yang maut
- Cadangan Muhyiddin bersifat 'demokrasi konsosiasi'
- 'Usul undi percaya PM di Parlimen pada 7 September' - Saifuddin
- Kes tembak anggota TUDM: 'Abang pergi sekelip mata'
- Malaysia bantu WHO kaji 3 ubat COVID-19
- PH tak terima cadangan sokongan bipartisan
- Gelang digital untuk kuarantin di rumah
- Muhyiddin kemuka cadangan persefahaman rentas parti
- 2 penunjuk perasaan cedera bertempur dengan polis Thailand
- Shahril kekal bimbing Perak hingga hujung musim
- Mesyuarat tergempar NATO bincang krisis Afghanistan
- MAFI jamin bekalan makanan negara mencukupi
- Dana COVID-19 dinaikkan kepada RM110 bilion
- Lepas jawatan Perdana Menteri pilihan paling mudah - Muhyiddin
- Kerajaan setuju laksana Undi 18 tanpa tunggu pendaftaran automatik
| Semua ahli politik wajar patuh titah Sultan Ibrahim Posted: 13 Aug 2021 09:33 AM PDT KUALA LUMPUR: Ahli politik perlu menjadikan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, sebagai pedoman dan sedar tanggungjawab dipikul sebagai wakil rakyat. |
| Ibu bapa lega anak dapat pelalian Posted: 13 Aug 2021 09:26 AM PDT KUALA LUMPUR: Peluasan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) untuk remaja berusia 12 hingga 17 tahun satu keputusan yang perlu dan relevan dalam keadaan jumlah kes jangkitan dan kematian semakin meningkat di negara ini. |
| Kerjasama rentas parti langkah matang Posted: 13 Aug 2021 09:19 AM PDT KUALA LUMPUR: Parti Bersatu Sabah (PBS) mengatakan pengumuman Perdana Menteri satu peluang yang jarang diperoleh untuk menjalin kerjasama dan mengetepikan perbezaan politik, sekali gus menepati slogan 'rakyat didahulukan.' |
| PEJUANG desak Muhyiddin letak jawatan Posted: 13 Aug 2021 09:15 AM PDT KUALA LUMPUR: Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG) menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak berhak membuat tawaran, meskipun mendakwa masih mempunyai keabsahan sebagai Perdana Menteri, apatah lagi selepas kehilangan sokongan majoriti. |
| WARISAN, PSB, UPKO, Syed Saddiq tolak tawaran PN Posted: 13 Aug 2021 08:40 AM PDT KUALA LUMPUR: Empat parti pembangkang secara bersama menolak tawaran Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mewujudkan kerjasama rentas parti dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN). |
| Hatrik Olusegun ranapkan Kedah di laman sendiri Posted: 13 Aug 2021 08:26 AM PDT ALOR SETAR : Hasrat Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata di laman sendiri menentang Selangor FC dalam saingan Liga Super tidak kesampaian selepas tewas 2-4 pada aksi di Stadium Darul Aman di sini, sebentar tadi. |
| PARALIMPIK: Ziyad mahu pecah rekod dunia, raih emas Posted: 13 Aug 2021 08:28 AM PDT KUALA LUMPUR: Prospek emas negara di Sukan Paralimpik 2020, Muhammad Ziyad Zolkefli meletakkan satu sasaran yang tinggi pada penyertaannya di Tokyo yang dijadual membuka tirainya pada 24 Ogos ini. |
| Muhyiddin mengaku hilang majoriti - Ahmad Zahid Posted: 13 Aug 2021 08:13 AM PDT KUALA LUMPUR: UMNO tidak boleh mempertimbang tawaran Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa sudah tiada keabsahan sebagai Perdana Menteri selepas mengaku secara terbuka, sudah tidak lagi mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen. |
| Posted: 13 Aug 2021 07:51 AM PDT KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) menolak tawaran Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui ucapan khas Perdana Menteri bersama memulihkan negara, hari ini. |
| Jawatankuasa siasat kebocoran paip Posted: 13 Aug 2021 07:36 AM PDT KUALA NERUS: Satu jawatankuasa siasatan ditubuhkan bagi menyiasat punca kebocoran paip utama di dasar Sungai Terengganu yang menyebabkan krisis air membabitkan 28,700 akaun pengguna di daerah ini dan Kuala Terengganu. |
| PARALIMPIK: Bonnie sudah sedia gegarkan Tokyo Posted: 13 Aug 2021 07:36 AM PDT KUALA LUMPUR: Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin kini berada di landasan terbaik bagi menghadirkan khabar gembira buat kontinjen Malaysia pada Sukan Paralimpik Tokyo yang dijadual berlangsung dari 24 Ogos hingga 5 September ini. |
| PARALIMPIK: Pulau Pinang bagi sumbangan kepada Nur Azlia Posted: 13 Aug 2021 07:35 AM PDT GEORGETOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyumbangkan insentif sebanyak RM10,000 kepada atlet paralimpik negeri yang akan mewakili negara di Sukan Paralimpik Tokyo 2020. |
| Sokongan rentas parti bukti Muhyiddin berjiwa besar Posted: 13 Aug 2021 07:18 AM PDT KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan seorang pemimpin berjiwa besar yang memikirkan soal kemajuan negara, bukannya kepentingan peribadi apabila mengemukakan cadangan kerjasama merentas parti untuk kestabilan negara. |
| Liverpool akan berjuang 'untuk segalanya' musim ini Posted: 13 Aug 2021 07:13 AM PDT LONDON: Liverpool akan berjuang 'untuk segalanya' pada musim ini namun pengurusnya, Jurgen Klopp menjangkakan saingan yang sengit daripada beberapa pasukan dalam misi mereka merampas kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) daripada Manchester City. |
| Zarco rakam masa terpantas sesi latihan MotoGP Austria Posted: 13 Aug 2021 07:11 AM PDT SPIELBERG, Austria: Pencabar kejuaraan musim ini, Johann Zarco merakam masa terpantas pada sesi latihan pertama bebas MotoGP Austria dengan mencatat rekod sepusingan terbaharu di Red Bull Ring, di sini, sebentar tadi. |
| TUDM dedah identiti anggota yang maut Posted: 13 Aug 2021 05:19 AM PDT KUCHING: Semua anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terkorban dalam kejadian amuk di Balai Pengawal, Skuadron 330, di Kota Samarahan, pagi tadi, berasal dari Sarawak dan sudah berkahwin. |
| Cadangan Muhyiddin bersifat 'demokrasi konsosiasi' Posted: 13 Aug 2021 07:04 AM PDT KUALA LUMPUR: Cadangan dilontarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada blok pembangkang disifatkan sebagai pendekatan 'demokrasi konsosiasi', ke arah penjajaran baharu politik watan. |
| 'Usul undi percaya PM di Parlimen pada 7 September' - Saifuddin Posted: 12 Aug 2021 02:25 AM PDT KUALA LUMPUR: Usul undi percaya terhadap kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hanya dijadualkan untuk dikemukakan dalam Dewan Rakyat pada 7 September ini. |
| Kes tembak anggota TUDM: 'Abang pergi sekelip mata' Posted: 13 Aug 2021 12:11 AM PDT KOTA SAMARAHAN: "Jangan lupa sembahyang, ingat Allah setiap masa kerana kita tidak tahu bila masa akan pergi." |
| Malaysia bantu WHO kaji 3 ubat COVID-19 Posted: 13 Aug 2021 04:16 AM PDT PUTRAJAYA: Malaysia berharap data negara ini dapat membantu Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menjalankan kajian terhadap tiga jenis ubat. |
| PH tak terima cadangan sokongan bipartisan Posted: 13 Aug 2021 06:49 AM PDT Kuala Lumpur: Pakatan Harapan (PH) tidak dapat menerima cadangan sokongan bipartisan untuk usul undi percaya terhadap Perdana Menteri di Dewan Rakyat kerana gabungan itu mendakwa keadaan sudah jelas Perdana Menteri tiada sokongan majoriti. |
| Gelang digital untuk kuarantin di rumah Posted: 13 Aug 2021 02:40 AM PDT PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan projek rintis membabitkan pemakaian gelang pengawasan pengesan digital bagi individu yang sedang menjalani kuarantin di rumah termasuk bagi pengembara yang baharu pulang dari luar negara. |
| Muhyiddin kemuka cadangan persefahaman rentas parti Posted: 13 Aug 2021 04:43 AM PDT KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengemukakan cadangan persefahaman rentas parti bagi membolehkan usul percaya kepada Perdana Menteri diluluskan dengan undi bipartisan di Dewan Rakyat, sekali gus kerajaan boleh terus berfungsi mengurus pandemik hingga tiba masa sesuai untuk diadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15). |
| 2 penunjuk perasaan cedera bertempur dengan polis Thailand Posted: 13 Aug 2021 06:26 AM PDT BANGKOK: Polis Thailand bertempur dengan penunjuk perasaan hari ini selepas ratusan orang berkumpul di tengah Bangkok, untuk berarak ke kediaman Perdana Menteri, Prayut Chan-O-Cha. |
| Shahril kekal bimbing Perak hingga hujung musim Posted: 13 Aug 2021 06:17 AM PDT IPOH: Khidmat penolong jurulatih Perak FC, Mohd Shahril Nizam Khalil, yang kini memangku tugas selaku ketua jurulatih kelab berkenaan akan diteruskan sehingga tamat aksi Liga Super musim ini. |
| Mesyuarat tergempar NATO bincang krisis Afghanistan Posted: 13 Aug 2021 06:08 AM PDT BRUSSELS: Wakil Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mengadakan mesyuarat tergempar hari ini bagi membincangkan krisis semakin meruncing di Afghanistan. |
| MAFI jamin bekalan makanan negara mencukupi Posted: 13 Aug 2021 06:03 AM PDT ARAU: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memberi jaminan bekalan makanan untuk keperluan rakyat di negara ini mencukupi walaupun negara masih berdepan dengan penularan pandemik COVID-19. |
| Dana COVID-19 dinaikkan kepada RM110 bilion Posted: 13 Aug 2021 03:57 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membentangkan untuk kelulusan Parlimen penambahan siling Dana COVID-19 sebanyak RM45 bilion daripada RM65 bilion seperti yang diluluskan oleh Parlimen tahun lalu kepada RM110 bilion. |
| Lepas jawatan Perdana Menteri pilihan paling mudah - Muhyiddin Posted: 13 Aug 2021 03:54 AM PDT KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri adalah pilihan paling mudah untuk beliau menyelesaikan kemelut politik ketika ini. |
| Kerajaan setuju laksana Undi 18 tanpa tunggu pendaftaran automatik Posted: 13 Aug 2021 03:52 AM PDT KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Undi 18 tanpa menunggu pelaksanaan pendaftaran automatik yang akan mengambil masa. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment