BH Online - Terkini |
- Lebih 6,300 pengusaha kedai gunting rambut gulung tikar
- Tawaran Perdana Menteri satu penghinaan - Anwar
- Hasrat arwah tidak kesampaian - Isteri Mohammad Ehsan
- Keputusan Liga Perdana Inggeris
- COVID-19: 20,670 kes baharu dilaporkan
- Chelsea laung amaran awal
- 'Sesat' tanggungjawab sebenar jika terus rebut jawatan - MKN
- Kerja selenggara jalan di Jambatan Pulau Pinang Isnin ini
- Gempa bumi kuat landa Haiti, dirasai hingga ke Caribbean
- Ibu longlai di sisi jasad anak
- Tidak merujuk pembentukan kerajaan baharu - Saifuddin
- Kerajaan gubal undang-undang tangani buli siber - CyberSecurity
- Ifedayo boleh lebur rekod Marlon, Ghaddar
- KKM ambil tindakan drastik maksimumkan kapasiti HTAR
- 'Tunggu pemakluman kedudukan Muhyiddin Isnin ini'
- Man United belasah Leeds
- Hampir 300 wartawan Brazil maut akibat COVID-19
- Fokus patriotisme perangi COVID-19, ketepikan perbezaan politik
- Pelan transformasi sistem kesihatan depani pandemik masa depan
- Jepun gesa pemindahan ekoran hujan cetuskan banjir, tanah runtuh
- Sikap diplomatik Muhyiddin wajar diterima
- Pemulihan semula angkatan bersenjata sebagai keutamaan: Ghani
- 'DAP tolak PRU awal, tawaran Muhyiddin' - Lim Guan Eng
- Kilang punca ikan mati di Sungai Penchala dikenakan tindakan
- Atlet para terima bantuan keperluan asas
- Koeman tuntut Barcelona buktikan mampu hidup tanpa Messi
- Thailand lakukan ujian klinikal vaksin COVID-19 tempatan dari tumbuhan
- Cadangan rentas parti cermin keterbukaan kerajaan PN terhadap pembangkang
- Muhyiddin masih berkuasa selagi keabsahan belum dimuktamadkan
- Indonesia dakwa tahap keberkesanan vaksin Sinovac menurun
| Lebih 6,300 pengusaha kedai gunting rambut gulung tikar Posted: 14 Aug 2021 01:08 AM PDT SEREMBAN: Lebih 6,300 pengusaha kedai gunting rambut di seluruh negara sudah gulung tikar akibat terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan pandemik COVID-19. |
| Tawaran Perdana Menteri satu penghinaan - Anwar Posted: 14 Aug 2021 09:17 AM PDT KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tawaran diberi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai satu penghinaan kepada ketua pembangkang. |
| Hasrat arwah tidak kesampaian - Isteri Mohammad Ehsan Posted: 14 Aug 2021 02:15 AM PDT KUCHING: Koperal Udara Mohammad Ehsan Sehamat yang terkorban dalam kejadian tembakan, semalam, menyimpan hasrat mengadakan majlis kesyukuran serentak sempena menduduki rumah baharu dan menyambut kelahiran anak sulung nanti. |
| Keputusan Liga Perdana Inggeris Posted: 14 Aug 2021 09:08 AM PDT LONDON: Berikut keputusan aksi Liga Perdana Inggeris sebentar tadi. |
| COVID-19: 20,670 kes baharu dilaporkan Posted: 14 Aug 2021 12:54 AM PDT PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan 20,670 kes baharu COVID-19, hari ini, menurun sedikit berbanding 21,468 jangkitan, semalam. |
| Posted: 14 Aug 2021 08:59 AM PDT LONDON: Chelsea menyertai Manchester United di kelompok teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas meraihkan kemenangan 3-0 ke atas Crystal Palace di Stamford Bridge, sebentar tadi. |
| 'Sesat' tanggungjawab sebenar jika terus rebut jawatan - MKN Posted: 14 Aug 2021 08:41 AM PDT KUALA LUMPUR: Polemik dan perebutan jawatan Perdana Menteri secara berterusan dalam kalangan pemimpin parti politik, dilihat hanya akan membuatkan mereka 'sesat' serta terkeluar daripada tanggungjawab sebenar untuk membantu rakyat. |
| Kerja selenggara jalan di Jambatan Pulau Pinang Isnin ini Posted: 14 Aug 2021 08:24 AM PDT KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) akan melaksanakan kerja penyelenggaraan jalan berjadual bermula Isnin ini hingga 30 Disember depan bagi meningkatkan keselesaan dan keselamatan pengguna di Jambatan Pulau Pinang, terutama warga Pulau Mutiara itu. |
| Gempa bumi kuat landa Haiti, dirasai hingga ke Caribbean Posted: 14 Aug 2021 07:26 AM PDT PORT-AU-PRINCE: Gempa bumi besar melanda barat Haiti hari ini hingga memberi kesan di seberang Caribbean menyebabkan orang ramai meninggalkan kediaman kerana bimbang bangunan runtuh. |
| Ibu longlai di sisi jasad anak Posted: 14 Aug 2021 06:11 AM PDT TUMPAT: Tidak dapat menahan pilu, seorang ibu berulang kali memeluk dan meratap hiba di sisi jasad anak lelakinya yang maut akibat kemalangan jalan raya, petang tadi. |
| Tidak merujuk pembentukan kerajaan baharu - Saifuddin Posted: 14 Aug 2021 07:49 AM PDT KUALA LUMPUR: Tujuh cadangan rangka persefahaman rentas parti yang dikemukakan dalam ucapan khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam, tidak merujuk kepada pembentukan sebuah kerajaan baharu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah. |
| Kerajaan gubal undang-undang tangani buli siber - CyberSecurity Posted: 14 Aug 2021 07:38 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang menggubal undang-undang khusus mengenai buli siber bagi menangani masalah itu yang semakin meruncing, kata Naib Presiden Kanan Outreach dan Pembangunan Kapasiti CyberSecurity Malaysia, Lt Kol (B) Mustaffa Ahmad. |
| Ifedayo boleh lebur rekod Marlon, Ghaddar Posted: 14 Aug 2021 07:15 AM PDT KUALA LUMPUR: Penyerang berbisa Selangor, Ifedayo Omosuyi boleh memecahkan rekod penjaring terbanyak dalam satu musim Liga Super sekiranya berjaya meledak sekurang-kurangnya empat gol lagi bagi saingan musim ini. |
| KKM ambil tindakan drastik maksimumkan kapasiti HTAR Posted: 14 Aug 2021 07:07 AM PDT SHAH ALAM: Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil pelbagai tindakan drastik dan segera dalam pengendalian pesakit COVID-19 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, termasuk memaksimumkan kapasiti untuk menerima semua pesakit yang memerlukan rawatan. |
| 'Tunggu pemakluman kedudukan Muhyiddin Isnin ini' Posted: 14 Aug 2021 06:54 AM PDT KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat satu pemakluman penting berkaitan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinannya pada Isnin ini. |
| Posted: 14 Aug 2021 06:34 AM PDT MANCHESTER: Manchester United melaungkan amaran awal betapa kelab itu akan menjadi pencabar utama kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini apabila memulakan aksi sulung musim 2021/2022 dengan membelasah Leeds United 5-1, sebentar tadi. |
| Hampir 300 wartawan Brazil maut akibat COVID-19 Posted: 14 Aug 2021 06:35 AM PDT SAO PAULO: Seramai 300 orang wartawan meninggal dunia akibat COVID-19 di Brazil, antara Januari 2020 dan Julai 2021, menurut data kesatuan sekerja kebangsaan. |
| Fokus patriotisme perangi COVID-19, ketepikan perbezaan politik Posted: 14 Aug 2021 06:32 AM PDT KUALA LUMPUR: Semangat patriotisme negara kini harus memfokuskan kepada usaha memerangi COVID-19 dan melupakan perbezaan politik, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah. |
| Pelan transformasi sistem kesihatan depani pandemik masa depan Posted: 14 Aug 2021 12:14 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menggariskan beberapa pelan transformasi sistem kesihatan negara bagi mendepani cabaran sebarang pandemik pada masa depan. |
| Jepun gesa pemindahan ekoran hujan cetuskan banjir, tanah runtuh Posted: 14 Aug 2021 06:04 AM PDT TOKYO: Hampir dua juta orang digesa untuk mencari perlindungan kerana hujan lebat boleh mencetuskan banjir dan tanah runtuh di barat daya Jepun. |
| Sikap diplomatik Muhyiddin wajar diterima Posted: 14 Aug 2021 05:52 AM PDT KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menyifatkan tawaran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk bekerjasama dengan pembangkang sebagai sikap diplomatik terpuji yang wajar diterima demi kestabilan politik di negara ini. |
| Pemulihan semula angkatan bersenjata sebagai keutamaan: Ghani Posted: 14 Aug 2021 05:50 AM PDT KABUL: Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani menjelaskan pemulihan semula angkatan bersenjata negara itu menjadi keutamaan ketika pejuang Taliban mendekati ibu kota selepas berjaya mengalahkan pasukan itu sejak seminggu yang lalu. |
| 'DAP tolak PRU awal, tawaran Muhyiddin' - Lim Guan Eng Posted: 14 Aug 2021 05:45 AM PDT KUALA LUMPUR: Tawaran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkenaan beberapa reformasi institusi adalah perkara yang sudah lama ditunggu-tunggu pembangkang, namun keikhlasannya boleh dipertikai, selain didakwa tidak kena pada masanya. |
| Kilang punca ikan mati di Sungai Penchala dikenakan tindakan Posted: 14 Aug 2021 05:41 AM PDT SHAH ALAM: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) akan mengambil tindakan terhadap premis kilang yang didapati melepaskan efluen mentah sehingga menyebabkan ratusan hidupan air di Sungai Penchala, di sini, mati, Khamis lalu. |
| Atlet para terima bantuan keperluan asas Posted: 14 Aug 2021 05:35 AM PDT PETALING JAYA: Seramai 106 orang kurang upaya (OKU) termasuk atlet sukan para yang terkesan akibat COVID-19, menerima sumbangan bekalan keperluan harian dan baucar barangan runcit, menerusi program dianjurkan Persatuan Olahraga Para Selangor, hari ini. |
| Koeman tuntut Barcelona buktikan mampu hidup tanpa Messi Posted: 14 Aug 2021 05:17 AM PDT MADRID: Jurulatih Barcelona, Ronald Koeman berkata dia 'gembira dengan pasukan' dan mendesak mereka untuk mengelak daripada 'hidup dengan masa lalu' menjelang perlawanan pertama La Liga menentang Real Sociedad, Isnin ini, dalam era tanpa Lionel Messi. |
| Thailand lakukan ujian klinikal vaksin COVID-19 tempatan dari tumbuhan Posted: 14 Aug 2021 05:04 AM PDT BANGKOK: Thailand sudah siap sedia untuk memulakan ujian klinikal vaksin COVID-19 ke atas manusia dan vaksin berasaskan tumbuhan keluaran tempatan itu dijangka dapat digunakan tahun depan. |
| Cadangan rentas parti cermin keterbukaan kerajaan PN terhadap pembangkang Posted: 14 Aug 2021 05:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Tujuh cadangan rangka persefahaman rentas parti dikemukakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencerminkan keterbukaan kerajaan Perikatan Nasional (PN) terhadap peranan yang boleh dimainkan pembangkang dalam menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN). |
| Muhyiddin masih berkuasa selagi keabsahan belum dimuktamadkan Posted: 14 Aug 2021 02:44 AM PDT KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, masih boleh melaksanakan tanggungjawabnya dalam kerajaan, selagi belum meletak jawatan atau keabsahannya dimuktamadkan di Parlimen, walaupun didakwa sudah kehilangan majoriti dalam Dewan Rakyat. |
| Indonesia dakwa tahap keberkesanan vaksin Sinovac menurun Posted: 14 Aug 2021 04:19 AM PDT Jakarta: Indonesia menyatakan bahawa ia mendapati vaksin COVID-19 Sinovac kurang berkesan untuk melindungi terhadap kematian dan penyakit yang teruk dari bulan April hingga Jun, berbanding tiga bulan sebelumnya. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment