Sunday, August 15, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Beberapa lokaliti 4 negeri dikenakan PKPD mulai Selasa

Posted: 15 Aug 2021 02:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di beberapa lokaliti di Sabah, Terengganu, Kelantan dan Perak selama 14 hari, bermula Selasa ini.

Pandemik ragut nyawa, kestabilan negara

Posted: 15 Aug 2021 09:00 AM PDT

Antara babak menarik dalam filem Nujum Pak Belalang lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee sebagai watak utamanya adalah 'pertembungan' beradu kepintaran menjawab soalan teka-teki antara Pak Belalang mewakili negeri Beringin Rendang dengan Datuk Ahli Nujum dari negeri Masai.

TMJ titahkan penyumberluaran pesakit bukan COVID-19 ke hospital swasta

Posted: 15 Aug 2021 08:51 AM PDT

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibrahim, menitahkan pengurusan COVID-19 di negeri ini ditambah baik dengan penyumberluaran pesakit bukan COVID-19 ke hospital swasta.

'Usah kongsi foto, video lama Siti Sarah'

Posted: 15 Aug 2021 08:10 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelawak Shuib Sepahtu meminta orang ramai tidak berkongsi foto atau video yang memaparkan Allahyarham Siti Sarah Raissiddin dalam keadaan tidak menutup aurat dengan sempurna, di media sosial.

Parti politik wajar kerjasama bentuk kerajaan perpaduan

Posted: 15 Aug 2021 08:28 AM PDT

KUALA LUMPUR: Semua parti politik wajar membentuk kerjasama untuk menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan yang dipimpin Ahli Parlimen yang boleh diterima semua pihak.

Kos umrah dijangka meningkat sedikit - Zulkifli

Posted: 15 Aug 2021 08:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kos menunaikan ibadah umrah dijangka meningkat sedikit berikutan pelaksanaan peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) baharu yang diperkenalkan kerajaan Arab Saudi akibat pandemik COVID-19.

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Posted: 15 Aug 2021 08:04 AM PDT

LONDON: Berikut keputusan aksi Liga Perdana Inggeris sebentar tadi.

Kemelut politik: Petugas barisan hadapan perlu kekal fokus perangi COVID-19

Posted: 15 Aug 2021 07:58 AM PDT

KUALA LUMPUR: Semua petugas barisan hadapan kesihatan serta keselamatan perlu kekal fokus terhadap perang menentang COVID-19, dan tidak terkesan dengan sebarang kemungkinan yang berlaku akibat kemelut politik.

Sesi persekolahan bersemuka ditunda 3 Oktober ini

Posted: 15 Aug 2021 06:33 AM PDT

KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan pembukaan sesi persekolahan bersemuka ialah pada 3 Oktober depan berbanding 1 September yang ditetapkan sebelum ini.

Geng Fendy tumpas

Posted: 15 Aug 2021 07:23 AM PDT

MELAKA: Polis menumpaskan 'Geng Fendy' yang dipercayai terbabit dalam jenayah curi kenderaan dengan penahanan tiga lelaki dalam tiga serbuan petang semalam.

COVID-19: 101 kes BID direkodkan, tertinggi setakat ini

Posted: 15 Aug 2021 07:10 AM PDT

PUTRAJAYA: Sebanyak 101 kes kematian di luar hospital (BID) akibat COVID-19, direkodkan hari ini yang juga merupakan angka tertinggi, setakat ini.

Taliban mahukan peralihan kuasa secara aman beberapa hari lagi

Posted: 15 Aug 2021 07:10 AM PDT

KABUL: Jurucakap Taliban memberitahu BBC, kumpulan itu mahu mengambil alih kuasa di Afghanistan dalam beberapa hari lagi ketika pejuang mereka mengepung Kabul.

Ronaldo pasti 'bunuh diri' jika tidak sertai PSG

Posted: 15 Aug 2021 07:02 AM PDT

PARIS: Angel Di Maria berkata Cristiano Ronaldo mesti mahu 'membunuh diri' kerana tidak menyertai Paris Saint-Germain (PSG) pada musim ini.

6 beradik hilang ibu, disusuli bapa akibat COVID-19

Posted: 15 Aug 2021 03:20 AM PDT

TUMPAT: Belum sempat kering air mata menangisi pemergian ibu akibat COVID-19, enam beradik sekali lagi menerima khabar duka apabila bapa yang dijangkiti wabak sama turut menghembuskan nafas terakhir satu jam setengah kemudian.

COVID-19: Pesakit dirujuk ke Jabatan Kecemasan HKL semakin menurun - Pengarah

Posted: 15 Aug 2021 06:40 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jika semalam seorang pegawai kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkongsi khabar gembira mengenai situasi kemasukan pesakit COVID-19 di Jabatan Kecemasan semakin berkurangan, hari ini Pengarah hospital itu pula mengesahkan perkara berkenaan.

Taliban semakin menghampiri Kabul

Posted: 14 Aug 2021 02:10 AM PDT

KABUL: Taliban Afghanistan mengukuhkan penguasaan mereka di sekitar Kabul ketika pelarian dari serangan pemberontak membanjiri ibu kota dan Marin Amerika Syarikat (AS) kembali untuk menyelia pemindahan tenteranya.

6 negeri catat penurunan jangkitan COVID-19

Posted: 14 Aug 2021 08:36 PM PDT

KUALA LUMPUR: Jangkitan COVID-19 kategori tiga hingga lima menurun di enam negeri selepas liputan dos lengkap vaksin penduduk dewasa melebihi 40 peratus.

Tindakan nekad Binder tak tukar tayar berbaloi

Posted: 15 Aug 2021 06:32 AM PDT

SPIELBERG BEI KNITTELFELD, Austria: Pelumba Afrika Selatan, Brad Binder (KTM) memenangi perlumbaan MotoGP di Grand Prix (GP) Austria, hari ini, selepas melakukan perjudian untuk tidak menukar tayar ketika hujan lebat di pusingan penutup.

SK Ulu Tembeling tetap bersemangat kibar bendera

Posted: 15 Aug 2021 05:52 AM PDT

JERANTUT: Walaupun Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Tembeling terletak jauh di pedalaman, sambutan kemerdekaan turut dirasai apabila Jalur Gemilang berkibar megah di kawasan sekolah.

COVID-19: 20,546 kes baharu dilaporkan

Posted: 15 Aug 2021 01:28 AM PDT

PUTRAJAYA: Sebanyak 20,546 kes baharu COVID-19 dilaporkan, hari ini, dengan semua negeri dan Wilayah Persekutuan menyumbang angka jangkitan.

Lima wanita mangsa eksploitasi seks diselamatkan

Posted: 15 Aug 2021 05:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis menyelamatkan lima wanita warga asing dipercayai mangsa eksploitasi seks selepas menahan dua lelaki di sebuah kondominium di Sungai Besi, di sini, semalam.

Mawar agih bantuan dalam trauma

Posted: 15 Aug 2021 05:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Biarpun masih trauma dengan COVID-19 kerana dirinya dan keluarga pernah disahkan positif virus itu, Mawar Rashid memberanikan diri menghantar sumbangan kepada Hospital Selayang dan Hospital Ampang, Khamis lalu.

Nilai Rt empat negeri melebihi paras kebangsaan

Posted: 15 Aug 2021 05:36 AM PDT

PUTRAJAYA: Nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) di Perlis terus melepasi paras kebangsaan apabila ia merekodkan 1.47 semalam.

Krisis politik berpanjangan abaikan nasib pekerja

Posted: 15 Aug 2021 05:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Krisis kepemimpinan negara perlu diatasi secepat mungkin bagi memulihkan ekonomi dan mengekang penularan wabak COVID-19 secara menyeluruh.

'Muhyiddin maklum akan serah surat letak jawatan esok' - Mohd Redzuan

Posted: 15 Aug 2021 12:14 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan akan menyerah surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, esok.

Gerd Mueller meninggal dunia

Posted: 15 Aug 2021 05:17 AM PDT

BERLIN: Bayern Munich mengesahkan penyerang legenda kelab itu, Gerd Mueller meninggal dunia pada usia 75 tahun, hari ini.

Poland jual sejuta dos vaksin kepada Australia

Posted: 15 Aug 2021 04:39 AM PDT

WARSAW: Poland menjual sejuta dos vaksin COVID-19 Pfizer kepada Australia sebagai sebahagian daripada 'dasar tanggungjawab solidariti', kata Menteri Kesihatannya, Adam Niedzieslki.

Pegawai Penguat kuasa KPDNHEP diarah tingkat pemantauan

Posted: 15 Aug 2021 04:35 AM PDT

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengarahkan semua Pegawai Penguat Kuasa untuk menjalankan pemantauan dan pemeriksaan setiap hari bagi memastikan pembukaan 22 sektor tambahan ini tidak memberi kesan kepada penularan semula wabak COVID-19 di negara ini.

Taliban mula masuk ke Kabul

Posted: 15 Aug 2021 04:04 AM PDT

KABUL: Taliban sudah mula memasuki Kabul yang juga ibu negara dan bandar terbesar di Afghanistan, lapor Kementerian Dalam Negeri negara itu.

Pengunduran PETRONAS perkara biasa

Posted: 15 Aug 2021 04:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengunduran PETRONAS selaku penaja utama Sepang Racing Team (SRT) bermula musim depan dirumuskan sebagai satu perkara biasa yang dihadapi pasukan yang beraksi di mana-mana peringkat kejohanan.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template