BH Online - Terkini |
- BN sudah pilih calon Perdana Menteri UMNO
- Bintang Galatasaray tumbuk rakan sepasukan
- Seorang calon BN sudah dapat sokongan majoriti
- Ismail Sabri calon Perdana Menteri
- Yow Ng, Rachel terus kemaraan skuasy Terbuka British
- PEJUANG utamakan calon PH
- Bila lagi Pesuruhjaya Sukan nak lulus PSM baharu?
- Kedah benam Penang FC di Darul Aman
- JPJ tawar pengurangan 70 peratus bayaran saman
- 19,631 jangkitan COVID-19 hari ini
- Keadaan kekal tenang, polis terus pantau - KPN
- PM baharu tidak boleh ada cita-cita politik jangka panjang - Johari
- Empat kumpulan penyeludup bekerjasama
- Kane kembali jalani latihan bersama Spurs
- Boustead lepaskan pegangan University of Nottingham di Malaysia
- Lukaku tak sabar bergandingan dengan Havertz
- Ahli Parlimen UMNO, BN tentukan calon tunggal PM
- Pendapatan DRB-HICOM naik 30.8 peratus suku kedua
- Shopee sertai program vaksinasi sektor swasta
- Suasana di lapangan terbang Kabul memalukan: Presiden Jerman
- Abraham tinggalkan Chelsea sertai Roma
- Projek jalan: SPRM tahan lima individu
- 3 wanita menyamar NGO 'Gang Merry' dicekup
- Kajian harga kit ujian kendiri selesai akhir bulan ini
- KPLB terus 1,165 program pembangunan luar bandar
- Pesawat ketenteraan Russia terhempas ketika ujian
- FAM tangguh sementara projek naturalisasi
- FAM kekal `payung' skuad Harimau Malaya
- Buka semula pusat kecergasan, sukan untuk individu lengkap vaksin
- Kanak-kanak jadi kes indeks kluster baharu
| BN sudah pilih calon Perdana Menteri UMNO Posted: 17 Aug 2021 08:37 AM PDT KUALA LUMPUR: Mesyuarat di antara Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) malam ini secara bersama bersetuju dengan seorang calon Perdana Menteri daripada UMNO, untuk diserahkan kepada Istana Negara, esok. |
| Bintang Galatasaray tumbuk rakan sepasukan Posted: 17 Aug 2021 07:56 AM PDT GIRESUN, Turki: Bintang Galatasaray, Marcao berdepan penggantungan sebanyak 10 perlawanan selepas bergaduh dengan rakan sepasukannya ketika menang 2-0 ke atas Giresunspor. |
| Seorang calon BN sudah dapat sokongan majoriti Posted: 17 Aug 2021 06:15 AM PDT KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, mendakwa seorang calon Barisan Nasional (BN) sudah memiliki sokongan melebihi majoriti diperlukan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin. |
| Ismail Sabri calon Perdana Menteri Posted: 17 Aug 2021 08:53 AM PDT KUALA LUMPUR: Dua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengesahkan parti itu bersetuju menyokong Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon tunggal Perdana Menteri. |
| Yow Ng, Rachel terus kemaraan skuasy Terbuka British Posted: 17 Aug 2021 08:39 AM PDT KUALA LUMPUR: Dua pemain skuasy kebangsaan, Eain Yow Ng dan Rachel Arnold meneruskan prestasi baik mereka pada saingan Terbuka British 2021 di Hull, England hari ini. |
| Posted: 17 Aug 2021 08:20 AM PDT KUALA LUMPUR: Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) akan menyokong sesiapa sahaja yang mempunyai majoriti untuk jawatan Perdana Menteri, asalkan calon itu bukan daripada 'kluster mahkamah'. |
| Bila lagi Pesuruhjaya Sukan nak lulus PSM baharu? Posted: 17 Aug 2021 08:27 AM PDT KUALA TERENGGANU: "Sudah lama kami menanti, bila lagi Pesuruhjaya Sukan (PJS) nak luluskan PSM ( Persatuan Sepak Takraw Malaysia) baharu? Demikian luahan bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong. |
| Kedah benam Penang FC di Darul Aman Posted: 17 Aug 2021 08:18 AM PDT ALOR SETAR: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bangkit dari kekecewaan minggu lalu apabila menewaskan Penang FC 4-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman di sini, sebentar tadi. |
| JPJ tawar pengurangan 70 peratus bayaran saman Posted: 17 Aug 2021 02:18 AM PDT PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan potongan 70 peratus kepada semua saman yang boleh dikompaun, termasuk yang disenarai hitam sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-64, mulai esok. |
| 19,631 jangkitan COVID-19 hari ini Posted: 17 Aug 2021 01:09 AM PDT PUTRAJAYA: Seramai 293 pesakit COVID-19 meninggal dunia hari ini dan 251 daripada mereka ialah warga negara. |
| Keadaan kekal tenang, polis terus pantau - KPN Posted: 17 Aug 2021 04:28 AM PDT KUALA NERUS: Tiada sebarang isu ketenteraman awam dikesan walaupun negara berdepan dengan kemelut politik susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, semalam. |
| PM baharu tidak boleh ada cita-cita politik jangka panjang - Johari Posted: 17 Aug 2021 04:25 AM PDT KUALA LUMPUR: Situasi politik negara perlu ditangani segera supaya usaha untuk memulihkan ekonomi negara dapat diteruskan. |
| Empat kumpulan penyeludup bekerjasama Posted: 17 Aug 2021 07:47 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis mengesan empat sindiket berkongsi maklumat menjalankan penyeludupan pelbagai barang, terutama rokok di Sarawak. |
| Kane kembali jalani latihan bersama Spurs Posted: 17 Aug 2021 07:43 AM PDT LONDON: Kapten England, Harry Kane menjalani latihan bersama Tottenham Hotspurs buat kali pertama pada musim ini apabila melengkapkan tempoh pengasingan selepas bercuti di Bahamas. |
| Boustead lepaskan pegangan University of Nottingham di Malaysia Posted: 17 Aug 2021 06:40 AM PDT KUALA LUMPUR: Boustead Holdings Bhd (Boustead) hari ini mengumumkan ia keluar daripada usaha samanya dalam University of Nottingham di Malaysia (UNM) sejajar dengan strategi memperkasa perniagaannya dikenali 'Reinventing Boustead'. |
| Lukaku tak sabar bergandingan dengan Havertz Posted: 17 Aug 2021 07:39 AM PDT LONDON: Romelu Lukaku mengakui tidak sabar untuk bergandingan dengan Kai Havertz di jentera serangan sambil mendedahkan dia meyakinkan pemain Jerman itu untuk menyertai The Blues lebih setahun lalu. |
| Ahli Parlimen UMNO, BN tentukan calon tunggal PM Posted: 17 Aug 2021 07:37 AM PDT KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini bersetuju menyerahkan kepada Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN), memuktamadkan calon tunggal Perdana Menteri, untuk dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong esok. |
| Pendapatan DRB-HICOM naik 30.8 peratus suku kedua Posted: 17 Aug 2021 06:34 AM PDT KUALA LUMPUR: DRB-HICOM Bhd (DRB-HICOM) mencatatkan pendapatan RM2.62 bilion untuk suku kedua berakhir 30 Jun 2021, peningkatan 30.8 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu. |
| Shopee sertai program vaksinasi sektor swasta Posted: 17 Aug 2021 04:27 AM PDT KUALA LUMPUR: Shopee mengumumkan penyertaannya dalam program vaksinasi sektor swasta bagi membolehkan kakitangannya di vaksin sepenuhnya dan dilindungi daripada COVID-19. |
| Suasana di lapangan terbang Kabul memalukan: Presiden Jerman Posted: 17 Aug 2021 05:00 AM PDT BERLIN: Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier mengkritik kuasa Barat atas situasi huru-hara di lapangan terbang Kabul di mana ribuan orang Afghanistan berkumpul untuk melarikan diri dari negara itu selepas Taliban kembali berkuasa. |
| Abraham tinggalkan Chelsea sertai Roma Posted: 17 Aug 2021 07:14 AM PDT ROM: Penyerang Chelsea, Tammy Abraham melengkapkan perpindahan ke AS Roma dan menyertai bekas bos The Blues, Jose Mourinho dengan nilai perpindahan sekitar 40 juta euro (RM198 juta). |
| Projek jalan: SPRM tahan lima individu Posted: 17 Aug 2021 06:59 AM PDT SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lima individu bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah daripada kontraktor dengan jumlah keseluruhan lebih RM130,000. |
| 3 wanita menyamar NGO 'Gang Merry' dicekup Posted: 17 Aug 2021 06:42 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga wanita hari ini dan Sabtu lalu, kerana disyaki terbabit kes menyamar sebagai wakil badan bukan kerajaan (NGO) dikenali 'Gang Merry' untuk merompak wang tunai RM8,000 di rumah wanita warga emas. |
| Kajian harga kit ujian kendiri selesai akhir bulan ini Posted: 17 Aug 2021 04:47 AM PDT MELAKA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjangka kajian membabitkan kos dan harga kit ujian kendiri COVID- 19 akan selesai akhir bulan ini sebelum penetapan harga dilaksanakan. |
| KPLB terus 1,165 program pembangunan luar bandar Posted: 17 Aug 2021 06:02 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan meneruskan 1,165 program pembangunan untuk memulih dan merancakkan ekonomi di luar bandar. |
| Pesawat ketenteraan Russia terhempas ketika ujian Posted: 17 Aug 2021 06:00 AM PDT MOSCOW: Sebuah pesawat pengangkutan ketenteraan ringan Il-112 yang dibangunkan oleh tentera Russia, mengalami kemalangan semasa ujian penerbangan. |
| FAM tangguh sementara projek naturalisasi Posted: 17 Aug 2021 05:56 AM PDT KUALA LUMPUR: Tiada lagi kelibat 'harimau Import' yang bakal ditagih buat masa ini selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan projek naturalisasi untuk memperkasa skuad kebangsaan ditangguhkan buat sementara waktu. |
| FAM kekal `payung' skuad Harimau Malaya Posted: 17 Aug 2021 05:57 AM PDT KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memutuskan skuad Harimau Malaya akan terus kekal di bawah 'payung' pengurusan badan induk itu meskipun mendapat tawaran daripada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. |
| Buka semula pusat kecergasan, sukan untuk individu lengkap vaksin Posted: 17 Aug 2021 05:37 AM PDT KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Panel Pakar Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk V Radhakrishnan menggesa kerajaan membuka semula pusat kecergasan dan kemudahan sukan untuk individu yang lengkap divaksin. |
| Kanak-kanak jadi kes indeks kluster baharu Posted: 17 Aug 2021 05:48 AM PDT PUTRAJAYA: Kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun menjadi kes indeks bagi Kluster Lorong Wook di Pasir Mas, Kelantan dan sehingga kini sudah menjangkiti 11 individu. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment