BH Online - Terkini |
- Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks susut 10.29 mata
- 31 dikompaun berhimpun di Dataran Merdeka
- Remy Ishak nikah Sabtu ini
- SPRM tahan bekas Pegawai Tugas-tugas Khas Ahli Parlimen
- 5 wanita antara 16 ditahan terbabit judi dalam talian
- Polis nafi halang pelanggan masuk pusat beli-belah
- GP Malaysia dibatalkan lagi
- NGO persembah 3 syor jika pemilihan PM terganggu lagi
- PARALIMPIK: Kumpulan pertama kontinjen negara berlepas ke Tokyo
- Polis periksa rumah Ebit Lew
- Henti aktiviti, siasat segera punca tsunami kecil di Gunung Jerai
- Taliban digesa sediakan laluan selamat kepada pelarian
- Pesanan Dr Noor Hisham
- 'Jangan hanya bergantung pada saya seorang'
- Kedah jangka berdepan aksi sukar bertemu TFC
- Kelantan sumbang RM50,000 kepada mangsa banjir di Kedah
- Nicole Kidman diberi pelepasan kuarantin cetus kemarahan
- Tiada kesan kawasan terbuka di puncak Gunung Jerai
- MoU tidak nyata projek terowong dibuat secara tender terbuka - Saksi
- Kedah cari inisiatif pulihkan Yan
- Pemilihan Ab Ghani pimpin MFL tepat
- Kumpulan G11 sambut baik usaha Pesuruhjaya Sukan
- Mangsa keempat dihanyut kepala air ditemui
- PARALIMPIK: Sasaran tiga emas kontinjen negara kekal
- Penduduk bantah pembinaan asrama pekerja asing
- Selebriti media sosial Singapura berdepan tuduhan di mahkamah
- Polis kesan seorang pesakit lari dari PKRC Kamunting
- Tujuh lokaliti di Sabah, Kelantan, Pahang dikenakan PKPD
- Kerajaan negeri nafi kuari punca banjir di Merbok
- 3 terbunuh letupan bom perarakan penganut Syiah
| Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks susut 10.29 mata Posted: 19 Aug 2021 03:36 AM PDT KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup dalam lingkungan negatif pada Khamis berikutan perkembangan politik semasa, dan turut seiring dengan prestasi bursa-bursa serantau. |
| 31 dikompaun berhimpun di Dataran Merdeka Posted: 19 Aug 2021 09:26 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis mengeluarkan kompaun berjumlah RM62,000 terhadap 31 ahli Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) kerana menganjur serta menyertai perhimpunan di padang Dataran Merdeka, malam tadi. |
| Posted: 19 Aug 2021 08:52 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelakon Remy Ishak, 39, mengesahkan bakal bernikah, Sabtu ini. |
| SPRM tahan bekas Pegawai Tugas-tugas Khas Ahli Parlimen Posted: 19 Aug 2021 08:46 AM PDT ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas Pegawai Tugas-tugas Khas Ahli Parlimen hari ini, kerana disyaki menyeleweng wang berjumlah RM140,600. |
| 5 wanita antara 16 ditahan terbabit judi dalam talian Posted: 19 Aug 2021 08:41 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis menahan 16 individu termasuk lima wanita di sebuah kondominium dekat Kajang hari ini, selepas disyaki terbabit kegiatan perjudian dalam talian. |
| Polis nafi halang pelanggan masuk pusat beli-belah Posted: 19 Aug 2021 08:10 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis menafikan dakwaan anggotanya menyekat individu tidak lengkap vaksinasi untuk masuk ke sebuah pusat beli-belah di Jalan Maarof, Bangsar di sini seperti tular di media sosial, baru-baru ini. |
| Posted: 19 Aug 2021 05:54 AM PDT PARIS: Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia yang dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Oktober ini dibatalkan susulan sekatan perjalanan akibat COVID-19 dan akan digantikan dengan perlumbaan di Misano, Itali, kata penganjur. |
| NGO persembah 3 syor jika pemilihan PM terganggu lagi Posted: 19 Aug 2021 07:47 AM PDT KUALA LUMPUR: Gabungan Melayu ( GABUNG) mewakili 100 badan bukan kerajaan (NGO) mempersembahkan tiga cadangan yang sesuai dilaksanakan dengan kuasa Eksekutif Yang di-Pertuan Agong dalam menyelesaikan krisis politik tanah air. |
| PARALIMPIK: Kumpulan pertama kontinjen negara berlepas ke Tokyo Posted: 19 Aug 2021 07:45 AM PDT SEPANG: Selepas lebih 10 hari Sukan Olimpik melabuhkan tirai, kini tiba masa bagi atlet para negara untuk berjuang habis-habisan demi Malaysia pada Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo bermula 24 Ogos ini hingga 5 September ini. |
| Posted: 19 Aug 2021 07:24 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan membuat pemeriksaan di rumah pendakwah terkenal, Ebit Lew hari ini, bagi melengkapkan kertas siasatan kes gangguan seksual. |
| Henti aktiviti, siasat segera punca tsunami kecil di Gunung Jerai Posted: 18 Aug 2021 09:58 PM PDT GEORGETOWN: Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa supaya semua aktiviti dan kegiatan yang merosakkan alam sekitar di kawasan ekosistem rapuh Gunung Jerai, Kedah, dihentikan segera. |
| Taliban digesa sediakan laluan selamat kepada pelarian Posted: 19 Aug 2021 07:20 AM PDT KABUL: Pejuang Taliban mengawal ketat sekitar lapangan terbang Kabul sehingga mengundang kebimbangan kononnya mereka menghalang akses rakyat Afghanistan untuk keluar dari negara berkenaan. |
| Posted: 19 Aug 2021 07:19 AM PDT KUALA LUMPUR: Kelonggaran beberapa kemudahan untuk individu lengkap vaksinasi di negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula esok, diberikan atas faktor ekonomi dan bukan kerana persekitaran sudah selamat daripada jangkitan COVID-19. |
| 'Jangan hanya bergantung pada saya seorang' Posted: 19 Aug 2021 07:15 AM PDT KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mengingatkan rakan sepasukan untuk tidak hanya bergantung kepada dirinya apabila membawa cabaran Malaysia pada saingan Piala Thomas di Aarhus, Denmark bermula 9 hingga 17 Oktober ini. |
| Kedah jangka berdepan aksi sukar bertemu TFC Posted: 19 Aug 2021 07:14 AM PDT ALOR SETAR: Pengendali Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Aidil Sharin Sahak menjangkakan cabaran sengit bakal dihadapi skuad bimbingannya apabila bertandang ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu bertemu Terengganu FC (TFC) esok. |
| Kelantan sumbang RM50,000 kepada mangsa banjir di Kedah Posted: 19 Aug 2021 07:06 AM PDT KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menyampaikan sumbangan serta-merta RM50,000 kepada Kedah sebagai bantuan bencana. |
| Nicole Kidman diberi pelepasan kuarantin cetus kemarahan Posted: 19 Aug 2021 07:07 AM PDT Hong Kong: Keputusan Hong Kong untuk memberikan pelepasan kuarantin kepada bintang Hollywood, Nicole Kidman mengundang kemarahan awam. |
| Tiada kesan kawasan terbuka di puncak Gunung Jerai Posted: 19 Aug 2021 06:24 AM PDT YAN: Pemantauan udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mendapati tiada kesan tanah lapang atau kawasan terbuka di puncak Gunung Jerai dan Titi Hayun. |
| MoU tidak nyata projek terowong dibuat secara tender terbuka - Saksi Posted: 19 Aug 2021 07:02 AM PDT KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, diberitahu bahawa bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, memaklumkan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) Negeri Pulau Pinang bahawa projek pembinaan jalan utama dan terowong di negeri itu ditawarkan secara tender terbuka. |
| Kedah cari inisiatif pulihkan Yan Posted: 19 Aug 2021 06:01 AM PDT YAN: Kerajaan Kedah akan mencari inisiatif terbaik bagi membangunkan semula daerah Yan yang terjejas teruk akibat banjir, petang semalam. |
| Pemilihan Ab Ghani pimpin MFL tepat Posted: 19 Aug 2021 06:42 AM PDT KUALA LUMPUR: B Satianathan menyifatkan Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang baharu, Datuk Ab Ghani Hassan mempunyai jiwa mendalam terhadap bola sepak kerana bukan sahaja pernah terbabit dalam pengurusan malah pernah menjadi pemain. |
| Kumpulan G11 sambut baik usaha Pesuruhjaya Sukan Posted: 19 Aug 2021 06:36 AM PDT KUALA LUMPUR: Gabungan Sepaktakraw Kelantan (GASTAK) berharap Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) dapat mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) secepat mungkin dalam usaha memulihkan badan induk itu. |
| Mangsa keempat dihanyut kepala air ditemui Posted: 19 Aug 2021 06:18 AM PDT YAN: Mangsa keempat yang maut dalam kejadian banjir dan tanah runtuh akibat fenomena kepala air di kawasan Gunung Jerai semalam, ditemui di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Sungai Udang di sini, jam 3.10 petang tadi. |
| PARALIMPIK: Sasaran tiga emas kontinjen negara kekal Posted: 19 Aug 2021 06:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Sasaran tiga pingat emas kontinjen Malaysia di Sukan Paralimpik 2020 tidak terjejas walaupun berlaku perubahan dalam pucuk pimpinan kerajaan, kata Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin. |
| Penduduk bantah pembinaan asrama pekerja asing Posted: 19 Aug 2021 06:01 AM PDT MELAKA: Penduduk Kampung Pantai Rombang, Pantai Puteri, Tanjung Kling di sini, membantah cadangan pembinaan asrama pekerja asing di kampung berkenaan kerana bimbang dengan rusuhan pekerja asing di asrama sebuah kilang, pada malam 12 Ogos lalu. |
| Selebriti media sosial Singapura berdepan tuduhan di mahkamah Posted: 19 Aug 2021 05:53 AM PDT SINGAPURA: Seorang selebriti media sosial didakwa atas pertuduhan menawarkan wang bagi mendapatkan perkhidmatan seks daripada remaja. |
| Polis kesan seorang pesakit lari dari PKRC Kamunting Posted: 19 Aug 2021 05:44 AM PDT TAIPING: Polis mengesahkan menerima laporan tiga pesakit COVID-19 yang melarikan diri dari Pusat Kuarantin Rawatan Covid (PKRC) Kompleks Rakan Muda Kamunting, semalam. |
| Tujuh lokaliti di Sabah, Kelantan, Pahang dikenakan PKPD Posted: 19 Aug 2021 03:27 AM PDT KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di tujuh lokaliti di Sabah, Kelantan dan Pahang, selama 14 hari, bermula Sabtu ini hingga 3 September. |
| Kerajaan negeri nafi kuari punca banjir di Merbok Posted: 19 Aug 2021 05:32 AM PDT YAN: Kerajaan negeri menafikan kuari bijih besi di Tupah menjadi punca banjir di kawasan kaki Gunung Jerai sekitar Merbok, petang semalam. |
| 3 terbunuh letupan bom perarakan penganut Syiah Posted: 19 Aug 2021 05:31 AM PDT LAHORE: Sekurang-kurangnya tiga terbunuh dan 50 lagi cedera dalam insiden letupan bom ketika penganut Syiah mengadakan perarakan Asyura sempena sambutan bulan Muharam. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment