BH Online - Terkini |
- Keputusan Liga Perdana Inggeris
- Kedah pula buat TFC kecewa
- Jokowi ucap tahniah pelantikan Ismail Sabri
- Tambahan satu batalion PGA di sempadan Sarawak
- Ahmad Zahid tidak tunduk kepada tekanan
- JDT hampiri gelaran kelapan
- Sukarelawan ke Yan perlu daftar di PKOB
- PARALIMPIK: Kumpulan ketiga kontinjen negara berlepas malam tadi
- MFL optimis semua pasukan lengkapkan pelesenan kelab
- Polis e-mel soalan siasatan kepada Nadir Al-Nuri
- Ismail Sabri angkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-9
- Tatu kod bar sijil COVID-19 dicacah di lengan
- Jota bantu Liverpool kekal rekod bersih
- Ismail Sabri mudah bergaul, pentingkan masa
- Nadir Al-Nuri sedia beri kerjasama kepada polis berhubung fitnah terhadap Ebit Lew
- Zamburger kini miliki 70 rangkaian hotel
- Siapa pemimpin utama Taliban
- Warga sukan ucap tahniah kepada Ismail Sabri
- MyAktif bantu pacu kenalpasti, bangun bakat negara
- 'Saya doakan Ismail Sabri kemudi negara ke mercu kejayaan'
- Hodak lega, KL City makin mantap
- N Sembilan FC kembali terajui liga
- Dollah kecewa persembahan longlai Pahang
- 22,262 kes baharu hari ini
- Pemuda PN yakin ada musyawarah bentuk Kabinet baharu
- Empat runtuhan tanah dikesan di Gunung Jerai
- 'Mungkin bawah timbunan kayu, batu'
- 3 maut motosikal dirempuh kereta di Sitiawan
- Pelaksanaan PKPD di 11 lokaliti bermula Isnin ini
- Maut terhidu gas beracun
| Keputusan Liga Perdana Inggeris Posted: 21 Aug 2021 08:59 AM PDT LONDON: Berikut keputusan Liga Perdana Inggeris: |
| Posted: 21 Aug 2021 08:14 AM PDT KUALA TERENGGANU: Kedah Darul Aman FC (KDAFC) membalas dendam kekalahan lalu apabila berjaya menumpaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, sebentar tadi. |
| Jokowi ucap tahniah pelantikan Ismail Sabri Posted: 21 Aug 2021 08:52 AM PDT JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo, atau lebih dikenali sebagai Jokowi, mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri kesembilan Malaysia. |
| Tambahan satu batalion PGA di sempadan Sarawak Posted: 21 Aug 2021 08:32 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan tambahan sekurang-kurangnya satu batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) di Sarawak untuk menguatkan kawalan keselamatan sempadan di negeri itu. |
| Ahmad Zahid tidak tunduk kepada tekanan Posted: 21 Aug 2021 08:19 AM PDT KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan tidak pernah tunduk kepada tekanan, ugutan atau syarat yang boleh menghancurkan parti itu selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). |
| Posted: 21 Aug 2021 07:59 AM PDT KUALA LUMPUR: Pendahulu Liga Super Johor Darul Ta'zim (JDT) kian menghampiri kejuaraan liga buat kali kelapan berturut turut selepas menumbangkan PJ City 2-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi. |
| Sukarelawan ke Yan perlu daftar di PKOB Posted: 21 Aug 2021 07:17 AM PDT YAN: Semua sukarelawan yang ingin menyampaikan bantuan atau menjalankan kerja pembersihan di kawasan terjejas akibat banjir lumpur di daerah ini, mendaftar di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) terlebih dahulu. |
| PARALIMPIK: Kumpulan ketiga kontinjen negara berlepas malam tadi Posted: 21 Aug 2021 06:58 AM PDT SEPANG: Giliran tiga pemenang pingat emas Rio 2016, Abdul Latif Romly, Muhammad Ziyad Zokefli dan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi mengetuai kumpulan ketiga kontinjen Malaysia berlepas ke Sukan Paralimpik Tokyo, Jepun, malam ini. |
| MFL optimis semua pasukan lengkapkan pelesenan kelab Posted: 21 Aug 2021 06:57 AM PDT KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) optimis semua pasukan Liga Malaysia (Liga M) mampu melengkapkan pelesenan kelab seperti ditetapkan badan pengendali liga itu menjelang 31 Ogos ini. |
| Polis e-mel soalan siasatan kepada Nadir Al-Nuri Posted: 21 Aug 2021 06:45 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, mengesahkan sudah menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, yang kini berada di Gaza, Palestin. |
| Ismail Sabri angkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-9 Posted: 21 Aug 2021 02:05 AM PDT Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menandatangani Surat Cara Pelantikan sebagai Perdana Menteri Kesembilan pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri di Istana Negara hari ini. |
| Tatu kod bar sijil COVID-19 dicacah di lengan Posted: 21 Aug 2021 06:43 AM PDT ROM: Seorang pelajar berusia 22 tahun di Itali menjadi sensasi internet selepas mencacah tatu kod bar sijil COVID-19 di lengannya. |
| Jota bantu Liverpool kekal rekod bersih Posted: 21 Aug 2021 06:41 AM PDT LONDON: Liverpool mengekalkan rekod sempurna Liga Perdana Inggeris musim ini apabila menewaskan Burnley 2-0 di Anfield sebentar tadi. |
| Ismail Sabri mudah bergaul, pentingkan masa Posted: 21 Aug 2021 06:39 AM PDT BERA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, disifatkan sebagai seorang yang sangat mementingkan ketepatan masa, mudah didekati dan menitikberatkan kebajikan rakyat tanpa mengira warna kulit. |
| Nadir Al-Nuri sedia beri kerjasama kepada polis berhubung fitnah terhadap Ebit Lew Posted: 21 Aug 2021 06:08 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis berhubung siasatan kenyataan terhadap pendakwah terkenal Ebit Lew. |
| Zamburger kini miliki 70 rangkaian hotel Posted: 20 Aug 2021 01:32 AM PDT KUALA LUMPUR: Pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak awal tahun lalu menyebabkan sektor perhotelan negara kian nazak dan banyak hotel termasuk bertaraf lima bintang terpaksa gulung tikar dan menutup cawangan lantaran tidak mampu menampung kos operasi. |
| Posted: 21 Aug 2021 06:07 AM PDT KABUL: Pegawai kanan Taliban mula tiba di ibu kota Afghanistan ini bagi mengadakan perbincangan bersama untuk membentuk kerajaan selepas menguasai negara itu minggu lalu. |
| Warga sukan ucap tahniah kepada Ismail Sabri Posted: 21 Aug 2021 06:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Warga sukan turut merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri (PM) kesembilan hari ini. |
| MyAktif bantu pacu kenalpasti, bangun bakat negara Posted: 21 Aug 2021 05:59 AM PDT KUALA LUMPUR: Institut Sukan Negara (ISN) berpandangan cadangan mewujudkan sebuah badan berkanun seperti Majlis Sukan Negara (MSN) di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) bagi meluaskan pencarian atlet berprestasi tinggi buat negara adalah tidak sesuai. |
| 'Saya doakan Ismail Sabri kemudi negara ke mercu kejayaan' Posted: 21 Aug 2021 05:58 AM PDT KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendoakan penggantinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dapat menggalas amanah kepemimpinan dengan sebaik mungkin dan mengemudi negara ke mercu kejayaan. |
| Hodak lega, KL City makin mantap Posted: 21 Aug 2021 05:50 AM PDT KUALA LUMPUR: Pengendali KL City FC, Bojan Hodak jelas lega dengan persembahan bertenaga yang diperagakan anak buahnya khususnya pada babak kedua yang dilihat menjadi faktor mereka berjaya pulang dari Kuantan dengan mata penuh. |
| N Sembilan FC kembali terajui liga Posted: 21 Aug 2021 05:48 AM PDT KUALA LUMPUR: Negeri Sembilan FC merampas kembali kedudukan teratas Liga Premier selepas mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Kelantan United di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, hari ini. |
| Dollah kecewa persembahan longlai Pahang Posted: 21 Aug 2021 05:49 AM PDT KUANTAN: Pengendali Sri Pahang FC, Dollah Salleh kecewa dengan prestasi skuad itu apabila tewas 0-2 kepada Kuala Lumpur (KL) City FC dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur, semalam. |
| Posted: 21 Aug 2021 12:54 AM PDT PUTRAJAYA: Penularan COVID-19 di negara ini kekal melebihi 22,000 kes apabila sebanyak 22,262 jangkitan baharu dilaporkan hari ini sekali gus menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 1,535,286 kes. |
| Pemuda PN yakin ada musyawarah bentuk Kabinet baharu Posted: 21 Aug 2021 05:39 AM PDT YAN: Pemuda Perikatan Nasional (PN) berharap pentadbiran baharu di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan meneruskan legasi kerajaan PN terdahulu bagi mewujudkan kestabilan politik dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. |
| Empat runtuhan tanah dikesan di Gunung Jerai Posted: 21 Aug 2021 02:04 AM PDT YAN: Sekurang-kurangnya empat kesan runtuhan tanah didapati berlaku di puncak Gunung Jerai yang dipercayai menyebabkan bencana geologi membabitkan aliran lumpur dan puing di kawasan kaki gunung berkenaan, Rabu lalu. |
| 'Mungkin bawah timbunan kayu, batu' Posted: 21 Aug 2021 05:25 AM PDT YAN: Polis tidak menolak kemungkinan dua mangsa yang masih hilang dalam bencana kepala air di Titi Hayun dan Batu Hampar, Rabu lalu tertimbus di bawah timbunan kayu dan batu. |
| 3 maut motosikal dirempuh kereta di Sitiawan Posted: 21 Aug 2021 05:09 AM PDT SITIAWAN: Tiga maut selepas motosikal ditunggang mereka dipercayai dirempuh sebuah kereta di Kampung Sitiawan, di sini, hari ini. |
| Pelaksanaan PKPD di 11 lokaliti bermula Isnin ini Posted: 21 Aug 2021 05:08 AM PDT KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 11 lokaliti di Sabah, Perak, Kedah dan Pahang bermula Isnin ini. |
| Posted: 21 Aug 2021 05:00 AM PDT CYBERJAYA: Dua lelaki warga India maut dipercayai akibat terhidu gas beracun ketika melakukan kerja memasang kabel dalam lubang laluan air 'manhole' di Persiaran SP3 di sini, hari ini. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment