Sunday, August 22, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Ibu Syamel meninggal dunia

Posted: 22 Aug 2021 09:45 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ibu penyanyi Syamel, Wan Faaizah Karim, 55 menghembuskan nafas terakhir, jam 10.09 malam tadi selepas terpaksa ditidurkan berikutan masalah kekurangan oksigen dalam badan di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara sejak hampir sebulan lalu.

Ditetak ketika cari pencuri burung Murai Cerek

Posted: 22 Aug 2021 09:10 AM PDT

BACHOK: Seorang lelaki parah ditetak tiga lelaki ketika cuba mencari pencuri burung miliknya dalam kejadian di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Yunus, Kampung Pauh Jabit, Tawang di sini, hari ini.

Man United bangkit ikat Southampton

Posted: 22 Aug 2021 08:41 AM PDT

LONDON: Mason Greenwood menjaringkan gol penyamaan Manchester United dalam keputusan 1-1 menentang Southampton di Stadium St Mary's.

Kane kembali beraksi bersama Spurs

Posted: 22 Aug 2021 08:27 AM PDT

LONDON: Harry Kane membuat penampilan pertamanya untuk Tottenham musim ini ketika skuad kendalian Nuno Espirito Santo menewaskan bekas kelabnya Wolves 1-0.

Tengku Zafrul ingin luang masa bersama keluarga

Posted: 22 Aug 2021 08:17 AM PDT

SHAH ALAM: "Fokus saya pada masa ini adalah untuk bersama keluarga."

UiTM FC bangkit ikat Melaka United

Posted: 22 Aug 2021 08:10 AM PDT

MELAKA: UiTM FC bangkit pada penghujung babak kedua untuk mengikat Melaka United (MU) 1-1 pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat Paya Rumput sebentar tadi.

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Posted: 22 Aug 2021 07:56 AM PDT

LONDON: Berikut keputusan Liga Perdana Inggeris:

Syamel berdebar bunyi deringan telefon

Posted: 22 Aug 2021 07:53 AM PDT

KUALA LUMPUR: Hati penyanyi lagu Hidup Dalam Mati, Syamel sentiasa diburu kebimbangan setiap kali telefonnya berdering, terlalu takut menerima berita mengenai ibunya.

Terus patuh SOP elak dijangkiti varian Delta

Posted: 22 Aug 2021 07:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia mungkin memerlukan masa lebih lama untuk mencapai imuniti kelompok berikutan kemunculan varian Delta yang kini makin membimbangkan.

Sabah FC hampa lagi di Likas

Posted: 22 Aug 2021 07:20 AM PDT

KOTA KINABALU: Sabah sekali lagi hampa apabila dengan mudah ditewaskan 3-0 oleh Penang FC dalam aksi Liga Super di Stadium Likas sebentar tadi.

PARALIMPIK: Suresh harap tuah anak untuk panahan emas

Posted: 22 Aug 2021 07:19 AM PDT

TOKYO: Juara memanah para dunia 2019, S Suresh mengharapkan kelahiran cahaya mata pertamanya bulan lalu mampu membawa tuah kepada beliau untuk merangkul pingat emas dalam Sukan Paralimpik 2020, yang bermula Selasa ini hingga 5 September.

Sisa balak hanyut di Sungai Baleh risaukan penduduk

Posted: 22 Aug 2021 07:19 AM PDT

KAPIT: Longgokan sisa kayu balak di Sungai Baleh sejak semalam, menjadi mimpi ngeri penduduk di sepanjang sungai berkenaan kerana sekali lagi berdepan kejadian seperti 10 tahun lalu.

JDT hanya perlu menang satu aksi lagi

Posted: 22 Aug 2021 07:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta'zim (JDT) hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk meraikan kejuaraan Liga Super kali kelapan berturut turut, susulan kemenangan 2-0 ke atas PJ City FC kelmarin.

Neitzel hairan Selangor tak mampu belasah Perak

Posted: 22 Aug 2021 06:51 AM PDT

KUALA LUMPUR: 'Kenapa kami tidak boleh jaringkan lebih banyak gol lagi?'

Anis Amira dijangka sukar layak Olimpik 2024

Posted: 22 Aug 2021 06:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelumba basikal trek wanita negara, Anis Amira Rosidi dijangka berdepan kesukaran layak ke Sukan Olimpik 2024.

'Segerakan mesyuarat pengurusan bencana'

Posted: 21 Aug 2021 11:54 PM PDT

BAGAN SERAI : Semua pegawai daerah di negeri ini diminta mempengerusikan segera mesyuarat pengurusan bencana dan membuat persediaan lebih awal bagi menghadapi musim banjir tidak lama lagi.

Syafiq Ahmad mohon maaf

Posted: 22 Aug 2021 06:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Syafiq Ahmad membuat permohonan maaf selepas bertindak mengikut emosi apabila meluahkan perasaannya menerusi ciapan Twitter, kelmarin.

BAM anjur kejohanan badminton dalaman remaja

Posted: 22 Aug 2021 06:34 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan mengadakan Kejohanan Ranking Dalaman Remaja bermula esok hingga Jumaat ini sebagai usaha memastikan pemain muda negara kekal kompetitif selepas kekurangan kejohanan antarabangsa susulan COVID-19.

Pembabitan GP dalam PICK tidak dihenti

Posted: 22 Aug 2021 06:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pasukan Petugas Khas COVID-19 (CITF) menjelaskan, pembabitan pengamal perubatan am swasta (GP) dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) tidak dihentikan seperti didakwa.

Tembak mati 33 penjenayah, tangan sendiri ditembusi peluru

Posted: 22 Aug 2021 06:16 AM PDT

SEREMBAN: Menembak mati 33 daripada 34 penjenayah dalam tempoh sembilan tahun ketika berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjadi pengalaman sukar dilupakan bekas anggota polis, Bakrim Ebok, 63.

MPK juara keseluruhan Karnival SUKANUNVE 2021

Posted: 22 Aug 2021 06:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Majlis Perbandaran Klang (MPK) dinobatkan sebagai juara keseluruhan Karnival E-Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia (SUKANUNVE) 2021 yang julung kali diadakan dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM).

PARALIMPIK: Cikgu Didin tekad lakar kejutan di Tokyo

Posted: 22 Aug 2021 06:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Walaupun tidak diletakkan sebagai sandaran, namun pemain badminton para negara, Didin Teresoh tetap mengintai peluang untuk melakar kejutan apabila beraksi di Sukan Paralimpik 2020 yang akan bermula, Selasa ini.

Tambahan 6 juta vaksin bukti kerajaan komited lawan pandemik

Posted: 22 Aug 2021 06:02 AM PDT

PUTRAJAYA: Tambahan pembelian enam juta dos vaksin lagi membuktikan komitmen dan keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memastikan kerajaan mencari jalan keluar melawan pandemik COVID-19 demi kesejahteraan rakyat.

Iran catat kematian harian tertinggi

Posted: 22 Aug 2021 05:58 AM PDT

TEHRAN: Kementerian Kesihatan Iran melaporkan lebih daripada 680 kematian akibat jangkitan COVID-19 setiap hari, buat kali pertama selepas sekatan ditamatkan.

Perak FC kian hampiri Liga Perdana

Posted: 22 Aug 2021 05:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perak FC jelas terus tersepit di zon penyingkiran selepas tewas 3-0 di tangan Selangor FC di Ipoh, kelmarin, sekali gus menyaksikan peluang untuk kekal di Liga Super pada musim depan kian samar.

Warga emas rentas daerah cetus kluster baharu

Posted: 22 Aug 2021 05:41 AM PDT

KOTA KINABALU: Seorang petani warga emas dijangkiti COVID-19 yang merentas daerah bagi mendapatkan rawatan penyakit kulit mencetuskan kluster baharu di Tongod.

"PM ajak rakyat ke arah perpaduan'

Posted: 22 Aug 2021 05:39 AM PDT

KUALA LUMPUR: Frasa Keluarga Malaysia yang digunakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam ucapan sulungnya hari ini diibaratkan satu ungkapan perdamaian di saat negara menghadapi persengketaan politik yang amat sengit.

Bot langgar boya, lelaki dikhuatiri hilang

Posted: 22 Aug 2021 05:31 AM PDT

LANGKAWI: Seorang lelaki dikhuatiri hilang manakala tiga rakannya terselamat selepas bot gentian kaca dinaiki terlanggar boya di perairan Pulau Lalang di sini, hari ini.

Stuart CEO baharu MFL?

Posted: 22 Aug 2021 05:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam, hampir pasti diumumkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam tempoh terdekat.

Russia lancar 34 satelit baru

Posted: 22 Aug 2021 05:25 AM PDT

MOSCOW: Roket Soyuz Rusia berlepas ke angkasa dengan membawa 34 satelit baru dari pengendali Britain, Oneweb, bertujuan menyediakan internet jalur lebar di mana-mana saja di dunia.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template