Monday, August 23, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Azalina letak jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat

Posted: 23 Aug 2021 08:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said, mengesahkan beliau meletakkan jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, hari ini.

Polis bongkar sindiket lombong bitcoin

Posted: 23 Aug 2021 09:15 AM PDT

KULIM: Sebanyak 393 mesin melombong bitcoin dirampas dalam serbuan pada dua premis di daerah ini, hari ini.

KPN, PTD dahului senarai 695 penerima anugerah kebesaran Melaka

Posted: 23 Aug 2021 09:10 AM PDT

AYER KEROH: Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain mendahului senarai 695 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka sempena sambutan ulang tahun ke-72 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, hari ini.

Jokowi hubungi Ismail Sabri ucap tahniah

Posted: 23 Aug 2021 08:33 AM PDT

PUTRAJAYA: Presiden Indonesia Joko Widodo, atau lebih dikenali sebagai Jokowi, hari ini menghubungi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi menyampaikan ucapan tahniah sempena pelantikannya sebagai Perdana Menteri kesembilan Malaysia serta menyatakan komitmen untuk memperkukuhkan hubungan dua hala.

Adam berlumba dalam Moto2 di Silverstone

Posted: 23 Aug 2021 07:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelumba Malaysia Adam Norrodin bersedia untuk membuat penampilan sulung dalam saingan Moto2 bersama pasukan Petronas Sprinta Racing sebagai pengganti Jake Dixon pada perlumbaan Grand Prix (GP) Britain hujung minggu ini.

Mayat lelaki bot langgar boya ditemui

Posted: 23 Aug 2021 07:38 AM PDT

LANGKAWI: Mangsa yang hilang dalam kejadian bot gentian kaca terlanggar boya di perairan Pulau Lalang semalam, ditemukan mati di kawasan pokok bakau di Kuala Temonyong, di sini, hari ini.

COVID-19 : Sidang DUN Johor ditangguh buat kali kedua

Posted: 23 Aug 2021 07:20 AM PDT

ISKANDAR PUTERI: Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke-14, yang baru berjalan dua hari ditangguhkan buat kali kedua bermula esok, selepas kes aktif dikesan di Bangunan Sultan Ismail, hari ini.

Syed Saddiq mohon kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi

Posted: 23 Aug 2021 07:03 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memohon supaya kes pecah amanah dana sebuah parti politik berjumlah RM1 juta, menyalahgunakan wang sumbangan RM120,000 untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan pengubahan wang haram yang dihadapinya dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini.

Nauraj raih emas di Luxembourg

Posted: 23 Aug 2021 12:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jaguh lompat tinggi negara Nauraj Singh Randhawa berjaya merangkul pingat emas di kejohanan CAS International Meeting, yang berlangsung di Stade Jean-Jacoby di Schifflange, Luxembourg, awal hari ini.

COVID-19: Jangkitan baharu turun kepada 17,672

Posted: 22 Aug 2021 11:59 PM PDT

PUTRAJAYA: Angka jangkitan kes COVID-19 di negara ini terus menunjukkan penurunan dengan 17,672 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini sebanyak 1,572,765 kes.

Misbun tak bimbang prestasi anak buah

Posted: 23 Aug 2021 06:52 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengarah Pembangunan Remaja Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Misbun Sidek tidak gusar dengan prestasi pemain-pemain remaja negara yang kekurangan aksi kompetitif berikutan pandemik COVID-19.

Tentera enggan terima vaksin dibuang kerja

Posted: 23 Aug 2021 03:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan seorang anggotanya diberhentikan kerja kerana menolak pengambilan vaksin COVID-19.

'Pembunuh beg pakaian' bakal dibebaskan lebih awal

Posted: 23 Aug 2021 04:37 AM PDT

BALI: Seorang wanita Amerika yang disabitkan hukuman bersama teman lelakinya kerana membunuh ibunya dan memasukkan mayat dalam beg pakaian di sebuah hotel mewah di Bali akan dibebaskan dari penjara lebih awal, kata peguamnya hari ini.

TMJ mahu tinggalkan JDT?

Posted: 23 Aug 2021 01:28 AM PDT

KUALA LUMPUR: Adakah pemilik pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal meninggalkan pasukan itu tidak lama lagi?

Lapangan terbang dijangka mula sibuk akhir tahun ini

Posted: 22 Aug 2021 11:50 PM PDT

KUALA LUMPUR: Trafik penumpang di lapangan terbang Malaysia dijangka akan kembali meningkat akhir tahun ini berdasarkan kepada kelonggaran sekatan oleh kerajaan ketika ini.

Taliban beri amaran 'akibat' jika AS lanjut pemindahan

Posted: 23 Aug 2021 06:34 AM PDT

KABUL: Taliban hari ini memberi amaran akibat bakal menanti Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya sekiranya negara berkenaan masih berada di Afghanistan melebihi minggu depan, ketika lapangan terbang Kabul dalam keadaan huru-hara.

Pelawak tidak didakwa di mahkamah kes pemerdagangan manusia

Posted: 23 Aug 2021 06:04 AM PDT

KUALA PILAH: Polis daerah ini mengesahkan seorang pelawak yang sebelum ini ditahan kerana disyaki terbabit dengan kes pemerdagangan manusia pada awal bulan ini, tidak didakwa di Mahkamah Majistret di sini, esok.

Pusat hiburan, pelanggan ingkar SOP dikompaun RM60,000

Posted: 23 Aug 2021 06:48 AM PDT

PETALING JAYA: Seorang pengurus pusat hiburan dan tujuh pelanggan dikenakan kompaun berjumlah RM60,000 dalam serbuan polis ke atas sebuah pusat hiburan di Sungai Way di sini, petang semalam.

Kenaikan harga minyak lonjak untung Petronas Dagangan

Posted: 23 Aug 2021 06:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Petronas Dagangan Bhd melonjak kepada RM82.14 juta pada suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2021 daripada RM3.15 juta yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lalu berikutan kenaikan harga minyak dan jumlahnya yang lebih tinggi.

Perak belum mahu kibar bendera putih

Posted: 23 Aug 2021 06:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perak FC jelas terus 'tersepit' di zon penyingkiran selepas tewas 3-0 di tangan Selangor FC (SFC) sekali gus menyaksikan peluang untuk kekal di Liga Super pada musim depan kian samar.

3 ADUN dilarang hadir sidang DUN Perak

Posted: 23 Aug 2021 12:14 AM PDT

IPOH: Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak tidak dibenarkan menyertai Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang akan bermula Rabu ini.

AMANAH mahu tunggu dan lihat tawaran sertai MPN

Posted: 23 Aug 2021 06:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (AMANAH) mengambil pendekatan tunggu dan lihat atas tawaran menyertai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19.

Ahmad Maslan nafi mesyuarat MKT UMNO Khamis ini

Posted: 23 Aug 2021 05:53 AM PDT

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menafikan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan diadakan pada Khamis ini.

'Keluarga Malaysia' manifestasi pupuk semangat perpaduan

Posted: 23 Aug 2021 05:52 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pendekatan Keluarga Malaysia diperkenalkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disifatkan tepat pada masanya bagi membawa Malaysia keluar daripada krisis berganda, kesihatan dan ekonomi akibat pandemik COVID-19 sekali gus mengembalikan kegemilangannya.

Huawei menyokong usaha perkukuh ekonomi digital

Posted: 23 Aug 2021 05:34 AM PDT

KUALA LUMPUR: Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd menzahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Sanjung budi wira barisan hadapan

Posted: 23 Aug 2021 05:41 AM PDT

KUALA LUMPUR: Media Prima Audio (MPA) yang melalui proses penjenamaan semula, baru-baru ini, melancarkan inisiatif bersama platform Kumpulan Media Prima mengumpul dana bagi Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP melalui Program Amal COVAiD #BaikSemula.

Untung bersih MMC Corp melonjak

Posted: 23 Aug 2021 05:38 AM PDT

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih MMC Corp Bhd untuk suku kedua berakhir 30 Jun 2021 melonjak kepada RM173.76 juta berbanding RM77.36 juta yang dicatatkan semasa suku yang sama tahun sebelum ini.

Jersi atau tempat duduk kereta api?

Posted: 23 Aug 2021 05:25 AM PDT

MANCHESTER: Manchester United menghasilkan beberapa jersi ikonik dalam sejarah 143 tahun mereka termasuklah jersi di tempat lawan pada musim ini yang diinspirasikan daripada 'Class of 92'.

24 lokaliti di Sabah, Pahang kena PKPD

Posted: 23 Aug 2021 04:40 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di 23 lokaliti di Sabah dan satu di Pahang selama dua minggu, bermula Rabu ini hingga 7 September depan.

Keyakinan pelabur pulih, ringgit mengukuh

Posted: 23 Aug 2021 05:13 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin berikutan keyakinan pelabur dijangka pulih susulan perkembangan politik terkini negara serta pengukuhan harga minyak, kata peniaga.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template