BH Online - Terkini |
- Sabhi Saddi risau ibu bapa positif COVID-19
- ATM sedia kaji skim sesuai untuk anggota bersara awal tanpa pencen
- Kedah terus garang, catat kemenangan hatrik
- Persefahaman PM, pembangkang permulaan era politik baharu
- PARALIMPIK: Megat yakin Chao Ming, Syaiful bangkit hari kedua
- PARALIMPIK: Chao Ming mau tebus kecewa aksi kedua
- PARALIMPIK: Skuad basikal trek negara sudah sedia
- Pertimbang serap kembali Sarjan enggan divaksin
- Undian Liga Juara-Juara di Istanbul
- PSG tolak tawaran Real beli Mbappe
- Selamat jalan Budi Darma
- Pemilihan pemain berdasarkan minit permainan sukar dilaksanakan
- Takaful Malaysia untung RM81.54 juta
- Williams tarik diri tenis Terbuka AS
- 215 kes kerja tanah haram dikesan seluruh Selangor
- Cabaran misi menyelamat mangsa banjir ketika pandemik
- UEM Sunrise perbaiki prestasi kewangan
- ATM rekod lebih 3,600 insiden ancaman keselamatan siber
- Kane sah kekal bersama Tottenham
- Lebih 3,800 jenama baharu sertai 'Jualan 9.9 Lazada'
- 'Usul undi percaya terhadap PM pertikai kuasa Agong'
- Penyertaan Adam di GP Britain 'serampang dua mata'
- Green Packet dapat lesen bank pelaburan bersyarat
- Kanak-kanak Rohingya anjur protes di kem pelarian
- TH Plantations raih keuntungan lebih tinggi
- Sidang Parlimen kekal bermula 6 September
- Simulasi Tuan Basurd
- 'Cabaran di MFL punca saya terima tanggungjawab'
- 'Lima pusat pelancongan Perlis tidak diurus dengan cekap' - Laporan audit
- Harga sawit lonjak untung Boustead Plantations
| Sabhi Saddi risau ibu bapa positif COVID-19 Posted: 25 Aug 2021 09:42 AM PDT KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Sabhi Saddi, 36 berkongsi kerisauan apabila ibu bapanya di Kota Kinabalu, Sabah, disahkan positif COVID-19. |
| ATM sedia kaji skim sesuai untuk anggota bersara awal tanpa pencen Posted: 25 Aug 2021 06:22 AM PDT KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia mengkaji skim sesuai untuk diberikan kepada anggota yang bersara awal tanpa mendapat pencen. |
| Kedah terus garang, catat kemenangan hatrik Posted: 25 Aug 2021 08:08 AM PDT KUALA LUMPUR: Kedah Darul Aman (KDA) FC terus membuatkan Terengganu FC (TFC) tidak senang duduk apabila melakar hatrik kemenangan selepas menewaskan PJ City FC 4-1 pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), dekat sini, sebentar tadi. |
| Persefahaman PM, pembangkang permulaan era politik baharu Posted: 25 Aug 2021 07:59 AM PDT JOHOR BAHRU: Persefahaman dan kenyataan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) hari ini untuk bekerjasama demi kemaslahatan negara disifatkan sebagai satu permulaan era baharu sangat positif. |
| PARALIMPIK: Megat yakin Chao Ming, Syaiful bangkit hari kedua Posted: 25 Aug 2021 07:55 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketua kontinjen negara ke Sukan Paralimpik 2020, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin yakin Chee Chao Ming dan Muhammad Nur Syaiful Zulkafli akan menunjukkan kebangkitan pada aksi seterusnya di bumi Matahati Terbit itu. |
| PARALIMPIK: Chao Ming mau tebus kecewa aksi kedua Posted: 25 Aug 2021 07:28 AM PDT KUALA LUMPUR: Masih ada ruang buat Chee Chao Ming menebus kekecewaannya pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan C acara ping pong di Sukan Paralimpik 2020 di tangan pemenang pingat gangsa Rio 2016 dari Itali, Mohamed Kalem, semalam. |
| PARALIMPIK: Skuad basikal trek negara sudah sedia Posted: 25 Aug 2021 07:27 AM PDT KUALA LUMPUR: Kem berbasikal trek sudah bersedia mengharungi Sukan Paralimpik 2020 dengan tiga wakil negara, Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin, Zuhairie Ahmad Tarmizi dan Muhammad Hafiz Jamali bakal turun berentap di Velodrom Izu, Tokyo esok. |
| Pertimbang serap kembali Sarjan enggan divaksin Posted: 25 Aug 2021 07:05 AM PDT KUALA LUMPUR: Anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang dipecat kerana menolak vaksin COVID-19 akan dipertimbangkan untuk diserap semula jika dia bersedia menerima suntikan vaksin itu, kata Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain. |
| Undian Liga Juara-Juara di Istanbul Posted: 25 Aug 2021 07:02 AM PDT PARIS: Penyandang juara, Chelsea dan kelompok pasukan elit di Eropah bakal mengetahui lawan mereka bagi aksi Liga Juara Juara Eropah musim ini selepas undian peringkat kumpulan akan berlangsung di Istanbul, esok. |
| PSG tolak tawaran Real beli Mbappe Posted: 25 Aug 2021 07:01 AM PDT PARIS: Paris Saint-Germain (PSG) menolak tawaran Real Madrid untuk mendapatkan Kylian Mbappe selepas pengarah sukan, Leonardo berkata tawaran sekitar 160 juta euro (RM789 juta) tidak 'mencukupi' untuk pemain yang mahu dikekalkan. |
| Posted: 25 Aug 2021 05:47 AM PDT KUALA LUMPUR: Sejak Julai lalu, saya maklum mengenai keadaan kesihatan penulis Indonesia terkemuka, Budi Darma yang diserang wabak COVID-19 kerana kami sering berhubung melalui WhatsApp. |
| Pemilihan pemain berdasarkan minit permainan sukar dilaksanakan Posted: 25 Aug 2021 06:37 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemilihan pemain berdasarkan minit permainan sememangnya satu tindakan yang wajar, namun ia sukar dilaksanakan khususnya membabitkan pemilihan bagi mengisi beberapa posisi kritikal dalam skuad Harimau Malaya. |
| Takaful Malaysia untung RM81.54 juta Posted: 25 Aug 2021 06:30 AM PDT KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) meningkat kepada RM81.54 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2021 berbanding RM75.09 juta bagi suku yang sama tahun lalu. |
| Williams tarik diri tenis Terbuka AS Posted: 25 Aug 2021 06:25 AM PDT PARIS: Serena Williams menarik diri dari Terbuka Amerika Syarikat (AS) susulan kecederaan hamstring, kata pemenang Grand Slam sebanyak 23 kali itu menerusi akaun Instagram miliknya, hari ini. |
| 215 kes kerja tanah haram dikesan seluruh Selangor Posted: 25 Aug 2021 03:46 AM PDT SHAH ALAM: Sebanyak 215 kes kerja tanah haram dikesan di 10 kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor sepanjang 2020 hingga Jun lalu dengan 169 kes sudah dikompaun, kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari. |
| Cabaran misi menyelamat mangsa banjir ketika pandemik Posted: 25 Aug 2021 03:05 AM PDT TUMPAT: Misi menyelamat mangsa banjir di negeri ini dijangka memberi cabaran besar buat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan. |
| UEM Sunrise perbaiki prestasi kewangan Posted: 25 Aug 2021 06:19 AM PDT KUALA LUMPUR: UEM Sunrise Bhd mencatatkan kerugian sebanyak RM7.37 juta untuk suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2021 berbanding kerugian berjumlah RM94.66 juta direkodkan pada suku yang sama tahun lalu. |
| ATM rekod lebih 3,600 insiden ancaman keselamatan siber Posted: 25 Aug 2021 06:15 AM PDT KUALA LUMPUR: Lebih 3,600 insiden ancaman keselamatan siber dilaporkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang. |
| Kane sah kekal bersama Tottenham Posted: 25 Aug 2021 06:11 AM PDT LONDON: Harry Kane mengesahkan dia akan kekal di Tottenham Hotspur pada musim ini sekali gus menamatkan spekulasi masa depannya selepas khidmatnya diintai Manchester City. |
| Lebih 3,800 jenama baharu sertai 'Jualan 9.9 Lazada' Posted: 25 Aug 2021 06:09 AM PDT KUALA LUMPUR: Lebih 3,800 jenama baharu, yang menyertai LazMall Malaysia sepanjang 2020, akan menyertai 'Jualan 9.9 Lazada' buat julung kali tahun ini, sekali gus memberikan lebih banyak pilihan barangan berkualiti tinggi kepada pembeli dalam talian. |
| 'Usul undi percaya terhadap PM pertikai kuasa Agong' Posted: 25 Aug 2021 06:02 AM PDT KUALA LUMPUR: Mempersoalkan keabsahan Perdana Menteri dengan mengemukakan usul undi percaya didakwa sebagai cubaan mempertikaikan kuasa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. |
| Penyertaan Adam di GP Britain 'serampang dua mata' Posted: 25 Aug 2021 06:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Penyertaan Adam Norrodin di Grand Prix (GP) Britain minggu ini bakal menjadi 'medan serampang dua mata' buat pengurus ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin dalam menentukan hala tuju pelumbanya pada musim depan. |
| Green Packet dapat lesen bank pelaburan bersyarat Posted: 25 Aug 2021 05:58 AM PDT KUALA LUMPUR: Penyedia penyelesaian teknologi, Green Packet Bhd pada Rabu mengumumkan ia memperoleh lesen bank pelaburan bersyarat daripada Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA). |
| Kanak-kanak Rohingya anjur protes di kem pelarian Posted: 25 Aug 2021 05:57 AM PDT COX'S BAZAR: Ratusan kanak-kanak hari ini menentang larangan tunjuk perasaan di kem pelarian Rohingya di Bangladesh untuk memperingati ulang tahun keempat tindakan keras tentera Myanmar yang mencetuskan pelarian di seberang sempadan, kata pemimpin masyarakat. |
| TH Plantations raih keuntungan lebih tinggi Posted: 25 Aug 2021 05:51 AM PDT KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih TH Plantations Bhd melonjak kepada RM26.57 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2021 daripada RM8.16 juta yang direkodkan setahun sebelumnya. |
| Sidang Parlimen kekal bermula 6 September Posted: 24 Aug 2021 11:04 PM PDT KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat tiada menerima pemakluman perubahan tarikh mesyuarat pertama penggal keempat, Parlimen ke-14 setakat ini. |
| Posted: 25 Aug 2021 05:42 AM PDT Sewaktu aku berehat selepas empat jam memberi kuliah, terdengar pintu diketuk dan masuk Dr Subari. Di tangannya beberapa keping kertas. Dia terus duduk dengan wajah tersenyum. |
| 'Cabaran di MFL punca saya terima tanggungjawab' Posted: 25 Aug 2021 05:41 AM PDT KUALA LUMPUR: 'Cabaran di Liga Bolasepak Malaysia (MFL) membuatkan saya sedia mengambil tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).' |
| 'Lima pusat pelancongan Perlis tidak diurus dengan cekap' - Laporan audit Posted: 25 Aug 2021 05:40 AM PDT KANGAR: Lima pusat pelancongan di Perlis didapati tidak diurus dengan cekap oleh tiga jabatan yang terbabit secara langsung dalam pengurusan dan penyenggaraannya, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2019 yang dikeluarkan di sini hari ini. |
| Harga sawit lonjak untung Boustead Plantations Posted: 25 Aug 2021 05:38 AM PDT KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Boustead Plantations Bhd meningkat kepada RM48.37 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2021 daripada RM7.08 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment