BH Online - Terkini |
- UMNO ikrar bantu Ismail Sabri pastikan kelancaran pentadbiran kerajaan
- Malaysia kecam serangan bom di Kabul
- Ronaldo kembali ke Old Trafford
- Tiada TPM, 4 menteri kanan dilantik
- Kabinet miliki 31 menteri, 38 timbalan menteri
- SENARAI PENUH JEMAAH MENTERI
- JDT juara Liga Super
- Azalina sokong pembaharuan dicadang Ismail Sabri
- Ibu arwah Muhammad Firdaus meninggal dunia
- Ayda, Nabil bakal timang anak perempuan
- PARALIMPIK: Jadual atlet Malaysia pada Sabtu
- Mahu atlet negara jadi individu berjaya selepas bersara
- PARALIMPIK: Emas pertama negara dari Bonnie?
- PARALIMPIK: Ranking bukan penentu menang pingat
- Arteta kekal dengan caranya
- Dulu kedai makan, sekarang kebun anggur
- Sabah catat kes kematian tertinggi
- Ahmad Faizal bukan nama asing dalam arena sukan
- Sekolah terbiar jadi sarang maksiat
- Untung bersih Alliance Bank meningkat
- PARALIMPIK: Brenda belum panas lagi
- Bendasing dalam vaksin Moderna dipercayai unsur logam
- PARALIMPIK: Liek Hou dapat undian mudah
- PARALIMPIK: Skuad basikal negara giat berlatih
- 16 terkorban dalam kebakaran di Pakistan
- 'Jangan pergi ke City, kembali ke United'
- Indonesia mahu giatkan program inokulasi
- Malaysia pertahan kerusi Majlis Pentadbiran di Kongres UPU - KKMM
- 'Usaha wujud pekerjaan baharu, tarik lebih banyak pelaburan'
- Teks Ucapan Pengumuman Kabinet
| UMNO ikrar bantu Ismail Sabri pastikan kelancaran pentadbiran kerajaan Posted: 27 Aug 2021 09:50 AM PDT KUALA LUMPUR: UMNO menegaskan pendiriannya menyokong pelantikan Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan dan parti itu akan membantu memastikan kelancaran pentadbiran kerajaan. |
| Malaysia kecam serangan bom di Kabul Posted: 27 Aug 2021 09:10 AM PDT KUALA LUMPUR: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan bom di Lapangan Terbang Hamid Karzai di Kabul, Afghanistan, semalam yang mengakibatkan ramai kehilangan nyawa dan cedera. |
| Ronaldo kembali ke Old Trafford Posted: 27 Aug 2021 09:09 AM PDT MANCHESTER, United Kingdom: Manchester United mengumumkan sebentar tadi bahawa mereka sudah mencapai persetujuan bagi menandatangani semula Cristiano Ronaldo dari Juventus, 12 tahun selepas dia meninggalkan Old Trafford untuk ke Real Madrid. |
| Tiada TPM, 4 menteri kanan dilantik Posted: 26 Aug 2021 08:44 PM PDT KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan Kabinet tanpa jawatan timbalan perdana menteri tetapi mempunyai empat menteri kanan. |
| Kabinet miliki 31 menteri, 38 timbalan menteri Posted: 26 Aug 2021 09:03 PM PDT KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan pembentukan Kabinet yang menyaksikan pelantikan seramai 31 menteri termasuk empat menteri kanan dan 38 timbalan menteri. |
| Posted: 26 Aug 2021 09:21 PM PDT KUALA LUMPUR: Berikut adalah senarai penuh Jemaah Kabinet di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang diumumkan, hari ini. |
| Posted: 27 Aug 2021 08:07 AM PDT ISKANDAR PUTERI: Jaringan hatrik Bergson Da Silva menyaksikan Johor Darul Ta'zim (JDT) dimahkotakan juara Liga Super untuk musim kelapan berturut-turut selepas membenam Sri Pahang FC 3-0 pada aksi liga di Stadium Sultan Ibrahim di sini, sebentar tadi. |
| Azalina sokong pembaharuan dicadang Ismail Sabri Posted: 27 Aug 2021 08:03 AM PDT KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman, bersedia memberi sumbangan dan sokongan terhadap inisiatif pembaharuan mahu dilaksanakan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengikut kebijaksanaan kolektif. |
| Ibu arwah Muhammad Firdaus meninggal dunia Posted: 27 Aug 2021 06:47 AM PDT KUALA PILAH: Lolanopita Sadi, 47, ibu remaja orang kurang upaya (OKU), Allahyarham Muhammad Firdaus Dullah, yang ditemui dalam keadaan menyedihkan di Nilai pada 2014, meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), di sini, jam 2.30 petang tadi. |
| Ayda, Nabil bakal timang anak perempuan Posted: 27 Aug 2021 08:16 AM PDT KUALA LUMPUR: Sekian lama menyimpan rahsia, pasangan selebriti, Nabil Mahir dan Ayda Jebat akhirnya mengumumkan bakal mendapat anak perempuan. |
| PARALIMPIK: Jadual atlet Malaysia pada Sabtu Posted: 27 Aug 2021 07:52 AM PDT TOKYO: Berikut jadual atlet Malaysia pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 pada Sabtu. |
| Mahu atlet negara jadi individu berjaya selepas bersara Posted: 27 Aug 2021 07:41 AM PDT KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan yang baharu dilantik, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menaruh harapan untuk melihat barisan atlet negara menjadi individu yang berjaya dalam kehidupan pasca karier sebagai atlet. |
| PARALIMPIK: Emas pertama negara dari Bonnie? Posted: 27 Aug 2021 07:51 AM PDT KUALA LUMPUR: Lagu kebangsaan, Negaraku dijangka berkumandang buat kali pertama di Sukan Paralimpik 2020, esok apabila jaguh powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin turun beraksi bagi kategori bawah 72 kilogram (kg) di Forum Antarabangsa Tokyo. |
| PARALIMPIK: Ranking bukan penentu menang pingat Posted: 27 Aug 2021 07:40 AM PDT KUALA LUMPUR: Jurulatih memanah para negara, Marzuki Zakaria menegaskan biarpun S Suresh dan Wiro Julin meraih keputusan kurang memberangsangkan dalam aksi penentuan ranking, hari ini, namun ia bukanlah penentu dalam misi memenangi pingat di Sukan Paralimpik 2020. |
| Posted: 27 Aug 2021 07:18 AM PDT LONDON: Mikel Arteta berkata dia akan terus mempertahankan haluan dipilih buat Arsenal walaupun permulaan buruk di Liga Perdana yang menyebabkan penyokong tidak berpuas hati. |
| Dulu kedai makan, sekarang kebun anggur Posted: 27 Aug 2021 05:49 AM PDT PORT DICKSON: Selepas beberapa lama tidak dapat berniaga berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pasangan suami isteri nekad beralih kepada penanaman anggur selepas hilang minat terhadap kedai makan yang diusahakan sejak 12 tahun lalu. |
| Sabah catat kes kematian tertinggi Posted: 27 Aug 2021 07:11 AM PDT KOTA KINABALU: Sabah hari ini merekodkan 41 kes kematian akibat COVID-19, kes kematian harian tertinggi pernah dilaporkan setakat ini. |
| Ahmad Faizal bukan nama asing dalam arena sukan Posted: 27 Aug 2021 06:52 AM PDT KUALA LUMPUR: Dengan pengalaman yang dimiliki, Menteri Belia dan Sukan baharu dilantik, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bukanlah individu asing dalam arena sukan negara, kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail. |
| Sekolah terbiar jadi sarang maksiat Posted: 27 Aug 2021 06:53 AM PDT GEORGETOWN: Bangunan sekolah yang terbiar di Medan Lim Cheng Teik, Pulau Tikus, di sini, kini dipercayai menjadi sasaran sekumpulan individu tidak bertanggungjawab. |
| Untung bersih Alliance Bank meningkat Posted: 27 Aug 2021 06:54 AM PDT KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Alliance Bank Malaysia Bhd (Alliance Bank) meningkat kepada RM146.01 juta pada suku pertama yang berakhir pada 30 Jun 2021 daripada RM104.31 juta pada tempoh yang sama tahun sebelumnya. |
| PARALIMPIK: Brenda belum panas lagi Posted: 27 Aug 2021 06:50 AM PDT KUALA LUMPUR: Kem renang para negara di Sukan Paralimpik 2020 gembira dengan prestasi Brenda Anellia Larry yang berjaya memecahkan rekod Asia dalam acara 50 meter (m) kuak kupu-kupu wanita S5, hari ini. |
| Bendasing dalam vaksin Moderna dipercayai unsur logam Posted: 27 Aug 2021 03:33 AM PDT TOKYO: Bendasing dalam bekalan vaksin Moderna yang dihantar ke Jepun dipercayai mengandungi unsur logam, lapor media rasminya, NHK, memetik kenyataan Kementerian Kesihatan. |
| PARALIMPIK: Liek Hou dapat undian mudah Posted: 27 Aug 2021 06:29 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemain badminton para negara, Cheah Liek Hou menerima tonik tambahan dalam misi memenangi pingat emas di Sukan Paralimpik 2020 selepas menerima undian 'mudah' dalam peringkat kumpulan sekali gus mencerahkan laluan ke pentas final. |
| PARALIMPIK: Skuad basikal negara giat berlatih Posted: 27 Aug 2021 06:28 AM PDT KUALA LUMPUR: Kem berbasikal para giat memperkemaskan kayuhan mereka di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dengan tumpuan selepas ini beralih kepada acara lebuh raya di Fuji International Speedway. |
| 16 terkorban dalam kebakaran di Pakistan Posted: 27 Aug 2021 06:28 AM PDT KARACHI: Sekurang-kurangnya 16 pekerja terkorban dan lebih ramai masih hilang selepas kebakaran sebuah kilang kimia di bandar raya Karachi hari ini, kata polis. |
| 'Jangan pergi ke City, kembali ke United' Posted: 27 Aug 2021 06:23 AM PDT MANCHESTER: Bos Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer merayu kepada Cristiano Ronaldo 'jangan pergi ke City, kembali ke Manchester United'. |
| Indonesia mahu giatkan program inokulasi Posted: 27 Aug 2021 06:09 AM PDT JAKARTA: Indonesia mempergiatkan program inokulasi kebangsaan dengan menyasarkan 50 juta dos suntikan sebulan mulai September ini. |
| Malaysia pertahan kerusi Majlis Pentadbiran di Kongres UPU - KKMM Posted: 27 Aug 2021 06:08 AM PDT PUTRAJAYA: Malaysia menerusi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mempertahankan kerusi Majlis Pentadbiran (CA) Kesatuan Pos Sedunia (UPU) bagi penggal 2022-2025. |
| 'Usaha wujud pekerjaan baharu, tarik lebih banyak pelaburan' Posted: 27 Aug 2021 06:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Usaha rangsangan ekonomi yang telah diperkenalkan untuk mengekalkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), mewujudkan pekerjaan baharu serta menarik lebih banyak pelaburan langsung asing akan terus giat dilaksanakan, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. |
| Teks Ucapan Pengumuman Kabinet Posted: 26 Aug 2021 08:32 PM PDT Barisan Kabinet yang dibentuk hari ini merupakan pasukan pengurusan yang akan bekerja bersama rakyat. Kabinet ini perlu bertindak pantas dan bersepadu dalam usaha membebaskan Malaysia daripada ancaman pandemik COVID-19, kegawatan ekonomi serta kekusutan politik. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment