BH Online - Terkini |
- Bunuh ketua jururawat, lelaki Nigeria dihukum mati
- Muhyiddin pulang ke kediaman di Bukit Damansara
- Usul undi percaya kepada Muhyiddin selaras amalan demokrasi
- Saya masih PM - Muhyiddin
- Usul undi percaya September ini tentukan kedudukan saya - Muhyiddin
- Bekas EXCO Pulau Pinang meninggal dunia akibat COVID-19
- TFC kembali raih kemenangan
- Nilai ambang diubah ikut perkembangan semasa
- Budak 1 tahun cetus kluster baharu - KKM
- Pembangkang gesa usul undi percaya dibentang sebelum 9 Ogos
- OLIMPIK: Pandelela cemas, kepala hampir terkena platform
- Menteri UMNO tidak wajar letak jawatan
- Sabah, KL City kongsi mata di Likas
- Ahli Parlimen Maran sokong Muhyiddin
- OLIMPIK: De Grasse ungguli 200m lelaki
- WHO gesa moratorium berhubung vaksin penggalak COVID-19
- Tentera Indonesia, AS jalani latihan bersama terbesar
- F&N catat untung bersih RM96.16 juta
- OLIMPIK: 'Teruskan berdoa untuk kejayaan Pandelela'
- Tingkatkan pelalian - Sultan Johor
- KUFC, Selangor FC II kongsi mata
- OLIMPIK: Jadual atlet Malaysia pada Khamis
- OLIMPIK: Pelayar negara kini fokus Sukan Asia, Paris 2024
- OLIMPIK: Flandy ada misi besar buat Aaron-Wooi Yik
- 'Undi percaya kali ini berbeza'
- 'Gencatan politik bantu kerajaan tumpu usaha pulih negara'
- Seri Paduka, Raja Permaisuri zahir tahniah kepada Chin Ann
- OLIMPIK: Azizulhasni, Shah layak ke pusingan ketiga
- Chin Ann bangga dapat berbakti untuk negara
- Usul undi percaya kurangkan ketidakpastian pelabur
| Bunuh ketua jururawat, lelaki Nigeria dihukum mati Posted: 04 Aug 2021 12:13 AM PDT SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang lelaki warga Nigeria selepas didapati bersalah membunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, pada Mei 2019. |
| Muhyiddin pulang ke kediaman di Bukit Damansara Posted: 03 Aug 2021 11:47 PM PDT KUALA LUMPUR: Kenderaan membawa Tan Sri Muhyiddin Yassin diiringi beberapa kereta dan motosikal polis dilihat memasuki kawasan kediamannya di Bukit Damansara, di sini, pada jam 2.36 petang ini. |
| Usul undi percaya kepada Muhyiddin selaras amalan demokrasi Posted: 04 Aug 2021 05:15 AM PDT KUALA LUMPUR: Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung pembentangan usul undi percaya kepada beliau pada sidang Parlimen bulan depan adalah selaras dengan amalan demokrasi, kata penganalisis. |
| Posted: 03 Aug 2021 09:46 PM PDT KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan kedudukannya sebagai Perdana Menteri masih utuh dan mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat. |
| Usul undi percaya September ini tentukan kedudukan saya - Muhyiddin Posted: 03 Aug 2021 09:58 PM PDT KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri serta kedudukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan ditentukan menerusi usul undi percaya yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat, September ini. |
| Bekas EXCO Pulau Pinang meninggal dunia akibat COVID-19 Posted: 04 Aug 2021 09:07 AM PDT KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Wanita Gerakan, Datuk Kee Phaik Cheen, 74, yang juga personaliti pembangunan pelancongan dan seni Pulau Pinang, meninggal dunia akibat COVID-19, hari ini. |
| Posted: 04 Aug 2021 09:08 AM PDT PETALING JAYA: Terengganu FC (TFC) bangkit mencipta kemenangan untuk mengukuhkan kedudukan di tangga kedua selepas menewaskan PJ City FC 3-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). |
| Nilai ambang diubah ikut perkembangan semasa Posted: 04 Aug 2021 08:53 AM PDT KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju indikator nilai ambang bagi peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) ditukar sesuai dan mengikut perkembangan semasa kes COVID-19 di setiap negeri. |
| Budak 1 tahun cetus kluster baharu - KKM Posted: 04 Aug 2021 05:22 AM PDT PUTRAJAYA: Kes indeks membabitkan kanak-kanak kini dilihat semakin membimbangkan dan terbaru seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun menjadi punca tercetusnya Kluster Kampung Morak Palekbang di Tumpat, Kelantan. |
| Pembangkang gesa usul undi percaya dibentang sebelum 9 Ogos Posted: 04 Aug 2021 03:20 AM PDT KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pembangkang hari ini menggesa sidang Dewan Rakyat diadakan segera iaitu tidak lewat dari 9 Ogos ini bagi membentang dan membahas usul undi percaya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin. |
| OLIMPIK: Pandelela cemas, kepala hampir terkena platform Posted: 04 Aug 2021 06:39 AM PDT KUALA LUMPUR: Ratu terjun negara, Pandelela Rinong mengharungi detik cemas di sebalik kejayaannya melangkah ke separuh akhir acara 10 meter (m) platform individu wanita Sukan Olimpik 2020 di Pusat Akuatik Tokyo, hari ini. |
| Menteri UMNO tidak wajar letak jawatan Posted: 04 Aug 2021 07:24 AM PDT KUALA LUMPUR: Tidak wajar untuk menteri dan timbalan menteri UMNO meletakkan jawatan ketika rakyat berdepan kesukaran akibat pandemik COVID-19. |
| Sabah, KL City kongsi mata di Likas Posted: 04 Aug 2021 07:49 AM PDT KOTA KINABALU: Sabah FC sekali lagi terpaksa berpuas hati dengan kutipan satu mata selepas terikat 1-1 ketika menentang Kuala Lumpur (KL) City FC dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, di sini, malam tadi. |
| Ahli Parlimen Maran sokong Muhyiddin Posted: 04 Aug 2021 08:02 AM PDT KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Dr Ismail Abd Mutalib menyatakan sokongan penuh kepada kerajaan Pakatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. |
| OLIMPIK: De Grasse ungguli 200m lelaki Posted: 04 Aug 2021 07:32 AM PDT TOKYO: Andre de Grasse mengatasi Noah Lyles untuk emas acara 200 meter lelaki, manakala Sydney McLaughlin memperbaharui rekod dunianya dalam acara 400m berpagar wanita. |
| WHO gesa moratorium berhubung vaksin penggalak COVID-19 Posted: 04 Aug 2021 06:53 AM PDT GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meminta pelaksanaan moratorium berhubung suntikan vaksin 'booster' atau penggalak bagi inokulasi COVID-19. |
| Tentera Indonesia, AS jalani latihan bersama terbesar Posted: 04 Aug 2021 07:42 AM PDT JAKARTA: Ribuan anggota tentera Indonesia dan Amerika Syarikat (AS) menyertai latihan ketenteraan selama dua minggu, disifatkan sebagai yang terbesar setakat ini. |
| F&N catat untung bersih RM96.16 juta Posted: 04 Aug 2021 07:20 AM PDT KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) meningkat kepada RM96.16 juta untuk suku ketiga berakhir 30 Jun 2021 berbanding RM93.85 juta yang direkodkan semasa suku yang sama tahun sebelum ini. |
| OLIMPIK: 'Teruskan berdoa untuk kejayaan Pandelela' Posted: 04 Aug 2021 05:44 AM PDT TOKYO: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican meminta rakyat Malaysia mendoakan kejayaan ratu terjun negara, Pandelela Rinong yang bakal beraksi pada peringkat separuh akhir 10 meter (m) platform individu wanita Sukan Olimpik 200 di Tokyo esok. |
| Tingkatkan pelalian - Sultan Johor Posted: 04 Aug 2021 06:45 AM PDT JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah menzahirkan kekecewaan atas kadar vaksinasi di Johor yang masih rendah. |
| KUFC, Selangor FC II kongsi mata Posted: 04 Aug 2021 06:35 AM PDT KOTA BHARU: Hasrat Kelantan United Football Club (KUFC) mengutip tiga mata berkecai apabila seri 2-2 ketika menentang Selangor FC II dalam perlawanan Liga Perdana, petang tadi. |
| OLIMPIK: Jadual atlet Malaysia pada Khamis Posted: 04 Aug 2021 06:30 AM PDT TOKYO: Berikut jadual atlet Malaysia yang akan bertanding pada Sukan Olimpik 2020 di sini, pada Khamis. *Nota: mengikut waktu Malaysia |
| OLIMPIK: Pelayar negara kini fokus Sukan Asia, Paris 2024 Posted: 04 Aug 2021 06:18 AM PDT KUALA LUMPUR: Skuad pelayaran negara bagi acara 470 international tidak mahu membuang masa apabila kini mengalihkan fokus bagi melakukan persiapan menghadapi Sukan Asia Hangzhou 2022 dan Sukan Olimpik Paris 2024. |
| OLIMPIK: Flandy ada misi besar buat Aaron-Wooi Yik Posted: 04 Aug 2021 06:14 AM PDT KUALA LUMPUR: Misi ketua jurulatih beregu lelaki negara, Flandy Limpele bersama Aaron Chia-Soh Wooi Yik masih belum selesai biarpun kedua-dua pemain itu berjaya memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Sabtu lalu. |
| 'Undi percaya kali ini berbeza' Posted: 04 Aug 2021 06:12 AM PDT KUALA LUMPUR: Undi percaya terhadap Perdana Menteri bukan perkara baharu dalam sejarah Malaysia, namun ia berbeza kali ini kerana membabitkan persetujuan antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi membuktikan Perdana Menteri mempunyai sokongan majoriti. |
| 'Gencatan politik bantu kerajaan tumpu usaha pulih negara' Posted: 04 Aug 2021 06:08 AM PDT KUALA LUMPUR: Gabungan 13 badan bukan kerajaan (NGO) menggesa gencatan politik dilakukan segera oleh semua pihak bagi membolehkan kerajaan menumpukan usaha memulihkan ekonomi negara dan kesihatan rakyat dijalankan tanpa gangguan |
| Seri Paduka, Raja Permaisuri zahir tahniah kepada Chin Ann Posted: 04 Aug 2021 06:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Raja dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan tahniah kepada legenda bola sepak kebangsaan, Datuk Soh Chin Ann selepas dinobatkan sebagai pemain paling banyak mewakili skuad kebangsaan dalam perlawanan antarabangsa. |
| OLIMPIK: Azizulhasni, Shah layak ke pusingan ketiga Posted: 04 Aug 2021 03:41 AM PDT |
| Chin Ann bangga dapat berbakti untuk negara Posted: 04 Aug 2021 03:57 AM PDT MELAKA: Legenda bola sepak negara Datuk Soh Chin Ann menganggap sentuhannya bersama pasukan kebangsaan sepanjang lebih 15 tahun sebagai sumbangan dan baktinya kepada negara. |
| Usul undi percaya kurangkan ketidakpastian pelabur Posted: 04 Aug 2021 05:49 AM PDT KUALA LUMPUR: Pengumuman usul undi percaya semasa persidangan Parlimen pada bulan depan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh membantu mengurangkan ketidakpastian dalam kalangan pelabur, terutama terhadap prospek ekonomi negara. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment